Selamat datang ke video berkenaan unit
Mari kita mula
Jika saya bertanya kepada anda atau katakanlah, saya telah bergerak sejauh
0.05 kilometer-- ada yang menyebutnya sebagai KIL-ometer
ataupun kil-O-meter
jika saya bergerak sebanyak 0.05 km, berapa
centimeter telah saya geraki ?
sebelum melakukan apa apa pengiraan, amat penting untuk kita
tahu apakah maksud awalan centi & kilo
dan ia bagus untuk diingat atau jika anda baru bermula
untuk menyelesaikan masalah, anda boleh tulis sahaja awalan-awalan ini di atas
sekeping kertas sebagai rujukan
jadi Kilo bermaksud 1000, hecto bermaksud 100, deca bermaksud 10
anda mungkin perasan dalam 'decade' , 10 tahun
kemudian, jika tiada apa apa awalan, bermakna nilainya 1.
tiada awalan
tiada awalan bermaksud 1
deci bermaksud 0.1 or 1/10
centi bersamaan dengan 0.01 atau 1/100
dan milli bersamaan dengan 0.001, dan itu adalah
sama dengan 1/1000
dan cara saya mengingati nilai awalan centi ini adalah dengan
membayangkan lipan kerana ia mempunyai 100 kaki.
untuk awalan Milli pula, kita bayangkan ulat gonggok kerana ia mempunyai 1000 kaki
jika saya mempunyai 0.05 km, berapakah nilainya didalam centimeter ?
apabila saya menyelesaikan masalah sebegini, saya sebenarnya suka
menukar nombor saya kepada unit Meter kerana ia
amat mudah bagi saya
dan sebenarnya, saya akan memendekkan ini kepada km, dan
kita boleh memendekkan ini sebagai cm untuk centimeter
katakanlah 0.05km
jadi, jika saya mahu menukarkan ini ke Meter, adakah ia akan menjadi
lebih 0.05 atau kurang 0.05 ?
baiklah, unit Kilometer adalah unit yang besar, jadi dalam bentuk
Meter, ia akan menjadi nombor yang lebih besar
Jadi kita boleh mendarabkan ini dengan 1000 meter dan saya akan jadikan
ia per satu atau per kilometer
dan berapakah nilainya ?
0.05 darab 1000 bersamaan dengan 50 kan ?
saya baru darabkan 0.05 dengan 1000
dan sekali dengan unit, saya sekarng ada kilometer darab
meter per kilometer
dan unit kilometer boleh dipotong
dan untuk membiasakan anda, anda boleh menyelesaikan unit
dengan cara yang sama anda menyelesaikan nombor
atau pun pemboleh ubah
selagi anda ada unit yang sama pada pengangka dan
penyebut, anda boleh batalkan mereka
jadi anda mempunyai kilometer x meter per kilometer
dan itu bersamaan dengan 50 meter
dan anda digalakkan menyemak semula selepas melakukan setiap langkah
selalunya bila anda menyelesaikan masalah sebegini, contohnya
jika saya hendak menukar kilometer kepada meter, saya akan gunakan
nombor 1000 kerana itu adalah hubungan antara
unit kilometer & unit meter
anda selalu terkeliru, adakah saya darabkan dengan 1000
ataupun saya bahagikan dengan 1000?
dan anda perlu ingat, jika saya hendak pergi ke
kilometer dari meter-- 1 kilometer bersamaan dengan
1000 meter, kan ?
jadi saya akan darabkan ia dengan 1000 ribu
saya akan mendapat nombor yang lebih besar
oleh sebab itu saya pergi dari 0.05 dan saya darabkan ia
dengan 1000 dan saya dapat 50
jadi mari kita kembali kepada masalah kita
0.05 kilometer bersama dengan 50 meter
kita belum selesai lagi
sekarang, anda perlu menukarkan 50 meter tersebut kepada centimeter
mari kita lakukan benda yang sama
50 meter darab --berapa-- jadi apakah hubungan antara
meter dengan centimeter ?
