Terjemahan Oleh:
mor@subscene.com
Helo. Ya?
Apa?
Tuan, tolong tutup
telefon bimbit awak.
Tunggu sekejap.
Helo.
Tuan, tolong duduk.
Kapten, seorang penumpang
baru terjatuh atas lorong.
Delhi, Air India 101 kembali
disebabkan kecemasan perubatan.
Pusingkannya.
Maaf, tuan.
Tunggu!
Saya sihat. Terima kasih.
Kamu boleh teruskan.
Tunggu.
Bawa kereta.
-Awak En. Dhillon?
Nak tatu nama di sinikah?
Cepat bawa kereta!
Nak pergi ke hotel, tuan?
-Ya, nak pergi ke hotel...
...tapi melalui Vasant Vihar.
Pergi ke sana dulu.
Tekan minyak sikit.
Ya, cakap, Farhan?
-Cepat keluar.
Saya akan sampai
ke rumah awak dalam 5 minit.
Apa berlaku?
-Chatur telefon. Ingat dia?
Siapa? 'Silencer'?
-Ya, dia.
Dia katakan
Rancho akan datang.
Apa?
-Ya. Dia cakap kalau nak...
...jumpa Rancho, datang ke kampus
pada pukul 8, dekat tangki.
Alamak!
-Cepat keluar.
Baiklah.
Sayang, saya akan kembali
sebentar lagi. Alamak! kasut!
Kami dah jumpa kawan kami.
Apa?
Beritahu saya nanti.
Selamat tinggal.
Pakailah seluar awak dulu!
Nak pergi ke hotel sekarang?
-Kita akan pergi ke hotel...
...tapi melalui
Imperial College of Engineering.
Okey, tuan.
-Saya terlupa bawa stoking.
Awak cakap tentang stoking.
Lihat bawah. Awak terlupa seluar.
Sekarang pergi jemput abang
saya di lapangan terbang.
Nama yang sama. Dhillon.
Saya Dhillon. Mana teksi saya?
Di landasan kapal terbangkah?
Rancho!
-Chatur, mana Rancho?
Rancho.
Mana Rancho?
-Selamat datang, bodoh.
Nak minuman arak?
Ini rum sama yang
kamu minum di sini?
Minumlah sikit.
-Mana Rancho?
Saya akan beritahu.
Lihat ini dulu.
Bukan isteri saya tapi
banglo di belakangnya.
3.5 juta.
Kolam renang
dengan sistem pemanasan.
Bilik duduk, lantai kayu mapel.
Lambhorghini baru saya,
6496 c.c. Sangat laju.
Mengapa tunjukkan kami semua itu?
-Dah lupa?
Apa ni?
-5hb September.
Tarikh hari ini.
Apa lagi?!
Kita buat pertaruhan. Kita akan
berjumpa selepas 10 tahun...
...di tempat sama
pada hari yang sama.
Kita akan lihat siapa
yang lebih berjaya.
Berani tak? Cakaplah.
Awak akan datang tak?
Ingat tak? Saya bertaruh
dengan si bodoh itu di sini.
Saya tunaikan janji saya.
Saya dah kembali.
Bodoh! Saya tinggalkan pesawat.
Dia terlupa seluarnya...
...hanya untuk jumpa Rancho.
Kami mencarinya selama 5 tahun.
Kami tak tahu kalau dia masih...
...hidup atau dah mati. Awak fikir
dia akan datang ke sini untuk...
...pertaruhan bodoh awak?
Saya tahu dia takkan datang.
-Apa?
Awak nak pecahkan
giginya atau saya?
Mengapa awak panggil kami?
-Untuk jumpa Rancho.
Mari lihat dia tertinggal di mana
dan saya dah sampai ke mana.
Jadi awak tahu
Rancho berada di mana?
Ya.
-Di mana?
Dia berada di Shimla.
Dia seperti angin
yang meniup.
Dia seperti layang-layang
yang melayang.
Ke mana dia pergi?
Mari kita mencarinya.
Dia seperti angin
yang meniup.
Dia seperti layang-layang
yang melayang.
Ke mana dia pergi?
Mari kita mencarinya.
Jalan menunjukkan
kami arahnya.
Dia membuat
jalannya sendiri.
Dia terjatuh, bangun dan
berjalan dengan riangnya.
Kami bimbang tentang
hari esok.
Dia meraikan hari ini.
Dia menghabiskan setiap saat
dengan hidup sepenuhnya.
Dia datang dari mana?
Dia membuat
hati kami terharu.
Ke mana dia pergi?
Mari kita mencarinya.
Dia tempat berteduh dari
kepanasan matahari.
Dia seperti oasis dalam gurun.
Dia seperti penawar menenangkan
kepada hati yang terluka.
Kerana takut, kami tinggal
dalam perigi.
Dia menjunam dalam sungai.
Dia berenang menentang
air pasang.
Dia berkelana sendirian
seperti awan.
Dia sahabat kami.
Ke mana dia pergi?
Mari kita mencarinya.
Rancho. Ranchhoddas
Shamaldas Chanchad.
Fikirannya unik
sama seperti namanya.
Dari muda lagi, saya dengar
kehidupan adalah satu perlumbaan.
Kalau tak berlari pantas,
orang akan memijak kita.
Untuk lahir pun, kita kena
berlumba dengan 300 juta sperma.
Pada tahun 1978. Saya lahir
pada pukul 5.15 petang...
...dan pada pukul 5.16, ayah
mengatakan, "Anak saya akan...
...menjadi jurutera."
-Farhan Qureshi, Jurutera B.Tech.
Takdir saya pun ditentukan.
Saya nak jadi apa,
tiada siapa pun tanya.
Raju Rastogi.
Ranchhoddas Chanchad.
Apa nombor bilik awak?
D26.
Mari. Saya Man Mohan. MM.
Semua jurutera ini memanggil saya...
...Milimeter. Susu, telur, roti,
cuci kain, gosok kain,...
...mengisi jurnal, menyalin
tugasan. Apa saja kerjanya,...
...beritahulah saya. Kadarnya
tetap. Tiada tawar-menawar.
Tunggu sekejap.
Pegang ini.
Ini Kilobait, ini Megabait
dan ini ibunya, Gigabait.
Ambillah gambar.
Keluarga ini tak gigit.
Lihat! Seorang
lagi Pemuja Tuhan.
Hai. Farhan Qureshi.
-Saya Raju Rastogi.
Jangan bimbang. Lama-kelamaan,
dengan sendirinya dia akan...
...hilang kepercayaan
kepada Tuhan.
