Semasa remaja, saya mengalami datang bulan yang teruk. Senggugut terlalu sakit Darah haid habis terkena pakaian dan cadar dan saya mengalami cirit-birit ketika datang bulan. Saya terpaksa ponteng sekolah satu atau dua hari sebulan dan saya ingat saya terpaksa duduk di sofa dengan pad pemanas sambil berfikir "Apa kena semua ini" Bila saya makan, tiada pula air liur meleleh Apabila saya berjalan tiada pula cecair sendi meleleh keluar dari lutut. Kenapa datang bulan ni, ia sangat berlainan? Saya menginginkan jawapan untuk kesemua soalan ini tapi saya tiada sesiapa untuk bertanya Ibu saya tidak mengetahui apa-apa mengenai datang bulan kecuali yang ia kotor dan memalukan dan saya tidak patut bercakap tentangnya. Saya ada bertanya kepada kawan-kawan perempuan tapi semua orang berkias tentangnya Akhirnya, apabila saya berani untuk berjumpa dengan doktor dan beritahu dia tentang aliran haid yang banyak, saya disuruh untuk makan hati (Ketawa) Dan apabila saya ke farmasi untuk membeli barangan datang bulan, Tuala wanita super maxi bersaiz 48 inci, yang dulu saiznya seperti kotak tisu bagi setiap satu-- (Ketawa) Anda tahu apa saya maksudkan. Bayangkan betapa canggihnya teknologi penyerapan pada masa ini. (Ketawa) Saya biasanya beli barangan datang bulan di lorong bahagian penjagaan wanita. dan saya masih ingat yang saya berdiri di situ sambil berfikir, "Kenapa tidak pula saya membeli tisu tandas di lorong penjagaan dubur? " (Ketawa) Macam, apa kena semua ini? Kenapa tidak boleh kita bercakap tentang datang bulan? dan ianya bukan sekadar darah seperti yang dikatakan Freud kerana jika ianya begitu, akan ada doktor bedah telinga, hidung dan tekak muncul di sini bercakap tentang pantang larang hidung berdarah, betul? Ia juga bukan sekadar tentang datang bulan, kerana jika tidak, apabila haid yang memalukan itu sudah tiada atau apabila kita putus haid, sudah pasti status sosial kita akan meningkat (Ketawa) (Tepukan) Ia hanya cuma budaya masyarakat patriarki yang menindas kaum wanita. Pada sesuatu tahap dalam kehidupan, berbagai-bagai pekara dijadikan alasan. dan datang bulan digunakan semasa kami panggil tahun akil baligh dalam istilah perubatan. Ianya sudah lama wujud, Menurut kebanyakan budaya, wanita boleh merosakkan hasil tuaian susu atau melayukan bunga Dan apabila datangnya agama, mitos kesucian hanya memburukkan keadaan. dan perubatan juga tidak terkecuali. Pada 1920-an dan 30-an, ada pendapat mengatakan wanita menghasilkan menotoksin. Kita boleh melayukan bunga hanya dengan melintasinya. (Ketawa) Dan apabila terjadinya tiada kepelbagaian, betul? kerana tiada wanita yang berani angkat tangan dan berkata, "Sebenarnya, bukan itu yang terjadi" Apabila anda tidak boleh bercakap tentang apa yang berlaku kepada badan anda, bagaimana mitos ini akan hilang? Anda tidak perlu menjadi sorang doktor untuk mengatakan yang haid itu tidak berbahaya Jika bahaya, bagaimana janin dapat tersemai dalam keadaan bertoksik? dan jika kita semua mempunyai racun menotoksin rahsia ini, tentu kita dapat merosakkan hasil tuaian dan susu (Ketawa) Kenapa kita tidak gunakan kuasa Wanita-X untuk mendapatkan undian dengan cepat? (Ketawa) (Tepukan) Sehingga kini, apabila saya menciap tentang cirit-birit ketika haid seperti selalu, (Ketawa) Saya akan sebut yang ia mempengaruhi 28 peratus daripada wanita. Setiap kali seseorang mendekati saya mereka berkata, "Saya ingatkan cuma saya seorang sahaja" Begitulah betapa berkesannya budaya malu sehingga wanita tidak boleh berkongsi pengalaman mereka. Jadi, saya mula berfikir "Apa kata semua orang tahu tentang haid seperti pakar sakit puan?" "Bukankah itu hebat?" Anda semua tahu apa yang saya tahu Anda tahu yang haid itu fenomena yang unik bagi mamalia Hampir semua mamalia adalah estrus (yang datang bulan) Manusia, sesetengah haiwan primata, sesetengah kelawar, tikus gajah dan tikus berduri juga mengalami haid Apa yang terjadi ketika haid adalah otak akan merangsang ovari untuk penghasilan telur. Hormon estrogen akan dirembes dan mula membentuk lapisan dinding rahim sel-bersel seperti bata dan apa terjadi jika dinding bata dibina terlalu tinggi tanpa dilepa? Sudah tentu ia tidak stabil. Jadi, apa yang terjadi ketika fasa ovulasi? Hormon yang dipanggil progestron akan dirembeskan, yang bersifat progestasional untuk menyediakan rahim. Ia bertindak seperti lepa yang melekatkan batu-bata. Ia juga menyebabkan beberapa perubahan supaya lapisan rahim lebih sesuai untuk pengimplanan. Jika tiada kehamilan, (Whoosh) lapisan dinding rahim akan luruh. Pendarahan berlaku di saluran darah dan berlakulah haid. Saya selalu merasakan poin ini sangat menarik Disebabkan dengan estrus, isyarat terakhir untuk mempersiapkan rahim, sebenarnya datang daripada embrio Tapi dengan haid, pilihan itu datang dari ovari. Seolah-olah pilihan sudah diprogram dalam sistem reproduktif kita. (Sorakan dan tepukan) Baik, sekarang kita sudah tahu kenapa adanya pendarahan. Dan jumlahnya agak signifikan. 30 ke 90 mililiter darah, dalam 1-3oz, dan ia boleh jadi lebih banyak, dan saya tahu ianya sering lebih banyak Saya tahu Jadi, kenapa kita ada banyak sangat darah? dan kenapa ia tidak kekal di situ sehingga kitaran seterusnya, betul? Anda tidak mengandung, jadi kenapa tidak dibiarkan sahaja? Bayangkan jika setiap bulan ia menebal dan semakin menebal, betul, haid anda tentu menjadi tsunami (Ketawa) Kita tidak boleh menyerap semula kerana ia terlampau banyak. Dan ia terlalu banyak kerana kita perlukan lapisan rahim yang tebal untuk sebab yang sangat spesifik. Kehamilan mendedahkan diri kita kepada tanggungjawab dan risiko biologi. Terdapat kadar kematian ibu, jumlah ibu menyusu dan membesarkan anak sehingga mereka boleh berdikari Dan evolusi-- (Ketawa) Sesetengah orang ambil masa lama untuk faham (Ketawa) Tapi evolusi tahu tentang nisbah risiko dan manfaat. Maka, evolusi ingin memaksimakan peluang hasil yang bermanfaat dan bagaimana anda memaksimakan peluang itu? Anda cuba dapatkan embrio dengan kualiti terbaik dan bagaimana cara untuk dapatkannya? Anda membuatkan ia berusaha. Anda memberinya cabaran. Setelah berevolusi untuk beberapa tahun, ianya seperti perlumbaan senjata di dalam rahim lapisan dinding rahim semakin menebal malah embrio pula semakin membesar sehingga ia menjadi satu dengan lapisan dinding rahim kepunyaan kita Kini, kita ada lapisan dinding rahim yang tebal dan tiba masanya untuk luluh Bagaimana anda menghentikan pendarahan? Jika hidung berdarah, anda picit untuk hentikannya Jika kaki luka, anda menekannya Kita hentikan penderahan dengan tekanan Ketika datang bulan dinding rahim akan mengeluarkan bahan-bahan kimia yang dipanggil prostaglandin dan pengantara keradangan yang lain yang menyebabkan rahim kekejangan dan penguncupan pada salur darah untuk menghentikan pendarahan Ia juga boleh mengubah arah aliran darah ke rahim sehingga menyebabkan keradangan dan lebih menyakitkan Anda mungkin bertanya "OK, berapa banyak tekanan dihasilkan?" Mengikut kajian di mana beberapa wanita hebat telah sukarela dipasangkan kateter pada rahim mereka untuk tempoh lengkap kitaran