(Bill Knott, Penyunting Executive,
Adventist Review dan Adventist World)
Berada di tempat seperti ini
membuatkan saya tertanya, Jonathan,
mengapa suatu yang tragis
dan menyakitkan seperti perang, sering
kali diingati dengan keindahan, air
oleh cahaya, oleh simbol
yang seolah-olah tidak berkaitan.
Adakah kamu pernah memikirkan
itu sebagai ironi?
(Kol. Jonathan McGraw, Chaplain,
Pejabat Ketua Chaplains)
Pernah, dan saya fikir apa yang dicari
oleh para tentera yang pernah berkhidmat
adalah kedamaian yang kamu lihat
dalam persekitaran ini.
Tentera dan anggota yang terlibat, melihat
perang sebagai kejahatan yang perlu,
tetapi mereka mencari kedamaian.
Bagi kamu, sementara
kamu fikirkan mengenai
seperti apa yang difikirkan oleh
seluruh dunia, hujung minggu ini,
dengan pelancaran "Hacksaw Ridge",
apakah kualiti dalam hidup Doss
yang, bagi kamu sebagai seorang chaplain,
bernilai untuk kita fokuskan?
Sebagai seorang chaplain, kami bekerja
dalam persekitaran sekular.
Apa yang saya lihat dalam masyarakat
adalah keruntuhan sikap manusia,
bahawa apa yang kamu lakukan di tempat
kerja dan dalam hidup peribadi, berasingan
manusia lebih berpecah-belah dalam
masyarakat kita hari ini.
Apa Desmond Doss lakukan
adalah menunjukkan kebersatuan beliau--
- Ok
- Kebersatuannya, badani beliau, fikiran,
hati dan rohnya adalah satu.
Dan saya fikir ini memberikan peluang yang
besar untuk Tuhan bercakap dengan orang.
Apakah perbezaan yang Tuhan lakukan
dalam hidup kamu?
Sementara cerita terungkap tentang
bagaimana rakan Doss memandang nya,
mungkin sebahagian mereka memikirkan
dia sebagai daya tarikan nasib yang baik,
yang lain pula benar-benar
menghormati imannya,
dan tidak mahu berada dalam
pertempuran jika dia tidak ada,
kerana mereka melihat dia sebagai...
Saya tidak tahu,
kekuatan rohani ketika itu.
Saya berfikir bahawa kamu akan katakan
rasa luar biasa dari apa yang berlaku,
kerana jika anda melihat
apa yang berlaku di Okinawa,
daripada company-nya seramai
satu ratus tiga puluh orang,
hanya tiga puluh daripada mereka
diundurkan, seratus lagi di atas.
Dan dia tinggal di sana, dan seperti yang
mereka gambarkan ia dalam filem--
dan kita telah lihat dalam
dokumentari beliau--
dia hanya meminta, "Tuhan, berikan
saya satu lagi."
Ada yang akan memanggilnya satu
peringatan yang hidup,
tentang bagaimana kita jangkakan
Yesus untuk bertindak dalam keadaan itu.
Bahawa, ya, tidak peduli
tentang dirinya sendiri,
keprihatinan untuk orang lain yang
berada dalam sukar, saat-saat terdesak.
Doss mempunyai keupayaan untuk
menahan tekanan di sekelilingnya
akur kepada apa yang orang lain lakukan,
walaupun ia libatkan
keselamatan diri sendiri.
Katakan kepada saya sebentar mengenai
nilai itu sebagai nilai Adventist.
Pandangan tentang di mana kita dalam
sejarah, sering mendasari kepentingan
yang tersendiri, membezakan
diri kita daripada budaya.
Doss melakukan itu
dengan cara yang luar biasa.
Dia melakukannya semasa dia
tinggal dalam budaya itu.
Saya fikir bahagian yang
kita terlepas adalah,
dia juga adalah seperti
seorang askar yang baik.
Kemahiran yang kamu
perlukan di medan perang--
dia mengetahuinya,
dan itulah cara yang dia lakukan.
Tetapi apa yang saya lihat dengan Doss
adalah, tumpuan kita tentang penciptaan.
Bahawa Tuhan mencipta kita
dalam imej Tuhan.
Dan sebagai Adventist, kita mengambil
ini secara serius.
Baru-baru ini Saya mendengar khutbah
mengenai Matius 14, mengenai Petrus
berjalan di atas air apabila
Kristus memanggilnya,
dan Kristus bertanya kepada Petrus
"Mengapa engkau meragukan saya?"
apabila dia mula tenggelam.
Dia mempercayai kuasa ombak
lebih dari kuasa Kristus, dan dia mula--
dan saya fikir Doss,
kita dapati manusia yang,
apa yang beliau lakukan pada rabung itu,
dia benar-benar mempercayai kuasa Kristus.
Tetapi saya melihat sesuatu di sana,
wira dan orang-orang
kudus sepanjang sejarah,
mereka telah mencapai rasa aman
mengenai keadaan mereka sendiri,
dengan itu bertindak dengan,
apa yang kelihatan seperti
keberanian untuk orang lain.
Itu betul. Sama ada mereka hidup atau
tidak, ada rasa tidak mementingkan diri,
tetapi juga saya fikir tentang
Desmond, apabila anda melihat nya--
menarik tujuh puluh lima kepada
ratus orang keluar dari medan perang--
jelas bahawa dia tidak ragu-ragu
bahawa Tuhan akan menggunakan dia.
Menyedari bahawa ada seseorang
di luar sana, tercedera, kesakitan,
yang benar-benar memerlukan bantuan
pada masa yang -
kita tidak tahu lagi siapa mereka.
- Ya betul.
- Dan ini adalah komitmen Doss,
bukan hanya kepada teman, tetapi untuk
sesiapa sahaja di luar sana.
Benar.