Dia akan tampal poster
gadis bogel dan berkata...
..."Oh Tuhan! Pertemukan
saya dengannya sekali."
Keluar dari sini.
-Beri saya Rs4.
Rs2 satu beg.
Ini Rs5.
Simpan bakinya.
Tuan beri saya tip. Saya
juga akan beri awak maklumat.
Malam ini, pakai seluar
dalam yang tak berlubang.
Kenapa?
Tuanku hebat.
Terima hadiah ini.
Tengok ni, He-Man.
Cantik sekali.
Comel dan padat.
Maruah kami menghadapi risiko.
Tangan kami memberi tabik, kepala
kami tunduk dalam kehambaan...
...apabila kami jumpa
Rancho buat kali pertama.
Hadiah baru.
Hadiah, hadiah, hadiah.
Salam. Tanggalkan seluar
dan dapatkan cap.
Apa nama awak?
-Ranchhoddas Shamaldas Chanchad.
Dengar semua! Susah disebut. Kamu
akan ingat sebelum tahun akhir.
Tanggalkan seluar.
Awak berdegil?
Tak elok pakai seluar basah.
Tanggalkannya.
Semuanya baik.
-Apa awak cakap?
Semuanya baik.
-Apa dia cakap?
Terangkan kepadanya.
Hei, James Bond.
Terangkan kepadanya.
Tanggalkan seluar. Jika tidak,
dia akan kencing atas awak.
Orang putih,
malu cakap Hindi?
Maaf. Saya dilahirkan di Uganda.
Belajar di Pondicherry.
Agak lembab bercakap Hindi.
-Terangkan dengan perlahanlah.
Kita bukan nak cepat.
Dah pakai semula?
Tanggalkan pakaian.
Kalau tak dia akan...
...kencing atas awak.
Apa dia cakap?
Ahli linguistik
belajar kejuruteraan.
Keluar dari situ!
Keluar. Kalau tak.....
Kalau tak, saya akan
kencing depan pintu awak.
Saya akan kira sampai 10.
Kalau awak tak keluar...
...saya akan kencing depan pintu
awak sepanjang semester ini.
Satu!
Dua!
Tiga!
Empat!
Lima!
Enam!
Tujuh!
Lapan!
Sembilan!
Sepuluh.
Air masin adalah pengalir
elektrik yang baik. Fizik darjah 8.
Kami belajarnya.
Dia menggunakannya.
Nama pengarah ICE adalah
Dr. Viru Sahastrabuddhe...
...tapi semua orang memanggilnya
virus, virus komputer.
Virus datang membawa telur.
Pelajar tahun pertama diminta...
...turun. Cepat datang!
Virus lelaki yang
sangat suka bersaing.
Dia tak tahan melihat
sesiapa mendahuluinya.
Untuk menjimatkan masa, dia
pasang Velkro, bukan butang...
...di kemejanya dan
cangkuk pada tali lehernya.
Dia melatih fikirannya supaya
boleh menulis dengan kedua-dua...
...tangannya sekali gus.
Setiap hari, pada pukul 2,
dia tidur sekejap selama...
...tujuh setengah minit
tepat dan dengar opera.
Govind diberi arahan untuk
melakukan semua kerja yang...
...tak produktif seperti cukur,
potong kuku mesti dilakukan...
...dalam tujuh setengah minit ini.
Apa ini?
-Sarang.
Sarang apa?
-Burung tekukur.
Salah.
Burung tekukur takkan
buat sarangnya sendiri.
Ia bertelur di sarang burung lain
dan apabila telurnya menetas,...
...apa ia buat terlebih dahulu?
Anak burung itu menolak
keluar sampai jatuh telur lain.
Persaingan berakhir. Hidupnya
bermula dengan pembunuhan.
Itu adalah alam semulajadi.
Bersaing atau mati.
Kamu semua seperti
burung tekukur.
Ini adalah "telur" yang kamu
tolak keluar untuk sampai ke ICE.
Jangan lupa kerana setiap
tahun ICE menerima 400,000...
...permohonan dan hanya
200 orang akan dipilih. Kamu!
Mereka? Musnah.
Telur yang pecah.
Anak saya sendiri
memohon selama 3 tahun...
...tapi ditolak setiap kali.
Ingat, hidup
adalah satu perlumbaan.
Kalau tak berlari pantas,
orang akan memijak kita untuk...
...maju ke depan.
Biar saya beritahu kamu satu
cerita yang sangat menarik.
Ini pen angkasawan.
Di angkasa lepas, pena, pena
mata bulat tak boleh digunakan.
Selepas menghabiskan berjuta-juta
dolar, ahli sains mencipta...
...pen ini. Ia boleh menulis
dari mana-mana sudut dan suhu...
...juga apabila graviti sifar.
Pada suatu hari, semasa
saya seorang pelajar,...
...Pengarah Institusi kami
memanggil saya. Dia katakan,...
..."Viru Sahastrabuddhe."
Saya jawab, "Ya, tuan."
"Mari sini."
Saya jadi takut.
Dia menunjukkan
pen ini kepada saya.
Dia katakan "Ini Simbol
Kecemerlangan. Saya berinya...
...kepada awak. Apabila awak
jumpa pelajar luar biasa seperti...
...diri awak, beri
pen ini kepadanya."
Selama 32 tahun,
saya menunggu pelajar itu.
Tapi tak berjaya.
Adakah sesiapa dalam kumpulan
ini yang akan ambil pen ini?
Bagus. Turunkan tangan.
Nak tulis di papan kenyataan?
Saya suruh turunkan tangan.
Saya ada satu soalan.
Di angkasa lepas, pena, pena
mata bulat tak boleh digunakan.
Mengapa angkasawan
tak menggunakan pensel?
Mereka boleh menjimatkan
berjuta-juta dolar.
Saya akan
beritahu awak kemudian.
Dia mengerjakan pelajar
senior di waktu malam...
...dan tunjukkan jari kepada
pengarah di waktu siang.
Kalau kita terus bersamanya,
kita akan mengalami masalah.
Awak betul-betul kenakan Virus.
Tuanku hebatlah.
Terima hadiah ini.
Pergi dari sini!
Tak pergi sekolahkah?
Siapa akan bayar yurannya?
Bapa awak?
Raju, biarkannya.
Apa awak buat?
Untuk pergi ke sekolah,
awak tak perlu bayar yuran.
Hanya perlukan pakaian seragam.
Beli pakaian seragam
yang awak gemari.
Lepas itu, pergi duduk
dengan senyap dalam kelas.
