Terjemahan Oleh: mor@subscene.com Helo. Ya? Apa? Tuan, tolong tutup telefon bimbit awak. Tunggu sekejap. Helo. Tuan, tolong duduk. Kapten, seorang penumpang baru terjatuh atas lorong. Delhi, Air India 101 kembali disebabkan kecemasan perubatan. Pusingkannya. Maaf, tuan. Tunggu! Saya sihat. Terima kasih. Kamu boleh teruskan. Tunggu. Bawa kereta. -Awak En. Dhillon? Nak tatu nama di sinikah? Cepat bawa kereta! Nak pergi ke hotel, tuan? -Ya, nak pergi ke hotel... ...tapi melalui Vasant Vihar. Pergi ke sana dulu. Tekan minyak sikit. Ya, cakap, Farhan? -Cepat keluar. Saya akan sampai ke rumah awak dalam 5 minit. Apa berlaku? -Chatur telefon. Ingat dia? Siapa? 'Silencer'? -Ya, dia. Dia katakan Rancho akan datang. Apa? -Ya. Dia cakap kalau nak... ...jumpa Rancho, datang ke kampus pada pukul 8, dekat tangki. Alamak! -Cepat keluar. Baiklah. Sayang, saya akan kembali sebentar lagi. Alamak! kasut! Kami dah jumpa kawan kami. Apa? Beritahu saya nanti. Selamat tinggal. Pakailah seluar awak dulu! Nak pergi ke hotel sekarang? -Kita akan pergi ke hotel... ...tapi melalui Imperial College of Engineering. Okey, tuan. -Saya terlupa bawa stoking. Awak cakap tentang stoking. Lihat bawah. Awak terlupa seluar. Sekarang pergi jemput abang saya di lapangan terbang. Nama yang sama. Dhillon. Saya Dhillon. Mana teksi saya? Di landasan kapal terbangkah? Rancho! -Chatur, mana Rancho? Rancho. Mana Rancho? -Selamat datang, bodoh. Nak minuman arak? Ini rum sama yang kamu minum di sini? Minumlah sikit. -Mana Rancho? Saya akan beritahu. Lihat ini dulu. Bukan isteri saya tapi banglo di belakangnya. 3.5 juta. Kolam renang dengan sistem pemanasan. Bilik duduk, lantai kayu mapel. Lambhorghini baru saya, 6496 c.c. Sangat laju. Mengapa tunjukkan kami semua itu? -Dah lupa? Apa ni? -5hb September. Tarikh hari ini. Apa lagi?! Kita buat pertaruhan. Kita akan berjumpa selepas 10 tahun... ...di tempat sama pada hari yang sama. Kita akan lihat siapa yang lebih berjaya. Berani tak? Cakaplah. Awak akan datang tak? Ingat tak? Saya bertaruh dengan si bodoh itu di sini. Saya tunaikan janji saya. Saya dah kembali. Bodoh! Saya tinggalkan pesawat. Dia terlupa seluarnya... ...hanya untuk jumpa Rancho. Kami mencarinya selama 5 tahun. Kami tak tahu kalau dia masih... ...hidup atau dah mati. Awak fikir dia akan datang ke sini untuk... ...pertaruhan bodoh awak? Saya tahu dia takkan datang. -Apa? Awak nak pecahkan giginya atau saya? Mengapa awak panggil kami? -Untuk jumpa Rancho. Mari lihat dia tertinggal di mana dan saya dah sampai ke mana. Jadi awak tahu Rancho berada di mana? Ya. -Di mana? Dia berada di Shimla. Dia seperti angin yang meniup. Dia seperti layang-layang yang melayang. Ke mana dia pergi? Mari kita mencarinya. Dia seperti angin yang meniup. Dia seperti layang-layang yang melayang. Ke mana dia pergi? Mari kita mencarinya. Jalan menunjukkan kami arahnya. Dia membuat jalannya sendiri. Dia terjatuh, bangun dan berjalan dengan riangnya. Kami bimbang tentang hari esok. Dia meraikan hari ini. Dia menghabiskan setiap saat dengan hidup sepenuhnya. Dia datang dari mana? Dia membuat hati kami terharu. Ke mana dia pergi? Mari kita mencarinya. Dia tempat berteduh dari kepanasan matahari. Dia seperti oasis dalam gurun. Dia seperti penawar menenangkan kepada hati yang terluka. Kerana takut, kami tinggal dalam perigi. Dia menjunam dalam sungai. Dia berenang menentang air pasang. Dia berkelana sendirian seperti awan. Dia sahabat kami. Ke mana dia pergi? Mari kita mencarinya. Rancho. Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Fikirannya unik sama seperti namanya. Dari muda lagi, saya dengar kehidupan adalah satu perlumbaan. Kalau tak berlari pantas, orang akan memijak kita. Untuk lahir pun, kita kena berlumba dengan 300 juta sperma. Pada tahun 1978. Saya lahir pada pukul 5.15 petang... ...dan pada pukul 5.16, ayah mengatakan, "Anak saya akan... ...menjadi jurutera." -Farhan Qureshi, Jurutera B.Tech. Takdir saya pun ditentukan. Saya nak jadi apa, tiada siapa pun tanya. Raju Rastogi. Ranchhoddas Chanchad. Apa nombor bilik awak? D26. Mari. Saya Man Mohan. MM. Semua jurutera ini memanggil saya... ...Milimeter. Susu, telur, roti, cuci kain, gosok kain,... ...mengisi jurnal, menyalin tugasan. Apa saja kerjanya,... ...beritahulah saya. Kadarnya tetap. Tiada tawar-menawar. Tunggu sekejap. Pegang ini. Ini Kilobait, ini Megabait dan ini ibunya, Gigabait. Ambillah gambar. Keluarga ini tak gigit. Lihat! Seorang lagi Pemuja Tuhan. Hai. Farhan Qureshi. -Saya Raju Rastogi. Jangan bimbang. Lama-kelamaan, dengan sendirinya dia akan... ...hilang kepercayaan kepada Tuhan. Dia akan tampal poster gadis bogel dan berkata... ..."Oh Tuhan! Pertemukan saya dengannya sekali." Keluar dari sini. -Beri saya Rs4. Rs2 satu beg. Ini Rs5. Simpan bakinya. Tuan beri saya tip. Saya juga akan beri awak maklumat. Malam ini, pakai seluar dalam yang tak berlubang. Kenapa? Tuanku hebat. Terima hadiah ini. Tengok ni, He-Man. Cantik sekali. Comel dan padat. Maruah kami menghadapi risiko. Tangan kami memberi tabik, kepala kami tunduk dalam kehambaan... ...apabila kami jumpa Rancho buat kali pertama. Hadiah baru. Hadiah, hadiah, hadiah. Salam. Tanggalkan seluar dan dapatkan cap. Apa nama awak? -Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Dengar semua! Susah disebut. Kamu akan ingat sebelum tahun akhir. Tanggalkan seluar. Awak berdegil? Tak elok pakai seluar basah. Tanggalkannya. Semuanya baik. -Apa awak cakap? Semuanya baik. -Apa dia cakap? Terangkan kepadanya. Hei, James Bond. Terangkan kepadanya. Tanggalkan seluar. Jika tidak, dia akan kencing atas awak. Orang putih, malu cakap Hindi? Maaf. Saya dilahirkan di Uganda. Belajar di Pondicherry. Agak lembab bercakap Hindi. -Terangkan dengan perlahanlah. Kita bukan nak cepat. Dah pakai semula? Tanggalkan pakaian. Kalau tak dia akan... ...kencing atas awak. Apa dia cakap? Ahli linguistik belajar kejuruteraan. Keluar dari situ! Keluar. Kalau tak..... Kalau tak, saya akan kencing depan pintu awak. Saya akan kira sampai 10. Kalau awak tak keluar... ...saya akan kencing depan pintu awak sepanjang semester ini. Satu! Dua! Tiga! Empat! Lima! Enam! Tujuh! Lapan! Sembilan! Sepuluh. Air masin adalah pengalir elektrik yang baik. Fizik darjah 8. Kami belajarnya. Dia menggunakannya. Nama pengarah ICE adalah Dr. Viru Sahastrabuddhe... ...tapi semua orang memanggilnya virus, virus komputer. Virus datang membawa telur. Pelajar tahun pertama diminta... ...turun. Cepat datang! Virus lelaki yang sangat suka bersaing. Dia tak tahan melihat sesiapa mendahuluinya. Untuk menjimatkan masa, dia pasang Velkro, bukan butang... ...di kemejanya dan cangkuk pada tali lehernya. Dia melatih fikirannya supaya boleh menulis dengan kedua-dua... ...tangannya sekali gus. Setiap hari, pada pukul 2, dia tidur sekejap selama... ...tujuh setengah minit tepat dan dengar opera. Govind diberi arahan untuk melakukan semua kerja yang... ...tak produktif seperti cukur, potong kuku mesti dilakukan... ...dalam tujuh setengah minit ini. Apa ini? -Sarang. Sarang apa? -Burung tekukur. Salah. Burung tekukur takkan buat sarangnya sendiri. Ia bertelur di sarang burung lain dan apabila telurnya menetas,... ...apa ia buat terlebih dahulu? Anak burung itu menolak keluar sampai jatuh telur lain. Persaingan berakhir. Hidupnya bermula dengan pembunuhan. Itu adalah alam semulajadi. Bersaing atau mati. Kamu semua seperti burung tekukur. Ini adalah "telur" yang kamu tolak keluar untuk sampai ke ICE. Jangan lupa kerana setiap tahun ICE menerima 400,000... ...permohonan dan hanya 200 orang akan dipilih. Kamu! Mereka? Musnah. Telur yang pecah. Anak saya sendiri memohon selama 3 tahun... ...tapi ditolak setiap kali. Ingat, hidup adalah satu perlumbaan. Kalau tak berlari pantas, orang akan memijak kita untuk... ...maju ke depan. Biar saya beritahu kamu satu cerita yang sangat menarik. Ini pen angkasawan. Di angkasa lepas, pena, pena mata bulat tak boleh digunakan. Selepas menghabiskan berjuta-juta dolar, ahli sains mencipta... ...pen ini. Ia boleh menulis dari mana-mana sudut dan suhu... ...juga apabila graviti sifar. Pada suatu hari, semasa saya seorang pelajar,... ...Pengarah Institusi kami memanggil saya. Dia katakan,... ..."Viru Sahastrabuddhe." Saya jawab, "Ya, tuan." "Mari sini." Saya jadi takut. Dia menunjukkan pen ini kepada saya. Dia katakan "Ini Simbol Kecemerlangan. Saya berinya... ...kepada awak. Apabila awak jumpa pelajar luar biasa seperti... ...diri awak, beri pen ini kepadanya." Selama 32 tahun, saya menunggu pelajar itu. Tapi tak berjaya. Adakah sesiapa dalam kumpulan ini yang akan ambil pen ini? Bagus. Turunkan tangan. Nak tulis di papan kenyataan? Saya suruh turunkan tangan. Saya ada satu soalan. Di angkasa lepas, pena, pena mata bulat tak boleh digunakan. Mengapa angkasawan tak menggunakan pensel? Mereka boleh menjimatkan berjuta-juta dolar. Saya akan beritahu awak kemudian. Dia mengerjakan pelajar senior di waktu malam... ...dan tunjukkan jari kepada pengarah di waktu siang. Kalau kita terus bersamanya, kita akan mengalami masalah. Awak betul-betul kenakan Virus. Tuanku hebatlah. Terima hadiah ini. Pergi dari sini! Tak pergi sekolahkah? Siapa akan bayar yurannya? Bapa awak? Raju, biarkannya. Apa awak buat? Untuk pergi ke sekolah, awak tak perlu bayar yuran. Hanya perlukan pakaian seragam. Beli pakaian seragam yang awak gemari. Lepas itu, pergi duduk dengan senyap dalam kelas. Dengan pelajar yang ramai, tiada sesiapa akan perasan. Kalau saya tertangkap? -Tukar pakaian seragam dan sekolah. Ada sesuatu tentangnya. Dia mencabar cara dunia... ...di setiap peringkat. Seekor burung bebas duduk dalam... ...sarang Virus. Kami semua robot yang dikawal oleh alat kawalan jauh Profesor. Mungkin hanya dia seorang yang mungkin bukan mesin. Apa itu mesin? Kenapa awak senyum? Sebenarnya, sejak kecil saya nak belajar di kolej kejuruteraan. Hari ini, saya gembira kerana duduk di sini. Tak usah terlalu gembira. Apakah definisi mesin? Mesin adalah sesuatu yang mengurangkan usaha manusia. Tolong menghuraikannya dengan lebih lanjut. Apa-apa benda yang memudahkan kerja manusia atau menjimatkan... ...masa adalah mesin. Rasa panas. Tekan suis. Kipas berjalan. Ia sebuah mesin. Bercakap dengan kawan berjauhan batu. Telefon adalah sebuah mesin. Buat pengiraan berjuta-juta dalam sesaat. Kalkulator sebuah mesin. Sebenarnya, kita