1 00:00:01,760 --> 00:00:04,656 Saya suka belajar bahasa asing. 2 00:00:04,680 --> 00:00:08,736 Malah, saya sangat suka hinggakan saya belajar bahasa baharu setiap dua tahun, 3 00:00:08,760 --> 00:00:10,856 kini, sedang belajar bahasa kelapan. 4 00:00:10,880 --> 00:00:13,496 Apabila orang dengar tentang ini, mereka tanya saya, 5 00:00:13,520 --> 00:00:15,616 "Bagaimana kamu belajar? Apa rahsia kamu?" 6 00:00:15,640 --> 00:00:18,656 Sejujurnya, selama bertahun-tahun, jawapan saya ialah, 7 00:00:18,680 --> 00:00:21,000 "Saya tak tahu. Saya hanya suka belajar bahasa." 8 00:00:21,680 --> 00:00:23,976 Tetapi orang tak berpuas hati dengan jawapan ini. 9 00:00:24,000 --> 00:00:27,976 Mereka ingin tahu kenapa mereka ambil masa bertahun-tahun untuk belajar satu bahasa. 10 00:00:28,000 --> 00:00:29,536 tidak pernah fasih, 11 00:00:29,560 --> 00:00:32,616 dan saya pula, belajar satu bahasa selepas bahasa yang lain. 12 00:00:32,640 --> 00:00:34,856 Mereka ingin tahu rahsia poliglot, 13 00:00:34,880 --> 00:00:36,600 penutur pelbagai bahasa. 14 00:00:37,400 --> 00:00:38,816 Ini membuatkan saya terfikir, 15 00:00:38,840 --> 00:00:41,136 bagaimana poliglot lain belajar bahasa? 16 00:00:41,160 --> 00:00:42,656 Apakah persamaan kami? 17 00:00:42,680 --> 00:00:44,616 Dan apakah yang membolehkan kami 18 00:00:44,640 --> 00:00:47,190 belajar bahasa lebih pantas daripada orang lain? 19 00:00:47,760 --> 00:00:51,110 Saya mengambil keputusan untuk bertemu orang seperti saya dan bertanya. 20 00:00:51,760 --> 00:00:53,816 Tempat terbaik untuk bertemu ramai poliglot 21 00:00:53,840 --> 00:00:56,136 ialah di program untuk ratusan pencinta bahasa 22 00:00:56,160 --> 00:00:59,016 bertemu untuk berlatih bahasa mereka. 23 00:00:59,040 --> 00:01:02,336 Terdapat pelbagai acara seperti ini yang dianjurkan di seluruh dunia. 24 00:01:02,360 --> 00:01:03,736 Saya ambil keputusan untuk pergi 25 00:01:03,760 --> 00:01:06,200 dan bertanya poliglot lain tentang kaedah mereka. 26 00:01:07,200 --> 00:01:09,136 Saya bertemu Benny dari Ireland, 27 00:01:09,160 --> 00:01:13,320 yang menyatakan dia mula bercakap dari hari pertama. 28 00:01:14,240 --> 00:01:16,936 Dia belajar beberapa frasa dari buku frasa pelancongan, 29 00:01:16,960 --> 00:01:18,736 pergi bertemu penutur jati 30 00:01:18,760 --> 00:01:21,576 dan terus berbual dengan mereka. 31 00:01:21,600 --> 00:01:24,376 Dia tidak kisah walaupun membuat 200 kesalahan sehari 32 00:01:24,400 --> 00:01:26,930 kerana itu cara dia belajar, berdasarkan maklum balas. 33 00:01:27,480 --> 00:01:30,616 Dan kini, dia tidak perlu banyak mengembara 34 00:01:30,640 --> 00:01:33,576 kerana anda boleh bertutur dengan penutur jati 35 00:01:33,600 --> 00:01:36,296 dari rumah anda, menggunakan laman web. 36 00:01:36,320 --> 00:01:38,096 Saya juga bertemu Lucas dari Brazil. 37 00:01:38,120 --> 00:01:40,600 Kaedahnya belajar bahasa Rusia amat menarik. 38 00:01:41,200 --> 00:01:46,856 Dia menambah seratus orang penutur Rusia secara rawak sebagai rakan di Skype. 