Dengan pelajar yang ramai,
tiada sesiapa akan perasan.
Kalau saya tertangkap?
-Tukar pakaian seragam dan sekolah.
Ada sesuatu tentangnya.
Dia mencabar cara dunia...
...di setiap peringkat. Seekor
burung bebas duduk dalam...
...sarang Virus.
Kami semua robot yang dikawal
oleh alat kawalan jauh Profesor.
Mungkin hanya dia seorang
yang mungkin bukan mesin.
Apa itu mesin?
Kenapa awak senyum?
Sebenarnya, sejak kecil saya
nak belajar di kolej kejuruteraan.
Hari ini, saya gembira
kerana duduk di sini.
Tak usah terlalu gembira.
Apakah definisi mesin?
Mesin adalah sesuatu yang
mengurangkan usaha manusia.
Tolong menghuraikannya
dengan lebih lanjut.
Apa-apa benda yang memudahkan
kerja manusia atau menjimatkan...
...masa adalah mesin.
Rasa panas. Tekan suis.
Kipas berjalan. Ia sebuah mesin.
Bercakap dengan kawan berjauhan batu.
Telefon adalah sebuah mesin.
Buat pengiraan berjuta-juta dalam
sesaat. Kalkulator sebuah mesin.
Sebenarnya,
kita dikelilingi mesin.
Dari mata pen hingga zip
seluar, semuanya mesin.
Sesaat ke atas. Sesaat ke bawah.
Atas, bawah. Atas, bawah.
Apakah definisinya?
-Tuan, saya baru beritahu.
Adakah awak akan menulis
semua ini dalam ujian?
Bodoh! Sesiapa lagi? Ya.
Mesin adalah kombinasi bahagian
yang disambungkan sehingga...
...pergerakan relatifnya kekang.
Dengan cara itu, kuasa dan...
...pergerakan boleh dihantar dan
diubahsuai sebagai skru dan...
...nat atau tuil yang diaturkan
untuk memusingkan fulkrum...
...atau kapi atas pangsinya
dan lain-lain lagi.
Terutamanya binaan yang lebih
kurang kompleks yang terdiri...
...dari gabungan bahagian bergerak
atau elemen mekanikal mudah...
...seperti roda, tuil,
sesondol dan lain-lain.
Hebat betul. Sangat bagus.
Tolong duduk.
Terima kasih.
Tapi saya juga beri jawapan
sama, dalam bahasa mudah.
Kalau awak gemar bahasa mudah,
masuk Kolej Seni dan Perdagangan.
Tapi kita juga mesti
memahami maksudnya.
Apa gunanya menghafal
definisi buku secara membabi buta?
Awak lebih tahu daripada buku?
Ini definisinya dalam buku...
...dan kalau awak nak lulus,
awak mesti menulis ini.
Tapi buku lain....
-Keluar!
Mengapa?
-Dalam bahasa mudah, keluar!
Bodoh!
Kita berbincang tentang mesin.....
Mengapa awak datang balik?
-Saya terlupa sesuatu, tuan.
Apa?
Peralatan yang merekod,
menganalisis, meringkaskan,...
...menyusun, mendebatkan dan
menerangkan maklumat yang...
...diilustrasi, tak diilustrasi,
kulit tebal, kulit lembut,...
...berkulit, tanpa kulit dengan
pengenalan pendahuluan,...
...kandungan, indeks yang
dimaksudkan untuk kesedaran,...
...pemahaman, penggayaan,
penambahan dan pendidikan otak...
...manusia melalui deria penglihatan.
Kadang-kadang sentuhan.
Apa awak cuba katakan?
-Buku, tuan.
Saya terlupa buku saya.
Boleh saya ambilnya?
Tak boleh cakap
dalam bahasa mudah?
Tadi saya cuba
tapi tuan tak suka.
Profesor tak benarkan Rancho
berada di dalam kelas...
...dan dia lebih kerap berada
di luar. Kalau dia dikeluarkan...
...dari satu kelas, dia
akan masuk ke kelas lain.
Dia kata terdapat pengetahuan
di merata-rata tempat.
Ambilnya di mana saja
yang boleh.
Dia berbeza daripada kami.
Setiap hari, kami bergaduh...
...untuk pergi ke bilik air.
Dia akan mandi
di mana saja ada air.
Selamat pagi, tuan.
Dia sangat gemarkan mesin. Dia
bawa pemutar skru dalam poketnya.
Dia akan buka apa saja
mesin yang dilihatnya.
Ada yang boleh
dipasangnya semula.
Ada yang tak boleh.
Ada seorang lagi
yang sama sepertinya.
Joy Lobo.
Maafkan saya, tuan.
-En. Joy Lobo.
Tuan, boleh tak beritahu
saya tarikh konvokesyen?
Kenapa?
-Sebenarnya ayah nak buat...
...tempahan. Saya jurutera
pertama dalam kampung saya.
Semua saudara saya nak
datang ke konvokesyen saya.
Kalau begitu,
telefon bapa awak.
Cepat. Jangan bazir masa saya.
Helo?
Ayah, tuan pengarah
nak cakap dengan ayah.
En. Lobo, anak awak
takkan lulus tahun ini.
Apa berlaku, tuan?
-Dia tak menepati tarikh akhir.
En. Lobo, ini projek yang tak
realistik. Saya dah beritahunya.
Dia buat helikopter yang karut.
Cadangan saya adalah jangan
buat tempahan kereta api.
Maafkan saya.
Tuan, saya hampir berjaya.
-Projek awak dah siap?
Projek awak dah siap?
-Tolong lihatnya sekali.
Serahkannya dan saya
akan mempertimbangkannya.
Tuan, beri saya tempoh lanjutan.
-Mengapa nak beri tempoh lanjutan?
Selepas ayah kena strok, saya
tak dapat tumpukan perhatian.
Adakah awak berhenti makan?
Tak.
-Berhenti mandi?
Tak.
-Mengapa berhenti belajar?
Saya hampir berjaya.
Tolong lihatnya sekali.
En. Lobo, anak saya terjatuh
kereta api dan meninggal dunia...
...pada tengah hari Ahad. Pada
pagi Isnin, saya beri kuliah...
...dalam kolej ini. Jangan
sebut benda karut begitu.
Saya boleh bersimpati kepada
awak, bukan beri tempoh lanjutan.
Saya hampir berjaya, tuan.
Sepanjang umur,
saya hidup sengsara.
Biar saya hidup seketika.
Sepanjang umur,
saya hidup sengsara.
Biar saya hidup seketika.
Beri saya kegembiraan.
