"Ketidakpedulian dan kebodohan tidak sama,
kamu harus berusaha untuk tidak peduli."
- Margaret Atwood, Cerita Dayang
Dalam novel masa depan
Margaret Artwood, "The Handmaid's Tale",
sebuah rejim Kristian fundamentalis
yang dipanggil Republik Gilead
telah merampas kuasa dan mendirikan
sebuah kerajaan teokratik
di Amerika Syarikat.
Rejim itu secara teori
mengekang semua orang,
namun pada praktiknya beberapa lelaki
telah mengatur Gilead supaya
mereka yang mempunyai segala kuasa,
terutamanya ke atas kaum wanita.
Menurut Atwood, "The Handmaid's Tale"
merupakan suatu fiksyen ramalan.
Maksudnya ia mengagak
kemungkinan pada masa depan.
Ini merupakan ciri asas
yang dikongsi oleh karya
utopia dan distopia.
Kemungkinan masa depan dalam novel Atwood
biasanya negatif, atau bersifat distopia,
di mana tindakan sekumpulan kecil manusia
telah merosakkan dunia yang kita kenali.
Karya utopia dan distopia biasanya
sejajar dengan perkembangan politik.
Karya utopia selalunya menggambarkan
sebuah masyarakat ideal
yang penulis harap akan menjadi
rangka bagi mencapai kemajuan.
Distopia, sebaliknya
tidak semestinya jangkaan
tentang masa depan yang dahsyat,
tetapi sebenarnya memberi amaran tentang
cara yang boleh membuatkan masyarakat
menuju ke jalan pembinasaan.
"The Handmaid's Tale" diterbitkan pada 1985,
iaitu semasa banyak kumpulan konservatif
menyerang pencapaian yang dibuat oleh
gelombang feminisme kedua.
Gerakan ini menyokong kesamaan sosial
dan undang-undang wanita
sejak awal 1960-an.
"The Handmaid's Tale"
membayangkan masa depan
di mana pihak lawan konservatif
mendapat kuasa,
mereka bukan sahaja menghancurkan progres
kesamaan yang telah dibuat oleh wanita
tetapi juga membuat wanita
menyerah kepada lelaki.
Gilead mengkelaskan wanita dalam rejim
dalam kelas sosial yang berbeza
mengikut fungsi mereka sebagai
simbol status kepada lelaki.
Malah, pakaian mereka pun berbeza.
Wanita dilarang untuk membaca
atau bergerak secara bebas di tempat awam,
dan wanita yang subur mengalami
pemerkosaan yang dirancang negara
untuk melahirkan anak bagi rejim itu.
Walaupun cerita ini berlaku
pada masa depan,
salah satu peraturan sendiri yang Atwood
tetapkan semasa menulis
ialah dia tidak akan guna
mana-mana peristiwa
atau amalan yang belum pernah
berlaku dalam sejarah manusia.
Cerita itu berlaku
di Cambridge, Massachusetts,
bandar yang semasa
zaman kolonial Amerika
diperintah oleh Puritan yang teokratik.
Dalam pelbagai cara, Republik Gilead
menyerupai peraturan ketat
yang wujud dalam masyarakat Puritan:
kod moral yang kaku,
pakaian yang sederhana,
penyingkiran terhadap penentang,
dan kawalan terhadap setiap aspek
hidup dan hubungan orang.
Bagi Atwood, kesamaan ini dengan
Puritan Massachusett
adalah peribadi dan teoretikal juga.
Selama beberapa tahun dia
belajar tentang Puritan di Harvard
dan dia mungkin juga keturunan daripada
Mary Webster,
seorang Puritan wanita yang dituduh
sebagai sihir
dan selamat selepas digantung.
Atwood seorang pencerita yang mahir.
Butiran tentang Gilead yang kita
baru belajar sedikit tadi
perlahan-lahan menjadi fokus melalui
mata watak novel tersebut,
terutamanya protganis novel itu Offred,
seorang dayang keluarga seorang kommander.
Sebelum rampasan kuasa oleh Gilead,
Offred mempunyai suami, anak, pekerjaan,
dan hidup kelas tengah Amerika yang biasa.
Namun selepas rejim fundamentalist itu
mula berkuasa,
Offred dilucutkan identitinya,
keluarganya dipisahkan,
dan dia dijadikan, dalam kata-kata
Offred sendiri,
"rahim yang berkaki dua,
diguna untuk meningkatkan
populasi Gilead yang berkurangan."
Pada mulanya dia menerima kehilangan
hak asasi manusianya
demi kestabilan kerajaan yang baharu.
Tetapi tidak lama kemudian,
kerajaan cuba mengawal bahasa,
tingkah laku,
dan pemikiran Offred dan individu lain.
Pada mulanya, Offred berkata,
"Saya menunggu.
Saya menenangkan diri.
Saya perlu mengatur pemikiran saya,
seperti seseorang mengatur kata-katanya."
Dia menyamakan bahasa seperti
perumusan identiti.
Kata-katanya juga mengakui
kemungkinan untuk menentang,
dan tentangan, iaitu tindakan rakyat yang
berani untuk melanggar peraturan politik,
intelek,
dan seksual,
yang mendorong perkembangan plot
Handmaid's Tale.
Akhirnya, pemeriksaan novel tersebut
tentang akibat bersikap puas hati,
dan cara kuasa boleh digunakan dengan
tidak adil,
yang membuat bayangan Atwood tentang
sebuah rejim distopia lebih benar.