Kita disuruh untuk meringkaskan 8 tambah 5 darab 4 tolak, dan dalam kurungan, 6 tambah 10 bahagi 2 tambah 44. Bila anda nampak ekspresi yang gila seperti ini, di mana anda ada kurungan dan penambahan dan penolakan dan pembahagian, anda mesti ingat tentang urutan operasi. Biar saya tuliskan di bawah sini. Bila anda buat urutan operasi, atau bila anda menilai sesuatu ekspresi, anda hendaklah selalu ingat bahawa keutamaan selalu diberikan kepada kurungan. Ia adalah tanda kurung di sini. -- Itu ialah kurungan. Itu diberi keutamaan. Lepas itu, ialah eksponen. Tiada eksponen dalam ekspresi ini, tapi saya tuliskan untuk rujukan masa depan : eksponen. Saya suka fikirkan bahawa kurungan selalu diberi keutamaan, lepas itu, kita ikut turutan ke bawah, atau saya teka kita patut kata-- dalam turutan ke bawah mengikut tempoh pengiraan. Bila saya kata pantas, maksudnya betapa pantas ia berkembang. Bila saya mengambil sesuatu dalam eksponen, bila saya mengambil sesuatu ke kuasa, ia berkembang sangat pantas. Ia berkembang lebih perlahan jika saya darab atau bahagi, jadi itu diletakkan kemudian : darab atau bahagi. Pendaraban dan pembahagian seterusnya, dan akhirnya ialah penambahan dan penolakan. Operasi ini adalah paling perlahan. Ini cepat sikit. Ini operasi paling pantas. Dan kurungan, selalu diberikan keutamaan. Mari kita gunakan di sini. Biar saya menulis semula ekspresi ini. 8 tambah 5 darab 4 tolak, dalam kurungan, 6 tambah 10 bahagi 2 tambah 44. Kita buat apa yang ada dalam kurungan dulu, kita ada kurungan di sini dan di sana. Kurungan ini jelas dan mudah. Apa yang terdapat dalam kurungan sudah dinilaikan, jadi kita boleh lihatnya sebagai 5 darab 4. Mari kita nilaikan. Ini akan menjadi 8 tambah-- bila anda menilai kurungan ini, anda dapat 5, dan bila anda menilai kurungan itu, anda dapat 4, dan mereka di sebelah satu sama lain, jadi anda darabkan. 5 darab 4 ialah 20--tolak--biar saya konsisten dengan warna-warna. Biar saya tulis kurungan seterusnya di sini, dan di dalamnya, kita akan menilai ini terlebih dahulu. Biar saya tutup kurungan di sana. Dan kita tambah 44. Apakah nilai ini dalam kurungan? Anda mungkin tergoda untuk--biar saya mulakan dari kiri ke kanan. 6 tambah 10 ialah 16, bahagi dengan 2 dan kamu akan mendapat 8. Tapi ingat : urutan operasi. Pembahagian diberi keutamaan. jadi anda hendaklah selesaikan pembahagian terlebih dahulu, dan kita boleh tuliskan sebegini di sini. Anda boleh letakkan lebih banyak kurungan. Biar saya buatnya dalam warna ungu. Anda boleh letakkan lebih banyak kurungan secara bayangan di sini untuk menekankan fakta bahawa anda akan buat pembahagian terlebih dahulu. 10 bahagi 2 ialah 5, jadi ini menghasilkan 6, tambah 10 bahagi dengan 2 , ialah 5. 6 tambah 5. Kita masih kena menilaikan kurungan ini, jadi hasilnya---apakah 6 tambah 5? Itu 11. Kita tinggal dengan 20--biar saya tuliskan semula. Kita ada 8 tambah 20 tolak 6 tambah 5, iaitu 11, tambah 44. Kita ada semua dalam peringkat operasi ini, kita boleh buat dari kiri ke kanan. Jadi 8 + 20 ialah 28, jadi kamu boleh lihatnya sebagai 28 - 11 + 44. 28 - 11-- 28 tolak 10 akan menjadi 18, jadi ini akan menjadi 17. Ini akan menjadi 17 + 44. 17 + 44--saya skrol ke bawah sikit. 7 + 44 akan menjadi 51, jadi ini akan menjadi 61. Ini akan menjadi sama dengan 61. Dan kita sudah selesai!