Ini bukan latihan.
Nama saya Greta Thunberg.
Kita sedang hidup di permulaan
kepupusan besar-besaran.
Iklim kita semakin merosot.
Kanak-kanak seperti saya meninggalkan pendidikan mereka untuk membantah.
Tetapi, kita masih boleh
memperbetulkan keadaan ini.
Anda masih boleh
memperbetulkan keadaan ini.
Kita perlu berhenti membakar bahan api fosil, tapi ini sahaja tidak memadai
Pelbagai solusi telah dibincangkan,
tetapi bagaimana pula dengan solusi
yang berada di depan mata kita?
Kawan saya George akan menjelaskannya.
Ada sebuah mesin ajaib yang menyerap
karbon daripada udara
yang hanya memerlukan kos kecil untuk dibina.
Ia dipangggil ... pokok.
Pokok merupakan salah satu
penyelesaian iklim semula jadi.
Pokok bakau, rawa gambut, hutan, rawang, dasar laut, hutan kelp, paya, terumbu karang,
menyerap dan menyimpan karbon dari udara
Alam semula jadi merupakan alat yang boleh
kita gunakan untuk membaiki iklim yang merosot.
Solusi iklim alam semula jadi ini
boleh membawa perubahan yang besar.
Menakjubkan, bukan?
Tetapi, hanya jika kita berhenti mencarigali bahan api fosil
Ini bahagian yang mengejutkan ...
yang sedang kita abaikan sekarang.
Kita berbelanja lebih seribu kali ganda bagi subsidi bahan api fosil
berbanding dengan penyelesaian alam semula jadi.
Penyelesaian iklim semula jadi
yang digunakan hanya mendapat 2%
dari keseluruhan wang yang digunakan untuk
menangani iklim yang merosot.
Ini wang anda, cukai anda dan simpanan anda.
Perkara yang lebih mengejutkan lagi ialah,
kita sedang memusnahkan
alam semula jadi dengan
lebih pantas daripada sebelumnya.
Sehingga 200 spesis mengalami
kepupusan setiap hari.
Kebanyakan ais di Artik telah mencair.
Kebanyakan haiwan liar kita telah pupus.
Kebanyakan tanah kita sudah tiada lagi.
Jadi, apa yang kita perlu buat?
Apa yang anda perlu buat?
Mudah sahaja... kita perlu melindungi,
memulihkan dan membiaya
Melindungi.
Hutan tropika ditebang pada kadar
30 padang bola sepak dalam satu minit.
Bilamana alam semula jadi sedang melakukan sesuatu yang penting, kita perlu melindunginya.
Memulihkan.
Kebanyakan planet kita telah mengalami kerosakan.
Tetapi alam semula jadi kita boleh tumbuh semula
dan kita boleh membantu ekosistem kembali pulih.
Memberikan dana
Kita perlu berhenti membiayai perkara
yang boleh merosakkan alam semula jadi
dan membayar untuk perkara
yang boleh memulihkannya.
Mudah sahaja.
Lindungi, pulihkan dan berikan dana
Ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Ramai yang telah mula menggunakan
penyelesaian alam semula jadi.
Kita perlu melakukannya pada skala besar-besaran.
Anda boleh menjadi sebahagian daripadanya
Undilah orang yang mempertahankan
alam semula jadi.
Kongsikan video ini.
Bincangkan perkara ini.
Terdapat gerakan hebat di seluruh dunia yang berjuang untuk alam semula jadi
Sertai mereka!
Setiap sumbangan adalah penting.
Apa yang anda lakukan adalah penting.