Nama saya Jens Bergensten, atau Jeb. Saya ketua pengatur cara untuk Minecraft di mojang.com. Pada umur 11 atau 12 tahun saya mula mengatur cara kerana saya mahu mencipta permainan. Kawan ayah saya kata untuk mencipta permainan anda perlu belajar mengatur cara. Itulah permulaan saya. Saya suka reka dan tentukan seni bina benda. Itulah yang saya minat tentang Minecraft. Dalam jam seterusnya anda akan belajar asas sains komputer dengan mengatur cara Alex atau Steve merentasi dunia simulasi Minecraft. Atur cara tradisional biasanya teks, tetapi kami gunakan blockly: sistem yang guna blok yang dileret dan dijatuh untuk menulis atur cara. Di bawahnya, anda mencipta kod JavaScript. Konsep yang anda belajar dipakai oleh pengaturcara komputer setiap hari iaitu asas sains komputer. Di Mojang kami gunakan konsep sama supaya Minecraft berfungsi. Sebelum anda bermula, pilih watak anda. Saya pilih Alex. Mari bina kod untuk program yang menggerakannya pada skrin. Skrin anda mempunyai tiga bahagian utama. Di kiri adalah ruang mainan Minecraft, di mana atur cara berjalanan. Arahan untuk setiap peringkat ditulis di bawah. Di tengahnya, kotak alatan dan setiap blok adalah arahan untuk tindakan ALex. Ruang putih di kanan adalah ruang bekerja untuk membina atur cara. Jika kami tarik blok moveForward(); ke ruang bekerja dan klik Run, apa terjadi? Alex gerak ke depan satu ruang pada grid. Untuk melakukan sesuatu selepas bergerak ke depan? Kami boleh tambah satu lagi blok ke program kami. saya pilih blok turnRight(); dan leretnya di bawah blok moveForward(); sehingga garisan jingga muncul. Jadi, saya jatuhkan dan dua blok melekat bersama. Apabila menekan Run, Alex akan melakukan