Kami akan belajar sesuatu yang digunakan oleh pengatur cara permainan setiap hari. Acara memberitahu atur cara untuk mendengar apabila sesuatu berlaku. Apabila perkara berlaku, tindakan dilaksanakan. Beberapa contoh adalah mendengar klik tetikus, butang anak panah, atau ketik pada skrin. Kami akan menjadikan bot angkasa menyapa penghuni bumi apabila diklik. Guna blok "when clicked" dan sambungkan blok "Say" kepadanya. Apabila bot angkasa diklik, semua yang bersambung ke blok acara "when clicked" dilakukan. Apa makhluk asing balas? Ada blok "when arrow" juga. Jika blok "move" disambungkan, anda boleh gerakkan pelakon ke atas, bawah, kiri, atau kanan. Permainan semakin interaktif. Saya mulakan syarikat permainan kerana saya mahu cipta permainan. Saya mahu cipta sesuatu yang orang boleh suka, main dan nikmati. Nasihat saya untuk budak yang minat sains komputer, mula lakukan benda. Mula mencuba. Jika anda rasa tidak yakin atau takut, ia okey. Cari rakan yang lebih berpengalaman. Tontoni bimbingan video. Terus cuba mencipta sesuatu. Walaupun anda fikir, "Adakah ia pelik?" Atau melihatnya dan kata "Saya boleh mainkannya di tempat lain." Tindakan mencipta sesuatu dalam visi tersendiri anda adalah pengalaman menarik dan saya galakkan orang untuk LAKUKAN benda. Itu bahagian paling penting.