jika kita lihat jadual awalan , kita nampak ia adalah 100
dan saya ingin bertanya kepada anda, adakah saya akan darabkan
dengan 100 atau dibahagi dengan 100 ?
ia adalah benda yang sama
kita hendak pergi dari unit yang besar ke unit yang kecil, jadi satu
unit yang besar bersamaan dengan sekumpulan unit yang kecil
jadi kita akan darab
jadi ia akan jadi darab 100 centimeter per meter, betul ?
kita ada 100 centimeter per meter
jadi 50 meter darab 100 centimeter per meter bersamaan
dengan 50 darab 100 adalah 5000, dan kemudian kita boleh batalkan Meter
dan anda akan dapat centimeter
jadi apa yang kita ada di sini ialah 0.05 kilometer bersamaan
dengan 5000 centimeter
mari kita selesaikan masalah yang lain
saya rasa lebih banyak soalan yang anda selesaikan, semakin
mahir anda dalam bab ini
dan sentiasa bayangkan apa yang kita sedang lakukan
jika tidak anda akan terkeliru sama ada anda harus
darab atau bahagi
mari kita anggap saya mempunyai 422 decigram
gram adalah ukuran bagi berat
1 gram sebenarnya satu nilai yang sangat kecil
oleh sebab itu lah---
emas ditimbang dalam gram
dan saya hendak menukar ini ke dalam milligram
sebelum kita mula menyelesaikan masalah, mari kita ingat kembali
adakah saya hendak pergi dari unit yang besar ke unit yang kecil
atau pun sebaliknya ?
decigram, iaitu 1/10 daripada 1 gram dan saya akan pergi
ke 1/1000 daripada 1 gram
jadi ada dua cara untuk kita selsaikan masalah ini
kita boleh menukar kepada gram dan kemudian tukarkan kepada unit lain
itu akan memudahkan keadaan
jadi, berapa nilai milligram
bersamaan dengan 1 decigram ?
1 milligram ialah 100
kali lebih kecil bukan ?
untuk pergi dari 1/10 kepada 1/1000, anda perlu kurangkan
saiznya 100 kali ganda
kita boleh katakan 422 decigrams darab 100
milligram per decigram
dan kemudian unit decigram ini akan terbatal, dan saya akan dapat 422
darab 100 bersamaan dengan 42200 miligram
sekarang, satu lagi cara anda boleh selesaikan ialah dengan menggunakan
teknik dari soalan yang lepas
422 decigram boleh ditukar kepada gram
jadi 422-- saya akan letakkan dg
iaitu decigram
dan berapakan nilai decigram dalam 1 gram ?
jika kita hendak pergi ke gram, 422 akan menjadi
number yang lebih kecil dalam gram, kan ?
kita boleh katakan darab satu decigram bersamaan dengan
berapa gram ?
1 gram bersamaan dengan berapa decigram ?
1 gram bersamaan dengan 10 decigram
dan sebab mengapa ia masuk akal ialah jika kita ada 1 decigram
di dalam pengangka, kita mahukan decigram di dalam
penyebut
jadi jika decigram terbatal, 422 decigram akan bersamaan dengan
itu dibahagikan dengan 10 bersamaan dengan 42.2 gram
dan sekarang kita boleh pergi daripada gram ke milligram
itu amat mudak kan?
1 gram bersamaan dengan 1000 milligram, jadi kita boleh katakan
darab 1000 milligram per gram
unit Gram akan terbatal, dan kita akan dapat 42200 milligram betul?
42.2 darab 1000
harap harap itu tidak mengelirukan anda
yang penting ialah berhenti sebentar dan
fikirkan, adakah saya akan mendapat
nombor yang besar atau nombor yang lebih kecil
dari nombor yang asal ?
saya rasa anda sudah bersedia untuk menyelesaikan beberapa masalah lagi
semoga berjaya!