0:00:01.760,0:00:04.656 Saya suka belajar bahasa asing. 0:00:04.680,0:00:08.736 Malah, saya sangat suka hinggakan saya[br]belajar bahasa baharu setiap dua tahun, 0:00:08.760,0:00:10.856 kini, sedang belajar bahasa kelapan. 0:00:10.880,0:00:13.496 Apabila orang dengar tentang ini,[br]mereka tanya saya, 0:00:13.520,0:00:15.616 "Bagaimana kamu belajar? Apa rahsia kamu?" 0:00:15.640,0:00:18.656 Sejujurnya, selama bertahun-tahun, [br]jawapan saya ialah, 0:00:18.680,0:00:21.000 "Saya tak tahu. Saya hanya suka [br]belajar bahasa." 0:00:21.680,0:00:23.976 Tetapi orang tak berpuas hati[br]dengan jawapan ini. 0:00:24.000,0:00:27.976 Mereka ingin tahu kenapa mereka ambil masa[br]bertahun-tahun untuk belajar satu bahasa. 0:00:28.000,0:00:29.536 tidak pernah fasih, 0:00:29.560,0:00:32.616 dan saya pula, belajar satu bahasa[br]selepas bahasa yang lain. 0:00:32.640,0:00:34.856 Mereka ingin tahu rahsia poliglot, 0:00:34.880,0:00:36.600 penutur pelbagai bahasa. 0:00:37.400,0:00:38.816 Ini membuatkan saya terfikir, 0:00:38.840,0:00:41.136 bagaimana poliglot lain belajar bahasa? 0:00:41.160,0:00:42.656 Apakah persamaan kami? 0:00:42.680,0:00:44.616 Dan apakah yang membolehkan kami 0:00:44.640,0:00:47.190 belajar bahasa lebih pantas[br]daripada orang lain? 0:00:47.760,0:00:51.110 Saya mengambil keputusan untuk bertemu[br]orang seperti saya dan bertanya. 0:00:51.760,0:00:53.816 Tempat terbaik untuk bertemu [br]ramai poliglot 0:00:53.840,0:00:56.136 ialah di program untuk ratusan[br]pencinta bahasa 0:00:56.160,0:00:59.016 bertemu untuk berlatih bahasa mereka. 0:00:59.040,0:01:02.336 Terdapat pelbagai acara seperti ini[br]yang dianjurkan di seluruh dunia. 0:01:02.360,0:01:03.736 Saya ambil keputusan untuk pergi 0:01:03.760,0:01:06.200 dan bertanya poliglot lain tentang[br]kaedah mereka. 0:01:07.200,0:01:09.136 Saya bertemu Benny dari Ireland, 0:01:09.160,0:01:13.320 yang menyatakan dia mula bercakap[br]dari hari pertama. 0:01:14.240,0:01:16.936 Dia belajar beberapa frasa[br]dari buku frasa pelancongan, 0:01:16.960,0:01:18.736 pergi bertemu penutur jati 0:01:18.760,0:01:21.576 dan terus berbual dengan mereka. 0:01:21.600,0:01:24.376 Dia tidak kisah walaupun membuat[br]200 kesalahan sehari 0:01:24.400,0:01:26.930 kerana itu cara dia belajar,[br]berdasarkan maklum balas. 0:01:27.480,0:01:30.616 Dan kini, dia tidak perlu[br]banyak mengembara 0:01:30.640,0:01:33.576 kerana anda boleh bertutur [br]dengan penutur jati 0:01:33.600,0:01:36.296 dari rumah anda, menggunakan laman web. 0:01:36.320,0:01:38.096 Saya juga bertemu Lucas dari Brazil. 0:01:38.120,0:01:40.600 Kaedahnya belajar bahasa Rusia[br]amat menarik. 0:01:41.200,0:01:46.856 Dia menambah seratus orang penutur Rusia[br]secara rawak sebagai rakan di Skype. 0:01:46.880,0:01:50.776 Kemudian, dia membuka tetingkap sembang[br]dengan salah seorang 0:01:50.800,0:01:52.780 dan tulis "Hi" dalam bahasa Rusia. 0:01:53.000,0:01:55.576 Orang tersebut menjawab,[br]"Hi, apa khabar?" 0:01:55.600,0:02:00.056 Lucas salin ayat ini dan masukkan dalam[br]tetingkap sembang dengan orang lain, 0:02:00.080,0:02:03.656 dan orang tersebut menjawab,[br]"Saya baik, terima kasih. Awak pula?" 0:02:03.680,0:02:06.656 Lucas salin ayat ini kepada orang pertama. 