Di mana sahaja anda melihat, komputer sedang mengubah dunia. Sama ada ia berada di desktop kami, di rumah kami, poket kami, atau di mana-mana sahaja. Walaupun kebanyakkan kita menggunakan teknologi revolusi ini setiap hari, kita tidak sering bertanya: "Bagaimana komputer berfungsi?" Dalam siri ini, anda akan belajar bagaimana komputer benar-benar berfungsi, bermula dengan apa yang menjadikan komputer sebuah komputer. Kemudian, anda akan melihat bagaimana maklumat diwakili di dalam komputer menggunakan isyarat elektrik kecil yang dihidupkan dan dimatikan pada kelajuan yang tidak dapat dibayangkan. Selepas itu, anda akan belajar bagaimana komputer menggunakan litar untuk melakukan segalanya dari matematik mudah ke mensimulasikan seluruh dunia maya. Seterusnya, anda akan zum keluar dan melihat bahagian komputer yang berbeza yang input, output, dan menyimpan semua maklumat itu. Akhirnya, anda akan melihat apa sebenarnya kod dan bagaimana perisian mengawal perkakasan. Sama ada anda hanya ingin tahu tentang peranti yang anda gunakan setiap hari atau anda ingin mereka inovasi masa depan, langkah pertama adalah mempelajari bagaimana komputer berfungsi.