Beri saya kesedihan.
Beri saya satu lagi peluang.
Saya nak membesar sekali lagi.
Beri saya kegembiraan.
Beri saya kesedihan.
Beri saya satu lagi peluang.
Saya nak membesar sekali lagi.
Dia buat reka bentuk yang hebat.
Kamera wayarles atas helikopter.
Ia berguna untuk kemaskini
lalu lintas dan keselamatan.
Tapi Virus katakan ini reka bentuk
tak praktikal. Ia takkan terbang.
Mengapa tak terbang?
Kita akan menerbangkannya.
Jangan beritahu Joy.
Kita berikannya kejutan.
Kita akan terbangkannya di luar
tingkapnya dan merakam reaksinya.
Kalau kita buat projek dia,
siapa akan buat projek kita?
Selepas menjumlahkan ujian,
peperiksaan lisan, kuiz,...
...terdapat 42 ujian
dalam satu semester.
Awak mudah takut.
Ambil tangan ini, letak
pada hati awak dan katakan,...
...semuanya baik.
Semuanya baik?
-Semuanya baik.
Ini kata-kata bijak baru
daripada Guru Ranchhoddas.
Terdapat seorang pengawal
di kampung saya. Masa mengawal...
...pada waktu malam, dia
menjerit, semuanya baik.
Kami pun tidur dengan tenang.
Pada suatu malam, berlaku...
...kecurian di kampung, kami
mendapat tahu dia tak boleh...
...melihat langsung
pada waktu malam.
Dia saja menjerit, "semuanya baik"
supaya kami tidur tanpa rasa risau.
Pada hari itu, saya faham sesuatu.
Hati kita ini takut dengan senang.
Awak mesti menipunya. Tak kira
masalah besar apa pun dalam...
...hidup. Beritahu hati awak,
"semuanya baik."
Itu akan menyelesaikan masalah?
-Tak tapi kita akan mendapat...
...keberanian
untuk menghadapinya.
Ingatlah mantera ini.
Ia amat diperlukan di sini.
Apabila hidup tak dapat dikawal,
gulung bibir kamu.
Gulung bibir kamu,
bersiul dan katakan...
Apabila hidup tak dapat dikawal,
gulung bibir kamu.
Gulung bibir kamu,
bersiul dan katakan...
Semuanya baik.
Ayam tak tahu apa akan
terjadi kepada telur.
Adakah ia akan menetas
atau digoreng dalam kuali?
Tiada sesiapa tahu
masa depannya.
Gulung bibir kamu,
bersiul dan katakan...
Semuanya baik, abang.
Semuanya baik, abang.
Semuanya baik, pak cik.
Semuanya baik, abang.
Terdapat kekeliruan demi
kekeliruan. Tiada penyelesaiannya.
Akhirnya dapat penyelesaian,
tak tahu pula apa soalannya?
Kalau hati kamu selalu takut
kerana perkara remeh-temeh,...
...letak tangan atas hati
dan menenangkannya.
Hati ini bodoh.
Nasihatinya dengan kasih sayang.
Gulung bibir kamu,
bersiul dan katakan...
Semuanya baik, abang.
Semuanya baik, abang.
Semuanya baik, pak cik.
Semuanya baik, abang.
Saya habiskan duit biasiswa
dengan minum arak.
Saya menyalakan kemenyan
tapi Tuhan masih tak kelihatan.
Kambing tak tahu apa akan
terjadi kepada nyawanya.
Ia akan dihidangkan dengan
pencucuk atau dicencang lumat.
Tiada sesiapa tahu
masa depannya.
Gulung bibir kamu,
bersiul dan katakan...
Semuanya baik, abang.
Semuanya baik, abang.
Semuanya baik, pak cik.
Semuanya baik, abang.
Apabila hidup tak dapat dikawal,
gulung bibir kamu.
Gulung bibir kamu,
bersiul dan katakan...
Semuanya baik.
Ayam tak tahu apa akan
terjadi kepada telur.
Adakah ia akan menetas
atau digoreng dalam kuali?
Tiada sesiapa tahu
masa depannya.
Gulung bibir kamu,
bersiul dan katakan...
Dapat! Dapat!
Semuanya baik, abang.
Semuanya baik, ayam.
Semuanya baik, kambing.
Semuanya baik, abang.
Bawanya ke tingkap Joy.
Joy!
-Tinggi lagi.
Lihat Silencer, pemuda bogel.
Joy, keluarlah.
Joy, mari ke tingkap.
Joy, lihat luar!
Saya berhenti.
Ada berita baik, tuan.
Polis ataupun bapa Joy tak tahu.
Semua orang fikir
dia membunuh diri.
Laporan bedah siasat menunjukkan
kematian disebabkan...
...banyak tekanan pada salur
udara, menyebabkannya tercekik.
Mereka fikir dia mati
kerana tekanan di sini.
Tapi bagaimana dengan tekanan
di sini sejak 4 tahun lepas?
Itu tiada dalam laporan.
Jurutera sangat bijak.
Tiada mesin dicipta untuk
mengukur tekanan di sini.
Kalau mereka buat, tentu mereka
tahu dia bukan membunuh diri...
...tapi dibunuh.
Awak menuduh saya
kerana Joy membunuh diri?
Kalau seorang pelajar
tak boleh tahan tekanan ini,...
...mengapa kami dipersalahkan?
Ada banyak tekanan dalam hidup.
Adakah awak akan
sentiasa menyalahkan orang lain?
Saya bukan menuduh tuan.
Sebenarnya, saya mempersalahkan...
...sistem ini. Saya
mempunyai beberapa statistik.
India berada di tempat pertama
dalam kes membunuh diri.
Setiap setengah jam, seorang
pelajar akan cuba membunuh diri.
Lebih ramai pelajar mati dengan
membunuh diri daripada penyakit.
Ada yang tak betul.
-Saya tak boleh cakap tentang...
...kolej lain tapi ini salah
sebuah kolej terbaik negara ini.
Saya mengendalikan kolej ini
selama 32 tahun...
...dan dari kedudukan ke-28,
saya bawanya ke nombor pertama.
Apa gunanya menjadi pertama.
Tiada sesiapa cakap tentang
idea baru dan penciptaan di sini.
Mereka hanya cakap
tentang markah...
...atau pekerjaan
di Amerika Syarikat.
Kami tak dapat pengetahuan
di sini. Kami hanya diajar...
...cara mendapatkan markah baik.
-Sekarang awak akan mengajar...
...saya cara mengajar?
-Tak. Saya.....
Tuan, kertas saya.
