Anda tidak layak untuk berlumba jika anda tidak mempunyai jurutera yang mahir dalam sains computer kerana banyak data dikumpul oleh kereta dan keperluan untuk mempunyai seseorang yang boleh menulis program untuk mengetahui bagaimana anda boleh teruskan membina prestasi. Dalam teka-teki ini, anda adalah artist yang gunakan pensel untuk melukis pelbagai bentuk. Di mana sahaja artis anda pergi,ia akan melukis garisan di belakangnya. Untuk bergerak di sekitar kanvas, anda akan gunakan blok bergerak ke hadapan. Di sini, blok bergerak ke hadapan berkata bergerak ke hadapan sebanyak 100 piksel. Apabila kita tekan jalan, apa yang akan berlaku? Artist bergerak ke depan dalam jumlah tertentu dan jumlah itu ialah 100 piksel. Piksel ialah kotak yang kecil di skrin komputer anda. Blok lain dalam teka-teki ini berkata belok kanan sebanyak 90 darjah.Dan apabila kita jalankannya,ia akan membuatkan artis kita belok jumlah tertentu. Cubalah bermain dengan sejauh mana anda mahu artis membelok.Ini ialah belokan 90 darjah. Dan ini belokan 120 darjah. Ingat, anda boleh tukar nilai ini dengan mengklik anak panah di sebelah nombor untuk piksel dan darjah. Selamat melukis dengan artis anda!