dikelilingi mesin. Dari mata pen hingga zip seluar, semuanya mesin. Sesaat ke atas. Sesaat ke bawah. Atas, bawah. Atas, bawah. Apakah definisinya? -Tuan, saya baru beritahu. Adakah awak akan menulis semua ini dalam ujian? Bodoh! Sesiapa lagi? Ya. Mesin adalah kombinasi bahagian yang disambungkan sehingga... ...pergerakan relatifnya kekang. Dengan cara itu, kuasa dan... ...pergerakan boleh dihantar dan diubahsuai sebagai skru dan... ...nat atau tuil yang diaturkan untuk memusingkan fulkrum... ...atau kapi atas pangsinya dan lain-lain lagi. Terutamanya binaan yang lebih kurang kompleks yang terdiri... ...dari gabungan bahagian bergerak atau elemen mekanikal mudah... ...seperti roda, tuil, sesondol dan lain-lain. Hebat betul. Sangat bagus. Tolong duduk. Terima kasih. Tapi saya juga beri jawapan sama, dalam bahasa mudah. Kalau awak gemar bahasa mudah, masuk Kolej Seni dan Perdagangan. Tapi kita juga mesti memahami maksudnya. Apa gunanya menghafal definisi buku secara membabi buta? Awak lebih tahu daripada buku? Ini definisinya dalam buku... ...dan kalau awak nak lulus, awak mesti menulis ini. Tapi buku lain.... -Keluar! Mengapa? -Dalam bahasa mudah, keluar! Bodoh! Kita berbincang tentang mesin..... Mengapa awak datang balik? -Saya terlupa sesuatu, tuan. Apa? Peralatan yang merekod, menganalisis, meringkaskan,... ...menyusun, mendebatkan dan menerangkan maklumat yang... ...diilustrasi, tak diilustrasi, kulit tebal, kulit lembut,... ...berkulit, tanpa kulit dengan pengenalan pendahuluan,... ...kandungan, indeks yang dimaksudkan untuk kesedaran,... ...pemahaman, penggayaan, penambahan dan pendidikan otak... ...manusia melalui deria penglihatan. Kadang-kadang sentuhan. Apa awak cuba katakan? -Buku, tuan. Saya terlupa buku saya. Boleh saya ambilnya? Tak boleh cakap dalam bahasa mudah? Tadi saya cuba tapi tuan tak suka. Profesor tak benarkan Rancho berada di dalam kelas... ...dan dia lebih kerap berada di luar. Kalau dia dikeluarkan... ...dari satu kelas, dia akan masuk ke kelas lain. Dia kata terdapat pengetahuan di merata-rata tempat. Ambilnya di mana saja yang boleh. Dia berbeza daripada kami. Setiap hari, kami bergaduh... ...untuk pergi ke bilik air. Dia akan mandi di mana saja ada air. Selamat pagi, tuan. Dia sangat gemarkan mesin. Dia bawa pemutar skru dalam poketnya. Dia akan buka apa saja mesin yang dilihatnya. Ada yang boleh dipasangnya semula. Ada yang tak boleh. Ada seorang lagi yang sama sepertinya. Joy Lobo. Maafkan saya, tuan. -En. Joy Lobo. Tuan, boleh tak beritahu saya tarikh konvokesyen? Kenapa? -Sebenarnya ayah nak buat... ...tempahan. Saya jurutera pertama dalam kampung saya. Semua saudara saya nak datang ke konvokesyen saya. Kalau begitu, telefon bapa awak. Cepat. Jangan bazir masa saya. Helo? Ayah, tuan pengarah nak cakap dengan ayah. En. Lobo, anak awak takkan lulus tahun ini. Apa berlaku, tuan? -Dia tak menepati tarikh akhir. En. Lobo, ini projek yang tak realistik. Saya dah beritahunya. Dia buat helikopter yang karut. Cadangan saya adalah jangan buat tempahan kereta api. Maafkan saya. Tuan, saya hampir berjaya. -Projek awak dah siap? Projek awak dah siap? -Tolong lihatnya sekali. Serahkannya dan saya akan mempertimbangkannya. Tuan, beri saya tempoh lanjutan. -Mengapa nak beri tempoh lanjutan? Selepas ayah kena strok, saya tak dapat tumpukan perhatian. Adakah awak berhenti makan? Tak. -Berhenti mandi? Tak. -Mengapa berhenti belajar? Saya hampir berjaya. Tolong lihatnya sekali. En. Lobo, anak saya terjatuh kereta api dan meninggal dunia... ...pada tengah hari Ahad. Pada pagi Isnin, saya beri kuliah... ...dalam kolej ini. Jangan sebut benda karut begitu. Saya boleh bersimpati kepada awak, bukan beri tempoh lanjutan. Saya hampir berjaya, tuan. Sepanjang umur, saya hidup sengsara. Biar saya hidup seketika. Sepanjang umur, saya hidup sengsara. Biar saya hidup seketika. Beri saya kegembiraan. Beri saya kesedihan. Beri saya satu lagi peluang. Saya nak membesar sekali lagi. Beri saya kegembiraan. Beri saya kesedihan. Beri saya satu lagi peluang. Saya nak membesar sekali lagi. Dia buat reka bentuk yang hebat. Kamera wayarles atas helikopter. Ia berguna untuk kemaskini lalu lintas dan keselamatan. Tapi Virus katakan ini reka bentuk tak praktikal. Ia takkan terbang. Mengapa tak terbang? Kita akan menerbangkannya. Jangan beritahu Joy. Kita berikannya kejutan. Kita akan terbangkannya di luar tingkapnya dan merakam reaksinya. Kalau kita buat projek dia, siapa akan buat projek kita? Selepas menjumlahkan ujian, peperiksaan lisan, kuiz,... ...terdapat 42 ujian dalam satu semester. Awak mudah takut. Ambil tangan ini, letak pada hati awak dan katakan,... ...semuanya baik. Semuanya baik? -Semuanya baik. Ini kata-kata bijak baru daripada Guru Ranchhoddas. Terdapat seorang pengawal di kampung saya. Masa mengawal... ...pada waktu malam, dia menjerit, semuanya baik. Kami pun tidur dengan tenang. Pada suatu malam, berlaku... ...kecurian di kampung, kami mendapat tahu dia tak boleh... ...melihat langsung pada waktu malam. Dia saja menjerit, "semuanya baik" supaya kami tidur tanpa rasa risau. Pada hari itu, saya faham sesuatu. Hati kita ini takut dengan senang. Awak mesti menipunya. Tak kira masalah besar apa pun dalam... ...hidup. Beritahu hati awak, "semuanya baik." Itu akan menyelesaikan masalah? -Tak tapi kita akan mendapat... ...keberanian untuk menghadapinya. Ingatlah mantera ini. Ia amat diperlukan di sini. Apabila hidup tak dapat dikawal, gulung bibir kamu. Gulung bibir kamu, bersiul dan katakan... Apabila hidup tak dapat dikawal, gulung bibir kamu. Gulung bibir kamu, bersiul dan katakan... Semuanya baik. Ayam tak tahu apa akan terjadi kepada telur. Adakah ia akan menetas atau digoreng dalam kuali? Tiada sesiapa tahu masa depannya. Gulung bibir kamu, bersiul dan katakan... Semuanya baik, abang. Semuanya baik, abang. Semuanya baik, pak cik. Semuanya baik, abang. Terdapat kekeliruan demi kekeliruan. Tiada penyelesaiannya. Akhirnya dapat penyelesaian, tak tahu pula apa soalannya? Kalau hati kamu selalu takut kerana perkara remeh-temeh,... ...letak tangan atas hati dan menenangkannya. Hati ini bodoh. Nasihatinya dengan kasih sayang. Gulung bibir kamu, bersiul dan katakan... Semuanya baik, abang. Semuanya baik, abang. Semuanya baik, pak cik. Semuanya baik, abang. Saya habiskan duit biasiswa dengan minum arak. Saya menyalakan kemenyan tapi Tuhan masih tak kelihatan. Kambing tak tahu apa akan terjadi kepada nyawanya. Ia akan dihidangkan dengan pencucuk atau dicencang lumat. Tiada sesiapa tahu masa depannya. Gulung bibir kamu, bersiul dan katakan... Semuanya baik, abang. Semuanya baik, abang. Semuanya baik, pak cik. Semuanya baik, abang. Apabila hidup tak dapat dikawal, gulung bibir kamu. Gulung bibir kamu, bersiul dan katakan... Semuanya baik. Ayam tak tahu apa akan terjadi kepada telur. Adakah ia akan menetas atau digoreng dalam kuali? Tiada sesiapa tahu masa depannya. Gulung bibir kamu, bersiul dan katakan... Dapat! Dapat! Semuanya baik, abang. Semuanya baik, ayam. Semuanya baik, kambing. Semuanya baik, abang. Bawanya ke tingkap Joy. Joy! -Tinggi lagi. Lihat Silencer, pemuda bogel. Joy, keluarlah. Joy, mari ke tingkap. Joy, lihat luar! Saya berhenti. Ada berita baik, tuan. Polis ataupun bapa Joy tak tahu. Semua orang fikir dia membunuh diri. Laporan bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan... ...banyak tekanan pada salur udara, menyebabkannya tercekik. Mereka fikir dia mati kerana tekanan di sini. Tapi bagaimana dengan tekanan di sini sejak 4 tahun lepas? Itu tiada dalam laporan. Jurutera sangat bijak. Tiada mesin dicipta untuk mengukur tekanan di sini. Kalau mereka buat, tentu mereka tahu dia bukan membunuh diri... ...tapi dibunuh. Awak menuduh saya kerana Joy membunuh diri? Kalau seorang pelajar tak boleh tahan tekanan ini,... ...mengapa kami dipersalahkan? Ada banyak tekanan dalam hidup. Adakah awak akan sentiasa menyalahkan orang lain? Saya bukan menuduh tuan. Sebenarnya, saya mempersalahkan... ...sistem ini. Saya mempunyai beberapa statistik. India berada di tempat pertama dalam kes membunuh diri. Setiap setengah jam, seorang pelajar akan cuba membunuh diri. Lebih ramai pelajar mati dengan membunuh diri daripada penyakit. Ada yang tak betul. -Saya tak boleh cakap tentang... ...kolej lain tapi ini salah sebuah kolej terbaik negara ini. Saya mengendalikan kolej ini selama 32 tahun... ...dan dari kedudukan ke-28, saya bawanya ke nombor pertama. Apa gunanya menjadi pertama. Tiada sesiapa cakap tentang idea baru dan penciptaan di sini. Mereka hanya cakap tentang markah... ...atau pekerjaan di Amerika Syarikat. Kami tak dapat pengetahuan di sini. Kami hanya diajar... ...cara mendapatkan markah baik. -Sekarang awak akan mengajar... ...saya cara mengajar? -Tak. Saya..... Tuan, kertas saya. Vaidyanathan, tolong duduk. Hari ini, di kalangan kita ada pemimpin yang percaya dia boleh... ...ajar lebih baik daripada guru berkelayakan tinggi di sini. Hari ini, Profesor Ranchhoddas Chanchad akan mengajar... ...kita kejuruteraan. Kami tak boleh tunggu sepanjang hari. Kamu ada 30 saat untuk mendefinisikan apa yang... ...ditulis atas papan. Kamu boleh gunakan buku, kalau nak. Siapa yang dapat jawapannya akan angkat tangannya. Mari kita lihat siapa dulu dan siapa terakhir. Masa kamu bermula sekarang. Masa berakhir. Masa berakhir, tuan. Tiada sesiapa dapat jawapannya? Sekarang gulung semula seminit dalam hidup kamu dan fikir. Apabila saya tanya soalan ini, adakah sesiapa fikir saya... ...akan belajar sesuatu yang baru hari ini? Pasti menyeronokkan. Sesiapa? Tuan? Tak, semua orang berlumba-lumba mengejar kejayaan. Apa gunanya menjadi pertama kalau belajar begini? Adakah pengetahuan kamu akan bertambah? Tidak. Hanya tekanan akan meningkat. Tapi ini kolej, bukan periuk tekanan. Kerana takutkan cemeti, singa sarkas pun akan belajar duduk... ...atas kerusi. Tapi singa begini dipanggil singa terlatih. Bukan berpendidikan baik. Ini bukan kelas falsafah. Terangkan maksud 2 perkataan itu. Perkataan begini tak wujud, tuan. Itu nama kawan saya. Farhan dan Raju. Diam! Karut! Adakah ini caranya mengajar kejuruteraan? Tak, saya bukan mengajar kejuruteraan. Tuan lebih pandai daripada saya. Saya hanya mengajar tuan cara mengajar. Saya yakin tuan akan belajarnya suatu hari nanti... ...kerana saya takkan abaikan pelajar lemah saya. Selamat tinggal, tuan. Diam! Diam, saya cakap! Dengan kesalnya, saya ingin memaklumkan kamu bahawa anak... ...awak, Farhan, Raju, bergaul dengan orang tak menyenangkan. Kalau tak ambil langkah betul, masa depannya mungkin musnah. Surat Virus jatuh macam bom atom atas rumah kami. Hiroshima dan Nagasaki berkabung dan kami dijemput ke kedua-dua... ...untuk dimarahi. Silakan masuk. Lihat situ. Kami hanya sanggup bayar untuk satu penyaman udara. Kami tak pasangnya di bilik kami tapi di bilik Farhan supaya... ...dia boleh belajar dengan selesa. Saya tak beli kereta. Saya menaiki skuter sehingga hari ini. Saya menghabiskan semua duit untuk pelajaran Farhan. Kami mengorbankan masa depan kami demi masa depan Farhan. Faham tak? Apabila saya menerima surat begini dari pengetua, boleh tak... ...awak bayangkan apa yang saya lalui? Awak ambil foto ini, Farhan? -Diam. Dia mempunyai keghairahan fotografi. Dia asyik ambil gambar binatang dan katakan nak jadi... ...jurugambar hidupan liar. Apa peratusan awak tahun itu? Beritahulah. 