39 00:01:46,880 --> 00:01:50,776 Kemudian, dia membuka tetingkap sembang dengan salah seorang 40 00:01:50,800 --> 00:01:52,780 dan tulis "Hi" dalam bahasa Rusia. 41 00:01:53,000 --> 00:01:55,576 Orang tersebut menjawab, "Hi, apa khabar?" 42 00:01:55,600 --> 00:02:00,056 Lucas salin ayat ini dan masukkan dalam tetingkap sembang dengan orang lain, 43 00:02:00,080 --> 00:02:03,656 dan orang tersebut menjawab, "Saya baik, terima kasih. Awak pula?" 44 00:02:03,680 --> 00:02:06,656 Lucas salin ayat ini kepada orang pertama. 45 00:02:06,680 --> 00:02:10,136 Dengan cara ini, dia membuat dua orang asing berbual sesama mereka 46 00:02:10,160 --> 00:02:11,576 tanpa pengetahuan mereka. 47 00:02:11,600 --> 00:02:12,556 (Gelak tawa) 48 00:02:12,556 --> 00:02:14,450 Akhirnya, dia mula menaip sendiri, 49 00:02:14,450 --> 00:02:16,450 kerana dia melihat banyak perbualan ini 50 00:02:16,450 --> 00:02:19,370 hinggakan dia belajar bagaimana perbualan dalam Rusia bermula. 51 00:02:19,370 --> 00:02:21,766 Bijakkan kaedah ini? 52 00:02:22,360 --> 00:02:26,856 Kemudian saya bertemu poliglot yang mula dengan meniru bunyi bahasa tersebut, 53 00:02:26,880 --> 00:02:31,296 dan yang belajar 500 perkataan yang sering digunakan dalam bahasa tersebut, 54 00:02:31,320 --> 00:02:34,720 dan yang bermula dengan membaca tentang tatabahasa. 55 00:02:35,600 --> 00:02:37,896 Jika saya bertanya seratus poliglot berbeza, 56 00:02:37,920 --> 00:02:41,536 saya mendengar seratus kaedah berbeza untuk mempelajari bahasa. 57 00:02:41,560 --> 00:02:45,176 Semua orang mempunyai cara tersendiri mempelajari bahasa, 58 00:02:45,200 --> 00:02:49,080 tetapi kami akhirnya dapat bertutur dalam pelbagai bahasa dengan fasih. 59 00:02:50,120 --> 00:02:54,416 Semasa saya mendengar kaedah pembelajaran poliglot-poliglot ini, 60 00:02:54,440 --> 00:02:56,736 akhirnya saya tersedar: 61 00:02:56,760 --> 00:02:59,896 satu perkara yang sama tentang kami 62 00:02:59,920 --> 00:03:05,456 ialah kami jumpa cara menyeronokkan untuk belajar bahasa. 63 00:03:05,480 --> 00:03:07,850 Semua poliglot ini bercakap tentang pembelajaran bahasa 64 00:03:07,850 --> 00:03:09,536 seperti ia amat menyeronokkan. 65 00:03:09,560 --> 00:03:10,950 Anda patut lihat wajah mereka 66 00:03:10,950 --> 00:03:13,776 semasa menunjukkan saya carta tatabahasa berwarna-warni, 67 00:03:13,800 --> 00:03:16,296 dan kad imbas buatan sendiri, 68 00:03:16,320 --> 00:03:19,336 dan statistik pembelajaran kosa kata menggunakan aplikasi, 69 00:03:19,360 --> 00:03:23,560 atau bagaimana mereka suka memasak menggunakan resipi dalam bahasa asing. 70 00:03:24,680 --> 00:03:26,416 Semua orang mempunyai cara berbeza, 71 00:03:26,440 --> 00:03:30,216 tetapi mereka sering memastikan cara itu menyeronokkan bagi mereka. 