0:02:06.680,0:02:10.136 Dengan cara ini, dia membuat[br]dua orang asing berbual sesama mereka 0:02:10.160,0:02:11.576 tanpa pengetahuan mereka. 0:02:11.600,0:02:12.556 (Gelak tawa) 0:02:12.556,0:02:14.450 Akhirnya, dia mula menaip sendiri, 0:02:14.450,0:02:16.450 kerana dia melihat banyak perbualan ini 0:02:16.450,0:02:19.370 hinggakan dia belajar bagaimana[br]perbualan dalam Rusia bermula. 0:02:19.370,0:02:21.766 Bijakkan kaedah ini? 0:02:22.360,0:02:26.856 Kemudian saya bertemu poliglot yang mula[br]dengan meniru bunyi bahasa tersebut, 0:02:26.880,0:02:31.296 dan yang belajar 500 perkataan yang sering[br]digunakan dalam bahasa tersebut, 0:02:31.320,0:02:34.720 dan yang bermula dengan membaca [br]tentang tatabahasa. 0:02:35.600,0:02:37.896 Jika saya bertanya [br]seratus poliglot berbeza, 0:02:37.920,0:02:41.536 saya mendengar seratus kaedah berbeza[br]untuk mempelajari bahasa. 0:02:41.560,0:02:45.176 Semua orang mempunyai cara tersendiri[br]mempelajari bahasa, 0:02:45.200,0:02:49.080 tetapi kami akhirnya dapat bertutur [br]dalam pelbagai bahasa dengan fasih. 0:02:50.120,0:02:54.416 Semasa saya mendengar kaedah pembelajaran[br]poliglot-poliglot ini, 0:02:54.440,0:02:56.736 akhirnya saya tersedar: 0:02:56.760,0:02:59.896 satu perkara yang sama tentang kami 0:02:59.920,0:03:05.456 ialah kami jumpa cara menyeronokkan[br]untuk belajar bahasa. 0:03:05.480,0:03:07.850 Semua poliglot ini bercakap[br]tentang pembelajaran bahasa 0:03:07.850,0:03:09.536 seperti ia amat menyeronokkan. 0:03:09.560,0:03:10.950 Anda patut lihat wajah mereka 0:03:10.950,0:03:13.776 semasa menunjukkan saya[br]carta tatabahasa berwarna-warni, 0:03:13.800,0:03:16.296 dan kad imbas buatan sendiri, 0:03:16.320,0:03:19.336 dan statistik pembelajaran kosa kata[br]menggunakan aplikasi, 0:03:19.360,0:03:23.560 atau bagaimana mereka suka memasak[br]menggunakan resipi dalam bahasa asing. 0:03:24.680,0:03:26.416 Semua orang mempunyai cara berbeza, 0:03:26.440,0:03:30.216 tetapi mereka sering memastikan[br]cara itu menyeronokkan bagi mereka. 0:03:30.240,0:03:34.136 Saya tersedar bahawa saya sendiri[br]belajar seperti ini. 0:03:34.160,0:03:37.736 Semasa belajar bahasa Sepanyol,[br]saya bosan dengan buku teks. 0:03:37.760,0:03:39.496 Siapa yang mahu membaca tentang Jose 0:03:39.550,0:03:42.678 bertanya tentang arah[br]ke stesen kereta api. Betul tak? 0:03:42.678,0:03:45.036 Saya mahu membaca "Harry Potter" 0:03:45.036,0:03:47.196 kerana itu buku kegemaran saya [br]semasa kecil 0:03:47.196,0:03:48.876 dan saya telah baca banyak kali. 0:03:48.876,0:03:52.516 Jadi, saya dapatkan buku "Harry Potter"[br]terjemahan Sepanyol dan mula membaca, 0:03:52.516,0:03:55.296 dan sudah tentu[br]saya tidak faham satu pun pada mulanya. 0:03:55.626,0:03:57.916 Tetapi saya terus baca kerana[br]saya suka buku itu, 0:03:57.916,0:04:02.256 dan pada penghujungnya, saya hampir [br]memahaminya tanpa masalah. 0:04:02.256,0:04:04.826 Perkara sama berlaku[br]semasa saya belajar bahasa Jerman. 0:04:04.826,0:04:08.236 Saya mengambil keputusan untuk menonton[br]"Friends" dalam bahasa Jerman. 0:04:08.236,0:04:11.356 Sekali lagi, pada awalnya,[br]semuanya merapu. 0:04:11.356,0:04:14.556 Saya tidak tahu bila satu perkataan[br]berakhir dan satu lagi bermula. 