0:00:01.666,0:00:05.181 Apakah tempat yang paling indah[br]pernah anda lawati? 0:00:05.778,0:00:08.624 Dan ketika berada di sana,[br]adakah anda mengambil gambar? 0:00:09.149,0:00:11.551 Ini antara tempat yang terindah bagi saya. 0:00:11.785,0:00:15.252 Ini Mesa Arch, yang terletak[br]di Taman Negara Canyonlands di Utah 0:00:15.276,0:00:16.431 ketika matahari terbit. 0:00:16.455,0:00:19.090 Ini kampung halaman orang Pueblo, Ute, 0:00:19.114,0:00:21.005 Paiute dan Navajo, 0:00:21.029,0:00:22.643 dan jika anda ke sana, 0:00:22.667,0:00:24.452 pemandangannya menakjubkan. 0:00:24.476,0:00:27.573 Matahari terbit menerangi[br]bahagian bawah gerbang jingga, 0:00:27.597,0:00:31.798 dan di belakangnya, bukit bukau,[br]awan serta cenuram. 0:00:31.822,0:00:34.009 Tapi apa yang anda [br]tidak dapat lihat ialah 0:00:34.033,0:00:37.587 30 orang di belakang saya[br]yang turut mengambil gambar. 0:00:37.611,0:00:40.842 Dan mereka ialah orang yang komited,[br]yang suka bangun pagi, bukan? 0:00:40.866,0:00:42.477 Jadi kalau difikirkan, 0:00:42.501,0:00:47.852 pasti ada ratusan, kalau bukan ribuan[br]gambar Mesa Arch diambil setiap minggu. 0:00:47.876,0:00:51.138 Sudah beberapa tahun saya berkongsi[br]gambar yang diambil di Instagram, 0:00:51.162,0:00:55.745 dan apa yang menarik serta lucunya, 0:00:55.769,0:00:59.347 betapa banyak gambar seakan sama[br]yang diambil di tempat yang sama 0:00:59.371,0:01:01.101 boleh dilihat dalam talian. 0:01:01.125,0:01:02.872 Dan saya juga menyertainya. 0:01:03.784,0:01:05.090 Hal ini buat saya terfikir: 0:01:05.114,0:01:08.215 Apakah tujuan sebenar mengambil gambar? 0:01:08.239,0:01:11.021 Kadangkala, saya melawat[br]tempat yang popular -- 0:01:11.045,0:01:14.088 ini Horseshoe Bend di Arizona -- 0:01:14.112,0:01:16.862 dan saya lihat ramai orang[br]mengeluarkan telefon dan kamera 0:01:16.886,0:01:18.054 mengambil gambar, 0:01:18.078,0:01:21.335 dan terus berpatah balik masuk ke kereta[br]atau meneruskan perjalanan. 0:01:21.359,0:01:25.187 Dan kadangkala nampaknya[br]kita terlupa tujuan sebenar 0:01:25.211,0:01:29.582 melawat sesuatu tempat[br]untuk menikmati pengalaman 0:01:29.606,0:01:32.194 atau melihat pemandangan[br]dengan mata sendiri. 0:01:32.858,0:01:34.361 Pabila saya di belakang kamera, 0:01:34.385,0:01:36.987 saya nampak butiran kecil: 0:01:37.011,0:01:39.719 lapisan cahaya di pergunungan 0:01:39.743,0:01:42.193 ketika hari mulai gelap; 0:01:42.217,0:01:45.471 bentuk yang digarap alam semula jadi, 0:01:45.495,0:01:48.141 abstrak, namun sempurna seadanya. 0:01:48.978,0:01:52.588 Saya boleh hanyut merenung setiap[br]butiran pelusuk planet ini 0:01:52.612,0:01:54.462 dan perasaan saya tentangnya. 0:01:55.544,0:01:58.722 Mengambil gambar keindahan dan[br]kerumitan dunia ini 0:01:58.746,0:02:01.544 pada saya seperti melukis potret[br]orang yang saya cintai. 0:02:02.164,0:02:03.574 Dan apabila mengambil gambar, 0:02:03.598,0:02:06.321 saya perlu fikir perkara yang[br]mahu dituturkan. 