Sistem kehidupan telah wujud selama berbillion tahun dan akan kekal wujud untuk banyak tahun lagi. Dalam dunia kehidupan, tiada tempat pelupusan sampah. Sebaliknya, bahan-bahan mengalir. Sisa sesuatu spesis menjadi sumber makanan spesis lain; Tenaga dibekalkan oleh matahari; Hidupan membesar, kemudian mati; dan nutriennya kembali semula ke tanah. Dan ianya berfungsi. Namun manusia pula, kita mengambil langkah kehidupan yang linear; kita ambil, kita bina, kemudian kita buang. Telefon model baharu telah keluar. Jadi kita buang telefon lama. Mesin basuh kita rosak. Jadi kita beli yang baharu. Setiap kali, kita memamah sumber yang terhad dan lazimnya mengeluarkan sisa toksik. Ini tidak boleh diteruskan untuk jangka masa panjang. Jadi apa yang boleh dilakukan? Jika kita kita terima hakikat bahawa model kitaran dunia kehidupan berfungsi, bolehkah cara fikiran kita ditukar supaya kita juga boleh menjalankan ekonomi pekeliling? Mari mulakan dengan kitaran biologi. Bagaimana sisa buangan dijadikan modal dan bukannya kerugian? Dengan fikir dan reka semula produk dan komponen serta pembungkusannya, kita mampu membina material yang selamat dan boleh diurai untuk menyemai penumbuhan sumber yang lain. Seperti ungkapan di layar perak, " Tiada bahan sumber yang hilang semasa pembuatan material ini" Bagaimana dengan mesin basuh, telefon, dan peti sejuk? Kita tahu semuanya bukan produk biodegrasi. Di sini kita perlukan cara fikir semula yang lain; cara untuk mengitar semula logam berharga, polimer dan aloi, supaya kualitinya terjaga dan kekal berguna lebih lama dari jangka hayat sesuatu produk. Bagaimana kalau produk-produk hari ini jadi sumber bahan produk hari esok? Ianya bernas di dalam segi komersial. Jauh dari budaya buang dan beli baharu yang telah sebati, kita dekatkan diri dengan budaya pulang dan perbaharui. dimana produk dan komponen direka untuk dirungkai dan dibina semula. Satu cara yang lain adalah kita fikir semula cara kita lihat hakmilik.