91 peratus. -Dengar tak? Daripada 94 peratus terus kepada 91 peratus. Awak fikir ini kelakar? -Tak, maafkan saya. Sebenarnya, saya nak katakan foto yang ditangkapnya begitu... ...mengagumkan. Mengapa nak jadikannya jurutera? Dia patut jadi jurugambar hidupan liar. Dia akan berjaya. -Dengar sini! Saya merayu kepada awak, jangan musnahkan masa depan anak saya. Makanan dah dihidangkan. Marilah. -Mari kita makan. Apabila awak melawat kami lagi, pastikan awak makan sebelum pergi. Ayah saya tak beri kami makanan. Untuk mengisi perut lapar... ...dan untuk memenuhi kuota teguran, kami ke rumah Raju. Rumah Raju mengingatkan kami pasal filem 1950-an hitam putih. Sebuah bilik kecil dengan ayah lumpuh, emak yang batuk... ...dan adik yang belum berkahwin. Kerusi panjang dengan spring terkeluar, air mengalir dari... ...bumbungnya sepanjang masa. Emaknya dah bersara dari sekolah dan kebanyakkan masanya dia letih. Bapanya pada suatu ketika dulu Ketua Pos. Selepas lumpuh, setengah badannya berhenti berfungsi... ...dan gaijnya terus terhenti dan adiknya.... Kammo dah berumur 28 tahun. Mereka minta Maruti 800... ...sebagai hantaran kahwin. Kalau kau tak belajar,... ...bagaimana dia akan kahwin? -Nak bendi? Tahu tak, harga bendi Rs12 sekilo dan kubis bunga Rs10? Mereka mencekik darah di seluruh negara dan kalau kami terima... ...surat begini dari kolej, apa kami nak makan? Nak keju kotej? -Dalam beberapa hari,... ...keju kotej dalam pinggan kecil di kedai tukang emas. Nak keju kotej? -Tak, cukup. Mak, hentikan semua ini. -Baiklah. Saya akan diam. Saya memperolehi duit untuk anak-anak, kerja seperti... ...pembantu rumah dan lepas itu bersumpah mendiamkan diri. Ini masalah keluarga. Kalau mak tak beritahu anak, nak beritahu... ...siapa lagi? Kawan-kawannya? Kami berada dalam dilema besar. Nak menenangkan kawan... ...atau emak kawan? Lepas itu, kami fikir lupakannya. Tumpukan ke atas keju kotej. Krim ekzemanya pun berharga Rs55 sekarang. Nak roti lagi? -Tak, cukup. Kami dah kenyang. Harga bendi Rs12. -Kubis bunga Rs10. Sekurang-kurangnya, dia beri makanan. Bukan macam bapa tegas awak. Hitler Qureshi. Yalah. Mak awak Mother Teresa. Dia beri kami roti "ekzema". Jangan ketawakan mak saya! -Hentikan, Raju. Berhenti. Mengapa kamu bergaduh? Saya lapar. Mari kita pergi makan. Akhir bulan. Siapa akan bayar? Mother Teresa? Untuk makan, duit tak diperlukan. Hanya pakaian seragam. Tengok. Mari. Oh, pak cik. Dengar, bawa 3 vodka besar. -Setengah soda, setengah air. Kita pasti akan susah. -Apa pembuka seleranya? Apa saja, bawa 2 pinggan. -Tinggalkan ini di sini. Tukar muzik. Mainkan muzik lebih rancak. Apa ini? Apa awak pakai? Jam tangan abad ke-18. Apa orang akan katakan? Lihat tunang Suhas, nak jadi doktor... ...dan pakai jam tangan Rs200. Tanggalkannya. Terima kasih. Hai, si kacak. -Hai, mak cik. Mak cik kelihatan cantik. -Jangan terlepas set saya. Batu delima? -Dari Mandalay. Mari kita jumpa David. -Sudah tentu. Maafkan saya. -Ya? Bunga. Boleh saya ambil gelas ini? -Mengapa? Saya bimbang awak akan pecahkan gelas ini atas kepala saya. Mengapa saya nak buat begitu? -Kerana saya akan beri... ...awak sikit nasihat percuma. -Apa? Jangan kahwin si keldai itu. Dia bukan seorang lelaki tapi tanda harga. Sepanjang hidup awak, dia akan buat awak sengsara dengan... ...beritahu harga barang-barang. Hidup awak akan hancur. Masa depan awak akan musnah. Nak saya tunjukkan? Nak tahu harga kasutnya? Saya takkan tanya. Dia sendiri akan beritahu. Apa awak buat? Kasut ini berharga 300 dolar. Sos pudina atas kasut saya yang berharga 300 dolar. Larilah. Ini nasihat percuma. Ambilnya atau lupakannya. Kulit itali tulen dijahit dengan tangan. Ayah, mereka tetamu ayah? Mereka pelajar saya. Apa mereka buat di sini? Tunggu, ayah. Kacang kuda nampak sedap. -Tiada tempat untuk poori. Letak saja di tepi. -Baiklah. Awak membuka mata saya. Terima kasih. Tak apa. Itu memang tanggungjawab saya. Boleh tak saya minta sikit bantuan lagi? Ya. -Ayah saya takkan benarkan... ...saya memutuskan pertunangan dengan Suhas. Awak menerangkan dengan begitu baik. Boleh awak tunjuknya? Saya akan tunjukkannya. Raju, beri cutni itu. Awak sungguh baik. -Mana ayah awak? Di belakang kamu. Semuanya baik. Larilah. Ini nasihat percuma. Ambilnya atau lupakannya. Apa kamu buat di sini? -Kami akan balik selepas... ...beri sampul di pentas. -Beri kepada saya. Ini perkahwinan kakak saya. -Kakak? Tuan mempunyai berapa ramai anak perempuan? Ia kosong. -Awak tak masukkan duit? Kami tak menjemput kamu. Kamu mungkin ikut rombongan... ...pengantin lelaki. -Tak, kami datang bagi... ...pihak sains. -Bagaimana? Boleh terangkan? Dia boleh terangkan dengan sangat baik. Dia akan tunjukkan... ...sekarang. Teruskan. Sebenarnya, bekalan elektrik selalu putus di Delhi... ...dan itu menimbulkan masalah besar dalam perkahwinan. Saya fikir nak mencipta inventer yang boleh mengambil kuasa... ...dari bateri kereta tetamu. -Yakah? Dah buat inverter itu? -Reka bentuknya dah sedia. Mana reka bentuknya, Farhan? Saya berikannya kepada awak. Saya beri kepada Raju. -Raju, reka bentuk itu? Lupakan reka bentuk itu. Saya akan terus buat inverter... ...dan tunjukkan kepada tuan. -Awak hanya boleh... ...memperbodohkan orang. Bukan buat inverter. Tak, saya pasti akan buat inverter itu. Saya janji dan... ...saya akan berinya nama tuan kerana ia dicipta semasa... ...perkahwinan anak awak. Ia akan menjadi penghargaan.... Farhan, Raju. Saya nak jumpa kamu di pejabat esok. Apa kos sepinggan tuan? Kami akan bayar secara ansuran. Kami takkan pergi ke perkahwinan tanpa diundang lagi. Saya takkan pergi ke perkahwinan saya sendiri. Malah, saya takkan berkahwin dan dia juga takkan berkahwin. Ya, tuan. Saya juga takkan kahwin. Ibu bapa kamu juga tak patut kahwin. Dua orang bodoh takkan dilahirkan dalam dunia ini. Duduk! Ambil perhatian. Ini pendapatan bulanan bapa Ranchhoddas, Rs25 juta. Padam satu atau dua kosong darinya, ia tak membuat... ...perbezaan. Tapi kalau satu lagi kosong berkurangan,... ...saya akan bimbang sikit. Ini pendapatan bulanan bapa awak, En. Farhan. Padamkan satu lagi kosong... ...dan ini adalah pendapatan keluarga awak, En. Raju Rastogi. Sebab besar untuk rasa bimbang. Dengar nasihat saya dan tukar bilik kamu. Pindah ke bilik Chatur Ramalingam. Ujian semakin dekat. Kalau kamu tinggal bersama Chanchad,... ...kamu takkan lulus. Nak bercukurkah? -Tak. Keluar! Raju, fahamlah. Virus main dengan kita, pecah dan perintah. Jangan bimbang. -Saya mesti bimbang. Saya perlukan gred bagus untuk mendapatkan pekerjaan baik dan... ...gred terletak di tangannya. Saya tak mempunyai ayah kaya... ...seperti awak yang boleh menyara sepanjang hidup. Raju, apa awak merepek ni? -Adakah kita akan ikut... ...semua yang disuruhnya? Semuanya baik. Awak boleh ikut tapi bukan saya. -Awak melampaui batas sekarang. Tak, saya menentukan batasnya kerana saya kena menyara hidup... ...keluarga saya. Separuh gaji mak digunakan untuk beli ubat ayah. Kammo tak boleh kahwin kerana pihak lelaki nak Maruti 800. Sejak 5 tahun lepas, mak tak beli satu sari pun. Kalau awak bawa sari mak dalam pertengkaran, apa saya boleh kata? Tahu berapa banyak sari dalam setahun boleh dianggap munasabah? Jangan berjenaka tentang mak saya. Raju, kita akan belajar kuat tapi bukan hanya untuk lulus dalam... ...peperiksaan. Seorang bijak mengatakan, belajar untuk... ...menjadi cemerlang, bukan untuk mencapai kejayaan. Jangan lari belakang kejayaan tapi dapatkan kecemerlangan. Kejayaan akan mengikut kamu dengan cepat. Orang bijak mana cakap begitu? Guru Ranchhoddas? Pergilah! Raju, jangan emosi. Kita akan lulus dengan cemerlang. Tiada apa-apa yang mustahil. -Tiada apa-apa yang mustahil? Masukkannya semula ke dalam. Raju pindah ke bilik lain. Sekarang dia buat perjalanan... ...bersama Chatur. Bukan perjalanan dalam bahasa Hindi... ...tapi menderita dalam bahasa Inggeris, "Suffer." Semua orang memanggil Chatur, "Silencer." Untuk menajamkan fikirannya, dia makan pil dari seorang pawang... ...Bengal, lepas itu berkentut. Saya tak lakukannya. Raju? Dia sentiasa menyalahkan orang lain. Silencer belajar selama 18 jam pada siang dan pada malam... ...peperiksaan, dia mengalih tumpuan pelajar-pelajar lain. Dia percaya hanya ada 2 cara untuk dapat tempat pertama. Sama ada dapat markah bagus atau kurangkan markah orang lain. Rancho buat rancangan bergabung untuk mengenakan Silencer dan... ...menyelamatkan Raju. Pengarah kita lakukan banyak keajaiban di sini. Makna keajaiban.... -Saya tak nak tahu. Saya akan menghafalnya. Untuk beri ucapan pengenalan pada Hari Guru, Chatur dipilih. Untuk mengagumkan Virus, dia meminta pustakawan En. Dubey... ...menulis ucapan dalam bahasa Hindi. Helo. Saya akan panggil dia. Chatur, panggilan untuk awak. -En. Dubey, simpan cetakan itu. Saya akan kembali. Ini pun saya kena buatkan. En. Dubey, tuan pengarah panggil awak. Yakah? -Ya. Sekarang juga. Baiklah. Beri ini kepada Chatur. Saya akan kembali sekejap lagi. Helo. -Helo En. Ramalingam? Saya bercakap dari balai polis Lajpat Nagar. Awak dari Uganda? Ya, tuan. -Nyawa awak dalam bahaya. Apa? Bagaimana? -Dengar dengan teliti. Kalau tak semasa keluar dari pintu kolej, awak akan dibunuh... ...di tengah jalan. -Mengapa? Apa berlaku? Sebelum Chatur pulih dari dilema ini, Rancho menukar beberapa... ...perkataan