1 00:00:01,666 --> 00:00:05,181 Apakah tempat yang paling indah pernah anda lawati? 2 00:00:05,778 --> 00:00:08,624 Dan ketika berada di sana, adakah anda mengambil gambar? 3 00:00:09,149 --> 00:00:11,551 Ini antara tempat yang terindah bagi saya. 4 00:00:11,785 --> 00:00:15,252 Ini Mesa Arch, yang terletak di Taman Negara Canyonlands di Utah 5 00:00:15,276 --> 00:00:16,431 ketika matahari terbit. 6 00:00:16,455 --> 00:00:19,090 Ini kampung halaman orang Pueblo, Ute, 7 00:00:19,114 --> 00:00:21,005 Paiute dan Navajo, 8 00:00:21,029 --> 00:00:22,643 dan jika anda ke sana, 9 00:00:22,667 --> 00:00:24,452 pemandangannya menakjubkan. 10 00:00:24,476 --> 00:00:27,573 Matahari terbit menerangi bahagian bawah gerbang jingga, 11 00:00:27,597 --> 00:00:31,798 dan di belakangnya, bukit bukau, awan serta cenuram. 12 00:00:31,822 --> 00:00:34,009 Tapi apa yang anda tidak dapat lihat ialah 13 00:00:34,033 --> 00:00:37,587 30 orang di belakang saya yang turut mengambil gambar. 14 00:00:37,611 --> 00:00:40,842 Dan mereka ialah orang yang komited, yang suka bangun pagi, bukan? 15 00:00:40,866 --> 00:00:42,477 Jadi kalau difikirkan, 16 00:00:42,501 --> 00:00:47,852 pasti ada ratusan, kalau bukan ribuan gambar Mesa Arch diambil setiap minggu. 17 00:00:47,876 --> 00:00:51,138 Sudah beberapa tahun saya berkongsi gambar yang diambil di Instagram, 18 00:00:51,162 --> 00:00:55,745 dan apa yang menarik serta lucunya, 19 00:00:55,769 --> 00:00:59,347 betapa banyak gambar seakan sama yang diambil di tempat yang sama 20 00:00:59,371 --> 00:01:01,101 boleh dilihat dalam talian. 21 00:01:01,125 --> 00:01:02,872 Dan saya juga menyertainya. 22 00:01:03,784 --> 00:01:05,090 Hal ini buat saya terfikir: 23 00:01:05,114 --> 00:01:08,215 Apakah tujuan sebenar mengambil gambar? 24 00:01:08,239 --> 00:01:11,021 Kadangkala, saya melawat tempat yang popular -- 25 00:01:11,045 --> 00:01:14,088 ini Horseshoe Bend di Arizona -- 26 00:01:14,112 --> 00:01:16,862 dan saya lihat ramai orang mengeluarkan telefon dan kamera 27 00:01:16,886 --> 00:01:18,054 mengambil gambar, 28 00:01:18,078 --> 00:01:21,335 dan terus berpatah balik masuk ke kereta atau meneruskan perjalanan. 29 00:01:21,359 --> 00:01:25,187 Dan kadangkala nampaknya kita terlupa tujuan sebenar 30 00:01:25,211 --> 00:01:29,582 melawat sesuatu tempat untuk menikmati pengalaman 31 00:01:29,606 --> 00:01:32,194 atau melihat pemandangan dengan mata sendiri. 32 00:01:32,858 --> 00:01:34,361 Pabila saya di belakang kamera, 33 00:01:34,385 --> 00:01:36,987 saya nampak butiran kecil: 34 00:01:37,011 --> 00:01:39,719 lapisan cahaya di pergunungan 35 00:01:39,743 --> 00:01:42,193 ketika hari mulai gelap; 36 00:01:42,217 --> 00:01:45,471 bentuk yang digarap alam semula jadi, 37 00:01:45,495 --> 00:01:48,141 abstrak, namun sempurna seadanya. 38 00:01:48,978 --> 00:01:52,588 Saya boleh hanyut merenung setiap butiran pelusuk planet ini 39 00:01:52,612 --> 00:01:54,462 dan perasaan saya tentangnya. 40 00:01:55,544 --> 00:01:58,722 Mengambil gambar keindahan dan kerumitan dunia ini 41 00:01:58,746 --> 00:02:01,544 pada saya seperti melukis potret orang yang saya cintai. 42 00:02:02,164 --> 00:02:03,574 Dan apabila mengambil gambar, 43 00:02:03,598 --> 00:02:06,321 saya perlu fikir perkara yang mahu dituturkan. 