72 00:03:30,240 --> 00:03:34,136 Saya tersedar bahawa saya sendiri belajar seperti ini. 73 00:03:34,160 --> 00:03:37,736 Semasa belajar bahasa Sepanyol, saya bosan dengan buku teks. 74 00:03:37,760 --> 00:03:39,496 Siapa yang mahu membaca tentang Jose 75 00:03:39,550 --> 00:03:42,678 bertanya tentang arah ke stesen kereta api. Betul tak? 76 00:03:42,678 --> 00:03:45,036 Saya mahu membaca "Harry Potter" 77 00:03:45,036 --> 00:03:47,196 kerana itu buku kegemaran saya semasa kecil 78 00:03:47,196 --> 00:03:48,876 dan saya telah baca banyak kali. 79 00:03:48,876 --> 00:03:52,516 Jadi, saya dapatkan buku "Harry Potter" terjemahan Sepanyol dan mula membaca, 80 00:03:52,516 --> 00:03:55,296 dan sudah tentu saya tidak faham satu pun pada mulanya. 81 00:03:55,626 --> 00:03:57,916 Tetapi saya terus baca kerana saya suka buku itu, 82 00:03:57,916 --> 00:04:02,256 dan pada penghujungnya, saya hampir memahaminya tanpa masalah. 83 00:04:02,256 --> 00:04:04,826 Perkara sama berlaku semasa saya belajar bahasa Jerman. 84 00:04:04,826 --> 00:04:08,236 Saya mengambil keputusan untuk menonton "Friends" dalam bahasa Jerman. 85 00:04:08,236 --> 00:04:11,356 Sekali lagi, pada awalnya, semuanya merapu. 86 00:04:11,356 --> 00:04:14,556 Saya tidak tahu bila satu perkataan berakhir dan satu lagi bermula. 87 00:04:14,556 --> 00:04:16,946 Saya terus tonton setiap hari kerana ini "Friends", 88 00:04:16,946 --> 00:04:19,846 saya boleh tonton dalam bahasa apapun. Saya sangat sukakannya. 89 00:04:19,846 --> 00:04:21,676 Dan selepas musim kedua atau ketiga, 90 00:04:21,676 --> 00:04:24,536 saya mula faham dialognya. 91 00:04:25,076 --> 00:04:28,160 Saya sedar tentang perkara ini selepas bertemu poliglot lain. 92 00:04:28,160 --> 00:04:29,756 Kami bukan genius 93 00:04:29,756 --> 00:04:32,204 dan kami tiada jalan singkat untuk belajar bahasa. 94 00:04:32,204 --> 00:04:36,036 Kami hanya jumpa cara untuk menjadikan proses ini seronok, 95 00:04:36,036 --> 00:04:39,444 cara mengubah pembelajaran bahasa daripada sebuah subjek membosankan 96 00:04:39,444 --> 00:04:43,520 menjadi aktiviti menyeronokkan hinggakan anda tidak kisah buat setiap hari. 97 00:04:43,520 --> 00:04:45,716 Jika anda tidak suka menulis di atas kertas, 98 00:04:45,716 --> 00:04:47,440 anda boleh taip dalam aplikasi. 99 00:04:47,440 --> 00:04:50,446 Jika anda tidak suka mendengar bahan buku teks yang membosankan, 100 00:04:50,446 --> 00:04:54,600 cari kandungan menarik dalam YouTube atau podcast dalam apapun bahasa. 101 00:04:54,600 --> 00:04:56,320 Jika anda seorang introvert 102 00:04:56,320 --> 00:04:59,356 dan tidak dapat membayangkan terus bercakap dengan penutur jati, 103 00:04:59,356 --> 00:05:01,716 anda boleh bercakap dengan diri sendiri. 104 00:05:01,716 --> 00:05:04,320 Anda boleh bercakap dengan diri sendiri di dalam bilik, 105 00:05:04,320 --> 00:05:07,344 menerangkan rancangan anda pada hujung minggu, bagaimana hari anda, 106 00:05:07,344 --> 00:05:09,400 ataupun ambil gambar dengan telefon anda 107 00:05:09,400 --> 00:05:13,156 dan terangkan gambar tersebut kepada teman khayalan anda. 108 00:05:13,156 --> 00:05:15,676 Beginilah cara poliglot belajar bahasa, 109 00:05:15,676 --> 00:05:18,560 dan berita terbaik adalah semua orang boleh 110 00:05:18,560 --> 00:05:22,516 jika mereka sanggup mencari kaedah belajar sendiri. 