Vaidyanathan, tolong duduk.
Hari ini, di kalangan kita ada
pemimpin yang percaya dia boleh...
...ajar lebih baik daripada
guru berkelayakan tinggi di sini.
Hari ini, Profesor Ranchhoddas
Chanchad akan mengajar...
...kita kejuruteraan.
Kami tak boleh
tunggu sepanjang hari.
Kamu ada 30 saat untuk
mendefinisikan apa yang...
...ditulis atas papan. Kamu
boleh gunakan buku, kalau nak.
Siapa yang dapat jawapannya
akan angkat tangannya.
Mari kita lihat siapa
dulu dan siapa terakhir.
Masa kamu bermula sekarang.
Masa berakhir.
Masa berakhir, tuan.
Tiada sesiapa
dapat jawapannya?
Sekarang gulung semula seminit
dalam hidup kamu dan fikir.
Apabila saya tanya soalan ini,
adakah sesiapa fikir saya...
...akan belajar sesuatu yang baru
hari ini? Pasti menyeronokkan.
Sesiapa? Tuan?
Tak, semua orang
berlumba-lumba mengejar kejayaan.
Apa gunanya menjadi
pertama kalau belajar begini?
Adakah pengetahuan kamu
akan bertambah? Tidak.
Hanya tekanan akan meningkat.
Tapi ini kolej,
bukan periuk tekanan.
Kerana takutkan cemeti, singa
sarkas pun akan belajar duduk...
...atas kerusi. Tapi singa begini
dipanggil singa terlatih.
Bukan berpendidikan baik.
Ini bukan kelas falsafah.
Terangkan maksud 2 perkataan itu.
Perkataan begini tak wujud, tuan.
Itu nama kawan saya.
Farhan dan Raju.
Diam!
Karut! Adakah ini caranya
mengajar kejuruteraan?
Tak, saya bukan
mengajar kejuruteraan.
Tuan lebih pandai daripada saya.
Saya hanya
mengajar tuan cara mengajar.
Saya yakin tuan akan
belajarnya suatu hari nanti...
...kerana saya takkan
abaikan pelajar lemah saya.
Selamat tinggal, tuan.
Diam!
Diam, saya cakap!
Dengan kesalnya, saya ingin
memaklumkan kamu bahawa anak...
...awak, Farhan, Raju, bergaul
dengan orang tak menyenangkan.
Kalau tak ambil langkah betul,
masa depannya mungkin musnah.
Surat Virus jatuh macam
bom atom atas rumah kami.
Hiroshima dan Nagasaki berkabung
dan kami dijemput ke kedua-dua...
...untuk dimarahi.
Silakan masuk.
Lihat situ.
Kami hanya sanggup bayar
untuk satu penyaman udara.
Kami tak pasangnya di bilik kami
tapi di bilik Farhan supaya...
...dia boleh
belajar dengan selesa.
Saya tak beli kereta. Saya
menaiki skuter sehingga hari ini.
Saya menghabiskan semua
duit untuk pelajaran Farhan.
Kami mengorbankan masa depan
kami demi masa depan Farhan.
Faham tak?
Apabila saya menerima surat
begini dari pengetua, boleh tak...
...awak bayangkan
apa yang saya lalui?
Awak ambil foto ini, Farhan?
-Diam.
Dia mempunyai
keghairahan fotografi.
Dia asyik ambil gambar
binatang dan katakan nak jadi...
...jurugambar hidupan liar.
Apa peratusan awak tahun itu?
Beritahulah.
91 peratus.
-Dengar tak?
Daripada 94 peratus
terus kepada 91 peratus.
Awak fikir ini kelakar?
-Tak, maafkan saya.
Sebenarnya, saya nak katakan
foto yang ditangkapnya begitu...
...mengagumkan. Mengapa
nak jadikannya jurutera?
Dia patut jadi
jurugambar hidupan liar.
Dia akan berjaya.
-Dengar sini!
Saya merayu kepada awak, jangan
musnahkan masa depan anak saya.
Makanan dah dihidangkan. Marilah.
-Mari kita makan.
Apabila awak melawat kami lagi,
pastikan awak makan sebelum pergi.
Ayah saya tak beri kami makanan.
Untuk mengisi perut lapar...
...dan untuk memenuhi kuota
teguran, kami ke rumah Raju.
Rumah Raju mengingatkan kami
pasal filem 1950-an hitam putih.
Sebuah bilik kecil dengan
ayah lumpuh, emak yang batuk...
...dan adik yang belum berkahwin.
Kerusi panjang dengan spring
terkeluar, air mengalir dari...
...bumbungnya sepanjang masa.
Emaknya dah bersara dari sekolah
dan kebanyakkan masanya dia letih.
Bapanya pada suatu
ketika dulu Ketua Pos.
Selepas lumpuh, setengah
badannya berhenti berfungsi...
...dan gaijnya terus
terhenti dan adiknya....
Kammo dah berumur 28 tahun.
Mereka minta Maruti 800...
...sebagai hantaran kahwin.
Kalau kau tak belajar,...
...bagaimana dia akan kahwin?
-Nak bendi?
Tahu tak, harga bendi Rs12
sekilo dan kubis bunga Rs10?
Mereka mencekik darah di seluruh
negara dan kalau kami terima...
...surat begini dari kolej,
apa kami nak makan?
Nak keju kotej?
-Dalam beberapa hari,...
...keju kotej dalam pinggan
kecil di kedai tukang emas.
Nak keju kotej?
-Tak, cukup.
Mak, hentikan semua ini.
-Baiklah. Saya akan diam.
Saya memperolehi duit untuk
anak-anak, kerja seperti...
...pembantu rumah dan lepas
itu bersumpah mendiamkan diri.
Ini masalah keluarga. Kalau mak
tak beritahu anak, nak beritahu...
...siapa lagi?
Kawan-kawannya?
Kami berada dalam dilema besar.
Nak menenangkan kawan...
...atau emak kawan?
Lepas itu, kami fikir lupakannya.
Tumpukan ke atas keju kotej.
Krim ekzemanya pun
berharga Rs55 sekarang.
Nak roti lagi?
-Tak, cukup. Kami dah kenyang.
Harga bendi Rs12.
-Kubis bunga Rs10.
Sekurang-kurangnya,
dia beri makanan.
Bukan macam bapa tegas awak.
Hitler Qureshi.
Yalah. Mak awak Mother Teresa.
Dia beri kami roti "ekzema".
Jangan ketawakan mak saya!
-Hentikan, Raju.
Berhenti. Mengapa kamu bergaduh?
