Masyarakat manusia adalah sangat kompleks dan rapuh yang dibina berasaskan pelbagai tiang Salah satunya ialah lebah madu Satu per tiga daripada makanan yang dimakan manusia boleh dimakan disebabkan lebah madu Lebah ini sangatlah penting sehinggakan jika semua lebah mati ribuan tumbuh-tumbuhan akan turut serta yang mana boleh membawa kepada kebuluran terhadap jutaan manusia pada tahun-tahun mendatang Lebah madu mempunyai impak ekonomi yang besar Nilai dollar tumbuh-tumbuhan yang didebungakan pada setiap tahun adalah kira-kira $265 bilion Makanan yang diperoleh akan pupus tanpa mereka ataupun akan berlakunya penurunan produktiviti secara besar-besaran Makanan termasuklah epal, bawang, labu dan tumbuhan untuk memberi makan haiwan ternakan dan ini sangatlah penting untuk susu dan daging kita Einstein selalu dipetik kata-katanya dengan berkata "Jika lebah-lebah madu mati, manusia akan mengikutinya beberapa tahun akan datang" Sebenarnya, beliau tidak pernah berkata demikian tetapi mungkin adanya sebahagian kebenaran dalam kenyataan tersebut Ini sangatlah mengganggu, tetapi lebah madu kian menghilang Berjuta-juta sarang lebah telah mati pada beberapa tahun yang lepas Penjaga lebah di serata dunia mengalami kerugian 30%-90% setiap tahun disebabkan koloninya Di AS sahaja, jumlah lebah semakin menurun Daripada 5 juta sarang lebah pada 1998 kepada 2.5 juta pada hari ini Sejak 2006, satu fenomena yang dipanggil 'gangguan keruntuhan koloni' yang mempengaruhi lebah madu di banyak negara Dan kami tidak pasti apa puncanya Yang kami tahu, ia sangatlah serius Sejak beberapa dekad yang lampau, lebah mengalami serangan musuh yang dahsyat Parasit yang seperti keluar daripada filem seram seperti Acarapis woodi, Tungau mikroskopik yang menjangkiti trakea (tiub pernafasan) lebah Mereka menetas dan menjadikan cecair mangsanya sebagai makanan yang melemahkan lebah dan hidup di dalam lebah tersebut ataupun 'Varroa destructor', nama yang sesuai kerana mereka boleh membiak dalam sarang lebah dan merupakan salah satu daripada musuh terhebat lebah Tungau betina memasuki sel induk sarang lebah dan meletakkan telur-telurnya dalam larva lebah sebelum ia bertukar menjadi pupa dan sebelum sarang lebah itu menutupi sel itu dengan lilin lebah Telur tersebut menetas dan tungau muda dan ibunya menjadikan lebah yang sedang membesar sebagai makanan dalam sel yang ditutup dengan selamat Lebah ini bukanlah dibunuh pada peringkat ini, hanya dilemahkan jadi ia mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengunyah sel penutup dan membebaskan dirinya dari sel itu Dengan berbuat demikian, ia membebaskan ibu tungau beserta anaknya daripada sel untuk bebas merebak ke seluruh sarang memulakan proses dalam sebuah kitaran kira-kira 10 hari Jumlahnya berkembang dengan pesat dan setelah beberapa bulan Ini membawa kepada kejatuhan seluruh sarang lebah Setelah berada di luar sel, tungau dewasa akan menyedut cecair badan lebah dan melemahkan mereka Mereka juga memburukkan keadaan dengan menyebarkan virus-virus yang membahayakan lebah yang membawa kepada kecacatan kelahiran seperti sayap yang tidak berguna Tetapi ada juga ancaman lain seperti virus dan kulat Dengan keadaan yang normal, fenomena ini sepatutnya boleh diurus dan tidak cukup untuk menerangkan jumlah kematian lebah yang sangat buruk Sejak racun serangga diperkenalkan Racun yang berbahaya kepada lebah-lebah Neonikotinoid, satu keluarga kimia yang serupa dengan nikotin telah diluluskan pada awal 1990-an sebagai alternatif untuk bahan kimia lain seperti DDT Ia menyerang serangga dengan menyerang sistem sarafnya Pada hari ini, ia ialah racun serangga yang kerap digunakan di dunia Secara global, jualannya mencatat €1.5 bilion pada 2008 mewakili 24% daripada pasaran dunia untuk racun serangga Pada 2013, neonikotinoid digunakan di AS untuk kira-kira 95% tanaman jagung dan kanola dan juga untuk pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, ceri, pic, oren, beri, sayur berdaun, tomato, kentang emping bijiran, beras, kekacang, anggur dan banyak lagi Lebah-lebah bersentuhan dengan toksin apabila mengutip debunga ataupun melalui air yang tercemar lalu membawa bahan-bahan tersebut ke dalam sarangnya di mana ia boleh berkumpul dan membunuh seluruh koloni dengan perlahan Toksin-toksin itu membahayakan lebah dengan pelbagai cara yang dahsyat Dengan dos yang tinggi, ia membawa kepada kekejangan, kelumpuhan dan kematian dengan pantas Tetapi dengan dos yang sedikit, ia boleh membawa maut Mungkin menyebabkan lebah untuk melupai cara untuk mengemudi jadi lebah terbang dengan melulu, hilang arah dan mati keseorangan, terpisah daripada sarangnya Jika ini selalu berlaku, sesebuah sarang mampu kehilangan kebolehan untuk mengekalnya Kita tahu bahawa neonikotinoid berbahaya kepada lebah-lebah dan kita memerlukan sebuah alternatif dengan segera tetapi ini memerlukan berbilion-bilion dollar untuk merealisasikannya Kajian yang ditaja oleh industri kimia muncul dengan magik untuk merealisasikan kimia yang mempunyai kadar toksik yang rendah untuk lebah, berbanding dengan saintis bebas Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kematian lebah-lebah ini seperti keseragaman genetik, tanaman tunggal kadar nutrisi yang rendah disebabkan banyaknya populasi, tekanan disebabkan aktiviti manusia dan racun serangga yang lain Setiap faktor ialah masalah terbesar untuk lebah tetapi bersama-sama membawa masalah kejatuhan koloni Dengan peningkatan parasit-parasit sejak berdekad-dekad yang lalu lebah-lebah madu kini bertaruh nyawa untuk kelangsungan hidup Akan berlaku kekacauan jika mereka kalah Terdapat teka-teki yang perlu diselesaikan untuk kita terus hidup dengan kelimpahan relatif dan kepelbagaian makanan Kemanusiaan mempunyai hubungan dengan Bumi dan hidupan lain walaupun kita berpura-pura bahawa kita tidak pernah Kita perlu prihatin terhadap perkara-perkara di sekeliling jika tidak mahu mengekalkan keindahan alam, cukuplah sekadar untuk mengekalkan kelangsungan hidup Video ini disokong oleh Akademi Sains Australia yang mempromosi dan menyokong kecemerlangan sains Lihat lagi di . Ini sangatlah menyeronokan untuk bekerja dengan mereka jadi singgahlah laman mereka Video kami dihasilkan dengan berjaya atas sokongan anda di . Baru-baru ini, kami mencapai sebuah pencapaian penting iaitu akan adanya video tambahan pada Julai Jika anda ingin menyokong kami dan menjadi sebahagian daripada Tentera Burung Kurgesagt layarilah 'page' Patreon kami Baru-baru ini, sebuah saluran YouTube, Field Day memberi kami peluang untuk membuat sesuatu yang berlainan, video pendek tentang Game of Thrones Lepaklah di saluran mereka!