0:04:14.556,0:04:16.946 Saya terus tonton setiap hari[br]kerana ini "Friends", 0:04:16.946,0:04:19.846 saya boleh tonton dalam bahasa apapun.[br]Saya sangat sukakannya. 0:04:19.846,0:04:21.676 Dan selepas musim kedua atau ketiga, 0:04:21.676,0:04:24.536 saya mula faham dialognya. 0:04:25.076,0:04:28.160 Saya sedar tentang perkara ini[br]selepas bertemu poliglot lain. 0:04:28.160,0:04:29.756 Kami bukan genius 0:04:29.756,0:04:32.204 dan kami tiada jalan singkat[br]untuk belajar bahasa. 0:04:32.204,0:04:36.036 Kami hanya jumpa cara[br]untuk menjadikan proses ini seronok, 0:04:36.036,0:04:39.444 cara mengubah pembelajaran bahasa[br]daripada sebuah subjek membosankan 0:04:39.444,0:04:43.520 menjadi aktiviti menyeronokkan hinggakan[br]anda tidak kisah buat setiap hari. 0:04:43.520,0:04:45.716 Jika anda tidak suka menulis[br]di atas kertas, 0:04:45.716,0:04:47.440 anda boleh taip dalam aplikasi. 0:04:47.440,0:04:50.446 Jika anda tidak suka mendengar[br]bahan buku teks yang membosankan, 0:04:50.446,0:04:54.600 cari kandungan menarik dalam YouTube[br]atau podcast dalam apapun bahasa. 0:04:54.600,0:04:56.320 Jika anda seorang introvert 0:04:56.320,0:04:59.356 dan tidak dapat membayangkan[br]terus bercakap dengan penutur jati, 0:04:59.356,0:05:01.716 anda boleh bercakap dengan diri sendiri. 0:05:01.716,0:05:04.320 Anda boleh bercakap dengan diri sendiri[br]di dalam bilik, 0:05:04.320,0:05:07.344 menerangkan rancangan anda[br]pada hujung minggu, bagaimana hari anda, 0:05:07.344,0:05:09.400 ataupun ambil gambar dengan telefon anda 0:05:09.400,0:05:13.156 dan terangkan gambar tersebut kepada[br]teman khayalan anda. 0:05:13.156,0:05:15.676 Beginilah cara poliglot belajar bahasa, 0:05:15.676,0:05:18.560 dan berita terbaik adalah[br]semua orang boleh 0:05:18.560,0:05:22.516 jika mereka sanggup[br]mencari kaedah belajar sendiri. 0:05:22.516,0:05:24.636 Bertemu dengan poliglot lain[br]menyedarkan saya 0:05:24.636,0:05:27.680 bahawa amat penting mencari keseronokan 0:05:27.680,0:05:29.796 dalam proses mempelajari bahasa, 0:05:29.796,0:05:33.680 tetapi juga keseronokan sahaja[br]tidak cukup. 0:05:33.680,0:05:36.436 Jika anda ingin fasih berbahasa asing, 0:05:36.436,0:05:39.760 anda juga perlu mempunyai[br]tiga lagi prinsip. 0:05:39.760,0:05:43.156 Pertama, kaedah berkesan. 0:05:43.156,0:05:46.480 Jika anda cuba menghafal senarai perkataan[br]untuk ujian esok, 0:05:46.480,0:05:49.000 perkataan itu akan disimpan dalam[br]memori jangka pendek 0:05:49.000,0:05:51.399 dan anda akan lupa selepas beberapa hari. 0:05:51.399,0:05:54.360 Jika anda ingin menyimpan perkataan[br]untuk jangka masa panjang, 0:05:54.360,0:05:57.320 anda perlu mengulang kaji[br]selama beberapa hari 0:05:57.320,0:05:59.556 menggunakan kaedah pengulangan berkala. 0:05:59.556,0:06:03.844 Anda boleh menggunakan aplikasi berasaskan[br]sistem ini seperti Anki atau Memrise. 0:06:03.844,0:06:07.200 Atau tulis senarai perkataan dalam[br]buku menggunakan kaedah Goldlist 0:06:07.200,0:06:09.920 yang juga sangat terkenal dalam kalangan[br]ramai poliglot. 0:06:09.920,0:06:13.676 Jika anda tidak pasti kaedah mana berkesan[br]dan apa kaedah lain yang ada, 0:06:13.676,0:06:16.686 lihat saluran YouTube[br]dan laman web poliglot 0:06:16.686,0:06:18.516 dan dapatkan inspirasi[br]daripada mereka. 