dalam ucapannya seperti "keajaiban" menjadi... ..."merogol." Tuan memanggil saya? -Siapa awak? Dubey, pustakawan. Saya pekerja tetap, tuan. -Tahniah. Sebentar. Pesuruhjaya telefon. Tunggu sekejap. Sebentar, tuan. Apa saya cakap tadi? -Awak cakap saya akan mati... ...di luar pintu pagar. -Semasa awak keluar dari pintu... ...pagar, awak akan nampak lampu isyarat di depan. Ya, lampu isyarat. -Apabila ia menjadi merah,... ...semua kereta akan berhenti. -Okey, lepas itu? Melintas jalan dengan berhati-hati. Sekarang ini selalu berlaku kesesakan lalu lintas. Kalau terlanggar kereta, awak boleh mati. Merepek! Saya tahulah. -Awak tahu. Bagus. Kalau begitu, awak selamat. Bagus. Silencer, Dubey beri ini. -Jangan panggil saya begitu. Pengarah katakan dia tak panggil saya. Saya bukan kata dia panggil. Saya kata dia "teringatkan" awak. Teringat? Bodoh! Tuan pengerusi yang dihormati. Tetamu Utama, Yang Berhormat Menteri Pendidikan,... ...En. R.D Tripati. Guru terhormat dan rakan-rakan sekalian. Kalau ICE mencapai kejayaan cemerlang pada masa ketika ini,... ...hanya seorang patut diberi pujian... ...En. Viru Sahastrabuddhe. Beri tepukan. Tuan, dia bercakap tapi saya yang menulisnya. Dia lelaki yang hebat. Sejak 32 tahun lepas, dalam kolej ini,... ...dia merogol seorang demi seorang pelajar. Maksudnya buat keajaiban demi keajaiban. Diharapkan dia akan terus melakukannya di masa depan. Kami hairan bagaimana seorang manusia boleh merogol begitu... ...ramai orang dalam hidupnya. Dengan pengorbanannya, dia membawa kamu ke peringkat ini. Kita mesti belajar cara menggunakan masa daripadanya. Belajar daripadanya. Hari ini, semua pelajar berada di sini. Di masa depan, kita akan berada di merata-rata tempat di dunia. Kami janji mulai sekarang, di mana saja negara yang kami berada... ...kami akan merogol di situ. Kami akan jadikan nama ICE terkenal. Kami akan tunjukkan kepada dunia keupayaan merogol yang ada... ...dalam pelajar di sini, tiada dalam pelajar lain di dunia. Tiada pelajar lain. Tuan Menteri, terima kasih. Tuan beri institusi ini sesuatu yang sangat diperlukan. Duit. -Buah dada. Duitlah. Buah dada bermakna.... Dia membuat komen yang menghina. Semua orang mempunyai buah dada. Semua orang sembunyikannya... ...tapi tiada siapa memberinya. Budak yang tak beradab! Awak beri buah dada awak kepada perogol hebat ini. Sekarang lihat bagaimana dia gunakannya. Sahastrabuddhe, awak begitu bodohkah? Awak panggil saya... ...ke sini untuk dengar semua benda merepek ini? Biadab betul. Pada hari hebat ini, saya akan bacakan rangkap ini. Dengar. Sekarang dia akan terangkan kuasa kentutnya... ...dalam bahasa Sanskrit. Kentut kuat yang mulia. Kentut? Teruskan, Silencer. Kentut sederhana boleh ditahan. Yang perlahan sangat teruk. Yang senyap, langsung tak boleh ditahan. Lihat, kalau banyak memulun, itu akan berlaku. Lihatlah. Dengan memulun, awak akan menjaga maruah awak dalam kolej selama... ...4 tahun tapi 40 tahun berikut dalam hidup, awak akan sengsara. Dia masih tak faham. Kentut sederhana boleh ditahan. Dahsyat betul. Awak seorang pemuisi, Rancho. Bagaimana awak fikirkannya? Begitu menyeronokkan. Dia tak tahu apa berlaku. Tak guna! Apa saya buat kepada kamu? Maafkan saya. Jangan tersinggung. Saya tersinggung. Chatur Ramalingam takkan lupa... ...penghinaan ini. Saya akan fikir tentangnya setiap minit,... ...setiap saat dalam hidup saya. -Lupakanlah. Sebenarnya, kami tunjukkan kepada Raju. Jangan memulun. Belajar dengan memahaminya. Berseronok dengan sains. Saya tak datang ke sini untuk berseronok. Datang untuk hilangkan maruah? Nak "merogol" sains? Ketawakan cara saya. Pada suatu hari nanti, saya akan mencapai kejayaan dengan cara ini. Pada masa itu, saya akan ketawa dan kamu akan menangis. Awak ikut jalan salah sekali lagi. Jangan mengejar kejayaan. Jadi jurutera yang bagus dan kejayaan akan mengikut awak. Idea begini tak berjaya dalam dunia nyata, Chanchad. Awak ikut jalan awak. Saya akan ikut jalan saya. Selepas 10 tahun, kita akan kembali ke tempat ini. Pada hari yang sama, kita akan lihat siapa lebih berjaya. Awak atau saya. Berani tak? Bertaruhlah! Cakap, awak akan datang tak? Awak akan datang tak? Apa awak buat ni? Berjaga-jaga. Apa dia tulis? Jangan lupa tarikh ini. Saya tak biasa terima hadiah mahal begini, Suhas. Biasakan diri, Pia. Awak akan menjadi isteri Suhas Tandon. Mana bilnya? Saya akan kembali. Awak tukar ucapan itu? -Apa? Jangan tipu. -Ya. Apa masalah awak dengan ayah? -Saya tiada masalah. Saya buat inverter sempena namanya. Lihat. Mengapa awak ganggu ayah saya? -Kerana dia bukan uruskan... ...kolej tapi kilang. Hanya keldai dibuat setiap tahun. Lihat tu. Keldai awak. Dia dah pecahkannya. Berani awak panggilnya keldai? -Nak panggil apa lagi? Mula-mula belajar kejuruteraan, lepas itu MBA dan lepas itu... ...pergi ke Amerika dan bekerja di bank. Kalau nak bekerja dalam bank, kenapa belajar kejuruteraan? Bagi orang bodoh begini, kehidupan hanya penyata untung rugi. Dia lihat keuntungan dalam diri awak. Sebab itu, dia bersama awak. Anak pengarah, akan menjadi doktor, bagus untuk imejnya. Dia tak ambil berat tentang awak. Apa awak fikir tentang diri awak? Apa maksud awak yang Suhas... ...tak berminat pada saya? Jam tangan baru? Tunggu sekejap. Pegang ini. Saya sentiasa kena tunjukkan kepada awak. Mana awak pergi? Saya mencari awak. Jam tangannya hilang. Dia mencarinya. Apa? Jam tangan awak hilang? -Tak apalah. Beli yang baru. Ia berharga Rs400,000. -Rs400,000? Jam tangan saya... ...bernilai Rs250 tapi ia masih menepati waktu. Diam! Mengapa awak begitu cuai, Pia? Sikap cuai ini menyampah. Bersikap tak hormat. Awak baru hilangkan jam tangan edisi terhad. Sekarang pakailah jam tangan abad ke-18 pada makan malam nanti. Mengapa awak merenung saya? Sekarang mula menangis. Matang betul, Pia. Saya tak boleh kendalikan ini. Berhenti menangis dan carinya. Cari tangan lain untuk jam tangan ini. Keldai! Awak hebatlah. Awak panggilnya keldai. Pergi! -Terlalu bising di sini. Dia ucapkan terima kasih tapi saya dengar "pergi". Saya memang kata "pergi". -Jangan melenting. Sebenarnya, awak juga tak mencintainya. Apa maksud awak? -Maksudnya semasa dia berdiri... ...depan awak, adakah awak rasa angin meniup? Skaf berterbangan dalam gerakan perlahan? Adakah bulan kelihatan lebih besar di langit? Itu hanya berlaku dalam filem. Bukan dalam hidup sebenar. Ia berlaku dalam hidup sebenar juga. Kalau awak mencintai... ...manusia, ia akan berlaku. Bukan bersama keldai. Helo. Ya? Apa? Ya Tuhan! Saya dalam perjalanan. Awak pelajar perubatan, kan? Saya perlukan bantuan awak. Ada kecemasan. Tolonglah. -Apa? Tolong ikut saya. Doktor ambil ikrar takkan menolak pesakit. Ia dipanggil apa, sumpah Hippocrates. Tolong saya. Ada kecemasan. Tolonglah. Awak datang tanpa diundang ke perkahwinan kakak saya,... ...putuskan pertunangan saya, ayah makan ubat tekanan tinggi... ...kerana awak dan saya pula menolong awak. Sukar dipercayai! Sumpah Hippocrates ini betul-betul menyusahkan doktor. Mana Raju, mak cik? -Dia pergi cari teksi. Kami dah panggil ambulans 2 jam lalu. Dalam negara ini, piza dijamin akan sampai dalam 30 minit... ...tapi ambulans.... -Dia kena dimasukkan ke hospital. Dengan segera. Berhenti! Lalu, ada kecemasan! Lalu, lalu, lalu! Doktor, ada kecemasan! Ini pesakitnya. Simpan ini. Raju datang. Tak guna! Awak bawa ayah dengan skuter? Nak guna pos laju? -Jangan mempersendakan... ...kerjaya ayah. Mana ayah? Pergi tanya doktor. Dia nyaris mati kalau terlambat dua tiga minit lagi, Pia. Bagus awak tak tunggu ambulans. Saya pergi dulu. Terima kasih, Rancho. Terima kasih kepada kawan? Silencer ajar awak adab sopan? Dia tak beritahukah persahabatan adalah... ..."buah dada" manusia yang paling hebat. Pergi sekarang. Esok kamu ada peperiksaan, kan? Kami ada banyak peperiksaan. Bapa hanya ada seorang. Sekarang kami akan bawa Ketua Pos bersama kami. Jangan bimbang. Rancho, maafkan saya. Saya dah takut. Tak apa. Bertenanglah. Tolong maafkan saya. Dah. Pergi jumpa ayah awak. Jangan pergi dengan muka menangis ini. Terima kasih. -Pergi. Skuter awak menyelamatkan nyawa. Ia bagus. Apa harganya? Tuang cutni. Mungkin ia akan beritahu. Selamat Hari Merdeka. -Tapi hari ini bukan 15 Ogos. Untuk awak. Awak boleh pakai jam tangan emak awak bila awak suka. Tiada siapa akan katakan mengapa pakai jam tangan abad ke-18. Bagaimana awak tahu itu jam tangan emak saya? Apabila seorang gadis bergaya betul dari atas ke bawah dalam... ...perkahwinan kakaknya dan hanya memakai jam tangan lama,... ...apa maknanya? Pada hari itu, awak sangat merindui emak awak, kan? Ya. -Emak awak pasti cantik. Ya. Bagaimana awak tahu? -Nampak bapa awak tak? Hidup satu perlumbaan. Kalau tak berlari pantas, awak akan jadi... ...seperti telur yang pecah. Burung tekukur. Angin membisikkan melodi. Angin bersenandung bersama. Seluruh dunia menyanyi. Zoobi do param pum. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Daun menyanyi atas pokok. Rama-rama menyanyi atas bunga. Sinaran asmara menyanyi. Burung-burung mencicip. Dua kuntum bunga berpelukan dalam kebun. Seperti di layar perak, ia juga berlaku kepada kita. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Hari ini, saya akan mengajar cara membuat cutni pudina. Cutni ini sangat unik. Ia bukan untuk dimakan saja. Ia sangat berguna untuk memahami sifat seseorang. Rumah ke-7 awak selamat. Sekarang awak akan lupakan... ...keldai dan mencintai manusia. Masanya sesuai untuk bercinta. Suhu di Delhi stabil. Cuacanya cerah. Tapi kalau anda jatuh cinta, hujan pasti akan turun. Hujan renyai-renyai, angin membisik. Titik hujan menitis, petir pula gemuruh. Memakai sari basah, kau goyang pinggulmu. Seperti di layar perak, ia juga berlaku kepada kita. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Bulan dari langit turun ke bumi dan bersenandung. Tahi bintang menyanyi melodi cinta. Malam ini kesunyian. Marilah sentuh saya. Seperti di layar perak, ia juga berlaku kepada kita. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Zoobi doobi zoobi doobi pum paara Zoobi doobi param pum. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. Zoobi doobi zoobi doobi hatiku menari bagai nak gila. mor@subscene.com Bangun. -Apa? Pak cik meninggal duniakah? -Apa?! Tak, bodoh. Sekarang pukul 8.30. Peperiksaan pada pukul 9. Tak nak pergikah? -Bagaimana kami boleh... ...tinggalkannya keseorangan di sini dan pergi? Saya ada di sini. Doktor ada di sini. Hanya selama 3 jam. Bawa skuter saya dan pergi. Dah lambatlah. Awak pakai jam tangan yang lama. Pergi. Maaf, kami terlambat. -Berlaku kecemasan. Cepat mulakan. Tuan, mereka masih menulis. Masa dah berakhir. -5 minit lagi. Kami datang lewat setengah jam. Berlaku kecemasan. Tolonglah. Pemeriksa memandang kami seolah-olah kami meminta... ...kedua-dua buah pinggangnya. Kami terus menulis dan dia... ...sibuk menyusun kertas jawapan mengikut angka giliran. Dah siap, tuan. -Awak lambat. Saya tak boleh terima. -Tolonglah, tuan. Tuan kenal siapa kami? -Kalau awak anak... ...Perdana Menteri pun, saya tak akan terima kertas jawapan awak. Adakah tuan tahu nama dan angka giliran kami? Tidak. Kamu siapa? Dia tak tahu. Lari! Apa angka giliran awak? Mana kertas jawapan mereka? Hari ini, keputusan akan diumumkan. Semua orang cuba buat perjanjian dengan Tuhan. Tuhan, selamatkan Elektronik. Saya akan pecahkan kelapa. Selamatkan fizik. Saya akan beli seliter susu setiap hari. Ibu, biarlah saya lulus. Dewaku, saya akan anggap Malti dan Sanggeta seperti adik saya. Beri saya keputusan yang baik. Dewaku, saya akan derma Rs100 setiap bulan. Saya janji. Polis lalu lintas pun takkan setuju dengan Rs100 pada masa... ...sekarang ini. Apatah lagi Tuhan. Periksa dari bawah. Awak, terakhir. -Awak? Kedua akhir. Rancho? Tiada. Hati kami menjadi lemah. Bukan kerana kami akhir tapi kerana... ...kawan kami gagal. Berlaku kesilapan. Ini tak mungkin. Tidak adil. Kenapa Silencer berteriak? -Dia dapat nombor kedua. Siapa dapat nombor pertama? Rancho. -Rancho? Ke tepi. Kami mengetahui sesuatu tentang kelakuan manusia pada hari itu. Kalau kawan gagal, kita akan sedih tapi kalau kawan dapat... ...nombor pertama. Ia lebih menyedihkan. Kami sedih tapi dua orang lain lebih sedih daripada kami. Ranchhoddas Chanchad. Baris depan. Kanan pengarah. Uday Sinha, baris kedua, tempat duduk ketiga. Alok Mittal, baris kedua, tempat duduk kelima. Tuan, adakah perlu duduk mengikut tempat kedudukan? Awak ada masalah? -Saya menghadapi masalah dengan... ...seluruh sistem gred. Seperti sistem kasta. Pelajar gred A, raja. Pelajar gred C, hamba. Ia tak baik, tuan. -Awak ada idea lebih baik? Ya. Keputusan tak patut ditampal di papan kenyataan. Mengapa nak menonjolkan kelemahan dan kecacatan kepada semua orang? Kalau dalam ujian darah, hemoglobinnya kurang,... ...adakah doktor akan beri tonik atau tunjukkan laporan di TV? Apa awak katakan adalah saya pergi satu persatu ke bilik... ...semua dan bisik keputusan dalam telinga mereka? Awak pertama. Kamu dapat nombor kedua. Saya bersimpati, awak gagal. Tak, itu bukan maksud saya tapi gred mewujudkan perpecahan. Saya dapat nombor pertama dan duduk bersama awak. Kawan-kawan saya dapat nombor akhir dan mereka berdiri... ...di belakang, di sudut itu. -Sekurang-kurangnya mereka... ...berdiri di sudut. Kalau bersama awak, mereka takkan berada... ...dalam foto ini kali berikutnya. Mereka takkan lulus dan tiada... ...syarikat yang akan beri mereka pekerjaan. Mereka akan dapat pekerjaan. Pasti ada syarikat yang... ...tak memberi pekerjaan kepada mesin tapi manusia. Saya jamin mereka akan mendapat pekerjaan. Awak jamin?! -Nak bertaruh, tuan? Govind -Ya, tuan? Antara dua pelajar itu, kalau seorang pun ditemu ramah dan... ...mendapat pekerjaan di kampus,... ...cukur misai saya. Gembira? -Sedia. Senyum. Saya gembira, tuan. Mengapa bunyi hon kereta untuk sembunyikan bau kentut awak? Tangki septik. Awak makan pil itu lagi? Saya tak buatnya. Raju? Kami kenal bau busuk ini. -Dia bertanggungjawab ke atas... ...pemanasan global. Saya tak tahan lagi. Beri dompet awak. Saya nak pergi beli seluar. Tak payah. Pakailah seluar Chatur. -Jangan sentuh sut saya. Tak apalah. Rancho akan kenal awak tanpa seluar. Alamat ini di mana? -Kalau saya boleh baca,... ...takkan saya nak jual kacang. -Dia tak tahu baca. Tapi dia tahu cakap, kan? Kenal Ranchhoddas Chanchad yang tinggal di Simla? Ya, dia tinggal di situ. Dia seperti angin yang meniup. Dia seperti layang-layang yang melayang. Ke mana dia pergi? Mari kita mencarinya. Chatur, kotak pil awak. -Terima kasih. Jumpa di mana? Dalam poket. -Berani awak. Itu seluar saya. Tertulis dalam Gita, kita mesti kongsi semua. Diam. Tanggalkan seluar saya. -Apa awak buat? Orang akan salah faham. Orang gila. Lepaskan saya. Saya nak seluar itu sekarang. Apa berlaku? -Bapa Rancho. Mana Ranchhoddas? -Dia duduk di situ. Terima kasih. Rancho? -Ya? Maaf, kami nak jumpa Ranchhoddas. Saya Ranchhoddas. Ada apa? Tak, Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Sayalah Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Apa hal? Jaga diri awak, Rancho. Ranchhoddas Chanchad. Raju. Saya orang pertama dalam sejarah yang datang dari Delhi... ...ke Simla memakai seluar dalam dan itupun untuk jumpa orang... ...yang salah. -Nama sama, ijazah sama... ...dan foto sama tapi orang berbeza. Saya tak faham langsung. Tapi Silencer dapat alamat Rancho dari mana? Chatur, mari sini. Berani awak buka ini. Saya dapat ini dari San Francisco. Biskut buatan tangan. Khas untuk En. Phunsukh Wangdu. Phunsukh Bangdu? Siapa dia? -Bukan Bangdu, Wangdu. Phunsukh Wangdu. Awak tahu siapa dia? Dia ahli sains hebat. 400 paten. Seluruh dunia nak jumpanya. Saya mengejarnya selama setahun. Baru saya dapat aturkan... ...perjumpaan dengannya. Selepas dia tandatangan urus janji dengan syarikat saya, saya akan... ...menjadi hebat. Hebat! Berhenti memuji Wangdu dan beritahu kami mana awak dapat... ...alamat Rancho? -Awak patut berterima kasih pada... ...Phunsukh Wangdu. Saya dapat petunjuk tentang Rancho... ...melaluinya. Lihat ini. Bulan lepas, setiausaha saya, Tracy datang ke sini untuk... ...berjumpa dengan En. Wangdu. Tracy tak dapat jumpa Phunsukh... ...tapi saya jumpa Rancho. Saya periksa buku panduan telefon... ...Simla dan jumpa nama Chanchad Ranchhoddass. Bagaimana wajahnya berubah? Adakah dia menjalani pembedahan... ...plastik selepas dengar awak nak datang? Hanya seorang boleh beri jawapannya. Maafkan saya, ayah. Saya tak dapat menunaikan hajat terakhir ayah. Ayah minta saya bawa ayah ke Haridwar... ...dan saya menunggu tender lebuh raya. Tender itu terbuka di sana dan ayah pula meninggal dunia di sini. Saya minta maaf, ayah. Saya bukan anak yang baik. Apa awak katakan? Awak jadi jurutera yang hebat. Ijazah awak tergantung di dinding. Awak anak yang sangat baik. Bagaimana kamu masuk rumah saya tanpa kebenaran saya? Saya akan buat kamu dipenjarakan. -Awak yang akan dipenjarakan. Kami buat pertanyaan. Awak guna ijazah ICE untuk dapatkan... ...kontrak lebuh raya dan projek hidro. Ini ijazah kawan kami. Bagaimana awak dapat? Tanah ini seluas 150 ekar. Kalau saya tembak dan kebumikan, tiada sesiapa akan tahu. Faham tak? Pergi. Saya nak bawa abu mayat ayah ke Haridwar. Nak saya bawa tulang kamu bersama? Ambil abu mayat ayahnya! Di sini! Lepaskan ayah saya! Beritahu kami siapa awak. Kalau tak, saya akan mengepam abu... ...mayat ayah awak ke sini. -Serahkan ayah kepada saya. Ayah awak takkan pergi ke Sungai Ganga tapi longkang! Keluarkan ayah dari mangkuk tandas. Awak memetik picu, saya akan mengepam. Saya akan kira sampai 3. -Awak menakutkan siapa? Tembaklah. Raju, taburnya ke dalam. Satu. -Kami akan mati tapi kami... ...akan bawa ayah awak bersama. Apa dia? Dua. -Lepas itu, cari-cari ayah awak. Apa dia? -Kita bawa bekas simpan... ...abu mayat salah. Bekas ini kosong. Kosong? -Kosong? Kami akan kosongkannya. Tak. -Kami akan kosongkannya. Tak! Saya angkat tangan! Beritahu kami, siapa awak? -Saya adalah Ranchhoddas. Demi ayah, saya bercakap benar. Saya Ranchhoddas. Itu Chhote. Chhote? Dia anak tukang kebun kami. Semua memanggilnya Chhote. Selepas kematian ibu bapanya,... ...ayah izinkan dia tinggal di rumah kami. Dia buat pelbagai kerja. Tukar mentol, beli telur dan roti,... ...menggosok. Dia sangat gemar belajar. Dia pakai pakaian seragam lama saya dan datang ke sekolah. Dia akan duduk dalam kelas yang disukainya. Saya mempergunakannya. Saya suruhnya buat kerja rumah dan buat peperiksaan saya. Semua berjalan lancar. Pada suatu hari cikgu nampak seorang budak... ...gred 6 membuat matematik gred 10. Awak dari kelas mana? Apa nama awak? Kami tertangkap. Ayah saya orang terkenal. Sebelum beritahu pengetua,... ...cikgu beritahu ayah saya. Awak memulakannya dan awak akan menamatkannya. Seluruh Himachal menyanjung saya dan sebaik saja saya menoleh... ...mereka katakan saya buta huruf. Perkara sama tak boleh berlaku... ...kepada anak saya. Dia nak pendidikan dan saya hanya... ...nak ijazah. Biarkan apa yang berlaku berterusan. Jadikan dia seorang jurutera. Saya nak ijazah dengan nama... ...Ranchhoddas Chanchad atas dinding itu. Saya pergi ke London selama 4 tahun dan dia belajar... ...menggunakan nama saya di ICE. Dia buat persetujuan dengan... ...ayah bahawa selepas mendapat ijazah, dia takkan jumpa... ...sesiapa dari ICE seumur hidupnya. Dia selalu katakan, "Saya takkan jumpa mereka tapi pada satu... ...hari nanti, dua orang bodoh akan datang mencari saya. Pada masa itu, apa akan kamu lakukan?" Dia sangat merindui kamu. Saya akan beri alamatnya. Pergilah jumpa dia. Tapi tolong jangan beritahu rahsia saya kepada sesiapa. Rahsia apa? Tuan bawa bekas salah. Abu mayat ayah tuan di sini. Apa yang berlaku? Siapa lelaki dengan pistol itu? Itu cerita rumit dan tanpa sari kata. Awak takkan faham. Jangan pedulikan dia. -Kita nak pergi ke mana? Ladakh. -Ladakh? Mengapa? Untuk jumpa Rancho. -Dia berada di Ladakh? Apa dia buat di sana? -Entahlah tapi kami ada... ...alamat sebuah sekolah. -Guru sekolah. Saya Naib Presiden Rockledge Corporation dan dia... A untuk apple, B untuk ball. -D untuk donkey. Minggu depan, saya akan tandatangan urus janji bernilai... ...berjuta-juta dolar dengan Phunsukh Wangdu dan dia... ...akan ajar A untuk apple, B untuk ball. Hari ini, saya menghormati Rancho lebih banyak lagi. Kami pergi ke kolej hanya untuk mendapatkan ijazah. Kalau tiada ijazah, tiada pekerjaan. Kalau tiada pekerjaan, tiada ayah nak kahwinkan anaknya... ...dengan kami. Bank takkan beri kad kredit,... ...dunia takkan menghormati kita. Tapi dia tak datang untuk ijazah kolej tapi hanya untuk... ...belajar. Dia tak takut jadi akhir atau tamak nombor pertama. Siapa lelaki pertama pijak ke bulan? Neil