Kita membuat keputusan setiap hari.
Contohnya,
sebelum anda keluar dari rumah,
anda akan mengalami kenyataan 'if'
yang berkata
jika hujan, maka saya perlukan
jaket saya.
Dan komputer sangat mengagumkan
apabila anda memutuskan
jenis kenyataan tersebut,
komputer boleh melaksanakan perkara itu
dengan tepat pada kelajuan yang luar biasa.
Oleh itu, program komputer melibatkan
sedikit matematik dan
beberapa kenyataan 'if'
di mana keputusan dapat dihasilkan.
Jadi dalam teka-teki ini, blok 'if'
membantu zombi membuat keputusan.
Ia menyemak sesuatu.
Contohnya, mari kita gunakan blok
yang berkata
'if there's a path to the left'
dan letakkan arahan 'turn left'
di dalamnya.
Ini memberitahu zombi itu untuk
memeriksa persekitarannya
untuk melihat jika terdapat
jalan di sebelah kiri
dan jika ya, belok ke kiri.
Dan kemudian gunakan blok 'move forward'
di dalam ulangan ini
untuk memastikan ia
terus bergerak ke hadapan
selagi ia hanya mahu bergerak lurus.
Kemudian apabila ada belokan,
blok 'if' akan menyuruhnya
membelok ke kiri.
Dan anda boleh lihat jika
kami berbuat demikian,
jika kami membelok ke kiri
dan sebaliknya bergerak ke hadapan,
kami akan mencapai matlamat kami.
Jadi inilah contoh menggunakan
kenyataan 'if'
Ini merupakan konsep asas
dalam pengaturcaraan komputer.
Salah satu perkara pertama yang
saya pelajari ialah
cara menulis program untuk
bermain Tic-tac-toe
Jadi saya membuat satu kenyataan 'if'
yang berkata
okay, jika pesaing hampir menang
teruskan sekat kedudukan tersebut.
Jadi berseronoklah belajar cara
menggunakan kenyataan 'if'.
Ia adalah satu konsep utama.