0:06:18.516,0:06:22.840 Jika ia berkesan untuk mereka,[br]ia kemungkinan akan berkesan untuk anda. 0:06:22.840,0:06:24.840 Prinsip ketiga untuk diikuti 0:06:24.840,0:06:27.720 ialah mencipta sistem[br]dalam pembelajaran anda. 0:06:27.720,0:06:31.960 Kita semua sangat sibuk dan tiada masa[br]untuk belajar bahasa pada hari ini. 0:06:31.960,0:06:35.760 Tetapi kita boleh meluangkan masa jika[br]kita merancang sedikit awal. 0:06:35.760,0:06:39.196 Bolehkah anda bangun 15 minit lebih awal[br]daripada kebiasaan? 0:06:39.196,0:06:42.516 Itu merupakan masa terbaik untuk[br]mengulang kaji kosa kata. 0:06:42.516,0:06:46.276 Bolehkah anda mendengar podcast semasa[br]memandu ke tempat kerja? 0:06:46.276,0:06:49.756 Itu masa terbaik untuk[br]mendapatkan pengalaman mendengar. 0:06:49.756,0:06:53.240 Banyak perkara boleh kita lakukan[br]tanpa merancang masa tambahan 0:06:53.240,0:06:55.916 seperti mendengar podcast[br]semasa ke tempat kerja, 0:06:55.916,0:06:57.600 atau semasa membuat kerja rumah. 0:06:57.600,0:07:00.920 Perkara penting ialah [br]menyediakan rancangan pembelajaran. 0:07:00.920,0:07:03.436 "Saya akan berlatih bertutur setiap[br]Selasa dan Khamis 0:07:03.436,0:07:05.516 dengan seorang kawan selama 20 minit." 0:07:05.516,0:07:09.960 "Saya akan mendengar video Youtube[br]semasa bersarapan." 0:07:09.960,0:07:12.116 Jika anda menyediakan sistem pembelajaran, 0:07:12.116,0:07:14.038 anda tidak perlu mencari masa tambahan 0:07:14.038,0:07:17.516 kerana ia akan menjadi sebahagian[br]daripada hidup anda sehari-hari. 0:07:17.896,0:07:21.116 Akhirnya, jika anda [br]ingin fasih berbahasa asing, 0:07:21.116,0:07:24.266 anda memerlukan sedikit kesabaran. 0:07:24.596,0:07:27.360 Mustahil untuk belajar bahasa[br]dalam masa dua bulan, 0:07:27.360,0:07:31.276 tetapi kita boleh melihat[br]peningkatan ketara dalam dua bulan, 0:07:31.276,0:07:35.040 jika anda belajar sedikit demi sedikit[br]setiap hari dengan penuh keseronokan. 0:07:35.040,0:07:37.196 Tiada yang lebih memotivasikan kita 0:07:37.196,0:07:39.120 berbanding kejayaan kita sendiri. 0:07:39.120,0:07:41.036 Saya ingat dengan jelas saat 0:07:41.036,0:07:45.280 saya memahami jenaka pertama dalam[br]bahasa Jerman semasa menonton "Friends". 0:07:45.280,0:07:47.160 Saya sangat gembira dan termotivasi, 0:07:47.160,0:07:50.196 dan terus menonton dua lagi episod[br]pada hari tersebut. 0:07:50.196,0:07:51.960 Semakin lama saya menonton. 0:07:51.960,0:07:56.196 lebih banyak saat yang saya fahami,[br]kejayaan-kejayaan kecil. 0:07:56.196,0:07:59.676 Selangkah demi selangkah,[br]saya mencapai tahap saya boleh bertutur 0:07:59.676,0:08:02.560 secara bebas dan fasih[br]untuk menyampaikan apa-apa sahaja. 0:08:02.560,0:08:04.804 Perasaan ini sangat hebat. 0:08:04.804,0:08:06.520 Saya tak puas dengan perasaan ini 0:08:06.520,0:08:09.360 dan kerana itulah saya belajar bahasa[br]setiap dua tahun. 0:08:09.360,0:08:11.440 Inilah rahsia keseluruhan poliglot. 0:08:11.440,0:08:14.316 Cari kaedah berkesan[br]yang anda boleh gunakan secara bersistem 0:08:14.316,0:08:17.636 untuk tempoh tertentu[br]dengan cara yang menyeronokkan. 