111 00:05:22,516 --> 00:05:24,636 Bertemu dengan poliglot lain menyedarkan saya 112 00:05:24,636 --> 00:05:27,680 bahawa amat penting mencari keseronokan 113 00:05:27,680 --> 00:05:29,796 dalam proses mempelajari bahasa, 114 00:05:29,796 --> 00:05:33,680 tetapi juga keseronokan sahaja tidak cukup. 115 00:05:33,680 --> 00:05:36,436 Jika anda ingin fasih berbahasa asing, 116 00:05:36,436 --> 00:05:39,760 anda juga perlu mempunyai tiga lagi prinsip. 117 00:05:39,760 --> 00:05:43,156 Pertama, kaedah berkesan. 118 00:05:43,156 --> 00:05:46,480 Jika anda cuba menghafal senarai perkataan untuk ujian esok, 119 00:05:46,480 --> 00:05:49,000 perkataan itu akan disimpan dalam memori jangka pendek 120 00:05:49,000 --> 00:05:51,399 dan anda akan lupa selepas beberapa hari. 121 00:05:51,399 --> 00:05:54,360 Jika anda ingin menyimpan perkataan untuk jangka masa panjang, 122 00:05:54,360 --> 00:05:57,320 anda perlu mengulang kaji selama beberapa hari 123 00:05:57,320 --> 00:05:59,556 menggunakan kaedah pengulangan berkala. 124 00:05:59,556 --> 00:06:03,844 Anda boleh menggunakan aplikasi berasaskan sistem ini seperti Anki atau Memrise. 125 00:06:03,844 --> 00:06:07,200 Atau tulis senarai perkataan dalam buku menggunakan kaedah Goldlist 126 00:06:07,200 --> 00:06:09,920 yang juga sangat terkenal dalam kalangan ramai poliglot. 127 00:06:09,920 --> 00:06:13,676 Jika anda tidak pasti kaedah mana berkesan dan apa kaedah lain yang ada, 128 00:06:13,676 --> 00:06:16,686 lihat saluran YouTube dan laman web poliglot 129 00:06:16,686 --> 00:06:18,516 dan dapatkan inspirasi daripada mereka. 130 00:06:18,516 --> 00:06:22,840 Jika ia berkesan untuk mereka, ia kemungkinan akan berkesan untuk anda. 131 00:06:22,840 --> 00:06:24,840 Prinsip ketiga untuk diikuti 132 00:06:24,840 --> 00:06:27,720 ialah mencipta sistem dalam pembelajaran anda. 133 00:06:27,720 --> 00:06:31,960 Kita semua sangat sibuk dan tiada masa untuk belajar bahasa pada hari ini. 134 00:06:31,960 --> 00:06:35,760 Tetapi kita boleh meluangkan masa jika kita merancang sedikit awal. 135 00:06:35,760 --> 00:06:39,196 Bolehkah anda bangun 15 minit lebih awal daripada kebiasaan? 136 00:06:39,196 --> 00:06:42,516 Itu merupakan masa terbaik untuk mengulang kaji kosa kata. 137 00:06:42,516 --> 00:06:46,276 Bolehkah anda mendengar podcast semasa memandu ke tempat kerja? 138 00:06:46,276 --> 00:06:49,756 Itu masa terbaik untuk mendapatkan pengalaman mendengar. 139 00:06:49,756 --> 00:06:53,240 Banyak perkara boleh kita lakukan tanpa merancang masa tambahan 140 00:06:53,240 --> 00:06:55,916 seperti mendengar podcast semasa ke tempat kerja, 141 00:06:55,916 --> 00:06:57,600 atau semasa membuat kerja rumah. 142 00:06:57,600 --> 00:07:00,920 Perkara penting ialah menyediakan rancangan pembelajaran. 