(lagu rancak) Terima kasih kepada Skillshare kerana menaja video hari ini. Hi korang, Amanda ni. Saya tengah buat penyediaan bullet journal April 2021 dan plan dengan saya hari ni. Video yang korang akan tengok ni lain sikit daripada video plan with me saya yang biasa Saya akan cakap macam dalam stail podcast pasal fikiran saya, pengalaman saya jadi seorang pencipta orang Asia, lebih-lebih lagi sebabkan segala keganasan anti-orang Asia dan rasisme. Jadi tu lah yang korang akan dengar. Korang memang akan tengok penyediaan bullet journal saya semua tu tapi tak akan jadi macam video saya yang biasa yang saya cerita pasal semua benda yang saya lukis dalam kotak yang sejujurnya, tahap ni, saya rasa ok sebab korang dah tengok penyediaan bullet journal saya banyak kali. Jadi dah tentu korang dah tau apa saya buat takat ni. Saya tau korang akan sangat menyokong dan menggalakkan video ni. Jadi terima kasih saya ucapkan awal-awal. Dengan itu, jom mula dengan penyediaan. (lagu) Baiklah. Tema bullet journal untuk April yang saya dah tetapkan ialah lukisan pokok buluh hitam putih yang diinspirasikan oleh lukisan dakwat Cina tradisional. Sebab saya pilih ni dia berkaitan dengan apa yang saya nak cakapkan dalam voiceover harini, iaitu identiti orang Asia saya dan pengalaman dan juga kenaikan jenayah anti-orang Asia dan keganasan. Jadi, sebagai amaran, sebelum video ni kalau korang tak nak dengar pasal semua ni, jadi, tau-tau lah, tutup suara video ni. Semestinya, dengan semua ni, saya akan cakap pasal topik yang sangat serius. Jadi kalau korang tak nampak apa yang tengah jadi kebelakangan ni Dalam berita baru-baru ni, ada banyak jenayah anti-orang Asia dan keganasan di kedua-dua Amerika dan Kanada. Dan sedikit statistik untuk korang, ya, saya nak cakap pasal statistik, dari 2019 sampai 2020 sementara jenayah kebencian menurun sebanyak 7%, jenayah kebencian yang terutamanya disasarkan kepada orang Asia menaik hampir 150% di Amerika. Dan di Kanada, menaik sebanyak 600 atau 700 kali di bandar-bandar utama. Dan insiden ini melibatkan orang dibatukkan, diludah dan dihina secara lisan dan semestinya, seperti yang kita tengok kat berita baru-baru ni di Atlanta, ada yang dibunuh. Jadi ya, kebanyakannya adalah disebabkan retorik rasis di berita mengenai pandemik sejak setahun yang lalu, tau lah, ada orang panggil dia selsema Cina. Tapi saya rasa sangat penting untuk jelaskan yang kebanyakannya mendedahkan sejarah yang mendalam tentang anti-orang Asia dan xenofobia yang dah wujud di Barat dah berabad-abad. Cam, cara Barat cakap pasal Cina, sebelum pandemik lagi selalunya diselubungi dalam kebencian atau ketakutan. Dan korang selalu dengar pasal satu kehadiran komunis Cina ni, seolah-olah diorang cuba nak menakluk, yang dah terapkan satu gambaran menakutkan dan penuh misteri pasal Cina kat pemikiran orang. Dan ia menjejaskan komuniti orang Asia sekarang. Jadi sepanjang sejarah, korang boleh tengok yang berlaku di Kanada dan Amerika, kem penahanan orang Jepun, cukai orang Cina di Kanada, di mana setiap orang yang berhijrah dari Cina kena bayar untuk masuk ke dalam negara. Sebagai tambahan, tak ada kumpulan orang lain di Kanada yang dipaksa untuk bayar yuran berdasarkan dari mana mereka berasal. Saya tak nak lah cakap pasal statistik dan sejarah je dan semua tu, sebab mesti korang tak tekan video ni sebab nak dengar pasal semua tu. Tapi, korang tengok video saya untuk saya dan untuk apa yang saya cipta, seni saya dan journal saya dan identiti orang Asia saya ialah satu bahagian besar semua tu. Untuk siapa yang tak tau pasal latar belakang saya yang sebenarnya ramai orang tak tau, sebab bila saya cari nama saya kat Google, benda pertama, cam benda pertama je yang muncul ialah Amanda ni berdarah