Saya lapar. Mari kita pergi makan.
Akhir bulan. Siapa akan bayar?
Mother Teresa?
Untuk makan, duit tak diperlukan.
Hanya pakaian seragam. Tengok.
Mari.
Oh, pak cik.
Dengar, bawa 3 vodka besar.
-Setengah soda, setengah air.
Kita pasti akan susah.
-Apa pembuka seleranya?
Apa saja, bawa 2 pinggan.
-Tinggalkan ini di sini.
Tukar muzik. Mainkan
muzik lebih rancak.
Apa ini? Apa awak pakai?
Jam tangan abad ke-18.
Apa orang akan katakan? Lihat
tunang Suhas, nak jadi doktor...
...dan pakai jam tangan Rs200.
Tanggalkannya. Terima kasih.
Hai, si kacak.
-Hai, mak cik.
Mak cik kelihatan cantik.
-Jangan terlepas set saya.
Batu delima?
-Dari Mandalay.
Mari kita jumpa David.
-Sudah tentu.
Maafkan saya.
-Ya?
Bunga.
Boleh saya ambil gelas ini?
-Mengapa?
Saya bimbang awak akan pecahkan
gelas ini atas kepala saya.
Mengapa saya nak buat begitu?
-Kerana saya akan beri...
...awak sikit nasihat percuma.
-Apa?
Jangan kahwin si keldai itu.
Dia bukan seorang
lelaki tapi tanda harga.
Sepanjang hidup awak, dia
akan buat awak sengsara dengan...
...beritahu harga barang-barang.
Hidup awak akan hancur.
Masa depan awak akan musnah.
Nak saya tunjukkan?
Nak tahu harga kasutnya?
Saya takkan tanya.
Dia sendiri akan beritahu.
Apa awak buat? Kasut
ini berharga 300 dolar.
Sos pudina atas kasut saya
yang berharga 300 dolar.
Larilah. Ini nasihat percuma.
Ambilnya atau lupakannya.
Kulit itali tulen
dijahit dengan tangan.
Ayah, mereka tetamu ayah?
Mereka pelajar saya.
Apa mereka buat di sini?
Tunggu, ayah.
Kacang kuda nampak sedap.
-Tiada tempat untuk poori.
Letak saja di tepi.
-Baiklah.
Awak membuka mata saya.
Terima kasih.
Tak apa. Itu memang
tanggungjawab saya.
Boleh tak saya minta
sikit bantuan lagi?
Ya.
-Ayah saya takkan benarkan...
...saya memutuskan
pertunangan dengan Suhas.
Awak menerangkan dengan
begitu baik. Boleh awak tunjuknya?
Saya akan tunjukkannya.
Raju, beri cutni itu.
Awak sungguh baik.
-Mana ayah awak?
Di belakang kamu.
Semuanya baik.
Larilah. Ini nasihat percuma.
Ambilnya atau lupakannya.
Apa kamu buat di sini?
-Kami akan balik selepas...
...beri sampul di pentas.
-Beri kepada saya.
Ini perkahwinan kakak saya.
-Kakak?
Tuan mempunyai berapa
ramai anak perempuan?
Ia kosong.
-Awak tak masukkan duit?
Kami tak menjemput kamu.
Kamu mungkin ikut rombongan...
...pengantin lelaki.
-Tak, kami datang bagi...
...pihak sains.
-Bagaimana? Boleh terangkan?
Dia boleh terangkan dengan
sangat baik. Dia akan tunjukkan...
...sekarang. Teruskan.
Sebenarnya, bekalan elektrik
selalu putus di Delhi...
...dan itu menimbulkan masalah
besar dalam perkahwinan.
Saya fikir nak mencipta inventer
yang boleh mengambil kuasa...
...dari bateri kereta tetamu.
-Yakah?
Dah buat inverter itu?
-Reka bentuknya dah sedia.
Mana reka bentuknya, Farhan?
Saya berikannya kepada awak.
Saya beri kepada Raju.
-Raju, reka bentuk itu?
Lupakan reka bentuk itu.
Saya akan terus buat inverter...
...dan tunjukkan kepada tuan.
-Awak hanya boleh...
...memperbodohkan orang.
Bukan buat inverter.
Tak, saya pasti akan buat
inverter itu. Saya janji dan...
...saya akan berinya nama tuan
kerana ia dicipta semasa...
...perkahwinan anak awak.
Ia akan menjadi penghargaan....
Farhan, Raju. Saya nak
jumpa kamu di pejabat esok.
Apa kos sepinggan tuan?
Kami akan bayar secara ansuran.
Kami takkan pergi ke perkahwinan
tanpa diundang lagi.
Saya takkan pergi
ke perkahwinan saya sendiri.
Malah, saya takkan berkahwin
dan dia juga takkan berkahwin.
Ya, tuan.
Saya juga takkan kahwin.
Ibu bapa kamu
juga tak patut kahwin.
Dua orang bodoh takkan
dilahirkan dalam dunia ini.
Duduk!
Ambil perhatian.
Ini pendapatan bulanan
bapa Ranchhoddas, Rs25 juta.
Padam satu atau dua kosong
darinya, ia tak membuat...
...perbezaan. Tapi kalau
satu lagi kosong berkurangan,...
...saya akan bimbang sikit.
Ini pendapatan bulanan
bapa awak, En. Farhan.
Padamkan satu lagi kosong...
...dan ini adalah pendapatan
keluarga awak, En. Raju Rastogi.
Sebab besar untuk rasa bimbang.
Dengar nasihat saya
dan tukar bilik kamu.
Pindah ke bilik
Chatur Ramalingam.
Ujian semakin dekat. Kalau
kamu tinggal bersama Chanchad,...
...kamu takkan lulus.
Nak bercukurkah?
-Tak.
Keluar!
Raju, fahamlah. Virus main
dengan kita, pecah dan perintah.
Jangan bimbang.
-Saya mesti bimbang.
Saya perlukan gred bagus untuk
mendapatkan pekerjaan baik dan...
...gred terletak di tangannya.
Saya tak mempunyai ayah kaya...
...seperti awak yang boleh
menyara sepanjang hidup.
Raju, apa awak merepek ni?
-Adakah kita akan ikut...
...semua yang disuruhnya?
Semuanya baik.
Awak boleh ikut tapi bukan saya.
-Awak melampaui batas sekarang.
Tak, saya menentukan batasnya
kerana saya kena menyara hidup...
...keluarga saya.
Separuh gaji mak
digunakan untuk beli ubat ayah.
Kammo tak boleh kahwin kerana
pihak lelaki nak Maruti 800.
