Pelajaran ini dipanggil menulis lagu dengan parameter. Saya akan menulis sebuah lagu. Kadang-kadang korus hanya berbeza sedikit setiap kali anda menyanyikannya. Adakah anda ingat lagu Old MacDonald Had A Farm? Korusnya berbeza sedikit untuk setiap haiwan. Pelajar bernyanyi "And on that farm he had a cow e-i-e-i-o" 7 00:00:34,229 --> 00:00:36,160 Perubahan kecil dalam setiap korus dapat ditunjukkan menggunakan sesuatu yang kita panggil parameter. Kadang-kadang fungsi memerlukan parameter. Parameter adalah sekeping maklumat tambahan yang boleh anda berikan kepada fungsi untuk menyesuaikannya untuk keperluan khas. Apabila anda membuat ais krim sundae untuk rakan anda, anda menggunakan proses yang serupa dengan fungsi dan parameter dalam program komputer. Hidangan ais krim vanila mungkin sama untuk setiap sundae, tetapi apabila anda bertanya rakan anda yang mana dua topping yang mereka mahukan, anda akan mendapat banyak kombinasi yang berbeza. Topping adalah nama fungsi, tetapi setiap jenis topping adalah parameter. Fungsi dan parameter bekerjasama untuk menghasilkan program komputer yang hebat dan sundae yang enak juga.