[lagu mengira: 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1]
Internet: Paket, Penghalaan, dan Reliabiliti
Hai, nama saya Lynn. Saya seorang jurutera perisian
di Spotify dan saya akan menjadi yang pertama mengakui
bahawa saya tidak banyak berfikir tentang
reliabiliti internet. Jumlah maklumat di
seluruh internet adalah menakjubkan. Tetapi
bagaimana anda memastikan setiap bahagian
data aka dihantar kepada anda? Katakanlah
anda mahu memainkan lagu dari Spotify.
Komputer anda bersambung secara langsung ke
pelayan Spotify dan Spotify menghantar anda lagu
dari sambungan langsung dan berdedikasi.
Itu bukan cara internet berfungsi. Jika internet
terdiri dari sambungan langsung dan berdedikasi
ia mustahil untuk memastikan semua berfungsi bila
berjuta-juta pengguna menyertainya. Terutama
sejak tiada jaminan bahawa setiap wayar dan
komputer berfungsi sepanjang masa. Sebaliknya,
data bergerak di internet secara tidak langsung.
Banyak tahun yang lalu, pada awal 1970-an
rakan kerja saya Bob Kahn dan saya mula
mengusahakan satu projek yang kini dipanggil
internet. Bob dan saya mempunyai tanggungjawab
dan peluang untuk merancang protokol dan
senibina internet. Oleh itu, kami berterusan
mengambil bahagian dalam pertumbuhan
dan evolusi internet sepanjang masa ini
sehingga kini. Cara maklumat dipindahkan
dari satu komputer ke komputer lain
agak menarik. Ia tidak perlu mengikut laluan
tetap, sebenarnya, laluan anda mungkin berubah
di pertengahan perbualan antara komputer.
Maklumat di internet bergerak dari satu komputer
ke komputer lain dalam apa yang kita panggil
paket maklumat dan paket bergerak dari satu
tempat ke yang lain di internet seperti
anda begerak dari satu tempat ke tempat
lain dalam kereta. Bergantung pada kesesakan
atau keadaan jalan, anda boleh memilih atau
terpaksa mengambil laluan yang berbeza ke destinasi
yang sama setiap kali anda dalam perjalanan.
Dan seperti anda boleh mengangkut sebarang
dalam kereta, pelbagai maklumat digital boleh
dihantar dengan paket IP tetapi ada hadnya.
Contohnya, anda perlu memindahkan pesawat
ulang alik dari tempat ia dibina ke lokasi
ia akan dilancarkan. Pesawat ulang alik tidak
akan muat dalam satu trak jadi ia perlu
dibahagikan ke kepingan, dipindah menggunakan
armada trak. Trak boleh mengambil laluan yang berbeza
dan mungkin sampai ke destinasi pada masa yang
berbeza. Tetapi setelah semua kepingan
sampai, anda boleh memasang semula kepingan
pesawat ulang alik dan ia sedia untuk
pelancaran. Internet berfungsi sama.
Jika anda mempunyai imej yang sangat besar yang
ingin dihantar ke rakan atau muat naik ke laman web,
imej itu mungkin terdiri daripada 10 juta
bit 1 dan 0, terlalu banyak untuk dihantar
dalam satu paket. Kerana ia data pada komputer,
komputer yang menghantar imej boleh dengan cepat
membahagikannya kepada ratusan atau ribuan bahagian
kecil dipanggil paket. Tidak seperti kereta
atau trak paket ini tidak mempunyai pemandu dan
mereka tidak memilih laluan mereka. Setiap paket
mempunyai alamat internet asalnya dan
alamat destinasi mereka. Komputer khas
di internet dipanggil penghala bertindak seperti
pengurus lalu lintas untuk memastikan perjalanan
paket dalam rangkaian lancar. Jika satu laluan sesak,
paket individu akan mengambil laluan yang berbeza
melalui internet dan mereka mungkin tiba
di destinasi pada masa yang berbeza
atau di luar susunan. Mari kita lihat cara ia
berfungsi. Sebagai sebahagian protokol internet,
setiap penghala menjejaki pelbagai laluan
untuk menghantar paket, dan ia memilih laluan
tersedia yang termurah untuk setiap kepingan
data berdasarkan alamat IP destinasi paket.
Termurah dalam kes ini tidak bermakna kos, tetapi
faktor masa dan bukan teknikal seperti politik
dan hubungan antara syarikat. Sering laluan
terbaik untuk perjalanan data tidak semestinya
yang paling langsung. Mempunyai pilihan untuk
laluan menjadikan kesalahan rangkaian bertoleransi.
Ini bermaksud rangkaian boleh terus menghantar
paket walaupun sesuatu teruk atau ralat berlaku.
Ini adalah asas prinsip utama internet:
reliabiliti. Sekarang, bagaimana jika anda
mahu meminta data dan tidak semuanya
dihantar? Katakan anda mahu mendengar lagu.
Bolehkah anda yakin 100% semua data akan disampaikan
supaya lagu boleh dimainkan dengan sempurna?
Memperkenalkan sahabat baru anda, TCP(protokol
kawalan penghantaran). TCP menguruskan penghantaran
dan menerima semua data anda sebagai paket.
Anggapkannya seperti perkhidmatan mel yang dijamin.
Apabila anda meminta lagu di peranti anda, Spotify
menghantar lagu yang dibahagikan ke banyak paket.
Apabila paket anda tiba, TCP melakukan inventori
penuh dan menghantar kembali pemberitahuan bahawa
setiap paket diterima. Jika semua paket sampai,
TCP tandatangan untuk penghantaran anda dan
selesai. (muzik) Jika TCP mendapati beberapa paket
hilang, ia tidak akan bertandatangan, jika tidak,
lagu tidak akan kedengaran baik atau lagu
tidak lengkap. Bagi setiap paket yang hilang
atau tidak lengkap, Spotify akan menghantarnya semula.
Sebaik sahaja TCP mengesahkan penghantaran semua paket
lagu permintaan anda, lagu anda akan mula
bermain. Apa yang hebat tentang sistem TCP
dan penghala adalah mereka boleh dilaraskan. Mereka
boleh berfungsi dengan 8 atau 8 bilion peranti. Malah,
kerana prinsip toleransi kesalahan dan redundansi,
semakin banyak penghala yang ditambah semakin tinggi
reliabiliti internet. Apa yang juga hebat ialah
kita boleh berkembang dan meningkatkan internet
tanpa mengganggu perkhidmatan untuk sesiapa yang
menggunakannya. Internet terdiri dari ratusan ribu
rangkaian dan berbilion komputer dan peranti
yang disambungkan secara fizikal. Pelbagai
sistem yang membentuk internet menyambung
dan berkomunikasi antara satu sama lain,
dan bekerjasama kerana standard yang dipersetujui
untuk cara data dihantar di internet.
Peranti pengkomputeran, atau penghala di
internet, membantu semua paket menuju ke
destinasi di mana mereka disatukan semula,
jika perlu, dengan teratur. Ini berlaku berbilion
kali sehari, sama ada anda dan orang lain
menghantar e-mel, melayari laman web, melakukan
chat video, menggunakan aplikasi mobile,
atau bila sensor atau peranti di internet
bercakap dengan satu sama lain.