Sejak 5 tahun lepas,
mak tak beli satu sari pun.
Kalau awak bawa sari mak dalam
pertengkaran, apa saya boleh kata?
Tahu berapa banyak sari dalam
setahun boleh dianggap munasabah?
Jangan berjenaka
tentang mak saya.
Raju, kita akan belajar kuat tapi
bukan hanya untuk lulus dalam...
...peperiksaan. Seorang bijak
mengatakan, belajar untuk...
...menjadi cemerlang, bukan
untuk mencapai kejayaan.
Jangan lari belakang kejayaan
tapi dapatkan kecemerlangan.
Kejayaan akan mengikut
kamu dengan cepat.
Orang bijak mana cakap
begitu? Guru Ranchhoddas?
Pergilah!
Raju, jangan emosi. Kita
akan lulus dengan cemerlang.
Tiada apa-apa yang mustahil.
-Tiada apa-apa yang mustahil?
Masukkannya semula ke dalam.
Raju pindah ke bilik lain.
Sekarang dia buat perjalanan...
...bersama Chatur. Bukan
perjalanan dalam bahasa Hindi...
...tapi menderita dalam
bahasa Inggeris, "Suffer."
Semua orang memanggil
Chatur, "Silencer."
Untuk menajamkan fikirannya, dia
makan pil dari seorang pawang...
...Bengal, lepas itu berkentut.
Saya tak lakukannya. Raju?
Dia sentiasa
menyalahkan orang lain.
Silencer belajar selama 18 jam
pada siang dan pada malam...
...peperiksaan, dia mengalih
tumpuan pelajar-pelajar lain.
Dia percaya hanya ada 2 cara
untuk dapat tempat pertama.
Sama ada dapat markah bagus
atau kurangkan markah orang lain.
Rancho buat rancangan bergabung
untuk mengenakan Silencer dan...
...menyelamatkan Raju.
Pengarah kita lakukan
banyak keajaiban di sini.
Makna keajaiban....
-Saya tak nak tahu.
Saya akan menghafalnya.
Untuk beri ucapan pengenalan
pada Hari Guru, Chatur dipilih.
Untuk mengagumkan Virus, dia
meminta pustakawan En. Dubey...
...menulis ucapan
dalam bahasa Hindi.
Helo.
Saya akan panggil dia.
Chatur, panggilan untuk awak.
-En. Dubey, simpan cetakan itu.
Saya akan kembali.
Ini pun saya kena buatkan.
En. Dubey,
tuan pengarah panggil awak.
Yakah?
-Ya. Sekarang juga.
Baiklah. Beri ini kepada Chatur.
Saya akan kembali sekejap lagi.
Helo.
-Helo En. Ramalingam?
Saya bercakap dari balai polis
Lajpat Nagar. Awak dari Uganda?
Ya, tuan.
-Nyawa awak dalam bahaya.
Apa? Bagaimana?
-Dengar dengan teliti.
Kalau tak semasa keluar dari
pintu kolej, awak akan dibunuh...
...di tengah jalan.
-Mengapa? Apa berlaku?
Sebelum Chatur pulih dari dilema
ini, Rancho menukar beberapa...
...perkataan dalam ucapannya
seperti "keajaiban" menjadi...
..."merogol."
Tuan memanggil saya?
-Siapa awak?
Dubey, pustakawan.
Saya pekerja tetap, tuan.
-Tahniah.
Sebentar. Pesuruhjaya
telefon. Tunggu sekejap.
Sebentar, tuan.
Apa saya cakap tadi?
-Awak cakap saya akan mati...
...di luar pintu pagar.
-Semasa awak keluar dari pintu...
...pagar, awak akan nampak
lampu isyarat di depan.
Ya, lampu isyarat.
-Apabila ia menjadi merah,...
...semua kereta akan berhenti.
-Okey, lepas itu?
Melintas jalan
dengan berhati-hati.
Sekarang ini selalu berlaku
kesesakan lalu lintas.
Kalau terlanggar kereta,
awak boleh mati.
Merepek! Saya tahulah.
-Awak tahu. Bagus.
Kalau begitu,
awak selamat. Bagus.
Silencer, Dubey beri ini.
-Jangan panggil saya begitu.
Pengarah katakan
dia tak panggil saya.
Saya bukan kata dia panggil.
Saya kata dia "teringatkan" awak.
Teringat?
Bodoh!
Tuan pengerusi yang dihormati.
Tetamu Utama, Yang
Berhormat Menteri Pendidikan,...
...En. R.D Tripati.
Guru terhormat dan
rakan-rakan sekalian.
Kalau ICE mencapai kejayaan
cemerlang pada masa ketika ini,...
...hanya seorang
patut diberi pujian...
...En. Viru Sahastrabuddhe.
Beri tepukan.
Tuan, dia bercakap tapi
saya yang menulisnya.
Dia lelaki yang hebat.
Sejak 32 tahun lepas,
dalam kolej ini,...
...dia merogol seorang
demi seorang pelajar.
Maksudnya buat
keajaiban demi keajaiban.
Diharapkan dia akan terus
melakukannya di masa depan.
Kami hairan bagaimana seorang
manusia boleh merogol begitu...
...ramai orang dalam hidupnya.
Dengan pengorbanannya, dia
membawa kamu ke peringkat ini.
Kita mesti belajar cara
menggunakan masa daripadanya.
Belajar daripadanya.
Hari ini, semua pelajar
berada di sini.
Di masa depan, kita akan berada
di merata-rata tempat di dunia.
Kami janji mulai sekarang, di mana
saja negara yang kami berada...
...kami akan merogol di situ.
Kami akan jadikan
nama ICE terkenal.
Kami akan tunjukkan kepada dunia
keupayaan merogol yang ada...
...dalam pelajar di sini, tiada
dalam pelajar lain di dunia.
Tiada pelajar lain.
Tuan Menteri, terima kasih.
Tuan beri institusi ini sesuatu
yang sangat diperlukan.
Duit.
-Buah dada.
Duitlah.
Buah dada bermakna....
Dia membuat komen yang menghina.
Semua orang mempunyai buah dada.
Semua orang sembunyikannya...
...tapi tiada siapa memberinya.
Budak yang tak beradab!
Awak beri buah dada awak
kepada perogol hebat ini.
Sekarang lihat
bagaimana dia gunakannya.
Sahastrabuddhe, awak begitu
bodohkah? Awak panggil saya...
...ke sini untuk dengar semua
benda merepek ini? Biadab betul.
Pada hari hebat ini,
saya akan bacakan rangkap ini.
