[muzik latar] Siapa yang mengajar kamu untuk benci warna kulit kamu? Siapa yang mengajar kamu untuk benci tekstur rambut kamu? Siapa yang mengajar kamy untuk benci bentuk hidung dan mulut kamu? Siapa yang mengajar kamu untuk membenci diri sendiri dari pangkal kepala hinga ke hujung kaki? Siapa yang mengajar kamu untuk benci orang kamu sendiri? Siapa yang menagajar kamu untuk benci kaum kamu sendiri? Sehingga kamu tak ingin berada di kalangan sesama senndiri? Kamu tahu. Kamu patut tanya diri kamu sendiri sebelum kamu tanya jika Muhammad mengajar kita untuk membenci. siapa yang mengajar kamu untuk membenci diri kamu yang telah dicipta oleh Tuhan? Kebanyakan kita, orang berkulit hitam, atau orang negro seperti yang dia panggil kita, ingat bahawa kita ini bebas, tanpa kita sedari, kebebasan yang kita sangka kita kecapi masih lagi belum tercapai. Dan di dalam berbagai cari, apa yang memotivasikan kita ialah keinginan kita untuk diterima oleh orang berkulit putih. Malcom bermaksud untuk menghilangkan rasa rendah diri itu. Beliau tahu ia akan menyakiti. Beliau tahu bahawa orang sanggup membunuh kerana itu, tetapi beliau berani untuk mengambil risiko itu. Beliau berkata sesuatu yang lebih penting daripada apa yang diperkatakan oleh ketua-ketua lain pada masa itu. Beliau memberitahu kita untuk membina rumah sendiri, sedangkan ketua-ketua yang lain memohon untuk dimasukkan ke rumah orang yang menindas kaum mereka. Beliau mengusir ketakutan orang-orang Afrika Amerika. Beliau berkata "Saya akan bercakap apa yang kamu fikirkan" dan "Kamu lihat nanti, orang akan mendengar dan ia tidak akan mengapa-apakan kita, ok? Tetapi saya tidak akan bercakap untuk orang ramai." Bila beliau bercakap di dalam nada yang tegas ini seperti mengatakan, "Saya tidak takut untuk berkata apa yang anda fikirkan selama ini," dan kerana inilah kita sayangi beliau. Beliau bercakap secara lantang dan bukan di belakang pintu tertutup, Beliau menambil Amerika untuk kami. Dan saya, sebagai seorang Muslimin percaya bahawa orang berkulit putih itu agak bijak. Jika beliau sedar bagaimana perasan sebenar orang berkulit hitam dan betapa jemunya kami tanpa berkompromi dengan kata-kata manis Anda yang menyusahkan diri sendiri. Orang berkulit putih percaya kepada kamu bila kamu mengucapkan kata-kata manis kerana kamu sentiasa berkata-kata manis kepada mereka sejak kamu dibawa ke sini Berhentikan kata-kata manis itu! Beritahu mereka perasaan kamu! dia tidak sepatutnya ada rumah. [orang ramai: Betul!] Rumah itu sepatutnya terbakar dan hangus... [tepukan] [muzik dan dram] Di jalanan Harlem, untuk kebanyak abad, orang berkulit hitam telah menyambut kebudayaan mereka, dan menyoalkan isu kaum di Amerika.