Armstrong. -Jelas sekali Neil Armstrong. Kita tahu. Siapa orang kedua? Jangan bazir masa. Ia tak penting. Tiada sesiapa ingat lelaki yang kedua. Dalam dua bulan, 26 syarikat akan datang ke kampus untuk... ...menawarkan pekerjaan. Itu bermakna sebelum peperiksaan... ...akhir, kamu akan mendapat pekerjaan. Ini pusingan terakhir kamu. Tekan minyak. Keluar ke sana dan mencatat sejarah. Ada apa-apa soalan? Ya? Katakan seorang pelajar mendapat pekerjaan dan... ...dia gagal peperiksaan akhir dengan satu dua markah,... ...pekerjaan itu masih akan diberikan kepadanya atau.... Soalan yang sangat baik. Adakah soalan ini timbul dalam hati orang lain? Seperti yang dijangka. Tolong naik ke pentas. Beri tepukan kepada mereka. Mari cepat. Jangan bazir masa. Sejak 4 tahun lepas, mereka pelajar ICE yang konsisten... ...kerana mereka dapat nombor akhir untuk setiap peperiksaan... ...secara konsisten. Mari sini, genius. Kalau kita keluarkan otak genius ini dan jual di pasar,... ...kita akan dapat harga yang baik kerana otak ini tak digunakan. Mereka tak pernah gunanya. Untuk jawab soalan mereka,... ...sama ada mereka lulus atau gagal... ...takkan menjejaskan pekerjaan mereka kerana mereka takkan... ...dapat pekerjaan. Saya menjaminnya. Nama mereka akan ditulis dalam emas. Farhanitrate dan Prerajulization. Beri mereka tepukan. Dia memalukan kita dengan teruk. Depan semua orang. Tuhan, saya takkan makan daging, menyalakan 1,000 kemenyan. Tolong saya. Ambil Virus dari dunia ini. Bakarnya di neraka! Gunanya untuk buat pakora dalam minyak panas. Awak upah Tuhan untuk membunuh? -Diam. Awak duduk di tengah... ...bersama Virus setiap tahun dan mengambil gambar. Kami pula duduk di suatu sudut. Tahun ini, nampaknya kami akan berada di luar gambar. Tahu kenapa saya dapat nombor pertama? Kenapa? -Sebab saya gemar mesin. Kejuruteraan adalah keghairahan saya. Tahu apa keghairahan awak? Itu beg saya. -Diam. Apa awak buat, Rancho? Ini keghairahan awak. Pergi pos surat ini. -Itu surat apa? Dia menulis surat ini 5 tahun dulu kepada jurugambar hidupan... ...liar kegemarannya, Andre.... -Istvan. Dia nak pergi ke Hungary untuk belajar daripadanya. Tapi disebabkan takut pada bapanya, dia tak pos. Lupakan kejuruteraan dan jadi jurugambar hidupan liar. Buat kerja mengikut bakat awak. Kalau bapa Lata Mangeshkar suruhnya jadi pemain boling... ...atau bapa Sachin Tandulkar suruhnya menjadi penyanyi,... ...bayangkan di mana mereka berada sekarang. Faham apa saya cakap? Dia suka binatang tapi nak kahwin dengan mesin. Guru Ranchhoddas, teman wanita dan isteri saya... ...adalah kejuruteraan. Mengapa saya dapat nombor akhir? Jawab. -Kerana awak pengecut. Lihat ini. Cincin lebih banyak daripada jari. Satu untuk peperiksaan, satu untuk perkahwinan adik,... ...satu untuk pekerjaan. Kalau terlalu takut pada masa depan, bagaimana nak hidup? Bagaimana awak nak fokus? Saya ada kawan pelik. Seorang hidup dalam ketakutan. Seorang dalam kesedihan. Tapi awak kedua-duanya. Awak takut dan juga sedih. Saya tak takut. -Dengar! Dia tergila-gilakan Pia tapi takut untuk beritahunya. Merepek! Senang beri nasihat percuma. Susah nak lakukannya. Kalau berani, pergi beritahu Pia. Itu tak berkaitan. -Itu ada kaitan. Kalau awak meluahkan isi hati awak kepada Pia,... ...saya akan pergi beritahu ayah saya nak jadi jurugambar... ...bukan jurutera. Saya juga akan tanggalkan cincin saya dan menghadiri temu duga. Cakaplah. Berani tak? -Dia tak terkata-kata. Apa dia nak katakan. Ayuh. Marilah. -Ke mana? Jom. Viru, saya dah datang. -Awas kalau ada anjing. Pengecut. Saya tak takut. Mari. Kamu masuk. Kalau ada bahaya di luar,... ...saya akan beri amaran Virus. Nak muzik latar belakang? -Pia. Siapa itu? -Jangan jerit. Saya Ranchhoddas Chanchad. Dengar cakap saya sekejap. Lepas itu, saya akan pergi. Jangan katakan apa-apa. Pia, 22 minit yang saya habiskan bersama awak... ...atas skuter merupakan 22 minit paling indah dalam hidup saya. Saya boleh menghabiskan seluruh hidup saya dengan awak... ...atas skuter itu. Setiap hari awak muncul dalam mimpi saya memakai pakaian... ...pengantin dan menaiki skuter. Awak tak buka selendang tapi tanggalkan topi keledar awak... ...dan datang dekat untuk mencium saya. Tapi ciuman itu tak berlaku. -Mengapa? Kerana hidung akan terlanggar dan saya pun terjaga. Hidung takkan terlanggar, bodoh! Maaf, saya fikir awak Pia. -Kalaulah. Kak, mengapa mencelah? Dia ambil 4 tahun untuk katakannya. Pia, cium dan beritahunya hidung takkan terlanggar. Saya beri awak kebenaran. Ciumnya. Dia begitu comel. Dia siapa? -Kakak saya. Awak siapa? Semasa awak bercakap, dia tendang. Kali pertama. Lelaki? Bagaimana awak tahu dia lelaki atau perempuan? Ayah tanya ahli nujum. Dia nak tahu kalau jurutera atau doktor... ...akan dilahirkan. -Maksud awak? Kalau lelaki, jurutera. Kalau perempuan, doktor. Sebaiknya tinggal di dalam. Sarkas hebat di luar. Datuk awak pengacara gelanggang sarkas akan... ...tunjukkan cemeti dan suruh awak lari. Hidup satu perlumbaan. Lari, jadi jurutera. Tapi awak jadi apa yang hati awak suruh awak jadi. Kalau dia takutkan awak, letak tangan atas hati dan katakan... ...semuanya baik. -Dia tendang. Cakap sekali lagi. Semuanya baik. Dia tendang. Cakap. -Semuanya baik. Semuanya baik. Siapa itu? Pergi! Awak hantar surat teguran pada ayah, ambil surat kencing ini. Siapa sana? -Bakal menantu awak. Juga rombongan pengantin. -Rastogi? Pengawal, ke sana! Kamu dah belajar tentang bandul mudah. Sekarang mari kita... ...belajar tentang bandul campuran. Ia adalah objek tak sama yang berayun atas paksinya. Saya akan tunjukkan kepada kamu. Apa ini? -Pensel. Ada apa di dalam? -Grafit. Bagus. Grafit adalah paksi pensel ini. Awak juga boleh jadi bandul campuran. Kalau awak berayun.... Mana Raju Rastogi? -Hadir, tuan. Hai, semua orang ada di sini. Selamat pagi, tuan. Awak berada di mana semalam? -Dia belajar. Dia belajar sepanjang malam. -Yakah? Dia tak tidur 2 malam. Sebab itu dia kelihatan begini. Apa awak belajar? Motor aruhan. Dia dah belajar semuanya. Kalau begitu, En. Raju Rastogi, boleh tak awak beritahu... ...bagaimana motor aruhan bermula? Hentikannya! Tuan, rum. En. Rastogi, mari minum secawan teh di pejabat saya. Tutup pintu. Awak tahu menaip? -Ya. Boleh taip sepucuk surat untuk saya? Sudah tentu, tuan. Mari duduk. -Maafkan saya, tuan. Tolong taip. Tuan, dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan tuan... ...bahawa anak awak digantung.... Maaf, padamnya. Berundur. Anak awak, En. Raju Rastogi digantung dari... ...The Imperial College of Engineering. Teruskan menaip. Ayah saya akan mati, tuan. -Tolong taip. Tolonglah, tuan. Keputusan saya muktamad dan tak boleh diubah. Dia hanya hidup supaya boleh melihat saya menjadi jurutera. Awak perlu berfikir hal ini dulu sebelum kencing di pintu saya. Tolong beri saya satu peluang lagi. Satu peluang lagi. Tolonglah, tuan. Baiklah. Padamkan nama awak dari surat itu... ...dan taipkan nama Ranchhoddas Chanchad. Saya tahu dia bersama awak semalam. Jadi saksi saya dan saya takkan singkirkan awak dari kolej. Awak ada tujuh setengah minit untuk berfikir. Kami takkan biarkanmu pergi. Takkan biarkan dikau pergi. Walaupun Tuhan memanggilmu... ...aku takkan takutkan Tuhan. Aku akan menghalang jalan. Dikau boleh berpaling muka dari kawanmu. Kau boleh cuba sekuat-kuatnya. Aku takkan biar dikau pergi begini. Kami takkan biarkan kau pergi. Takkan biarkan kau pergi. Rancho, perhatikan monitor itu. -Raju! Badannya lumpuh disebabkan kejutan tapi mindanya cergas. Dia boleh lihat dan dengar kita. Tolong jangan menangis depannya. Cakap dengannya seperti biasa. Berinya motivasi, berjenaka,... ...buatnya gembira. Raju, ada berita baik. Bapa awak dah sembuh. Ubat baru berkesan. Adakah tradisi keluarga Rastogi, seorang ahli keluarga... ...akan sembuh dan seorang lagi jatuh sakit? Bangunlah. Bapa awak nak skuter Pia. Boleh saya berikan? Dia takkan musnahkannya? Raju, Farhan nak beritahu awak sesuatu melalui kamera webnya... ...secara langsung dari asrama. Lihat, Virus dah batalkan penggantungan awak. Masalah selesai. Bangun sekarang. Semuanya diselesaikan. Dengar tak? Bangun, Rastogi. Perjalanan ini singkat,... ...hidup jalan yang kecil. Mengapa kau putus asa begitu cepat? Dengar nasihat kawanmu. Semua malam kesedihan akan berlalu. Mengapa kau merajuk denganku? Kami takkan biarkan kau pergi. Takkan biarkan kau pergi. Kami takkan biarkan kau pergi. Takkan biarkan kau pergi. Lihat. Emak awak beli sari baru. -Baru. Rs2000. Bangunlah sekarang. Dia bukan beli 1 tapi 10 sari. Lihatlah. Raju, mak kelihatan bagaimana? Apa mak menulis dalam surat? Dia berikan restu hidup yang panjang. Mengapa kau tak nak hidup untuknya? Lihat kawan-kawanmu. Senyumlah sekali. Bangunlah. Mengapa kau menyusahkan kami? Kau dah dengar tentang Kammo? Perkahwinan Kammo dah ditetapkan. Itupun tanpa hantaran kahwin. Pengantin lelaki tak nak kereta Maruti. Dia tak nak apa-apa. Dia hanya nak Kammo. Ya! Tahu tak siapa pengantin lelaki? Cuba teka. -Awak begitu mengenalinya. Ya. -Dia sangat suka binatang. Dia akan jadi jurugambar hidupan liar. Diam, apa awak buat? Tak faham? Dia adalah Farhan. Farhan dah setuju. Farhan akan kahwin adik awak... ...dan itu pun percuma. Kalau berinya percuma sekilo bendi dan setengah kilo keju kotej,... ...dia pasti akan sedar. Kenapa nak korbankan saya? Bagus. Semuanya dah ditetapkan. Perkahwinan adik awak dah tetap. Berapa banyak lagi awak nak menipu? Kau dah selamat. Kami takkan biarkan kau pergi. Takkan biarkan kau pergi. Kami takkan biarkan kau pergi. Takkan biarkan kau pergi. Kami takkan biarkan kau pergi. Takkan biarkan kau pergi. Awak panggil teksi? -Saya panggil. Mengapa? -Saya nak hadir temu duga kerja. Awak akan ikut saya? -Tak, saya akan hantar awak... ...ke rumah dan saya akan pergi untuk temu duga kerja itu. Mengapa saya nak pulang? -Dah lupa? Awak janjikan sesuatu kepadanya. Berikan tali leher awak. -Kenapa? Beri kepadanya. Saya tak fikir awak boleh pergi temu duga... ...selepas baca ini. -Apa itu? Surat. -Untuk awak dari Hungary. Seorang jurugambar, Andre Istvan. Awak pos surat saya? -Dia sangat suka gambar awak. Dia nak jadikan awak pembantunya. Dia nak awak bekerja bersamanya selama setahun... ...di hutan hujan Brazil. -Dia juga akan bayar gaji. Ayah takkan setuju. Pergi terangkan kepadanya. Jangan takut hari ini, Farhan. Kalau tak, 50 tahun