Soalan yang senang adalah yang paling sukar untuk dijawab Apa itu benda? Kenapa benda berlaku? Dan kenapakah mereka berlaku dengan cara mereka lakukan? Mari kita mendekatinya langkah demi langkah Anda diperbuat daripada apa? Anda ialah jirim yang terdiri daripada molekul yang terdiri daripada atom dan terdiri daripada zarah asas Tapi, zarah asas ialah benda terkecil yang wujud Mereka terdiri daripada apa? Untuk menjawab soalan mudah, mari mulakan dengan mudah Kita 'bersihkan' alam semesta ini Bersama jirim,antijirim, sinaran, zarah, apa-apa pun Lihat 'tiada apa-apa langsung' secara dekat Apakah itu ruang kosong? Adakah ia vakum? Tiada atom,jirim, tiada apa-apa pun Adakah ia sebenarnya kosong sahaja? Ketiadaan apa-apa memberi blok binaan untuk segala-galanya Erti yang lainnya, ruang kosong adalah seperti lautan yang tenang dan luas Apabila air tenang apabila tiada apa berlaku angin kencang boleh mencipta ombak yang serius Alam semesta kita berkerja seperti ini Terdapat lautan seperti ini di mana-mana Ahli fizik memanggilnya 'medan' Ini mungkin aneh dan baru tetapi fikirkan tentang sinaran contohnya Menariknya, apa yang dipanggil medan elektromagnet ini, terjadilah sedikit pintalan zarah ini dipanggil foton Zarah yang membawa sinaran, kita melihatnya sebagai cahaya Ini tidak unik kepada cahaya, setiap zarah dalam alam semesta ini dijadikan seperti ini Terdapat medan untuk setiap zarah jirim dengan peraturan sendiri Contohnya, dengan medan elektromagnet, terdapat medan elektron di mana-mana di alam semesta dan sedikit pintalan dalam medan ialah elektron Semua sekali, medan dalam alam semesta boleh mengeluarkan 17 zarah yang boleh dibahagi 3 kategori Lepton, kuark dan boson Lepton terdiri daripada elektron, dan juga 'sepupunya' : muon dan tau Setiap satunya ada satu neutrino yang berkaitan Kemudian, terdapat kuark Kuark ialah sama keluarga nuklear dengan zarah Mereka selalu ditemui diikat bersama dalam kumpulan dan pasangan dan membentuk proton dan neutron, yang mebentuk nukleus atom Lepton dan kuark ialah zarah jirim Mereka membentuk semua benda yang anda lihat Udara yang anda bernafas, matahari yang menghangatkan anda komputer yang anda guna sekarang yang menjauhkan anda daripada melakukan benda yang sepatutnya dilakukan Tetapi, benda bukan sahaja wujud tetapi melakukan sesuatu Daripada sudut falsafah, ciri-ciri benda ialah sebahagian daripada kewujudannya sendiri Di sinilah di mana boson dan medan yang membuat mereka masuk untuk bermain-main Sementara kuark dan lepton dicipta oleh medan jirim boson dicipta oleh medan daya Kita memanggilnya sebagai aturan daya alam semesta Setakat ini, 4 daya asas telah ditemui Keelektromagnetan, graviti, dan daya nuklear yang kuat dan lemah Daya-daya ini ialah buku peraturan permainan yang mana bahagiannya ialah zarah dan permainannya ialah alam semesta Mereka memberitahu zarah apa dan cara yang boleh mereka lakukan Biskop bergerak secara menyerong Zarah tidak berjisim bergerak dengan kelajuan cahaya Satria boleh melompat graviti menarik Daya-daya ini ialah aturan untuk interaksi zarah-zarah Yang mana membuat peraturan iaitu bagaimana zarah 'berhimpun' untuk menjadi benda yang besar dalam alam semesta Graviti bukan sahaja peraturan untuk putaran di sekeliling matahari atau jatuhnya epal dari pokok Sebagai aturan, dikatakan jirim menarik, yang membina planet dan bintang Keelektromagnetan bukan sahaja aturan untuk tarikan atau tolakan magnet ataupun aliran elektrik dalam mentol cahaya Ia menyelia semua ikatan atom, membina setiap molekul Bersama-sama, daya dan zarah seperti kewujudan Tinkertoy Boson adalah seperti pembawa mesej. Dihantar antara, boleh dikatakan menghubung zarah jirim Yang memberitahu antara satu sama lain bagaimana untuk bergerak Setiap zarah menggunakan set daya tertentu untuk berinteraksi dengan zarah lain Kuark, contohnya, boleh berinteraksi dengan satu sama lain dengan keelektromagnetan dan daya nuklear yang kuat tetapi elektron tidak menggunakan daya yang kuat, hanya keelektromagnetan Kuark ini bertukar-tukar daya kuat boson, menghubungkan daya nuklear yang kuat antara satu sama lain sementara proton menukar zarah keelektromagnetan, foton dengan elektron Jadi, kuark berakhir dengan 'penguncian' dalam nukleus sementara elektron 'melekat' dengan tarikan elektron, membina atom Walaupun alam semesta ini mempunyai banyak fenomena yang besar dan serabut seperti hidup, supernova dan komputer yang kelihatan kompleks pada permukaan Jika anda zum ke dalam apa-apa, anda hanya dapat 17 zarah muncul dari medan tersembunyi Bermain dengan 4 peraturan Sebagai ringkasan, dalam bentuk asas yang diketahui, ini ialah benda sebenarnya Teori inilah yang dipanggil ahli fizik sebagai Standard Model of Particle Physics (Model Zarah Fizik Piawai) Anda hanyalah 'tiada apa-apa' kecuali lebih daripada gangguan pada lautan yang diterujakan oleh tenaga, dipandu daya yang membuat peraturan alam semesta Tapi kenapa? Dan apakah itu daya? Kita akan menjelajah beberapa soalan mudah ini untuk mencapai 'dasarnya' Kami membuat 'wallpaper' daripada grafik video ini. Dapatkan di patreon.com Jika ingin membantu kami membuat lebih banyak video, anda boleh berbuat demikian di sana Kami menghargai sokongan anda Sementara anda membuat keputusan, ini merupakan sebahagian video yang kami buat