Pelajaran ini dipanggil
menulis lagu dengan parameter.
Saya akan menulis sebuah lagu.
Kadang-kadang korus hanya berbeza
sedikit setiap kali anda menyanyikannya.
Adakah anda ingat lagu
Old MacDonald Had A Farm?
Korusnya berbeza sedikit untuk setiap
haiwan.
Pelajar bernyanyi "And on that farm he
had a cow e-i-e-i-o"
7
00:00:34,229 --> 00:00:36,160
Perubahan kecil dalam setiap korus
dapat ditunjukkan menggunakan sesuatu
yang kita panggil parameter.
Kadang-kadang fungsi memerlukan parameter.
Parameter adalah sekeping maklumat
tambahan yang boleh anda berikan
kepada fungsi untuk menyesuaikannya
untuk keperluan khas.
Apabila anda membuat ais krim sundae
untuk rakan anda,
anda menggunakan proses yang serupa
dengan fungsi dan parameter
dalam program komputer.
Hidangan ais krim vanila mungkin
sama untuk setiap sundae,
tetapi apabila anda bertanya rakan anda
yang mana dua topping yang mereka mahukan,
anda akan mendapat banyak
kombinasi yang berbeza.
Topping adalah nama fungsi, tetapi
setiap jenis topping adalah parameter.
Fungsi dan parameter bekerjasama
untuk menghasilkan program komputer
yang hebat dan sundae yang enak juga.