Kami akan belajar sesuatu yang digunakan
oleh pengatur cara permainan setiap hari.
Acara memberitahu atur cara untuk
mendengar apabila sesuatu berlaku. Apabila
perkara berlaku, tindakan dilaksanakan.
Beberapa contoh adalah mendengar
klik tetikus, butang anak panah, atau
ketik pada skrin. Kami akan menjadikan
bot angkasa menyapa penghuni bumi
apabila diklik. Guna blok "when clicked"
dan sambungkan blok "Say" kepadanya.
Apabila bot angkasa diklik, semua yang
bersambung ke blok acara "when clicked"
dilakukan. Apa makhluk asing balas?
Ada blok "when arrow" juga.
Jika blok "move" disambungkan, anda boleh
gerakkan pelakon ke atas, bawah, kiri,
atau kanan. Permainan semakin interaktif.
Saya mulakan syarikat permainan
kerana saya mahu cipta permainan.
Saya mahu cipta sesuatu yang orang
boleh suka, main dan nikmati.
Nasihat saya untuk budak yang minat
sains komputer, mula lakukan benda.
Mula mencuba. Jika anda rasa tidak yakin
atau takut, ia okey.
Cari rakan yang lebih berpengalaman.
Tontoni bimbingan video.
Terus cuba mencipta sesuatu.
Walaupun anda fikir, "Adakah ia pelik?"
Atau melihatnya dan kata "Saya boleh
mainkannya di tempat lain."
Tindakan mencipta sesuatu dalam visi
tersendiri anda adalah pengalaman menarik
dan saya galakkan orang untuk LAKUKAN
benda. Itu bahagian paling penting.