0:08:17.636,0:08:21.746 Beginilah poliglot belajar bahasa dalam [br]beberapa bulan bukan beberapa tahun. 0:08:23.156,0:08:24.620 Anda mungkin terfikir, 0:08:24.620,0:08:26.960 "Bagusnya belajar bahasa dengan seronok, 0:08:26.960,0:08:29.310 tetapi bukankah rahsia sebenar ialah 0:08:29.310,0:08:32.620 poliglot lebih berbakat dan kebanyakan[br]daripada kami tidak?" 0:08:33.320,0:08:36.670 Ada satu perkara lagi yang saya tidak[br]beritahu tentang Benny dan Lucas. 0:08:37.160,0:08:42.859 Benny ada 11 tahun pengalaman Irish Gaelic[br]dan lima tahun Jerman di sekolah. 0:08:42.859,0:08:46.219 Dia langsung tidak boleh bertutur[br]bahasa tersebut semasa tamat sekolah. 0:08:46.239,0:08:50.439 Sehingga umur 21 tahun,[br]dia ingat dia tiada gen bahasa 0:08:50.439,0:08:52.876 dan dia tidak boleh bertutur bahasa lain. 0:08:52.876,0:08:55.836 Kemudian, dia mula mencari cara tersendiri[br]mempelajari bahasa 0:08:55.836,0:08:59.716 iaitu bercakap dengan penutur jati [br]dan mendapatkan maklum balas mereka. 0:08:59.716,0:09:04.466 Hari ini, Benny boleh bertutur[br]dalam 10 bahasa dengan mudah. 0:09:05.116,0:09:08.436 Lucas cuba belajar bahasa Inggeris[br]di sekolah selama 10 tahun. 0:09:08.436,0:09:11.076 Dia salah seorang pelajar paling teruk[br]dalam kelas. 0:09:11.076,0:09:12.720 Malah, kawan-kawannya mengejeknya 0:09:12.720,0:09:15.356 dan memberikannya buku teks Rusia[br]sebagai jenaka 0:09:15.356,0:09:19.116 kerana mereka sangka dia tidak akan[br]belajar bahasa tersebut, atau bahasa lain. 0:09:19.116,0:09:21.516 Kemudian Lucas mula menguji[br]pelbagai kaedah, 0:09:21.516,0:09:24.084 mencari cara belajarnya sendiri, 0:09:24.524,0:09:28.710 contohnya dengan bersembang di Skype[br]dengan orang asing. 0:09:28.710,0:09:30.554 Dan selepas 10 tahun, 0:09:30.564,0:09:34.104 Lucas boleh bertutur 11 bahasa[br]dengan fasih. 0:09:35.004,0:09:37.444 Bunyi seperti keajaiban? 0:09:37.444,0:09:40.760 Saya lihat keajaiban seperti ini[br]setiap hari. 0:09:40.760,0:09:42.120 Sebagai mentor bahasa, 0:09:42.120,0:09:44.560 saya membantu orang belajar bahasa[br]secara sendiri. 0:09:44.560,0:09:45.880 Saya lihatnya setiap hari. 0:09:45.880,0:09:50.080 Orang bersusah payah mempelajari bahasa[br]selama lima, 10, malah 20 tahun, 0:09:50.080,0:09:53.956 kemudian, mereka mula belajar [br]mengikut cara mereka sendiri, 0:09:53.956,0:09:57.276 mula menggunakan bahan yang menyeronokkan,[br]kaedah yang lebih berkesan, 0:09:57.276,0:09:59.116 atau mula menjejak pembelajaran mereka 0:09:59.116,0:10:02.080 agar mereka dapat menghargai[br]pencapaian mereka sendiri, 0:10:02.080,0:10:04.036 dan ketika itulah tiba-tiba 0:10:04.036,0:10:09.096 mereka menemui bakat bahasa mereka[br]yang hilang sebelum ini. 0:10:09.476,0:10:11.656 Jadi, jika anda pernah cuba[br]mempelajari bahasa 0:10:11.676,0:10:14.116 dan berputus asa,[br]merasakannya sangat susah 0:10:14.116,0:10:16.397 atau anda tidak mempunyai bakat bahasa, 0:10:16.397,0:10:17.961 cuba sekali lagi. 0:10:17.961,0:10:20.837 Mungkin anda hanya[br]satu langkah menyeronokkan 0:10:20.837,0:10:22.957 daripada mempelajari bahasa dengan fasih. 0:10:22.957,0:10:26.917 Mungkin anda hanya satu langkah daripada[br]menjadi seorang poliglot. 0:10:26.917,0:10:28.155 Terima kasih. 0:10:28.155,0:10:29.271 (Tepukan)