haid mereka Jika bukan kerana mereka, kita tidak akan mengetahuinya dan ianya ilmu yang sangat penting kerana tekanan yang dihasilkan di rahim ketika datang bulan adalah sebanyak 120 mililiter merkuri "Apa itu?", tanya anda. Ianya jumlah tekanan yang dihasilkan ketika fasa kedua kelahiran iaitu semasa anda meneran (Audiens merengus) Baik Bagi yang tidak pernah tidak dibius ketika melahirkan begitulah rasanya bila tekanan darah mencengkam ianya tidaklah sekuat awal-awal tapi tetap ketat dan anda berharap yang ia berhenti. Jadi, ia membuatkan menjadi berlainan, betul? Jika anda mula terfikir tentang senggugut kami tak akan cakap yang seseorang kena ponteng sekolah sebab mereka sedang melalui fasa kedua kelahiran dan meneran kami tidak akan panggil mereka lemah Reaksi kami hanya "Awak berjaya lakukannya", betul? (Ketawa) Kita tidak akan menolak ubat tahan sakit untuk wanita mengalami sakit bersalin, betul? Jadi, ia penting untuk kita panggil sakit ini sebagai "khas" berbanding "biasa", sebab bila kita panggilnya biasa, ia senang diremehkan berlainan jika dipanggil "khas" dan kita patut panggilnya begitu Kita ada beberapa cara untuk mengetahui sakit sengugut Salah satunya dengan alat TENS yang dipakai di bahagian dalam baju untuk menghantar impuls elektrik kepada saraf dan otot dan tiada siapa pun betul-betul tahu cara ia berfungsi Kami rasa ianya mungkin berdasarkan teori 'gate control' yang bersifat mengurangkan kesakitan Sebab yang sama juga kenapa bila sakit, kita gosok Getaran tersebar dengan lebih cepat ke otak berbanding sakit Kami juga ada ubat-ubatan yang dipanggil ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang berfungsi untuk menghalang penghasilan prostaglandin Ia dapat mengurangkan senggugut untuk 80 peratus daripada wanita dan mengurangkan isi padu darah kepada 30 ke 40 peratus juga membantu mengatasi cirit-birit ketika haid Kami juga ada pil hormon yang berfungsi untuk menipiskan lapisan dinding rahim supaya prostaglandin dihasilkan dengan sedikit Dengan kurangnya darah, maka akan kurangnya senggugut Jika rawatan itu tidak berkesan kepada anda Wajib anda gunakan ayat itu kerana kita tidak akan pernah menggagalkan rawatan Sebaliknya, rawatan yang gagal untuk kita Jika rawatan gagal untuk anda, anda mungkin tergolong dalam kalangan yang mempunyai rintangan kepada ubat anti-keradangan bukan steroid Kita tidak begitu faham tapi sesetengah mekanisme adalah kompleks Kenapa ubatan itu tidak berkesan untuk sesetengah wanita Ia juga berkemungkinan yang anda mempunyai sebab lain yang menyebabkan haid yang menyakitkan Anda mungkin ada endometriosis iaitu lapisan dinding rahim tumbuh di rongga pelvis yang menyebabkan keradangan, parut dan lekatan Mungkin ada mekanisme lain yang kami belum cukup faham oleh sebab tahap kesakitan yang berbeza-beza disebabkan mekanisme biologi yang sangat kompleks Kita akan tahu hanya dengan berbicara tentangnya Ia tidak sepatutnya menjadi perjuangan feminisme untuk mengetahui cara tubuh anda berfungsi. Tidak sepatutnya-- (Tepukan) Ia tidak sepatutnya menjadi perjuangan feminisme untuk meminta tolong ketika anda kesakitan Era pantang-larang haid sudahpun berakhir (Sorakan dan tepukan) Sumpahan yang kini tinggal hanyalah kebolehan untuk meyakinkan separuh daripada populasi yang ianya cuma mesin biologi untuk mengekalkan spesis yang memberikan semua apa yang kita ada Ia mungkin dianggap kotor atau toksik tapi saya tidak akan membiarkannya (Tepukan) Dan cara untuk meleraikan sumpahan itu? Ia ialah ilmu. Terima kasih. (Sorakan dan tepukan)