Kita membuat keputusan setiap hari. Contohnya, sebelum anda keluar dari rumah, anda akan mengalami kenyataan 'if' yang berkata jika hujan, maka saya perlukan jaket saya. Dan komputer sangat mengagumkan apabila anda memutuskan jenis kenyataan tersebut, komputer boleh melaksanakan perkara itu dengan tepat pada kelajuan yang luar biasa. Oleh itu, program komputer melibatkan sedikit matematik dan beberapa kenyataan 'if' di mana keputusan dapat dihasilkan. Jadi dalam teka-teki ini, blok 'if' membantu zombi membuat keputusan. Ia menyemak sesuatu. Contohnya, mari kita gunakan blok yang berkata 'if there's a path to the left' dan letakkan arahan 'turn left' di dalamnya. Ini memberitahu zombi itu untuk memeriksa persekitarannya untuk melihat jika terdapat jalan di sebelah kiri dan jika ya, belok ke kiri. Dan kemudian gunakan blok 'move forward' di dalam ulangan ini untuk memastikan ia terus bergerak ke hadapan selagi ia hanya mahu bergerak lurus. Kemudian apabila ada belokan, blok 'if' akan menyuruhnya membelok ke kiri. Dan anda boleh lihat jika kami berbuat demikian, jika kami membelok ke kiri dan sebaliknya bergerak ke hadapan, kami akan mencapai matlamat kami. Jadi inilah contoh menggunakan kenyataan 'if' Ini merupakan konsep asas dalam pengaturcaraan komputer. Salah satu perkara pertama yang saya pelajari ialah cara menulis program untuk bermain Tic-tac-toe Jadi saya membuat satu kenyataan 'if' yang berkata okay, jika pesaing hampir menang teruskan sekat kedudukan tersebut. Jadi berseronoklah belajar cara menggunakan kenyataan 'if'. Ia adalah satu konsep utama.