campur. Apa-apa pun, saya Cina Kanada generasi ketiga Atuk nenek saya lahir kat Cina lepas tu berhijrah ke Kanada. Masa saya membesar, identiti orang Asia saya agak mengelirukan sebab saya memang jelas orang Cina. Kedua-dua mak ayah saya orang Cina. Saya pun nampak macam orang Cina. Tapi, sebaliknya, saya tak rasa macam orang Cina langsung. Saya lahir kat Kanada. Mak ayah saya cakap bahasa Inggeris dengan fasih, jadi dah tentu saya langsung tak reti cakap bahasa Cina. Dan saya membesar macam anak orang Kanada yang lain. Jadi saya langsung tak dapat kaitkan diri dengan belah Cina saya. Dan saya hampir mula nak benci bahagian saya yang tu, yang bukanlah benda yang saya banggakan dan luluh hati saya bila fikir balik macam mana pemikiran saya pasal budaya saya sendiri dan identiti saya pada masa yang sama, Saya rasa saya banyak perasaan perkauman dalaman Saya ingat dulu saya pernah berharap nak jadi orang putih sebab dalam pemikiran saya, saya dah nak jadi dah. Dan saya tau benda ni ramai anak-anak pendatang lalui, perasaan ada di antara dua dunia, dan bukan sepenuhnya satu dunia tu. Pada saya, benda ni sangat jelas dalam hidup saya, seawal kat sekolah menengah pun. Saya cukup bernasib baik dapat pergi sekolah yang agak banyak dari segi budaya Dan saya dapat katakan yang sekolah menengah saya ada banyak jugak orang Asia. Jadi saya dikelilingi orang Asia. Tapi tu pun, ada masa yang saya rasa macam dipulaukan oleh kawan orang Asia saya, sebab memandangkan saya orang Cina Kadana generasi ketiga, dan kebanyakan mereka dari generasi kedua. Ramai yang cakap bahasa ibunda diorang dan saya boleh cakap Bahasa Inggeris je. Tambahan pula, saya pilih kerjaya dalam industri kreatif, di mana selalunya, tau lah, orang Asian dikaitkan dengan menjadi doktor peguam atau jurutera. Dan kebanyakannya adalah tekanan daripada mak ayah dan masyarakat dan semua tu. Tapi ramai orang gurau yang saya ni orang Asia yang dah jadi orang putih. Dan saya pun gurau pasal tu jugak, Selalunya sebagai cara nak tepikan benda tu dan sertai gurauan tu dan gelak ketawa dengan orang. Tapi dengan rasa bersalah, saya rasa saya bangga bila orang panggil saya dah jadi orang putih atau bila orang tanya saya kalau saya berdarah campur separuh Cina, separuh putih. Dan ia memang datang daripada idea yang orang putih tu ialah bentuk tertinggi atau apa yang saya bercita-cita nak jadi. Dan disebabkan orang nampak benda tu dalam saya dah jadi macam lencana asimilasi. Jelaslah sekarang, saya rasa sangat sedih. Saya harap saya dapat berbahasa Cina dan saya harap dulu saya berusaha lagi untuk Dan benda ni saya masih tengah usahakan dan sesuatu yang saya kena cari seumur hidup saya sebagai seorang perempuan Asia. Seperti yang saya katakan, saya rasa dipulaukan oleh kawan Asia saya tapi dah tentu saya tak 100% masuk juga dengan orang bukan Asia. Maksud saya, jelaslah sebab rupa saya, Saya terang-terang orang Asia. Tapi semua ni sebab keagresifan mikro yang saya hadap dalam kehidupan seharian. Kalau korang tak tau keagresifan mikro tu apa, dia luahan tak langsung pasal rasisme atau kelebihan orang putih, dia macam casual dan tersorok. Dan benda ni biasa, biasa sangat sampai selalu dianggap sebagai jenaka. Dan walaupun ada mikro dalam perkataan tu, penyataan-penyataan kecik ni lah yang akan menggunung untuk ada kesan yang besar terhadap kumpulan minoriti. Dan saya pernah, semestinya dah lalui segala keagresifan mikro dan jenaka dari orang datang kat saya dan nyanyi Ching Chong dekat saya sampailah ke orang tarik tepi mata diorang atau orang tanya saya betul-betul dari mana. Banyak sangat keagresifan mikro yang kumpulan minoriti kena hadapi dalam kehidupan seharian. Saya ada jumpa beberap kertas akademik yang bagus yang tulis