Semasa remaja, saya mengalami
datang bulan yang teruk.
Senggugut terlalu sakit
Darah haid habis terkena pakaian
dan cadar
dan saya mengalami cirit-birit
ketika datang bulan.
Saya terpaksa ponteng sekolah
satu atau dua hari sebulan
dan saya ingat saya terpaksa duduk di sofa
dengan pad pemanas sambil berfikir
"Apa kena semua ini"
Bila saya makan, tiada pula
air liur meleleh
Apabila saya berjalan
tiada pula cecair sendi
meleleh keluar dari lutut.
Kenapa datang bulan ni,
ia sangat berlainan?
Saya menginginkan jawapan untuk
kesemua soalan ini
tapi saya tiada sesiapa
untuk bertanya
Ibu saya tidak mengetahui apa-apa
mengenai datang bulan
kecuali yang ia kotor dan memalukan
dan saya tidak patut bercakap tentangnya.
Saya ada bertanya
kepada kawan-kawan perempuan
tapi semua orang berkias tentangnya
Akhirnya, apabila saya berani untuk
berjumpa dengan doktor
dan beritahu dia tentang
aliran haid yang banyak,
saya disuruh untuk makan hati
(Ketawa)
Dan apabila saya ke farmasi
untuk membeli barangan datang bulan,
Tuala wanita super maxi bersaiz 48 inci,
yang dulu saiznya seperti kotak tisu
bagi setiap satu--
(Ketawa)
Anda tahu apa saya maksudkan.
Bayangkan betapa canggihnya
teknologi penyerapan pada masa ini.
(Ketawa)
Saya biasanya beli
barangan datang bulan
di lorong bahagian penjagaan wanita.
dan saya masih ingat yang
saya berdiri di situ sambil berfikir,
"Kenapa tidak pula saya membeli
tisu tandas di lorong penjagaan dubur? "
(Ketawa)
Macam, apa kena semua ini?
Kenapa tidak boleh kita bercakap
tentang datang bulan?
dan ianya bukan sekadar darah
seperti yang dikatakan Freud
kerana jika ianya begitu,
akan ada doktor bedah telinga, hidung
dan tekak muncul di sini
bercakap tentang pantang larang
hidung berdarah, betul?
Ia juga bukan sekadar
tentang datang bulan,
kerana jika tidak, apabila haid
yang memalukan itu sudah tiada
atau apabila kita putus haid,
sudah pasti status sosial kita
akan meningkat
(Ketawa)
(Tepukan)
Ia hanya cuma budaya masyarakat patriarki
yang menindas kaum wanita.
Pada sesuatu tahap dalam kehidupan,
berbagai-bagai pekara dijadikan alasan.
dan datang bulan digunakan
semasa kami panggil tahun akil baligh
dalam istilah perubatan.
Ianya sudah lama wujud,
Menurut kebanyakan budaya,
wanita boleh merosakkan hasil tuaian
susu atau melayukan bunga
Dan apabila datangnya agama,
mitos kesucian hanya
memburukkan keadaan.
dan perubatan juga tidak terkecuali.
Pada 1920-an dan 30-an,
ada pendapat mengatakan wanita
menghasilkan menotoksin.
Kita boleh melayukan bunga
hanya dengan melintasinya.
(Ketawa)
Dan apabila terjadinya
tiada kepelbagaian, betul?
kerana tiada wanita yang berani
angkat tangan dan berkata,
"Sebenarnya, bukan itu yang terjadi"
Apabila anda tidak boleh bercakap
tentang apa yang berlaku kepada badan anda,
bagaimana mitos ini akan hilang?
Anda tidak perlu menjadi sorang doktor
untuk mengatakan yang
haid itu tidak berbahaya
Jika bahaya, bagaimana janin
dapat tersemai dalam keadaan bertoksik?
dan jika kita semua mempunyai
racun menotoksin rahsia ini,
tentu kita dapat merosakkan
hasil tuaian dan susu
(Ketawa)
Kenapa kita tidak gunakan kuasa Wanita-X
untuk mendapatkan undian dengan cepat?
(Ketawa)
(Tepukan)
Sehingga kini,
apabila saya menciap tentang
cirit-birit ketika haid
seperti selalu,
(Ketawa)
Saya akan sebut yang ia mempengaruhi
28 peratus daripada wanita.
Setiap kali seseorang
mendekati saya mereka berkata,
"Saya ingatkan cuma saya seorang sahaja"
Begitulah betapa berkesannya
budaya malu
sehingga wanita tidak boleh berkongsi
pengalaman mereka.