kemudian, semasa awak tua dan berada... ...dalam hospital begini dan menunggu untuk mati,... ...pada masa itu, awak akan fikir, "Surat berada di tangan,... ...teksi tunggu di pintu, kalau saya berani sikit,... ...hidup saya akan berlainan." Adakah awak fikir dia akan sukakannya? Mengapa beli hadiah yang begitu mahal? Hari ini, dia akan mendapat pekerjaan. Kita mesti berbangga sekarang dan awak nak jadi kedekut? Farhan, hari ini awak ada temu duga, kan? Saya tak pergi. Saya tak nak jadi jurutera, ayah. Apa berlaku? Awak ditimpa kemalangan? Saya lompat dari tingkat ketiga bangunan itu. Kenapa? -Kerana saya digantung. Mengapa? -Saya kencing depan pintu... ...pengarah semasa mabuk. Adakah Rancho masih main-main dengan fikiran awak? Saya tak faham kejuruteraan. Kalau saya jadi jurutera pun,... ...saya akan jadi jurutera yang teruk. Rancho percayakan sesuatu yang mudah. Jadikan kegemaran kita... ...kerjaya kita. Lepas itu, kerja akan menyeronokkan. Awak akan memperolehi pendapatan apa dalam hutan itu? Gajinya tak banyak tapi saya akan banyak belajar. Selepas 5 tahun, apabila awak lihat kawan-kawan awak beli... ...kereta, beli rumah, awak akan menyumpah diri awak. Saya akan kecewa kalau saya menjadi jurutera. Lepas itu, saya akan menyumpah ayah seumur hidup saya. Lebih baik saya menyumpah diri saya sendiri. Orang akan ketawa! Mereka akan kata dia berhenti pada... ...tahun akhir. En. Kapoor kata ayah bernasib baik kerana... ...anak ayah belajar di ICE. Apa dia akan fikir? Bukan En. Kapoor yang pasang penyaman udara di bilik saya. Bukan dia buat saya tidur dengan tenang dan sendiri... ...tidur tak selesa. Bukan dia yang bawa saya bersiar-siar di zoo atas bahunya. Ayah buat semua itu. Apa ayah fikir penting buat saya. Saya tak peduli apa En. Kapoor katakan. Saya tak tahu nama pertamanya pun. Awak baru menonton filem? Ini dramakah? Cukuplah. Dia susah hati. Jangan-jangan dia buat sesuatu seperti Raju. Kalau begitu, perbincangan ini dah tamat. Jangan cakap... ...apa-apa padanya. Kalau tak, dia akan lompat dari bumbung. Tak, ayah. Saya takkan membunuh diri. Saya janji. Rancho yang ayah tak suka itu memaksa saya letakkan foto... ...ayah dan mak dalam dompet saya. Dia suruh saya janji, bila saya memikirkan hal-hal bodoh,... ...lihat foto ini dan fikirkan apa akan jadi kepada senyuman... ...ini apabila mereka melihat mayat saya. Saya nak meyakinkan ayah tapi bukan dengan ancaman bunuh diri. Apa akan berlaku? Kalau saya jadi jurugambar, saya akan... ...memperolehi duit kurang, kan? Rumah dan kereta lebih kecil... ...tapi saya akan gembira. Saya akan betul-betul gembira. Apa saja untuk ayah, saya akan buat dengan penuh kasih sayang. Sampai sekarang, saya dengar semua cakap ayah. Hari ini, sekali saja, biar saya dengar kata hati saya. Tolong, ayah. Ayah, jangan pergi. Pulangkan ini. Kamera profesional awak berapa harganya? Boleh ditukarkan dengan komputer riba ini, kan? Kalau perlukan lebih banyak duit, minta sajalah. Pergilah hidup mengikut cara awak. Markah awak lemah secara konsisten. Ada sebab tertentu? Takut. Saya pelajar pandai sejak kecil. Ibu bapa saya rasa ia akan menamatkan kemiskinan kami. Saya menjadi takut. Apabila saya datang, saya lihat ada perlumbaan. Kalau tak dapat pertama, tiada sesiapa mengenal kita. Saya semakin takut. Ketakutan tak baik untuk gred. Saya mula pakai lebih cincin. Mula berdoa. Bukan berdoa tapi merayu pada Tuhan. Beri ini, beri itu. Selepas 16 tulang pecah, baru saya dapat peluang berfikir. Baru saya faham. Tuan, hari ini saya tak minta Tuhan beri saya pekerjaan ini. Saya hanya bersyukur untuk hidup ini. Kalau kamu menolak saya pun, saya tak menyesal kerana saya pasti... ...akan lakukan sesuatu yang berguna dengan hidup saya. Sifat jujur awak tak baik untuk syarikat kami. Untuk menguruskan klien, kami perlukan seorang yang diplomatik. Awak suka berterus terang. Tapi kalau awak meyakinkan kami bahawa awak boleh kawal... ...sikap ini, sesuatu boleh dilakukan. Saya belajar berdikari selepas memecahkan kedua-dua kaki. Bukan mudah mendapat sikap ini. Saya tak boleh mengubahnya. Kamu simpan pekerjaan kamu dan saya akan teruskan sikap saya. Maafkan saya. Tunggu. Saya merekrut selama 25 tahun. Saya menemu duga ramai pelajar. Untuk mendapat pekerjaan, orang akan setuju kepada semua. Awak datang dari mana? Ya? -Nak gaji berapa banyak? Boleh kita bincangkannya? Terima kasih, tuan. Tuanku, awak hebat. Terima hadiah kami. Govind! Tuan yang katakan, kalau dia dapat pekerjaan, cukur misai itu. Apa ayah buat? Saya rasa orang dah tanggalkan pakaian saya. Saya dirogol. Saya takkan mengalah, Rastogi. Awak hanya akan dapat pekerjaan selepas lulus dalam peperiksaan... ...akhir dan kali ini, saya akan sediakan peperiksaan itu. Ayah, itu tak adil. Semuanya adil dalam cinta dan perang. Ini adalah Perang Dunia Ketiga. Habislah Rastogi. Apa awak buat di sini? Jaga-jaga. Awak mabuk. -Ya, saya minum 2 hingga 4. Dua hingga empat? Dua atau empat? Saya perlukan keberanian. -Untuk apa? Untuk mencuri ini. -Apa ini? Kunci pendua pejabat Virus. Kertas soalan berada dalam sampul surat dengan cap merah. Ayah sendiri menyediakannya supaya Raju gagal. Pergi dapatkannya! Awak gilakah? Itu menipu. Semuanya adil dalam cinta dan perang. Beritahu saya sesuatu. Adakah awak betul-betul rasa... ...semasa mencium, hidung akan terlanggar? Tunggu sekejap. Makan Dhokla. Ambil ini. Orang Gujrat memang comel tapi kenapa makanan kamu berbunyi... ...begitu berbahaya? Dhokla, Fafda, Handwa, Thepla, Khakhra. Macam misil. -Mari. Hari ini, Bush jatuhkan dua Dhokla atas Iraq. 400 orang terbunuh. 200 orang cedera. Mari. Saya boleh tahan nama makanan,... ...tapi nama awak, Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Selepas berkahwin, saya takkan tukar nama keluarga saya. Pia, kita tak boleh kahwin. Mengapa? Awak mencintai orang lain? Tak. -Awak homoseksual? Mengapa awak tak melamar saya? Adakah awak mati pucuk? Buktikannya. -Tak, Pia. Berhenti! -Apa berlaku? Kita tak beritahu Pia. -Berhenti di sini. Saya nak ke tandas. -Diamlah! Awak masih menghubunginya? -Tak tapi saya ada nombor... ...telefon rumahnya. -Telefonlah. Saya akan berhenti. Tiada tempat untuk kencing di negara ini. Pia ada? -Tiada. Boleh saya menghubunginya di mana? Di hospital? Mengapa dia nak pergi ke hospital? Dia akan berkahwin hari ini. Dia pergi ke Manali. Pia dah berkahwin? -Belum lagi. Perjalanan 6 jam. Kalau memandu laju, kita akan sampai sebelum upacara kahwinnya. Macam mana? Kalau dah memikirkan, buat pusingan U. Jangan buat pusingan U. Terus ke Ladakh. Kita akan jumpa Rancho dan lepas itu pulang. Saya ada perjumpaan pada hari jumaat dengan Phunsukh Wangdu. Mari duduk dalam kereta. Kalau saya tak jumpanya,... ...orang Jepun akan mengupahnya. Mereka tawarkan nama pertama... ...dalam syarikat. Phunsukh dan Fujiyashi. Kongsi untung.... Pia kahwin Suhas. -Terima kasih untuk sut ini. Virus akan mendapat serangan jantung. Apabila anak perempuannya kahwin, kita akan sampai untuk... ...menimbulkan masalah. Saya akan beritahu Pia. Awak uruskan "tanda harga". Farhan. -Kami dah jumpa Rancho, Pia. Untuk bilik 107? -Ya, tuan. Bagi sini. Kenapa awak lambat? Maaf, tuan. -Pergi dari sini. Housekeeping, tuan. -Masuk. Cepat, gosok shervani saya. Kami dah jumpa Rancho. Awak masih nak kahwin dengan keldai ini? Awak gila, Farhan. Jangan menipu diri awak, Pia. Awak masih mencintai Rancho... ...dan masih makan dhokla. Dia seperti ekor anjing. Dia takkan berubah. Diam, Farhan. Suhas dah berubah. Sekarang dia tak cakap pasal jenama atau harga lagi. Shervani saya yang berharga Rs150,000! Mengapa awak makan cutni? -Saya akan buat sesuatu, tuan. Apa awak akan buat? Setiap hari kami terima shervani dengan kesan. Saya akan... ...bersihkannya dengan cepat. Bawanya balik cepat! Tapi dah terlalu lambat, Farhan. Pia, kita dah lambat. Mari. Pia, saya Raju. Jangan jerit. Mereka akan bunuh saya. Suhas di mana? Dia datang dari Housekeeping dan bawa shervani saya. Masuk dan hantar Suhas. -Upacara dah dimulakan. Kalau saya bangun, ia akan kelihatan biadab. Ya, Farhan? -Kereta sedia di pintu pagar. Bawa Pia dan larikan diri. Diamlah. Jangan bergerak. Tuan? -Shervani saya? Awak di sini? -Ya. Siapa yang berkahwin di sana? -Berkahwin? Beberapa pusingan lagi dan kita akan berkahwin. Saya dah pun berkahwin. Boleh kita pergi? Ramai orang di sini. Semua akan ketawakan kita. Kalau orang ketawa, awak akan membunuh dirikah? Orang akan gosip selama 2 hari dan lepas itu lupakannya. Tapi kalau awak kahwin hari ini, awak takkan lupa dalam seumur... ...hidup bahawa kereta ini tunggu di pintu pagar. Kami datang membawa awak kepada Rancho tapi disebabkan takut... ...kepada orang, awak kahwin keldai ini. Housekeeping? Pia, ada masalah kecil. -Apa? Kami tak tahu kalau Rancho dah berkahwin atau belum. Apa?! -Pasti belum kahwin. Kalau dah berkahwin? -Kami akan hantar awak balik. Bertenang. Makan biskut ini. Buatan tangan dari San Francisco. Apa dia buat di sini? Jangan pedulikannya. -Makan biskut ini. Sedap. Sehingga semalam, saya seorang warganegara yang baik... ...tapi dalam 24 jam, saya menyebabkan sebuah pesawat... ...membuat pendaratan kecemasan. Saya hampir mengepam abu mayat Shamaldas ke dalam longkang... ...dan menculik pengantin perempuan dari perkahwinannya. Semuanya kerana Rancho. Tapi dia juga sanggup buat apa saja untuk kawan-kawannya. Untuk mencuri kertas soalan untuk Raju, dia membahayakan dirinya. Cari sampul surat dengan cap merah. Dia takut kalau Raju gagal, dia pasti akan melompat lagi... ...tapi kami pencuri berprinsip. Kami sumpah hanya akan mencuri kertas soalan untuk Raju. Kami takkan lihatnya pun. Mana ni? Pagi akan menjelma. Rancho, tanya Pia. Pia, telefon kau. Bila katakan "Semuanya baik," dia akan tendang. Dia tendang. -Dengar tak? Pia, telefon kau. Dah jumpa. Cepat buat salinannya. Awak dapatnya di mana? Letakkannya balik. Kita selamat. -Mana kamu pergi? Ambil ini. -Apa ini? Hadiah. Kertas soalan. Virus sendiri sediakannya supaya awak gagal. Saya ada kawan yang ganjil. Mula-mula ajar saya untuk... ...hidup dengan maruah. Lepas itu suruh buat kerja memalukan. Bukan hari ini. Saya nak lulus dengan usaha saya sendiri. Kalau tak, biarlah gagal. Dia berjaya menawan hati kami. Saya rasa nak jadikannya... ...adik ipar. Lepas itu, saya mengawal emosi saya. Pencuri! -Tolong, tuan! Maaf, tuan. Nak tukar