[lagu mengira: 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1] Internet: Paket, Penghalaan, dan Reliabiliti Hai, nama saya Lynn. Saya seorang jurutera perisian di Spotify dan saya akan menjadi yang pertama mengakui bahawa saya tidak banyak berfikir tentang reliabiliti internet. Jumlah maklumat di seluruh internet adalah menakjubkan. Tetapi bagaimana anda memastikan setiap bahagian data aka dihantar kepada anda? Katakanlah anda mahu memainkan lagu dari Spotify. Komputer anda bersambung secara langsung ke pelayan Spotify dan Spotify menghantar anda lagu dari sambungan langsung dan berdedikasi. Itu bukan cara internet berfungsi. Jika internet terdiri dari sambungan langsung dan berdedikasi ia mustahil untuk memastikan semua berfungsi bila berjuta-juta pengguna menyertainya. Terutama sejak tiada jaminan bahawa setiap wayar dan komputer berfungsi sepanjang masa. Sebaliknya, data bergerak di internet secara tidak langsung. Banyak tahun yang lalu, pada awal 1970-an rakan kerja saya Bob Kahn dan saya mula mengusahakan satu projek yang kini dipanggil internet. Bob dan saya mempunyai tanggungjawab dan peluang untuk merancang protokol dan senibina internet. Oleh itu, kami berterusan mengambil bahagian dalam pertumbuhan dan evolusi internet sepanjang masa ini sehingga kini. Cara maklumat dipindahkan dari satu komputer ke komputer lain agak menarik. Ia tidak perlu mengikut laluan tetap, sebenarnya, laluan anda mungkin berubah di pertengahan perbualan antara komputer. Maklumat di internet bergerak dari satu komputer ke komputer lain dalam apa yang kita panggil paket maklumat dan paket bergerak dari satu tempat ke yang lain di internet seperti anda begerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kereta. Bergantung pada kesesakan atau keadaan jalan, anda boleh memilih atau terpaksa mengambil laluan yang berbeza ke destinasi yang sama setiap kali anda dalam perjalanan. Dan seperti anda boleh mengangkut sebarang dalam kereta, pelbagai maklumat digital boleh dihantar dengan paket IP tetapi ada hadnya. Contohnya, anda perlu memindahkan pesawat ulang alik dari tempat ia dibina ke lokasi ia akan dilancarkan. Pesawat ulang alik tidak akan muat dalam satu trak jadi ia perlu dibahagikan ke kepingan, dipindah menggunakan armada trak. Trak boleh mengambil laluan yang berbeza dan mungkin sampai ke destinasi pada masa yang berbeza. Tetapi setelah semua kepingan sampai, anda boleh memasang semula kepingan pesawat ulang alik dan ia sedia untuk pelancaran. Internet berfungsi sama. Jika anda mempunyai imej yang sangat besar yang ingin dihantar ke rakan atau muat naik ke laman web, imej itu mungkin terdiri daripada 10 juta bit 1 dan 0, terlalu banyak untuk dihantar dalam satu paket. Kerana ia data pada komputer, komputer yang menghantar imej boleh dengan cepat membahagikannya kepada ratusan atau ribuan bahagian kecil dipanggil paket. Tidak seperti kereta atau trak paket ini tidak mempunyai pemandu dan mereka tidak memilih laluan mereka. Setiap paket mempunyai alamat internet asalnya dan alamat destinasi mereka. Komputer khas di internet dipanggil penghala bertindak seperti pengurus lalu lintas untuk memastikan perjalanan paket dalam rangkaian lancar. Jika satu laluan sesak, paket individu akan mengambil laluan yang berbeza melalui internet dan mereka mungkin tiba di destinasi pada masa yang berbeza atau di luar susunan. Mari kita lihat cara ia berfungsi. Sebagai sebahagian protokol internet, setiap penghala menjejaki pelbagai laluan untuk menghantar paket, dan ia memilih laluan tersedia yang termurah untuk setiap kepingan data berdasarkan alamat IP destinasi paket. Termurah dalam kes ini tidak bermakna kos, tetapi faktor masa dan bukan teknikal seperti politik dan hubungan antara syarikat. Sering laluan terbaik untuk perjalanan data tidak semestinya yang paling langsung. Mempunyai pilihan untuk laluan menjadikan kesalahan rangkaian bertoleransi. Ini bermaksud rangkaian boleh terus menghantar paket walaupun sesuatu teruk atau ralat berlaku. Ini adalah asas prinsip utama internet: reliabiliti. Sekarang, bagaimana jika anda mahu meminta data dan tidak semuanya dihantar? Katakan anda mahu mendengar lagu. Bolehkah anda yakin 100% semua data akan disampaikan supaya lagu boleh dimainkan dengan sempurna? Memperkenalkan sahabat baru anda, TCP(protokol kawalan penghantaran). TCP menguruskan penghantaran dan menerima semua data anda sebagai paket. Anggapkannya seperti perkhidmatan mel yang dijamin. Apabila anda meminta lagu di peranti anda, Spotify menghantar lagu yang dibahagikan ke banyak paket. Apabila paket anda tiba, TCP melakukan inventori penuh dan menghantar kembali pemberitahuan bahawa setiap paket diterima. Jika semua paket sampai, TCP tandatangan untuk penghantaran anda dan selesai. (muzik) Jika TCP mendapati beberapa paket hilang, ia tidak akan bertandatangan, jika tidak, lagu tidak akan kedengaran baik atau lagu tidak lengkap. Bagi setiap paket yang hilang atau tidak lengkap, Spotify akan menghantarnya semula. Sebaik sahaja TCP mengesahkan penghantaran semua paket lagu permintaan anda, lagu anda akan mula bermain. Apa yang hebat tentang sistem TCP dan penghala adalah mereka boleh dilaraskan. Mereka boleh berfungsi dengan 8 atau 8 bilion peranti. Malah, kerana prinsip toleransi kesalahan dan redundansi, semakin banyak penghala yang ditambah semakin tinggi reliabiliti internet. Apa yang juga hebat ialah kita boleh berkembang dan meningkatkan internet tanpa mengganggu perkhidmatan untuk sesiapa yang menggunakannya. Internet terdiri dari ratusan ribu rangkaian dan berbilion komputer dan peranti yang disambungkan secara fizikal. Pelbagai sistem yang membentuk internet menyambung dan berkomunikasi antara satu sama lain, dan bekerjasama kerana standard yang dipersetujui untuk cara data dihantar di internet. Peranti pengkomputeran, atau penghala di internet, membantu semua paket menuju ke destinasi di mana mereka disatukan semula, jika perlu, dengan teratur. Ini berlaku berbilion kali sehari, sama ada anda dan orang lain menghantar e-mel, melayari laman web, melakukan chat video, menggunakan aplikasi mobile, atau bila sensor atau peranti di internet bercakap dengan satu sama lain.