Jadi, saya mula berfikir
"Apa kata semua orang tahu tentang haid
seperti pakar sakit puan?"
"Bukankah itu hebat?"
Anda semua tahu apa yang saya tahu
Anda tahu yang haid itu
fenomena yang unik bagi mamalia
Hampir semua mamalia adalah
estrus (yang datang bulan)
Manusia, sesetengah haiwan primata,
sesetengah kelawar,
tikus gajah dan tikus berduri juga
mengalami haid
Apa yang terjadi ketika haid adalah
otak akan merangsang ovari
untuk penghasilan telur.
Hormon estrogen akan dirembes
dan mula membentuk
lapisan dinding rahim
sel-bersel seperti bata
dan apa terjadi jika dinding bata
dibina terlalu tinggi tanpa dilepa?
Sudah tentu ia tidak stabil.
Jadi, apa yang terjadi
ketika fasa ovulasi?
Hormon yang dipanggil progestron
akan dirembeskan,
yang bersifat progestasional
untuk menyediakan rahim.
Ia bertindak seperti lepa
yang melekatkan batu-bata.
Ia juga menyebabkan beberapa perubahan
supaya lapisan rahim lebih sesuai
untuk pengimplanan.
Jika tiada kehamilan,
(Whoosh)
lapisan dinding rahim
akan luruh.
Pendarahan berlaku di saluran darah
dan berlakulah haid.
Saya selalu merasakan poin ini
sangat menarik
Disebabkan dengan estrus,
isyarat terakhir untuk
mempersiapkan rahim,
sebenarnya datang
daripada embrio
Tapi dengan haid,
pilihan itu datang dari ovari.
Seolah-olah pilihan sudah diprogram
dalam sistem reproduktif kita.
(Sorakan dan tepukan)
Baik, sekarang kita sudah tahu
kenapa adanya pendarahan.
Dan jumlahnya agak signifikan.
30 ke 90 mililiter darah,
dalam 1-3oz,
dan ia boleh jadi lebih banyak,
dan saya tahu ianya sering lebih banyak
Saya tahu
Jadi, kenapa kita ada banyak sangat darah?
dan kenapa ia tidak kekal di situ
sehingga kitaran seterusnya, betul?
Anda tidak mengandung,
jadi kenapa tidak dibiarkan sahaja?
Bayangkan jika setiap bulan ia menebal
dan semakin menebal, betul,
haid anda tentu menjadi tsunami
(Ketawa)
Kita tidak boleh menyerap semula
kerana ia terlampau banyak.
Dan ia terlalu banyak kerana kita perlukan
lapisan rahim yang tebal
untuk sebab yang sangat spesifik.
Kehamilan mendedahkan diri kita
kepada tanggungjawab dan risiko biologi.
Terdapat kadar kematian ibu,
jumlah ibu menyusu
dan membesarkan anak
sehingga mereka boleh berdikari
Dan evolusi--
(Ketawa)
Sesetengah orang ambil masa lama
untuk faham
(Ketawa)
Tapi evolusi tahu tentang
nisbah risiko dan manfaat.
Maka, evolusi ingin memaksimakan
peluang hasil yang bermanfaat
dan bagaimana anda memaksimakan
peluang itu?
Anda cuba dapatkan embrio
dengan kualiti terbaik
dan bagaimana cara untuk
dapatkannya?
Anda membuatkan ia berusaha.
Anda memberinya cabaran.
Setelah berevolusi untuk beberapa tahun,
ianya seperti perlumbaan senjata
di dalam rahim
lapisan dinding rahim
semakin menebal
malah embrio pula semakin membesar
sehingga ia menjadi satu
dengan lapisan dinding rahim
kepunyaan kita
Kini, kita ada lapisan dinding rahim
yang tebal
dan tiba masanya untuk luluh
Bagaimana anda menghentikan pendarahan?
Jika hidung berdarah, anda picit
untuk hentikannya
Jika kaki luka,
anda menekannya
Kita hentikan penderahan
dengan tekanan
Ketika datang bulan
dinding rahim akan
mengeluarkan
bahan-bahan kimia
yang dipanggil prostaglandin
dan pengantara keradangan
yang lain
yang menyebabkan rahim kekejangan
dan penguncupan pada
salur darah
untuk menghentikan pendarahan
Ia juga boleh mengubah
arah aliran darah ke rahim
sehingga menyebabkan keradangan
dan lebih menyakitkan
Anda mungkin bertanya "OK,
berapa banyak tekanan dihasilkan?"
