Nama saya Jens Bergensten, atau Jeb.
Saya ketua pengatur cara untuk Minecraft
di mojang.com. Pada umur 11 atau 12 tahun
saya mula mengatur cara kerana saya mahu
mencipta permainan. Kawan ayah saya
kata untuk mencipta permainan anda perlu
belajar mengatur cara. Itulah permulaan
saya. Saya suka reka dan tentukan
seni bina benda. Itulah yang saya minat
tentang Minecraft. Dalam jam seterusnya
anda akan belajar asas sains komputer
dengan mengatur cara Alex atau Steve
merentasi dunia simulasi Minecraft.
Atur cara tradisional biasanya teks,
tetapi kami gunakan blockly: sistem yang
guna blok yang dileret dan dijatuh untuk
menulis atur cara. Di bawahnya, anda
mencipta kod JavaScript. Konsep yang anda
belajar dipakai oleh pengaturcara komputer
setiap hari iaitu asas sains komputer.
Di Mojang kami gunakan konsep sama
supaya Minecraft berfungsi. Sebelum anda
bermula, pilih watak anda. Saya pilih
Alex. Mari bina kod untuk program
yang menggerakannya pada skrin.
Skrin anda mempunyai tiga bahagian utama.