Selamat datang ke video berkenaan unit Mari kita mula Jika saya bertanya kepada anda atau katakanlah, saya telah bergerak sejauh 0.05 kilometer-- ada yang menyebutnya sebagai KIL-ometer ataupun kil-O-meter jika saya bergerak sebanyak 0.05 km, berapa centimeter telah saya geraki ? sebelum melakukan apa apa pengiraan, amat penting untuk kita tahu apakah maksud awalan centi & kilo dan ia bagus untuk diingat atau jika anda baru bermula untuk menyelesaikan masalah, anda boleh tulis sahaja awalan-awalan ini di atas sekeping kertas sebagai rujukan jadi Kilo bermaksud 1000, hecto bermaksud 100, deca bermaksud 10 anda mungkin perasan dalam 'decade' , 10 tahun kemudian, jika tiada apa apa awalan, bermakna nilainya 1. tiada awalan tiada awalan bermaksud 1 deci bermaksud 0.1 or 1/10 centi bersamaan dengan 0.01 atau 1/100 dan milli bersamaan dengan 0.001, dan itu adalah sama dengan 1/1000 dan cara saya mengingati nilai awalan centi ini adalah dengan membayangkan lipan kerana ia mempunyai 100 kaki. untuk awalan Milli pula, kita bayangkan ulat gonggok kerana ia mempunyai 1000 kaki jika saya mempunyai 0.05 km, berapakah nilainya didalam centimeter ? apabila saya menyelesaikan masalah sebegini, saya sebenarnya suka menukar nombor saya kepada unit Meter kerana ia amat mudah bagi saya dan sebenarnya, saya akan memendekkan ini kepada km, dan kita boleh memendekkan ini sebagai cm untuk centimeter katakanlah 0.05km jadi, jika saya mahu menukarkan ini ke Meter, adakah ia akan menjadi lebih 0.05 atau kurang 0.05 ? baiklah, unit Kilometer adalah unit yang besar, jadi dalam bentuk Meter, ia akan menjadi nombor yang lebih besar Jadi kita boleh mendarabkan ini dengan 1000 meter dan saya akan jadikan ia per satu atau per kilometer dan berapakah nilainya ? 0.05 darab 1000 bersamaan dengan 50 kan ? saya baru darabkan 0.05 dengan 1000 dan sekali dengan unit, saya sekarng ada kilometer darab meter per kilometer dan unit kilometer boleh dipotong dan untuk membiasakan anda, anda boleh menyelesaikan unit dengan cara yang sama anda menyelesaikan nombor atau pun pemboleh ubah selagi anda ada unit yang sama pada pengangka dan penyebut, anda boleh batalkan mereka jadi anda mempunyai kilometer x meter per kilometer dan itu bersamaan dengan 50 meter dan anda digalakkan menyemak semula selepas melakukan setiap langkah selalunya bila anda menyelesaikan masalah sebegini, contohnya jika saya hendak menukar kilometer kepada meter, saya akan gunakan nombor 1000 kerana itu adalah hubungan antara unit kilometer & unit meter anda selalu terkeliru, adakah saya darabkan dengan 1000 ataupun saya bahagikan dengan 1000? dan anda perlu ingat, jika saya hendak pergi ke kilometer dari meter-- 1 kilometer bersamaan dengan 1000 meter, kan ? jadi saya akan darabkan ia dengan 1000 ribu saya akan mendapat nombor yang lebih besar oleh sebab itu saya pergi dari 0.05 dan saya darabkan ia dengan 1000 dan saya dapat 50 jadi mari kita kembali kepada masalah kita 0.05 kilometer bersama dengan 50 meter kita belum selesai lagi sekarang, anda perlu menukarkan 50 meter tersebut kepada centimeter mari kita lakukan benda yang sama 50 meter darab --berapa-- jadi apakah hubungan antara meter dengan centimeter ? jika kita lihat jadual awalan , kita nampak ia adalah 100 dan saya ingin bertanya kepada anda, adakah saya akan darabkan dengan 100 atau dibahagi dengan 100 ? ia adalah benda yang sama kita hendak pergi dari unit yang besar ke unit yang kecil, jadi satu unit yang besar bersamaan dengan sekumpulan unit yang kecil jadi kita akan darab jadi ia akan jadi darab 100 centimeter per meter, betul ? kita ada 100 centimeter per meter jadi 50 meter darab 100 centimeter per meter bersamaan dengan 50 darab 100 adalah 5000, dan kemudian kita boleh batalkan Meter dan anda akan dapat centimeter jadi apa yang kita ada di sini ialah 0.05 kilometer bersamaan dengan 5000 centimeter mari kita selesaikan masalah yang lain saya rasa lebih banyak soalan yang anda selesaikan, semakin mahir anda dalam bab ini dan sentiasa bayangkan apa yang kita sedang lakukan jika tidak anda akan terkeliru sama ada anda harus darab atau bahagi mari kita anggap saya mempunyai 422 decigram gram adalah ukuran bagi berat 1 gram sebenarnya satu nilai yang sangat kecil oleh sebab itu lah--- emas ditimbang dalam gram dan saya hendak menukar ini ke dalam milligram sebelum kita mula menyelesaikan masalah, mari kita ingat kembali adakah saya hendak pergi dari unit yang besar ke unit yang kecil atau pun sebaliknya ? decigram, iaitu 1/10 daripada 1 gram dan saya akan pergi ke 1/1000 daripada 1 gram jadi ada dua cara untuk kita selsaikan masalah ini kita boleh menukar kepada gram dan kemudian tukarkan kepada unit lain itu akan memudahkan keadaan jadi, berapa nilai milligram bersamaan dengan 1 decigram ? 1 milligram ialah 100 kali lebih kecil bukan ? untuk pergi dari 1/10 kepada 1/1000, anda perlu kurangkan saiznya 100 kali ganda kita boleh katakan 422 decigrams darab 100 milligram per decigram dan kemudian unit decigram ini akan terbatal, dan saya akan dapat 422 darab 100 bersamaan dengan 42200 miligram sekarang, satu lagi cara anda boleh selesaikan ialah dengan menggunakan teknik dari soalan yang lepas 422 decigram boleh ditukar kepada gram jadi 422-- saya akan letakkan dg iaitu decigram dan berapakan nilai decigram dalam 1 gram ? jika kita hendak pergi ke gram, 422 akan menjadi number yang lebih kecil dalam gram, kan ? kita boleh katakan darab satu decigram bersamaan dengan berapa gram ? 1 gram bersamaan dengan berapa decigram ? 1 gram bersamaan dengan 10 decigram dan sebab mengapa ia masuk akal ialah jika kita ada 1 decigram di dalam pengangka, kita mahukan decigram di dalam penyebut jadi jika decigram terbatal, 422 decigram akan bersamaan dengan itu dibahagikan dengan 10 bersamaan dengan 42.2 gram dan sekarang kita boleh pergi daripada gram ke milligram itu amat mudak kan? 1 gram bersamaan dengan 1000 milligram, jadi kita boleh katakan darab 1000 milligram per gram unit Gram akan terbatal, dan kita akan dapat 42200 milligram betul? 42.2 darab 1000 harap harap itu tidak mengelirukan anda yang penting ialah berhenti sebentar dan fikirkan, adakah saya akan mendapat nombor yang besar atau nombor yang lebih kecil dari nombor yang asal ? saya rasa anda sudah bersedia untuk menyelesaikan beberapa masalah lagi semoga berjaya!