pasal tema utama dalam kalangan keagresifan mikro. Saya takkan baca semua tapi benda utama ialah idea menjadi alien di negara sendiri. Dan ia datang daripada idea yang semua orang Asia atau orang kulit berwarna lahir dekat negara asing dan dalam kehidupan seharian, Dia yang, oh, korang tau lah, "Awak dari mana?" Lepas tu bila saya cakap saya dari Kanada, saya kena serang dengan, "Tak, awak betul-betul dari mana?" Dan walaupun, selalunya dari orang yang niat baik, yang berminat dengan latar belakang kita. Cara dia cakap buat dia bunyi macam saya bukan orang Kanada sebenar, walaupun saya lahir kat sini dan saya tak pernah pergi Cina seumur hidup saya. Pape pun, kalau korang tertanya macam mana nak tanya soalan tu, cuba tanya seseorang tu apa latar belakang diorang atau apa etnik diorang daripada tanya diorang dari mana. Lagi satu tema keagresifan mikro ialah penolakan kaum secara general, yang dilihat dekat penyataan biasa macam, oh, saya tak nampak warna kulit, ada satu je kaum, kaum manusia. Dan ni menolak tepi orang berkulit warna punya budaya dan pengalaman kaum. Kita tak suruh orang jadi buta warna. Dia lebih kepada macam nampak warna tapi lepas tu terima dan akui benda tu. Lagi satu contoh bila orang nafikan yang kaum main peranan dalam kejayaan seseorang. Saya dengar ni sendiri melalui perbahasan yang saya lalui pasal inisiatif kepelbagaian dalam syarikat. Orang akan cakap benda cam, korang tau lah, orang yang palik berkelayakan akan dapat kerja tu. Diorang tak boleh lah dapat sebab diorang kulit berwarna atau semua orang boleh berjaya dalam masyarakat kalau diorang bekerja keras. jadi kemungkinan diorang dapat faedah tak adil dan hanya dipilih disebabkan kaum mereka. Kebanyakan masa bila keagresifan mikro macam ni terjadi kat saya, saya akan buat tak endah atau pun memanipulasi diri sendiri dan cakap yang benda tu bukan benda besar, atau pun tak berbaloi pun nak dikecohkan. Dan saya rasa ramai orang Asia tak digalakkan untuk bersuara pasal apa-apa diskriminasi atau masalah yang diorang hadapi. Dan ianya datang daripada idea ni, idea yang ditanamkan dari keluarga untuk tak mengeruhkan lagi keadaan. Selama bertahun pendatang orang Asia dah cuba yang terbaik untuk mengasimilasikan diri dan untuk diterima dekat Barat, termasuklah ambik pekerjaan yang tak ada orang nak dan tak buat kecoh. Tapi, sifat pasif ni dah berkembang. Dan sekarang digunakan terhadap kita macam kumpulan minoriti lain. Contohnya, membuat komuniti orang kulit hitam menentang komuniti orang Asia dan menggunakan orang Asia sebagai kambing hitam untuk menyalahkan orang kulit hitam sebab tak dapat berjaya dalam masyarakat sekarang. Diorang kata yang korang tak cuba dengan sedaya upaya, cuba tengok orang Asia diorang Dan ini dipanggil mitos minoriti model. Ada satu andaian ni yang mengatakan orang Asia berpendapatan tinggi dan dah berjaya kat Barat, menolak tepi segala rasisme atau halangan yang diorang lalui. Tapi, contohnya, kat America, orang Asians sebenarnya ada jurang pendapatan terbesar antara yang kaya dan misking dalam kalangan kumpulan minoriti. Terdapat 12.3% kadar kemiskinan dalam kalangan orang Asia tak ada satu jenis pengalaman orang Asia. Dan sebabkan satu jenis pengalaman digunakan terhadap kita dan kumpulan minoriti. Teruk tau. Lagi satu benda saya nak cakap ialah ketaksuban terhadap perempuan Asia. Dibesabkan sejarah peperangan dan penseksualan hiper perempuan Asia. Ia telah menghasilkan idea yang perempuan Asia tunduk (kepada suami) dan dapat dijadikan isteri yang bagus sebab diorang tak lawan cakap. Sampai satu masa, perempuan Asia digambarkan sebagai bertentangan dengan feminis orang putih. Dalam artikel GQ 1990, ia menggambarkan perempuan Asia tipikal sebagai seorang yang "