0:02:06.888,0:02:09.903 Saya perlu tanya diri saya[br]perasaan yang mahu disampaikan. 0:02:09.927,0:02:12.033 Pabila berkomunikasi melalui[br]sekeping gambar, 0:02:12.057,0:02:13.872 semua aspek kreatif adalah penting. 0:02:13.896,0:02:15.893 Ada gambar yang saya mahu kongsi, 0:02:15.917,0:02:18.022 ada yang saya simpan untuk diri sendiri. 0:02:18.480,0:02:21.421 Saya kini mengacara siri video[br]tentang masa depan dunia luar, 0:02:21.445,0:02:24.287 dalam salah satu episodnya,[br]kami mahu meneroka 0:02:24.311,0:02:27.864 hubungan antara fotografi[br]dengan ruang dunia luar. 0:02:27.888,0:02:30.019 Saya belajar tentang kajian[br]oleh Kristin Diehl 0:02:30.043,0:02:31.529 dan rakan sekerjanya di USC, 0:02:31.553,0:02:34.701 tentang kesan mengambil gambar[br]terhadap tahap keseronokan. 0:02:34.725,0:02:37.135 Mereka mendapati apabila[br]kita memegang kamera, 0:02:37.159,0:02:39.055 apabila kita yang mengambil gambar, 0:02:39.079,0:02:41.656 kita lebih menikmati pengalaman itu,[br]bukan sebaliknya. 0:02:41.680,0:02:43.224 Tapi bukanlah pada setiap masa. 0:02:43.248,0:02:47.059 Jika seseorang mengambil gambar [br]hanya untuk berkongsi, 0:02:47.083,0:02:48.784 tiada pertambahan kegembiraan, 0:02:48.808,0:02:51.038 kerana mereka tidak buat[br]untuk diri sendiri. 0:02:51.062,0:02:53.480 Jadi ini menunjukkan satu[br]perbezaan penting: 0:02:53.504,0:02:55.913 fotografi boleh menambah nilai[br]pengalaman anda 0:02:55.937,0:02:57.745 sekiranya dilakukan dengan berhemah. 0:02:57.769,0:03:00.242 Niat itu yang paling penting. 0:03:00.691,0:03:03.806 Sebagai jurufoto, saya perlu[br]tanya diri sendiri. 0:03:03.830,0:03:06.371 Bila keadaan yang sesuai untuk[br]keluarkan kamera, 0:03:06.395,0:03:08.639 dan bila saya perlu menyimpannya? 0:03:08.663,0:03:13.298 Ketika melawat Alaska, saya berpeluang[br]mengambil gambar beruang perang Alaska. 0:03:13.322,0:03:15.632 Saya di atas bot bersama[br]empat lagi jurufoto, 0:03:15.656,0:03:18.129 dan kami semua terpegun 0:03:18.153,0:03:19.396 pada masa yang sama 0:03:19.420,0:03:21.980 berada sangat dekat dengan [br]haiwan-haiwan ini. 0:03:22.004,0:03:24.184 Ia satu pengalaman yang penuh emosi. 0:03:24.208,0:03:27.545 Bertentang mata dengan beruang-beruang itu[br]buat saya rasa dekat 0:03:27.569,0:03:29.109 tidak terungkap kata-kata, 0:03:29.133,0:03:33.288 dan dengan kamera saya bersama[br]meningkatkan lagi perasaan itu. 0:03:33.698,0:03:37.338 Kami berkarya dengan cara tersendiri[br]tapi menyeluruh dengan saat itu, 0:03:37.362,0:03:39.350 dengan alam dan sesama sendiri. 0:03:39.374,0:03:40.840 Saya masih ingat dengan jelas 0:03:40.864,0:03:44.431 merakam titisan air dan [br]pergerakan beruang berenang 0:03:44.455,0:03:47.048 serta anak-anak beruang [br]yang mengikuti ibu mereka. 