Sistem kehidupan telah wujud
selama berbillion tahun
dan akan kekal wujud untuk
banyak tahun lagi.
Dalam dunia kehidupan,
tiada tempat pelupusan sampah.
Sebaliknya, bahan-bahan mengalir.
Sisa sesuatu spesis menjadi
sumber makanan spesis lain;
Tenaga dibekalkan oleh matahari;
Hidupan membesar, kemudian mati;
dan nutriennya kembali semula ke tanah.
Dan ianya berfungsi.
Namun manusia pula,
kita mengambil langkah
kehidupan yang linear;
kita ambil, kita bina, kemudian
kita buang.
Telefon model baharu telah keluar.
Jadi kita buang telefon lama.
Mesin basuh kita rosak.
Jadi kita beli yang baharu.
Setiap kali, kita memamah
sumber yang terhad
dan lazimnya mengeluarkan sisa toksik.
Ini tidak boleh diteruskan untuk
jangka masa panjang.
Jadi apa yang boleh dilakukan?
Jika kita terima hakikat bahawa
model kitaran dunia kehidupan berfungsi,
bolehkah cara fikiran kita ditukar
supaya kita juga boleh menjalankan
ekonomi pekeliling?
Mari mulakan dengan kitaran biologi.
Bagaimana sisa buangan dijadikan modal
dan bukannya kerugian?
Dengan fikir dan reka semula
produk dan komponen
serta pembungkusannya,
kita mampu membina material yang selamat
dan boleh diurai
untuk menyemai penumbuhan sumber
yang lain.
Seperti ungkapan di layar perak,
" Tiada bahan sumber yang hilang
semasa pembuatan material ini"
Bagaimana dengan mesin basuh, telefon,
dan peti sejuk?
Kita tahu semuanya bukan
produk biodegrasi.
Di sini kita perlukan
cara fikir semula yang lain;
cara untuk mengitar semula
logam berharga,
polimer dan aloi,
supaya kualitinya terjaga
dan kekal berguna
lebih lama dari jangka hayat
sesuatu produk.
Bagaimana kalau produk-produk hari ini
jadi sumber bahan produk hari esok?
Ianya bernas di dalam segi komersial.
Jauh dari budaya buang dan beli baharu
yang telah sebati,
kita dekatkan diri dengan budaya
pulang dan perbaharui.
dimana produk dan komponen direka
untuk dirungkai dan dibina semula.
Satu cara yang lain adalah kita fikir
semula cara kita lihat hakmilik.
Bagaimana jika kita tidak pernah
miliki teknologi kita?
Kita hanya lesenkan teknologi
dari pembuat.
Mari kumpulkan dua kitaran bersama.
Bayangkan kita boleh mereka produk yang
boleh kembali kepada pembuatnya
barang-barang teknikal diguna pakai,
serta barang biologi meningkatkan
nilai agrikultur
Dan bayangkan produk-produk ini diperbuat
dan dipindahkan
menggunakan tenaga boleh diperbaharui.
Ini adalah model yang memangkin
kemakmuran jangka panjang.
Dan berita baiknya adalah
terdapat banyak syarikat di luar sana
yang mula menerapkan cara kerja sebegini.
Namun ekonomi pekeliling bukan mengenai
satu pembuat mengubah sesuatu produk.
Ia adalah semua syarikat yang terhubung
yang membentuk infrastruktur kita.
dan ekonomi.
bergabung bersama.
Ianya tentang tenaga.
Ia tentang rombakan pemikiran
mengenai sistem operasi itu sendiri.
Kita ada peluang lumayan untuk buka
pandangan baru dan masa depan baru.
Daripada tersepit di dalam kegusaran
masa kini,
dengan kreativiti dan innovasi,
kita mampu mengolah pemikiran serta
mereka semula masa depan kita.