Nama saya Jens Bergensten, tetapi saya lebih
dikenali sebagai Jeb. Saya ketua pemaju
untuk Minecraft di mojang.com. Apabila
saya berumur 11 atau mungkin 12, saya mula
3
00:00:11,800 --> 00:00:15,390
pengaturcaraan kerana saya mahu mencipta
permainan.Salah seorang rakan ayah saya
berkata jika saya ingin mencipta permainan
saya perlu pelajari pengaturcaraan. Itulah
cara saya bermula. Saya suka mereka bentuk
dan memikirkan seni bina sesuatu. Itulah
sebabnya saya amat berminat Minecraft.
Pada jam seterusnya anda akan belajar asas
sains komputer dengan pengaturcaraan Alex
atau Steve untuk bergerak dalam simulasi
dunia Minecraft. Pengaturcaraan tradisional
biasanya dalam teks, tetapi hari ini kita
akan gunakan blockly: sistem yang menggunakan
blok yang anda boleh seret dan lepas untuk
menulis program. Maksudnya, anda akan
menghasilkan kod JavaScript. Konsep yang anda
akan belajar adalah sesuatu yang pengaturcara
komputer gunakan setiap hari dan ini adalah
asas sains komputer. Di Mojang, kita gunakan
konsep yang sama untuk Minecraft.Sebelum kita
rmula, pilih watak anda. Saya pilih Alex.
Mari kita bina kod untuk program yang boleh
membantu Alex bergerak di sekitar skrin.
Skrin anda mengandungi tiga bahagian utama.
Di kiri adalah ruang permainan Minecraft, di
mana program anda akan berjalan. Arahan untuk
setiap tahap ditulis di bawah. Ruang tengah
adalah toolbox dan setiap blok ini adalah
perintah yang mengarahkan tindakan Alex.
Ruang putih di kanan dipanggil ruang kerja
dan ini adalah ruang kita membina program.
Jika kita menyeret blok bergerak ke hadapan
ke ruang kerja dan kemudian klik Jalan, apa
yang akan berlaku? Alex bergerak ke hadapan
satu kotak di grid. Bagaimana jika kita mahu
melakukan sesuatu selepas Alex maju satu kotak?
tambah blok ke program kami. Saya pilih blok
belok kanan, dan saya akan seretnya ke bawah
blok bergerak ke hadapan sehingga garis
oren ini muncul. Kemudian lepaskannya dan
kedua-dua blok akan bercantum. Apabila
kita klik Jalan, Alex akan melaksanakan
perintah yang disusun dari atas hingga ke
bawah ruang kerja kita. Dan jika anda mahu
memadam blok, hanya seretnya dari timbunan
kembali ke toolbox. Untuk membuat asal perubahan
anda dan kembali ke asal, gunakan butang
Mula Semula di sudut kanan atas ruang
kerja. Satu perkara lagi , anda
lihat segi tiga kecil di blok putaran?
Setiap kali anda melihat segi tiga ini,
ia bermakna anda boleh memilih pilihan
yang berbeza. Mari mula coding!