0:03:47.793,0:03:50.482 Kumpulan itu dan saya akan[br]mempunyai pengalaman bersama 0:03:50.506,0:03:52.393 dan gambar-gambar untuk[br]ditatap kemudian 0:03:52.417,0:03:53.589 berkali-kali, 0:03:53.613,0:03:57.414 dan fotografi yang membolehkan kami[br]berkongsi semua ini. 0:03:58.518,0:04:00.935 Pada masa lain, saya memilih[br]untuk simpan kamera, 0:04:00.959,0:04:04.797 dan saya rasa pilihan itu[br]menambah nilai pengalaman saya 0:04:04.821,0:04:06.097 dan kerja saya. 0:04:06.672,0:04:09.752 Baru-baru ini saya ke[br]Pulau Pasifik Selatan Tonga 0:04:09.776,0:04:11.413 untuk berenang dengan paus kelasa. 0:04:11.887,0:04:14.264 Saya berasa ada satu paksaan 0:04:14.288,0:04:17.146 dan kewajipan untuk[br]membawa kamera bersama, 0:04:17.170,0:04:20.346 apabila kadangkala saya hanya[br]mahu menikmati pengalaman itu. 0:04:20.370,0:04:22.796 Dan pengalaman itu sangat menakjubkan. 0:04:22.820,0:04:24.705 Kita bercakap tentang menyelam 0:04:24.729,0:04:27.493 bersama anak haiwan[br]sebesar kereta 0:04:27.517,0:04:31.272 ketika dikelilingi partikel yang[br]terapung di sekeliling anda 0:04:31.296,0:04:34.044 dan ibunya menyelam di bawah. 0:04:34.068,0:04:37.093 Sudah tentu ada masanya,[br]apabila saya bawa kamera bersama 0:04:37.117,0:04:40.080 dan ia pengalaman yang hebat[br]untuk dirakam. 0:04:40.080,0:04:44.503 Ia seperti satu kotak yang besar.[br]Beginilah rupanya. 0:04:44.527,0:04:46.583 Ini antara saya dengan ikan paus itu, 0:04:46.607,0:04:50.270 dan kadangkala ia terasa seperti pemisah[br]antara diri anda dengan alam nyata. 0:04:50.294,0:04:52.605 Apa bezanya kalau hanya dengan telefon? 0:04:53.135,0:04:55.658 Tahun lepas, saya ke Uluru[br]di Australia Tengah, 0:04:55.682,0:04:59.087 di mana ada batu yang besar[br]di tengah-tengah padang pasir. 0:04:59.666,0:05:02.521 Ini adalah tanah suci untuk kaum Anangu, 0:05:02.545,0:05:04.633 orang asal di tempat ini 0:05:04.657,0:05:06.933 dan pemilik tradisi tanah itu. 0:05:07.455,0:05:11.903 Ada beberapa tempat di Uluru[br]yang tidak dibenarkan untuk ambil gambar, 0:05:11.927,0:05:14.484 kerana ia tempat sensitif secara budaya, 0:05:14.508,0:05:17.470 seperti kitab suci untuk Anangu. 0:05:17.494,0:05:22.032 Jadi kerana ini, kebanyakan foto saya[br]diambil dari jauh, seperti ini, 0:05:22.056,0:05:24.961 atau dari sudut tertentu di taman itu. 0:05:24.985,0:05:29.490 Boleh dikatakan kebanyakan pemandangan[br]menarik dan indah di Uluru 0:05:29.514,0:05:31.926 terletak di kawasan sensitif ini, 0:05:31.950,0:05:37.511 tapi permintaan untuk tidak merakam foto[br]jelas sekali satu jemputan 0:05:37.535,0:05:41.624 untuk belajar lebih tentang tanah itu,[br]kepentingannya dan orang asalnya. 0:05:41.648,0:05:43.913 Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan? 0:05:43.937,0:05:46.963 Jadi kedatangan saya ke Uluru[br]bukan lagi untuk diri saya 0:05:46.987,0:05:50.171 tapi untuk memahami tempat itu. 0:05:50.983,0:05:52.465 Ironinya, dan yang mengejutkan, 0:05:52.489,0:05:54.622 saya mendapati kehadiran dan perhubungan 0:05:54.646,0:05:57.849 juga menghasilkan gambar[br]yang lebih menarik. 0:05:58.413,0:06:02.349 Boleh dikatakan media sosial[br]adalah tempat sesuai 0:06:02.349,0:06:05.118 untuk berkongsi gambar [br]percutian dan kenangan. 