Nama saya Lesley Torres dan saya
seorang pelajar sains komputer.
Apa yang saya suka tentang sains komputer
adalah ia membantu mengembangkan
kreativiti saya dan juga mengajar saya
kemahiran menyelesaikan masalah.
Ini adalah Makmal Sprite.
Tempat di mana anda boleh belajar
aplikasi yang berimaginasi dan menyeronokkan
dan program lain yang berguna.
Ini adalah Sprite.
Sprite adalah sesuatu yang anda boleh
berinteraksi dengan,
seperti watak dalam permainan atau
objek dalam suatu adegan.
Di Makmal Sprite,anda boleh mengubah
aspek Sprite
yang berbeza seperti pakaiannya,
lokasi dan warnanya.
Anda juga boleh mengubah bagaimana
Sprite berkelakuan pada skrin.
Sprite juga boleh berinteraksi dengan
anda atau antara satu sama lain.
Anda boleh menghasilkan pesta tarian,
haiwan peliharaan maya,
atau dunia penuh dengan makhluk yang
melakukan apa sahaja arahan anda.
Luangkan masa dan meneroka
Makmal Sprite dan biarkan
imaginasi anda mengambil alih.