Adakah kita hanyalah hidupan yang ada di seluruh alam semesta?
Alam semesta yang boleh dilihat berdiameter kira-kira 90 bilion tahun cahaya
Terdapat sekurang-kurangnya 100 bilion galaksi dan setiap galaksi mempunyai 100 hingga 1000 bilion bintang
Baru-baru ini kami mengetahui bahawa planet-planet adalah benda biasa
dan kemungkinan terdapat bertrilion-trilion
planet yang boleh didiami di alam semesta
yang bermaksud adanya banyak peluang
untuk kehidupan berkembang dan wujud, betul?
Tapi di manakah mereka?
Adakah alam semesta akan dipenuhi dengan kapal angkasa?
Mari kita lihat
Jika ada tamadun makhluk asing di galaksi lain
tidak ada cara yang kita boleh tahu tentang mereka
Asasnya, segala-galanya yang berada di luar kejiranan galaktik kita
yang dipanggil Kumpulan Tempatan adalah luar daripada jangkauan kita selama-lamanya
disebabkan pengembangan alam semesta
Jika kita ada kapal angkasa yang terlalu pantas sekalipun
ia masih mengambil berbilion-bilion tahun untuk sampai
merentasi tempat-tempat yang terkosong di alam semesta
Mari kita tumpukan terhadap Bima Sakti
Bima Sakti ialah rumah kita
yang terdiri daripada 400 bilion bintang
Terdapat banyak bintang - secara kasarnya, 10 000 untuk setiap butir pasir di Bumi
Terdapat 20 bilion bintang seperti matahari di Bima Sakti
dan dianggarkan seperlima daripada mereka
mempunyai planet bersaiz Bumi di zon boleh didiami
kawasan dengan ciri-ciri yang membolehkan kehidupan wujud
Jika 0.1% planet yang boleh menempatkan kehidupan
terdapat sejuta planet sedemikian di Bima Sakti
Tunggu, ada lagi!
Usia Bima Sakti dianggarkan dalam 13 bilion tahun
Pada permulaannya, ia bukanlah tempat yang bagus untuk hidup
kerana banyak benda selalu meletup
Tetapi setelah 1 hingga 2 bilion tahun, planet pertama yang boleh didiami dilahirkan
Usia Bumi ialah 4 bilion tahun
jadi mungkin terdapat bertrilion-trilion peluang
untuk kehidupan berkembang di planet lain pada zaman silam
Jika salah satu daripada mereka berkembang sehingga menjadi supertamadun yang menjelajah angkasa
kita boleh perasan akan kehadiran mereka dari sekarang
Apakah rupa tamadun seperti itu?
Terdapat tiga kategori
Kategori Pertama adalah yang boleh mengakses
seluruh tenaga yang ada di planetnya
Jika anda memikirnya, sekarang, kita berada secara skalanya kira-kira 0.73
Dan kita sepatutnya mencapai Kategori Pertama dalam beberapa ratus tahun akan mendatang
Kategori Kedua adalah tamadun yang mampu memanfaatkan
seluruh tenaga daripada bintang mereka
Ini mungkin sains fiksyen tetapi secara prinsipnya ia boleh dilakukan
konsep seperti Sfera Dalton, sebuah kompleks gergasi di sekeliling Matahari
boleh difikirkan
Kategori Ketiga ialah tamadun yang secara asasnya menguasai
seluruh galaksi dan tenaganya
Sebuah bangsa makluk asing yang maju mungkin sudah sampai ke tahap dewa-dewi
Tetapi mengapakah kita kena boleh melihat tamadun makhluk asing pada tempat pertama
Jika kita ingin membina kapal angkasa generasi yang mampu menampung sebuah populasi
selama 1000 tahun, kita mampu menakluki seluruh galaksi dalam masa 2 juta tahun
Kedengaran seperti lama tetapi ingat, Bima Sakti sangatlah besar
jadi ia mengambil beberapa juta tahun untuk menakluk seluruh galaksi
dan terdapat jutaan jika bukan berbilion-bilion planet
yang menampung kehidupan di Bima Sakti
dan hidupan lain mungkin
mempunyai lebih masa daripada yang kita ada
jadi.... di manakah semua makhluk asing?
Inilah Paradoks Fermi, dan tiada siapa yang mempunyai jawapannya
Tetapi kita ada beberapa idea
Bercakap tentang penapis
Sebuah penapis, dalam konteks ini, sebuah penghalang
yang amat sukar untuk kehidupan untuk mengatasinya
Mereka muncul dengan pelbagai darjah yang menakutkan
Pertama: Terdapat beberapa Mahapenapis (Maha + Penapis) yang berjaya diharungi
Mungkin ini agak sukar untuk hidupan kompleks untuk berkembang, lebih dari difikirkan
Proses yang membolehkan kehidupan untuk bermula belum dapat diselesaikan
dan syarat-syarat yang diperlukan agak rumit
Mungkin pada zaman silam, alam semesta mempunyai kadar penghunian yang lebih tinggi
dan hanya sekarang pelbagai benda telah 'bertenang' untuk membolehkan kehidupan yang kompleks untuk wujud
Ini mungkin bermaksud yang kita mungkin unik atau sekurang-kurangnya
salah satu yang pertama, jika bukan, tamadun yang pertama
di seluruh alam semesta
Kedua: terdapat pelbagai Mahapenapis yang berada di hadapan kita
Ini mungkin terlalulah teruk
Mungkin kehidupan pada tahap kita wujud di mana-mana di alam semesta
tetapi musnah apabila mencapai titik tertentu
titik yang berada di hadapan kita
Contoh, teknologi masa hadapan yang menarik wujud
tetapi apabila diaktifkan, ia memusnahkan planet itu
Kata-kata terakhir setiap tamadun yang maju adalah
"Alatan baharu ini akan menyelesaikan masalah sebaik sahaja saya menekan butang ini"
Jika benar, jadi kita berada lebih dekat dengan kehancuran daripada kewujudan manusia
Ataupun, terdapat tamadun Kategori Ketiga yang purba, memantau alam semesta
dan sebaik sahaja sesebuah tamadun itu maju, ia dimusnahkan
dengan sekelip mata
Mungkin terdapat sesuatu di sana yang lebih baik jika kita tidak kaji
Tidak ada cara untuk kita tahu
Fikiran yang terakhir, mungkin kita keseorangan
Sekarang, kita tidak ada bukti bahawa terdapat kehidupan selain kita
Tiada pun
Alam semesta kelihatan kosong dan mati
Tiada yang menghantar mesej dan menjawabnya
Kita mungkin keseorangan
terperangkan di bola lumpur yang lembap di alam semesta
Takut tak?
Jika takut, anda mempunyai reaksi emosi yang betul
Jika kita membiarkan kehidupan untuk pupus
mungkin tiada kehidupan yang tersisa di alam semesta
Kehidupan akan lenyap, mungkin selama-lamanya
Jika berlaku, kita perlu menerokai bintang-bintang
dan menjadi tamadun Kategori Ketiga yang pertama
untuk membolehkan Api Kehidupan untuk terus bernyala
dan membiarkan ia bertebaran sehingga kematian alam semesta
dan terus hilang
Alam semesta yang indah bukanlah untuk dinikmati seseorang
Video ini boleh dihasilkan kerana sokongan anda
Ia mengambil sekurang-kurangnya 200 jam untuk membuat sebuah video
dan terima kasih atas sokongan anda di Patreon
kami mampu membuat walaupun secara perlahan
Jika ingin membantu
dan mendapatkan burung peribadi, contohnya
Layarilah 'page' Patreon kami