Mengikut kajian di mana
beberapa wanita hebat
telah sukarela dipasangkan
kateter
pada rahim mereka
untuk tempoh lengkap
kitaran haid mereka
Jika bukan kerana mereka,
kita tidak akan mengetahuinya
dan ianya ilmu yang sangat penting
kerana tekanan yang
dihasilkan di rahim
ketika datang bulan
adalah sebanyak 120 mililiter
merkuri
"Apa itu?", tanya anda.
Ianya jumlah tekanan
yang dihasilkan
ketika fasa kedua kelahiran
iaitu semasa anda meneran
(Audiens merengus)
Baik
Bagi yang tidak pernah tidak dibius
ketika melahirkan
begitulah rasanya bila
tekanan darah mencengkam
ianya tidaklah sekuat awal-awal
tapi tetap ketat
dan anda berharap
yang ia berhenti.
Jadi, ia membuatkan
menjadi berlainan, betul?
Jika anda mula terfikir tentang
senggugut
kami tak akan cakap yang
seseorang kena ponteng sekolah
sebab mereka sedang melalui
fasa kedua kelahiran dan meneran
kami tidak akan panggil
mereka lemah
Reaksi kami hanya
"Awak berjaya lakukannya", betul?
(Ketawa)
Kita tidak akan menolak
ubat tahan sakit
untuk wanita mengalami
sakit bersalin, betul?
Jadi, ia penting untuk kita panggil sakit ini
sebagai "khas" berbanding "biasa",
sebab bila kita panggilnya biasa,
ia senang diremehkan
berlainan jika dipanggil "khas"
dan kita patut panggilnya begitu
Kita ada beberapa cara untuk
mengetahui sakit sengugut
Salah satunya dengan alat TENS
yang dipakai di bahagian dalam baju
untuk menghantar impuls elektrik
kepada saraf dan otot
dan tiada siapa pun betul-betul
tahu cara ia berfungsi
Kami rasa ianya mungkin berdasarkan
teori 'gate control'
yang bersifat
mengurangkan kesakitan
Sebab yang sama juga kenapa bila
sakit, kita gosok
Getaran tersebar dengan lebih cepat
ke otak berbanding sakit
Kami juga ada ubat-ubatan
yang dipanggil ubat anti-radang bukan steroid
(NSAID)
yang berfungsi untuk menghalang
penghasilan prostaglandin
Ia dapat mengurangkan senggugut
untuk 80 peratus daripada wanita
dan mengurangkan isi padu darah
kepada 30 ke 40 peratus
juga membantu mengatasi
cirit-birit ketika haid
Kami juga ada pil hormon
yang berfungsi untuk menipiskan
lapisan dinding rahim
supaya prostaglandin dihasilkan
dengan sedikit
Dengan kurangnya darah,
maka akan kurangnya senggugut
Jika rawatan itu tidak berkesan
kepada anda
Wajib anda gunakan
ayat itu
kerana kita tidak akan pernah
menggagalkan rawatan
Sebaliknya, rawatan yang gagal untuk kita
Jika rawatan gagal untuk anda,
anda mungkin tergolong
dalam kalangan yang mempunyai rintangan
kepada ubat anti-keradangan bukan steroid
Kita tidak begitu faham
tapi sesetengah mekanisme
adalah kompleks
Kenapa ubatan itu tidak berkesan
untuk sesetengah wanita
Ia juga berkemungkinan yang anda
mempunyai
sebab lain yang menyebabkan
haid yang menyakitkan
Anda mungkin ada endometriosis
iaitu lapisan dinding rahim
tumbuh di rongga pelvis
yang menyebabkan keradangan,
parut dan lekatan
Mungkin ada mekanisme lain
yang kami belum cukup faham
oleh sebab tahap kesakitan
yang berbeza-beza
disebabkan mekanisme biologi
yang sangat kompleks
Kita akan tahu hanya dengan
berbicara tentangnya
Ia tidak sepatutnya menjadi
perjuangan feminisme
untuk mengetahui
cara tubuh anda berfungsi.
Tidak sepatutnya--
(Tepukan)
Ia tidak sepatutnya menjadi
perjuangan feminisme
untuk meminta tolong ketika
anda kesakitan
Era pantang-larang haid sudahpun
berakhir
(Sorakan dan tepukan)
Sumpahan yang kini tinggal
hanyalah kebolehan untuk meyakinkan
separuh daripada populasi
yang ianya cuma mesin biologi
untuk mengekalkan spesis
yang memberikan semua apa yang kita ada
Ia mungkin dianggap kotor atau toksik
tapi saya tidak akan membiarkannya
(Tepukan)
Dan cara untuk meleraikan sumpahan itu?
Ia ialah ilmu.
Terima kasih.
(Sorakan dan tepukan)