44 00:02:06,888 --> 00:02:09,903 Saya perlu tanya diri saya perasaan yang mahu disampaikan. 45 00:02:09,927 --> 00:02:12,033 Pabila berkomunikasi melalui sekeping gambar, 46 00:02:12,057 --> 00:02:13,872 semua aspek kreatif adalah penting. 47 00:02:13,896 --> 00:02:15,893 Ada gambar yang saya mahu kongsi, 48 00:02:15,917 --> 00:02:18,022 ada yang saya simpan untuk diri sendiri. 49 00:02:18,480 --> 00:02:21,421 Saya kini mengacara siri video tentang masa depan dunia luar, 50 00:02:21,445 --> 00:02:24,287 dalam salah satu episodnya, kami mahu meneroka 51 00:02:24,311 --> 00:02:27,864 hubungan antara fotografi dengan ruang dunia luar. 52 00:02:27,888 --> 00:02:30,019 Saya belajar tentang kajian oleh Kristin Diehl 53 00:02:30,043 --> 00:02:31,529 dan rakan sekerjanya di USC, 54 00:02:31,553 --> 00:02:34,701 tentang kesan mengambil gambar terhadap tahap keseronokan. 55 00:02:34,725 --> 00:02:37,135 Mereka mendapati apabila kita memegang kamera, 56 00:02:37,159 --> 00:02:39,055 apabila kita yang mengambil gambar, 57 00:02:39,079 --> 00:02:41,656 kita lebih menikmati pengalaman itu, bukan sebaliknya. 58 00:02:41,680 --> 00:02:43,224 Tapi bukanlah pada setiap masa. 59 00:02:43,248 --> 00:02:47,059 Jika seseorang mengambil gambar hanya untuk berkongsi, 60 00:02:47,083 --> 00:02:48,784 tiada pertambahan kegembiraan, 61 00:02:48,808 --> 00:02:51,038 kerana mereka tidak buat untuk diri sendiri. 62 00:02:51,062 --> 00:02:53,480 Jadi ini menunjukkan satu perbezaan penting: 63 00:02:53,504 --> 00:02:55,913 fotografi boleh menambah nilai pengalaman anda 64 00:02:55,937 --> 00:02:57,745 sekiranya dilakukan dengan berhemah. 65 00:02:57,769 --> 00:03:00,242 Niat itu yang paling penting. 66 00:03:00,691 --> 00:03:03,806 Sebagai jurufoto, saya perlu tanya diri sendiri. 67 00:03:03,830 --> 00:03:06,371 Bila keadaan yang sesuai untuk keluarkan kamera, 68 00:03:06,395 --> 00:03:08,639 dan bila saya perlu menyimpannya? 69 00:03:08,663 --> 00:03:13,298 Ketika melawat Alaska, saya berpeluang mengambil gambar beruang perang Alaska. 70 00:03:13,322 --> 00:03:15,632 Saya di atas bot bersama empat lagi jurufoto, 71 00:03:15,656 --> 00:03:18,129 dan kami semua terpegun 72 00:03:18,153 --> 00:03:19,396 pada masa yang sama 73 00:03:19,420 --> 00:03:21,980 berada sangat dekat dengan haiwan-haiwan ini. 74 00:03:22,004 --> 00:03:24,184 Ia satu pengalaman yang penuh emosi. 75 00:03:24,208 --> 00:03:27,545 Bertentang mata dengan beruang-beruang itu buat saya rasa dekat 76 00:03:27,569 --> 00:03:29,109 tidak terungkap kata-kata, 77 00:03:29,133 --> 00:03:33,288 dan dengan kamera saya bersama meningkatkan lagi perasaan itu. 78 00:03:33,698 --> 00:03:37,338 Kami berkarya dengan cara tersendiri tapi menyeluruh dengan saat itu, 79 00:03:37,362 --> 00:03:39,350 dengan alam dan sesama sendiri. 80 00:03:39,374 --> 00:03:40,840 Saya masih ingat dengan jelas 81 00:03:40,864 --> 00:03:44,431 merakam titisan air dan pergerakan beruang berenang 82 00:03:44,455 --> 00:03:47,048 serta anak-anak beruang yang mengikuti ibu mereka. 