143 00:07:00,920 --> 00:07:03,436 "Saya akan berlatih bertutur setiap Selasa dan Khamis 144 00:07:03,436 --> 00:07:05,516 dengan seorang kawan selama 20 minit." 145 00:07:05,516 --> 00:07:09,960 "Saya akan mendengar video Youtube semasa bersarapan." 146 00:07:09,960 --> 00:07:12,116 Jika anda menyediakan sistem pembelajaran, 147 00:07:12,116 --> 00:07:14,038 anda tidak perlu mencari masa tambahan 148 00:07:14,038 --> 00:07:17,516 kerana ia akan menjadi sebahagian daripada hidup anda sehari-hari. 149 00:07:17,896 --> 00:07:21,116 Akhirnya, jika anda ingin fasih berbahasa asing, 150 00:07:21,116 --> 00:07:24,266 anda memerlukan sedikit kesabaran. 151 00:07:24,596 --> 00:07:27,360 Mustahil untuk belajar bahasa dalam masa dua bulan, 152 00:07:27,360 --> 00:07:31,276 tetapi kita boleh melihat peningkatan ketara dalam dua bulan, 153 00:07:31,276 --> 00:07:35,040 jika anda belajar sedikit demi sedikit setiap hari dengan penuh keseronokan. 154 00:07:35,040 --> 00:07:37,196 Tiada yang lebih memotivasikan kita 155 00:07:37,196 --> 00:07:39,120 berbanding kejayaan kita sendiri. 156 00:07:39,120 --> 00:07:41,036 Saya ingat dengan jelas saat 157 00:07:41,036 --> 00:07:45,280 saya memahami jenaka pertama dalam bahasa Jerman semasa menonton "Friends". 158 00:07:45,280 --> 00:07:47,160 Saya sangat gembira dan termotivasi, 159 00:07:47,160 --> 00:07:50,196 dan terus menonton dua lagi episod pada hari tersebut. 160 00:07:50,196 --> 00:07:51,960 Semakin lama saya menonton. 161 00:07:51,960 --> 00:07:56,196 lebih banyak saat yang saya fahami, kejayaan-kejayaan kecil. 162 00:07:56,196 --> 00:07:59,676 Selangkah demi selangkah, saya mencapai tahap saya boleh bertutur 163 00:07:59,676 --> 00:08:02,560 secara bebas dan fasih untuk menyampaikan apa-apa sahaja. 164 00:08:02,560 --> 00:08:04,804 Perasaan ini sangat hebat. 165 00:08:04,804 --> 00:08:06,520 Saya tak puas dengan perasaan ini 166 00:08:06,520 --> 00:08:09,360 dan kerana itulah saya belajar bahasa setiap dua tahun. 167 00:08:09,360 --> 00:08:11,440 Inilah rahsia keseluruhan poliglot. 168 00:08:11,440 --> 00:08:14,316 Cari kaedah berkesan yang anda boleh gunakan secara bersistem 169 00:08:14,316 --> 00:08:17,636 untuk tempoh tertentu dengan cara yang menyeronokkan. 170 00:08:17,636 --> 00:08:21,746 Beginilah poliglot belajar bahasa dalam beberapa bulan bukan beberapa tahun. 171 00:08:23,156 --> 00:08:24,620 Anda mungkin terfikir, 172 00:08:24,620 --> 00:08:26,960 "Bagusnya belajar bahasa dengan seronok, 173 00:08:26,960 --> 00:08:29,310 tetapi bukankah rahsia sebenar ialah 174 00:08:29,310 --> 00:08:32,620 poliglot lebih berbakat dan kebanyakan daripada kami tidak?" 175 00:08:33,320 --> 00:08:36,670 Ada satu perkara lagi yang saya tidak beritahu tentang Benny dan Lucas. 176 00:08:37,160 --> 00:08:42,859 Benny ada 11 tahun pengalaman Irish Gaelic dan lima tahun Jerman di sekolah. 