Hai, saya John. Saya mengetuai pasukan mencari dan pembelajaran mesin di Google. Ia amat berinspirasi bahawa semua orang di dunia menggunakan enjin carian utnuk tanya soalan remeh dan soalan yang amat penting. Ia tanggunajwab besar untuk berikan jawapan terbaik yang boleh. Hai, saya Akshaya dan saya bekerja untuk pasukan carian Bing. Banyak kali kami mencari dalam kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin tapi kami perlu menyelesaikan cara pengguna menggunakannya, kerana akhirnya, kami mahu memberi impak kepada masyarakat. Mari kami tanya soalan mudah. Berapa lama perjalanan ke Mars? Dari mana keputusan ini datang dan kenapa ia disenaraikan sebelum pencarian yang lain? Okey, mari kami ketahui cara enjin carian menukar permintaan kepada hasil. Perkara pertama semasa mencari, enjin carian ini tidak keluar ke World Wide Web untuk mencari dalam masa sebenar. Ia kerana ada berbilion laman web di internet dan ratusan lagi dicipta setiap minit. Jika enjiin carian perlu meneliti setiap laman untuk mencari sasaran, ia akan mengambil selamanya. Supaya carian dipercepatkan, enjin carian selalu mengimbas web secara terdahulu untuk merekod maklumat yang mungkin membantu carian kemudian. Jadi, apabila anda mencari perjalanan ke Mars, enjin carian sudah ada hasil untuk memberi jawapan masa nyata. Ini cara ia berfungsi. Internet adalah web halaman yang disambungkan oleh pautan hiper. Enjin carian sentiasa menjalankan program Spider yang merentasi halaman web untuk mengumpul maklumat. Setiap kali pautan hiper dijumpai, ia mengikutinya sehingga ia melayari setiap halaman di kseluruhan internet. Setiap halaman yang dilayari Spider, ia merekod maklumat untuk carian dengan menambahkan pangkalan data khas iaitu indeks carian. Kami kembali ke carian awal dan tentukan cara enjin carian mengeluarkan hasil. Apabila anda tanya masa perjalanan ke Mars, enjin carian mencari setiap perkataan dalam indeks carian untuk mendapat senarai semua halaman di internet yang mengandungi perkataan itu. Tapi mencari terma carian ini mungkin memberikan jutaan halaman, jadi enjin carian perlu menentukan padanan terbaik untuk dipaparkan dulu. Ini sukar kerana enjin carian mungkin perlu teka apa yang dicari. Setiap enjin carian guna algoritma sendiri untuk susun halaman mengikut apa yang ia fikir anda mahukan. Algoritma susunan enjin carian mungkin memeriksa sekiranya terma carian anda dipaparkan pada tajuk halaman, ia mungkin memeriksa jika semua perkataan muncul bersebalahan, atau kiraan lain yang membantu menentukan halaman yang anda mahu dan tidak mahu. Google mencipta algoritma paling terkenal untuk memilih keputusan paling relevan untuk carian dengan mengambil kira berapa banyak halaman web disambungkan kepada halaman. Jika banyak laman web fikir satu halaman web menarik, mungkin itulah carian anda. Algoritma ini adalah susunan halaman, bukan kerana ia susun halaman web, tapi kerana ia dinamakan sempena penciptanya, Larry Page, iaitu pengasas bersama Google. Kerana laman web biasa menjana duit apabila dilayari, tukang spam sentiasa mencari cara untuk mengacau algoritma carian supaya halaman mereka disenaraikan lebih tinggi. Enjin carian kerap mengemaskini algoritma untuk mengelakkan laman palsu atau tidak boleh dipercayai naik ke atas. Akhirnya, ia terpulang kepada anda untuk memastikan anda perhatikan halaman yang tidak boleh dipercayai dengan melihat alamat mereka dan memastikan ia sumber boleh percaya. Atur cara carian selalu berevolusi untuk mempertingkatkan algoritma untuk keputusan yang lebih baik, dan lebih cepat berbanding saingan. Enjin carian hari ini juga menggunakan maklumat yang anda belum berikan untuk mengecilkan carian. Contohnya, anda cari taman anjing, banyak enjin carian akan memberikan hasil untuk taman anjing berdekatan, walaupun anda tidak taip lokasi. Enjin carian moden memahami lebih daripada perkataan atas halaman, tapi sebenarnya ia mencari padanan terbaik untuk carian. Contohnya, anda mencari pembaling laju, ia tahu anda mencari atlet. Tapi jika anda mencari jag besar, ia memberikan pilihan untuk dapur. Untuk lebih memahami perkataan ini, kami gunakan pembelajaran mesin, sejenis kecerdasan buatan. Ia membolehkan algoritma carian untuk mencari bukan saja huruf individu atau perkataan pada halaman, tapi memahami maksud perkataan. Internet membesar secara eksponen, tapi jika pasukan yang reka enjin carian bekerja dengan betul, maklumat yang anda mahukan hanyalah beberapa ketikan kunci jauhnya.