83 00:03:47,793 --> 00:03:50,482 Kumpulan itu dan saya akan mempunyai pengalaman bersama 84 00:03:50,506 --> 00:03:52,393 dan gambar-gambar untuk ditatap kemudian 85 00:03:52,417 --> 00:03:53,589 berkali-kali, 86 00:03:53,613 --> 00:03:57,414 dan fotografi yang membolehkan kami berkongsi semua ini. 87 00:03:58,518 --> 00:04:00,935 Pada masa lain, saya memilih untuk simpan kamera, 88 00:04:00,959 --> 00:04:04,797 dan saya rasa pilihan itu menambah nilai pengalaman saya 89 00:04:04,821 --> 00:04:06,097 dan kerja saya. 90 00:04:06,672 --> 00:04:09,752 Baru-baru ini saya ke Pulau Pasifik Selatan Tonga 91 00:04:09,776 --> 00:04:11,413 untuk berenang dengan paus kelasa. 92 00:04:11,887 --> 00:04:14,264 Saya berasa ada satu paksaan 93 00:04:14,288 --> 00:04:17,146 dan kewajipan untuk membawa kamera bersama, 94 00:04:17,170 --> 00:04:20,346 apabila kadangkala saya hanya mahu menikmati pengalaman itu. 95 00:04:20,370 --> 00:04:22,796 Dan pengalaman itu sangat menakjubkan. 96 00:04:22,820 --> 00:04:24,705 Kita bercakap tentang menyelam 97 00:04:24,729 --> 00:04:27,493 bersama anak haiwan sebesar kereta 98 00:04:27,517 --> 00:04:31,272 ketika dikelilingi partikel yang terapung di sekeliling anda 99 00:04:31,296 --> 00:04:34,044 dan ibunya menyelam di bawah. 100 00:04:34,068 --> 00:04:37,093 Sudah tentu ada masanya, apabila saya bawa kamera bersama 101 00:04:37,117 --> 00:04:40,080 dan ia pengalaman yang hebat untuk dirakam. 102 00:04:40,080 --> 00:04:44,503 Ia seperti satu kotak yang besar. Beginilah rupanya. 103 00:04:44,527 --> 00:04:46,583 Ini antara saya dengan ikan paus itu, 104 00:04:46,607 --> 00:04:50,270 dan kadangkala ia terasa seperti pemisah antara diri anda dengan alam nyata. 105 00:04:50,294 --> 00:04:52,605 Apa bezanya kalau hanya dengan telefon? 106 00:04:53,135 --> 00:04:55,658 Tahun lepas, saya ke Uluru di Australia Tengah, 107 00:04:55,682 --> 00:04:59,087 di mana ada batu yang besar di tengah-tengah padang pasir. 108 00:04:59,666 --> 00:05:02,521 Ini adalah tanah suci untuk kaum Anangu, 109 00:05:02,545 --> 00:05:04,633 orang asal di tempat ini 110 00:05:04,657 --> 00:05:06,933 dan pemilik tradisi tanah itu. 111 00:05:07,455 --> 00:05:11,903 Ada beberapa tempat di Uluru yang tidak dibenarkan untuk ambil gambar, 112 00:05:11,927 --> 00:05:14,484 kerana ia tempat sensitif secara budaya, 113 00:05:14,508 --> 00:05:17,470 seperti kitab suci untuk Anangu. 114 00:05:17,494 --> 00:05:22,032 Jadi kerana ini, kebanyakan foto saya diambil dari jauh, seperti ini, 115 00:05:22,056 --> 00:05:24,961 atau dari sudut tertentu di taman itu. 116 00:05:24,985 --> 00:05:29,490 Boleh dikatakan kebanyakan pemandangan menarik dan indah di Uluru 117 00:05:29,514 --> 00:05:31,926 terletak di kawasan sensitif ini, 118 00:05:31,950 --> 00:05:37,511 tapi permintaan untuk tidak merakam foto jelas sekali satu jemputan 119 00:05:37,535 --> 00:05:41,624 untuk belajar lebih tentang tanah itu, kepentingannya dan orang asalnya. 120 00:05:41,648 --> 00:05:43,913 Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan? 121 00:05:43,937 --> 00:05:46,963 Jadi kedatangan saya ke Uluru bukan lagi untuk diri saya 122 00:05:46,987 --> 00:05:50,171 tapi untuk memahami tempat itu. 123 00:05:50,983 --> 00:05:52,465 Ironinya, dan yang mengejutkan, 124 00:05:52,489 --> 00:05:54,622 saya mendapati kehadiran dan perhubungan 125 00:05:54,646 --> 00:05:57,849 juga menghasilkan gambar yang lebih menarik. 126 00:05:58,413 --> 00:06:02,349 Boleh dikatakan media sosial adalah tempat sesuai 127 00:06:02,349 --> 00:06:05,118 untuk berkongsi gambar percutian dan kenangan. 