177 00:08:42,859 --> 00:08:46,219 Dia langsung tidak boleh bertutur bahasa tersebut semasa tamat sekolah. 178 00:08:46,239 --> 00:08:50,439 Sehingga umur 21 tahun, dia ingat dia tiada gen bahasa 179 00:08:50,439 --> 00:08:52,876 dan dia tidak boleh bertutur bahasa lain. 180 00:08:52,876 --> 00:08:55,836 Kemudian, dia mula mencari cara tersendiri mempelajari bahasa 181 00:08:55,836 --> 00:08:59,716 iaitu bercakap dengan penutur jati dan mendapatkan maklum balas mereka. 182 00:08:59,716 --> 00:09:04,466 Hari ini, Benny boleh bertutur dalam 10 bahasa dengan mudah. 183 00:09:05,116 --> 00:09:08,436 Lucas cuba belajar bahasa Inggeris di sekolah selama 10 tahun. 184 00:09:08,436 --> 00:09:11,076 Dia salah seorang pelajar paling teruk dalam kelas. 185 00:09:11,076 --> 00:09:12,720 Malah, kawan-kawannya mengejeknya 186 00:09:12,720 --> 00:09:15,356 dan memberikannya buku teks Rusia sebagai jenaka 187 00:09:15,356 --> 00:09:19,116 kerana mereka sangka dia tidak akan belajar bahasa tersebut, atau bahasa lain. 188 00:09:19,116 --> 00:09:21,516 Kemudian Lucas mula menguji pelbagai kaedah, 189 00:09:21,516 --> 00:09:24,084 mencari cara belajarnya sendiri, 190 00:09:24,524 --> 00:09:28,710 contohnya dengan bersembang di Skype dengan orang asing. 191 00:09:28,710 --> 00:09:30,554 Dan selepas 10 tahun, 192 00:09:30,564 --> 00:09:34,104 Lucas boleh bertutur 11 bahasa dengan fasih. 193 00:09:35,004 --> 00:09:37,444 Bunyi seperti keajaiban? 194 00:09:37,444 --> 00:09:40,760 Saya lihat keajaiban seperti ini setiap hari. 195 00:09:40,760 --> 00:09:42,120 Sebagai mentor bahasa, 196 00:09:42,120 --> 00:09:44,560 saya membantu orang belajar bahasa secara sendiri. 197 00:09:44,560 --> 00:09:45,880 Saya lihatnya setiap hari. 198 00:09:45,880 --> 00:09:50,080 Orang bersusah payah mempelajari bahasa selama lima, 10, malah 20 tahun, 199 00:09:50,080 --> 00:09:53,956 kemudian, mereka mula belajar mengikut cara mereka sendiri, 200 00:09:53,956 --> 00:09:57,276 mula menggunakan bahan yang menyeronokkan, kaedah yang lebih berkesan, 201 00:09:57,276 --> 00:09:59,116 atau mula menjejak pembelajaran mereka 202 00:09:59,116 --> 00:10:02,080 agar mereka dapat menghargai pencapaian mereka sendiri, 203 00:10:02,080 --> 00:10:04,036 dan ketika itulah tiba-tiba 204 00:10:04,036 --> 00:10:09,096 mereka menemui bakat bahasa mereka yang hilang sebelum ini. 205 00:10:09,476 --> 00:10:11,656 Jadi, jika anda pernah cuba mempelajari bahasa 206 00:10:11,676 --> 00:10:14,116 dan berputus asa, merasakannya sangat susah 207 00:10:14,116 --> 00:10:16,397 atau anda tidak mempunyai bakat bahasa, 208 00:10:16,397 --> 00:10:17,961 cuba sekali lagi. 209 00:10:17,961 --> 00:10:20,837 Mungkin anda hanya satu langkah menyeronokkan 210 00:10:20,837 --> 00:10:22,957 daripada mempelajari bahasa dengan fasih. 211 00:10:22,957 --> 00:10:26,917 Mungkin anda hanya satu langkah daripada menjadi seorang poliglot. 212 00:10:26,917 --> 00:10:28,155 Terima kasih. 213 00:10:28,155 --> 00:10:29,271 (Tepukan)