Anda tidak layak untuk berlumba jika
anda tidak mempunyai jurutera yang mahir
dalam sains computer kerana banyak data
dikumpul oleh kereta dan keperluan untuk
mempunyai seseorang yang boleh menulis
program untuk mengetahui bagaimana anda
boleh teruskan membina prestasi.
Dalam teka-teki ini,
anda adalah artist yang gunakan pensel
untuk melukis pelbagai bentuk.
Di mana sahaja artis anda pergi,ia akan
melukis garisan di belakangnya.
Untuk bergerak di sekitar kanvas, anda
akan gunakan blok bergerak ke hadapan.
Di sini, blok bergerak ke hadapan berkata
bergerak ke hadapan sebanyak 100 piksel.
Apabila kita tekan jalan, apa yang akan
berlaku? Artist bergerak ke depan dalam jumlah
tertentu dan jumlah itu ialah 100 piksel.
Piksel ialah kotak yang kecil di skrin komputer
anda. Blok lain dalam teka-teki ini berkata
belok kanan sebanyak 90 darjah.Dan apabila
kita jalankannya,ia akan membuatkan artis kita
belok jumlah tertentu. Cubalah bermain dengan
sejauh mana anda mahu artis membelok.Ini
ialah belokan 90 darjah. Dan ini belokan
120 darjah. Ingat, anda boleh tukar nilai
ini dengan mengklik anak panah di sebelah
nombor untuk piksel dan darjah.
Selamat melukis dengan artis anda!