128 00:06:05,255 --> 00:06:08,144 Kita bukan sahaja berkongsi dunia yang kita lihat 129 00:06:08,168 --> 00:06:10,640 tetapi juga sebahagian daripada pengalaman seharian. 130 00:06:10,664 --> 00:06:14,507 Dan jika kita mengambil gambar dengan tujuan, 131 00:06:14,531 --> 00:06:18,181 harap-harap kita berkongsi dengan tujuan juga. 132 00:06:18,380 --> 00:06:23,466 Untuk saya, berkongsi cerita dan perspektif saya di atas talian 133 00:06:23,490 --> 00:06:26,228 mengingatkan saya bahawa saya tidak bersendirian. 134 00:06:26,252 --> 00:06:28,475 Ia membantu saya membina komuniti dan sokongan 135 00:06:28,499 --> 00:06:30,942 untuk orang lain juga. 136 00:06:31,212 --> 00:06:32,382 Biar saya jelaskan: 137 00:06:32,406 --> 00:06:36,017 saya bukan kata anda tidak boleh ambil gambar. 138 00:06:36,688 --> 00:06:40,431 Walaupun ribuan orang telah ke tempat yang sama 139 00:06:40,455 --> 00:06:42,583 dan ambil gambar yang sama 140 00:06:42,607 --> 00:06:44,936 saya galakkan anda keluar dan ambil juga. 141 00:06:44,960 --> 00:06:47,286 Dunia ini memerlukan setiap suara dan perspektif, 142 00:06:47,310 --> 00:06:49,322 termasuk daripada anda semua. 143 00:06:49,640 --> 00:06:52,858 Tapi perkara yang saya cuba sampaikan ialah telefon dan kamera 144 00:06:52,882 --> 00:06:54,799 tidak perlu sentiasa dikeluarkan. 145 00:06:55,376 --> 00:06:57,221 Apa yang saya cuba galakkan adalah 146 00:06:57,245 --> 00:06:59,782 untuk anda simpan sebentar -- 147 00:06:59,806 --> 00:07:01,238 untuk diri anda. 148 00:07:01,670 --> 00:07:03,351 Jadi mari kembali ke Mesa Arch, 149 00:07:03,375 --> 00:07:05,694 lihat batu itu bersinar warna jingga 150 00:07:05,718 --> 00:07:09,140 dan lapisan warna biru indah di belakangnya. 151 00:07:09,846 --> 00:07:12,624 Bagaimana kalau nanti anda berada di tempat yang indah, 152 00:07:12,648 --> 00:07:15,005 anda tidak boleh bawa kamera atau telefon? 153 00:07:15,601 --> 00:07:18,587 Bagaimana kalau anda tidak boleh mengambil gambar langsung? 154 00:07:19,035 --> 00:07:20,859 Adakah anda rasa terbatas? 155 00:07:21,618 --> 00:07:23,888 Atau rasa lega? 156 00:07:24,773 --> 00:07:26,159 Jadi apa yang boleh dibuat? 157 00:07:26,373 --> 00:07:30,017 Kalau anda rasa mahu keluarkan kamera atau telefon, 158 00:07:30,041 --> 00:07:33,342 atau, kalau saya, sedar-sedar sudah mengeluarkannya -- 159 00:07:33,366 --> 00:07:34,446 (Gelak ketawa) 160 00:07:34,470 --> 00:07:35,875 Pertama: berhenti. 161 00:07:36,567 --> 00:07:37,879 Berhenti sejenak. 162 00:07:37,903 --> 00:07:39,236 Tarik nafas dalam-dalam. 163 00:07:40,148 --> 00:07:42,587 LIhat di sekeliling. Apa yang anda nampak? 164 00:07:44,045 --> 00:07:46,716 Adakah anda menikmati saat ini bersama seseorang? 165 00:07:47,191 --> 00:07:49,867 Ingatlah bahawa saat ini hanya datang sekali. 166 00:07:50,267 --> 00:07:53,280 Fotografi boleh jadi sebahagian daripada pengalaman yang indah. 167 00:07:53,304 --> 00:07:56,503 Tapi jangan sampai menjadi penghalang antara diri anda dan realiti. 168 00:07:56,527 --> 00:07:58,975 Hiduplah dengan tujuan, dan jangan terlepas 169 00:07:58,975 --> 00:08:01,698 saat indah yang tidak dapat diganti, 170 00:08:01,698 --> 00:08:04,407 kerana terlalu asyik mengambil gambar. 171 00:08:04,677 --> 00:08:05,911 Terima kasih. 172 00:08:05,935 --> 00:08:08,758 (Tepukan)