0:06:05.255,0:06:08.144 Kita bukan sahaja berkongsi [br]dunia yang kita lihat 0:06:08.168,0:06:10.640 tetapi juga sebahagian daripada[br]pengalaman seharian. 0:06:10.664,0:06:14.507 Dan jika kita mengambil gambar [br]dengan tujuan, 0:06:14.531,0:06:18.181 harap-harap kita berkongsi [br]dengan tujuan juga. 0:06:18.380,0:06:23.466 Untuk saya, berkongsi cerita[br]dan perspektif saya di atas talian 0:06:23.490,0:06:26.228 mengingatkan saya bahawa saya[br]tidak bersendirian. 0:06:26.252,0:06:28.475 Ia membantu saya membina [br]komuniti dan sokongan 0:06:28.499,0:06:30.942 untuk orang lain juga. 0:06:31.212,0:06:32.382 Biar saya jelaskan: 0:06:32.406,0:06:36.017 saya bukan kata anda tidak[br]boleh ambil gambar. 0:06:36.688,0:06:40.431 Walaupun ribuan orang[br]telah ke tempat yang sama 0:06:40.455,0:06:42.583 dan ambil gambar yang sama 0:06:42.607,0:06:44.936 saya galakkan anda keluar dan ambil juga. 0:06:44.960,0:06:47.286 Dunia ini memerlukan[br]setiap suara dan perspektif, 0:06:47.310,0:06:49.322 termasuk daripada anda semua. 0:06:49.640,0:06:52.858 Tapi perkara yang saya cuba sampaikan[br]ialah telefon dan kamera 0:06:52.882,0:06:54.799 tidak perlu sentiasa dikeluarkan. 0:06:55.376,0:06:57.221 Apa yang saya cuba galakkan adalah 0:06:57.245,0:06:59.782 untuk anda simpan sebentar -- 0:06:59.806,0:07:01.238 untuk diri anda. 0:07:01.670,0:07:03.351 Jadi mari kembali ke Mesa Arch, 0:07:03.375,0:07:05.694 lihat batu itu bersinar warna jingga 0:07:05.718,0:07:09.140 dan lapisan warna biru indah[br]di belakangnya. 0:07:09.846,0:07:12.624 Bagaimana kalau nanti[br]anda berada di tempat yang indah, 0:07:12.648,0:07:15.005 anda tidak boleh bawa kamera atau telefon? 0:07:15.601,0:07:18.587 Bagaimana kalau anda tidak boleh[br]mengambil gambar langsung? 0:07:19.035,0:07:20.859 Adakah anda rasa terbatas? 0:07:21.618,0:07:23.888 Atau rasa lega? 0:07:24.773,0:07:26.159 Jadi apa yang boleh dibuat? 0:07:26.373,0:07:30.017 Kalau anda rasa mahu [br]keluarkan kamera atau telefon, 0:07:30.041,0:07:33.342 atau, kalau saya, sedar-sedar[br]sudah mengeluarkannya -- 0:07:33.366,0:07:34.446 (Gelak ketawa) 0:07:34.470,0:07:35.875 Pertama: berhenti. 0:07:36.567,0:07:37.879 Berhenti sejenak. 0:07:37.903,0:07:39.236 Tarik nafas dalam-dalam. 0:07:40.148,0:07:42.587 LIhat di sekeliling. Apa yang anda nampak? 0:07:44.045,0:07:46.716 Adakah anda menikmati saat ini[br]bersama seseorang? 0:07:47.191,0:07:49.867 Ingatlah bahawa saat ini [br]hanya datang sekali. 0:07:50.267,0:07:53.280 Fotografi boleh jadi sebahagian[br]daripada pengalaman yang indah. 0:07:53.304,0:07:56.503 Tapi jangan sampai menjadi penghalang[br]antara diri anda dan realiti. 0:07:56.527,0:07:58.975 Hiduplah dengan tujuan,[br]dan jangan terlepas 0:07:58.975,0:08:01.698 saat indah yang tidak dapat diganti, 0:08:01.698,0:08:04.407 kerana terlalu asyik mengambil gambar. 0:08:04.677,0:08:05.911 Terima kasih. 0:08:05.935,0:08:08.758 (Tepukan)