sistem? Kencing depan pintu saya. -Apa tuan buat? Maaf, tuan. Awak digantung! Kalau kamu tak keluar sebelum pagi, saya akan panggil polis. Saya akan panggil polis! Dari mana dia dapat kunci pejabat ayah? Saya berinya kunci, ayah. Kalaulah saya beri kunci ini kepada abang,... ...dia akan masih hidup hari ini. -Hentikannya, Pia. Ayah fikir abang mati kerana terjatuh dari kereta api? Diam, Pia! -Ayah memutuskan dia akan... ...jadi jurutera. Pernah tak tanya, apa dia nak jadi? Ayah banyak menekan abang. Dia rasa lebih baik mati... ...daripada mengambil peperiksaan kemasukan. Apa dia cakap? -Ayah, masuk bilik ayah. Masuk bilik ayah. Pia, hentikannya. Apa kau lakukan, Pia? Abang nak belajar sastera. Dia nak jadi penulis. Dia tak dapat menulis apa-apa selain nota bunuh diri ini. Pia, letak balik surat itu. -Nak sembunyikan sampai bila? Kalau sekali pun ayah beritahunya, berhenti belajar kejuruteraan... ...kalau dia tak sukakan. Buat apa yang disukainya. Pasti abang masih hidup sekarang ini. Dia tak boleh bunuh diri. -Ayah betul. Dia bukan bunuh diri... ...tapi dibunuh. Banyak jalan banjir di bandar. Lalu lintas terhenti. Saya suruh awak balik. Mengapa awak ikut kami? Mengapa? Jalan ini milik emak awakkah? Tolonglah. Hanya ada sebuah ambulans saja di seluruh bandar ini? Panggil ambulans dari hospital lain. Seluruh bandar banjir. Kami tak boleh buat apa-apa. Tak, Pia..... -Mona, apa berlaku? Rancho, Pia. Rancho, mustahil untuk datang ke sini. Buat apa yang saya suruh. Awak tak faham? Air tebunannya pecah. Awak tak.... Dia putuskan talian. Berjaga-jaga. Pasang lampu. -Nak letaknya di mana? Atas meja. -Meja ping pong. Raju, buka kamera web. -Ya. Kakak di mana? Tunjukkan kepada saya. Tunggu sekejap. Pia di sini. -Semuanya akan okey, kak. Saya ada bersama kakak. -Pia, saya akan mati. Rancho, apabila tiada doktor atau hospital di dunia... ...anak masih dilahirkan. Kamu akan menyambut kelahiran anak kakak. Semuanya baik. Berani betul! Saya akan bunuh kamu! Ayah, jangan masuk campur. Farhan, bawa tuala dan gunting. Millimeter, bawa klip sidai pakaian dan air panas. Rancho, tutup kakak. -Ya. Kakak, teran. -Mona, teran. Teran. Hentikan! Saya tak boleh lakukannya. Rancho, lihat kalau crowning berlaku. Maksud awak? -Bawa gambar rajah itu. Lihat kalau kepalanya keluar. Rancho, cepat. Cepatlah! -Pergilah, Rancho. Tiada. Kak, tolong teran. Dia dah letih, Pia. -Bangunkannya! Kalau dia... ...tak teran, masalah besar akan timbul. Kena guna cawan vakum, Pia. -Mana ada cawan vakum di sana? Apa itu cawan vakum? Ia diguna untuk apa? Saya akan tunjukkan. Kalau emaknya letih dan tak boleh tolak, cawan ini akan diletak... ...atas kepala bayi. Pam sedut ini akan mewujudkan vakum dan... ...cawan ini akan terlekat ke kepala bayi. Lepas itu, bayi itu ditarik keluar. Saya boleh buatnya. -Bagaimana? Dengan pembersih vakum. -Pembersih vakum? Ya. -Tapi tekanannya terlalu tinggi. Saya akan mengawal tekanan. -Ada pembersih vakum di sana? Ada, di pejabat saya. -Farhan, cepat bawa dari... ...pejabat tuan. -Okey. Ambil kunci ini. Teran, Mona. Apa berlaku? -Apa berlaku? Raju, apa berlaku? -Bekalan elektrik putus. Bagaimana nak guna pembersih vakum sekarang? Farhan, bawa pembersih vakum. Saya akan dapatkan bekalan elektrik. Bagaimana? Millimeter, keluarkan Virus. Cepat. Keluar! -Apa awak merepek? Bukan Virus ini. Virus yang saya buat itu, inverter. Bawa dengan cepat. -Baiklah, saya faham. Raju, suruh semua bangun di asrama dan beritahu mereka... ...kita perlukan bateri kereta, wayar, kit peralatan dan... ...tolok vakum. Cepat. Rancho di mana? -Di sini. Letak bateri di sini. Cepat. Juga wayarnya. Raju, tutup semua dan sambung inverter ke kawat utama. Rancho, pembersih vakum. Farhan, apa yang awak guna untuk bersihkan kamera awak? Peniup? -Bawa dengan cepat. Rancho, ini peniup. -Bagus. Sambung ke tolok... ...pembersih vakum. -Okey. Rancho, siap. Semua suis ditutup? -Ya. Pasang lampu meja ping pong dan komputer. Raju, pasang komputer. Farhan, tolong saya. Sambungnya. Pia, datang cepat. Saya cinta awak, Rancho. Farhan, pasangnya. -Baiklah. Nak sedut berapa banyak? -Tak lebih daripada 0.5. Farhan, 0.5. -Tutupnya. 0.5. -Okey. Menyambut kelahiran anak dengan pembersih vakum. Saya tak pernah melihatnya dalam 20 tahun kerjaya saya. Farhan, tutupnya. -Ya. Raju, pergi ke meja. Pandang saya. Tolak bayi ke bawah begini. Farhan, pasangkannya. Kak, teran. Awak boleh lakukannya. Teran. Fikir tentang Champ. Lakukannya untuk Champ. Dia datang. Kakak boleh lakukannya. Teran, Mona. Farhan, tutupkannya. -Sudah tutup. Letak dua klip dan potong tali pusat. Farhan, cepat bawa dua klip dan letak di tali pusatnya. Itu dia. -Bawa gunting. Berhati-hati. Bawa tuala. Pia, mengapa dia tak menangis? Rancho, gosok belakangnya. Tiada apa-apa berlaku. Tiup udara dalam mulutnya. Tiada reaksi. Jangan menangis, Mona. Cakap "Semuanya baik." Dia tendang. -Apa? Dia tendang. Cakap "Semuanya baik." Semuanya baik. Semuanya baik. Kalau ketika itu, Virus katakan dia nak jadikan cucunya... ...jurutera, saya pasti belasahnya. Tapi apabila dia bercakap, kami terpegun. Kau pandai tendang. Nak jadi pemain bola sepak? Jadilah apa yang kau suka. Tunggu! Awak nak pergi ke mana? Saya belum selesai lagi. Pada hari pertama di kolej, awak tanya saya satu soalan,... ...ingat tak? Mengapa mereka tak guna pensel di angkasa lepas? Kalau hujung pensel patah di angkasa lepas,... ...ia akan terapung... ...dalam graviti. Ia boleh masuk ke dalam mata, hidung, atau... ...panel peralatan. Awak salah. Awak tak boleh betul setiap masa. Faham tak? -Ya, tuan. Ini penciptaan yang sangat penting. Faham tak? Ya, tuan. Pengarah saya katakan,... ...apabila ada pelajar yang luar biasa pandai,.... Pergi belajar! Lulus peperiksaan dan pergi dari sini. Pelajar cemerlang, Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Satu foto, tuan. Saya nak ambil semua gambar kenangan ini dan bawanya bersama. Pada hari itu, kami hanya peluk satu sama lain, buat janji... ...kepada satu sama lain untuk menghubungi satu sama lain... ...dan berjumpa sekali setahun. Siapa tahu kami akan melihat... ...Rancho buat kali terakhir. Buka ikatannya. Saya akan mendakwa kamu dalam mahkamah Amerika. Hanya Rancho saja boleh buka sekolah begini. Tapi dia berada di mana? Jangan kencing di sini. Pergi dari situ! -Jangan kencing situ. Nak saya pukul? Dah jumpa. Dia mesti berada di sini. Marilah. Mana Ranchhoddas? -Namanya bukan Ranchhoddas. Chhote. Apa namanya? Bertenang. Ikut saya. Rancho di mana? -Rancho! Farhan, dia dah baca semua buku yang awak tulis. Lihat. Ini juga. Raju, dia baca blog awak setiap hari. Dengan bangganya dia beritahu budak-budak tentang... ...penyelidikan awak. Ingat topi keledar awak? Ia kena curi, kan? Siapa awak dan bagaimana awak boleh tahu nama kami? Tak cam saya? -Tak. Bagaimana nak cam? Millimeter dah jadi Sentimeter sekarang. Bukan Sentimeter. Awak dah jadi Kilometer. Apa awak buat di sini? -Buat kali pertama, saya dapat... ...sepucuk surat dan terdapat tiket kereta api. Tertulis di belakang. "Kalau nak belajar, naik kereta api ini." Saya pun menaikinya. Mana si bodoh itu? Awak terbangkannya. Setiap hari, awak muncul dalam mimpi saya memakai pakaian... ...pengantin dan menaiki skuter. Awak tak buka selendang tapi tanggalkan topi keledar awak... ...dan datang dekat untuk mencium saya. Sebelum pergi, tak boleh beritahukah? Tak. Maaf. Dah kahwin? -Apa? Belum. Awak? -Hampir kahwin, bodoh! Jadi? -Jadi apa? Adakah awak mencintai sesiapa? Ya. Siapa? -Awak. Lihat, hidung takkan langgar, bodoh! Betul. Saya nak belasah awak. -Dengar cakap saya. Dengar dulu cakap saya. Saya akan terangkan segala-galanya. Hai, Raju. -Bodoh! Pukulnya dan pukulnya bagi pihak saya juga. Tahu apa kami kena lakukan? -Saya pakai cermin mata. Hentikan. Bangun. Berseronokkah? -Hai, Chatur. Ranchhoddas Chanchad. Selamat sejahtera, cikgu. Dah sampai ke mana? Dah jadi guru di kampung? A untuk apple, B untuk ball. Kita berdua menaiki kereta api bersama-sama... ...tapi kereta api awak berundur. Daripada jurutera, awak jadi guru sekolah rendah. Apa gaji awak? Cakaplah. Rs5000? Bagi saya, itu seperti 100 dolar. Duit belanja anak lelaki saya lebih daripada gaji awak. Berhenti merepek. -Dia yang selalu merepek. Dia nak ubah sistem pendidikan. Dia nak ubah dunia. Tapi dia tukar lampin di sini. Awak nak pecah giginya atau saya pecahkan? Biarkanlah. -Ingat tak? Saya katakan, awak akan menangis pada suatu hari kelak dan... ...saya akan ketawa. Tandatangan di sini. Akuilah awak kalah dan saya menang. Perisytiharan Kekalahan. Tak boleh dipercayai! Awak gilakah? Itu pen Virus. Bagaimana awak dapat? Awak curikah? Nak katakan apa? -Ini untuk pemenang,... ...bukan orang yang gagal. Tak apa. Kalau ada masalah di sekolah, nak derma... ...hubungi pembantu saya, okey? Dia langsung tak berubah. -Jangan pedulikannya. Dia selalu merepek. Lupakan. Berita baik adalah nama awak bukan Ranchhoddas Chanchad. Bayangkan selepas kahwin, saya akan jadi Pia Chanchad. Teruknya. Apa nama sebenar awak? -Phunsukh Wangdu. Wangdu? -Pia Wangdu? Ya. -Awak ahli sains? Ya. -Awak ada 400 paten? Saya takkan tukar nama keluarga selepas berkahwin. Awak ahli sains atau guru? -Saya ahli sains tapi juga... ...mengajar budak-budak. Maksudnya, awak Phunsukh Wangdu yang hebat itu? Ya. Hei, Silencer. -Chatur, balik sini. Tunggu. -Ambil itu. Dia takkan berhenti begitu. Tunggu, saya akan hentikannya. En. Wangdu, saya tak percaya awak telefon. Maafkan saya tapi saya tak boleh tandatangan perjanjian dengan... ...syarikat awak. -Mengapa? Apa berlaku? Nak tandatangan macam mana? Awak bawa pen saya. Pen apa? Saya tak faham. -Pen di tangan awak. Pen Virus. -Pen Virus? En. Wangdu? -Ya, Chatur. A untuk apple, B untuk ball dan L untuk lucky. Dia terpegun. Awak kenakan saya, Rancho. Maksud saya, En. Wangdu. Betul-betul kenakan saya. Saya harap masalah peribadi kita tak menjejaskan perjanjian kita. Chatur, di sini! -Saya hanya bergurau. Saya tahu dalam hati saya, awak akan berjaya dalam hidup. Awak menipu. -Tak, saya sumpah. Rancho 100, Chatur 0. Awak menang, saya kalah. Awak tak percaya saya? Tuanku, hebat. Terima hadiah ini. Nak nasihat percuma, En. Wangdu? Lari! Rancho, saya akan kehilangan pekerjaan saya. Saya ada anak kecil. Guru Ranchhoddas memang betul. Jadilah cemerlang. Kejayaan akan mengejar kita. Sari Kata Oleh: mor@subscene.com