Dengar. Sekarang dia akan
terangkan kuasa kentutnya...
...dalam bahasa Sanskrit.
Kentut kuat yang mulia.
Kentut? Teruskan, Silencer.
Kentut sederhana boleh ditahan.
Yang perlahan sangat teruk.
Yang senyap,
langsung tak boleh ditahan.
Lihat, kalau banyak memulun,
itu akan berlaku. Lihatlah.
Dengan memulun, awak akan menjaga
maruah awak dalam kolej selama...
...4 tahun tapi 40 tahun berikut
dalam hidup, awak akan sengsara.
Dia masih tak faham.
Kentut sederhana boleh ditahan.
Dahsyat betul.
Awak seorang pemuisi, Rancho.
Bagaimana awak fikirkannya?
Begitu menyeronokkan.
Dia tak tahu apa berlaku.
Tak guna!
Apa saya buat kepada kamu?
Maafkan saya.
Jangan tersinggung.
Saya tersinggung.
Chatur Ramalingam takkan lupa...
...penghinaan ini. Saya akan
fikir tentangnya setiap minit,...
...setiap saat dalam hidup saya.
-Lupakanlah.
Sebenarnya, kami tunjukkan
kepada Raju. Jangan memulun.
Belajar dengan memahaminya.
Berseronok dengan sains.
Saya tak datang
ke sini untuk berseronok.
Datang untuk hilangkan maruah?
Nak "merogol" sains?
Ketawakan cara saya.
Pada suatu hari nanti, saya akan
mencapai kejayaan dengan cara ini.
Pada masa itu, saya akan
ketawa dan kamu akan menangis.
Awak ikut jalan salah sekali lagi.
Jangan mengejar kejayaan.
Jadi jurutera yang bagus dan
kejayaan akan mengikut awak.
Idea begini tak berjaya
dalam dunia nyata, Chanchad.
Awak ikut jalan awak.
Saya akan ikut jalan saya.
Selepas 10 tahun, kita
akan kembali ke tempat ini.
Pada hari yang sama, kita
akan lihat siapa lebih berjaya.
Awak atau saya.
Berani tak? Bertaruhlah!
Cakap, awak akan datang tak?
Awak akan datang tak?
Apa awak buat ni?
Berjaga-jaga.
Apa dia tulis?
Jangan lupa tarikh ini.
Saya tak biasa terima
hadiah mahal begini, Suhas.
Biasakan diri, Pia. Awak akan
menjadi isteri Suhas Tandon.
Mana bilnya?
Saya akan kembali.
Awak tukar ucapan itu?
-Apa?
Jangan tipu.
-Ya.
Apa masalah awak dengan ayah?
-Saya tiada masalah.
Saya buat inverter
sempena namanya. Lihat.
Mengapa awak ganggu ayah saya?
-Kerana dia bukan uruskan...
...kolej tapi kilang. Hanya
keldai dibuat setiap tahun.
Lihat tu. Keldai awak.
Dia dah pecahkannya.
Berani awak panggilnya keldai?
-Nak panggil apa lagi?
Mula-mula belajar kejuruteraan,
lepas itu MBA dan lepas itu...
...pergi ke Amerika
dan bekerja di bank.
Kalau nak bekerja dalam bank,
kenapa belajar kejuruteraan?
Bagi orang bodoh begini, kehidupan
hanya penyata untung rugi.
Dia lihat keuntungan dalam diri
awak. Sebab itu, dia bersama awak.
Anak pengarah, akan menjadi
doktor, bagus untuk imejnya.
Dia tak ambil berat tentang awak.
Apa awak fikir tentang diri awak?
Apa maksud awak yang Suhas...
...tak berminat pada saya?
Jam tangan baru?
Tunggu sekejap. Pegang ini.
Saya sentiasa kena
tunjukkan kepada awak.
Mana awak pergi?
Saya mencari awak.
Jam tangannya hilang.
Dia mencarinya.
Apa? Jam tangan awak hilang?
-Tak apalah. Beli yang baru.
Ia berharga Rs400,000.
-Rs400,000? Jam tangan saya...
...bernilai Rs250 tapi
ia masih menepati waktu.
Diam! Mengapa awak begitu cuai,
Pia? Sikap cuai ini menyampah.
Bersikap tak hormat.
Awak baru hilangkan
jam tangan edisi terhad.
Sekarang pakailah jam tangan
abad ke-18 pada makan malam nanti.
Mengapa awak merenung saya?
Sekarang mula menangis.
Matang betul, Pia.
Saya tak boleh kendalikan ini.
Berhenti menangis dan carinya.
Cari tangan lain
untuk jam tangan ini.
Keldai!
Awak hebatlah.
Awak panggilnya keldai.
Pergi!
-Terlalu bising di sini.
Dia ucapkan terima kasih
tapi saya dengar "pergi".
Saya memang kata "pergi".
-Jangan melenting.
Sebenarnya, awak
juga tak mencintainya.
Apa maksud awak?
-Maksudnya semasa dia berdiri...
...depan awak, adakah
awak rasa angin meniup?
Skaf berterbangan
dalam gerakan perlahan?
Adakah bulan kelihatan
lebih besar di langit?
Itu hanya berlaku dalam filem.
Bukan dalam hidup sebenar.
Ia berlaku dalam hidup sebenar
juga. Kalau awak mencintai...
...manusia, ia akan berlaku.
Bukan bersama keldai.
Helo. Ya?
Apa? Ya Tuhan!
Saya dalam perjalanan.
Awak pelajar perubatan, kan?
Saya perlukan bantuan awak.
Ada kecemasan. Tolonglah.
-Apa?
Tolong ikut saya. Doktor ambil
ikrar takkan menolak pesakit.
Ia dipanggil apa,
sumpah Hippocrates.
Tolong saya.
Ada kecemasan. Tolonglah.
Awak datang tanpa diundang
ke perkahwinan kakak saya,...
...putuskan pertunangan saya,
ayah makan ubat tekanan tinggi...
...kerana awak dan
saya pula menolong awak.
Sukar dipercayai!
Sumpah Hippocrates ini
betul-betul menyusahkan doktor.
Mana Raju, mak cik?
-Dia pergi cari teksi.
Kami dah panggil
ambulans 2 jam lalu.
Dalam negara ini, piza dijamin
akan sampai dalam 30 minit...
...tapi ambulans....
-Dia kena dimasukkan ke hospital.
Dengan segera.
Berhenti!
Lalu, ada kecemasan!
Lalu, lalu, lalu!
Doktor, ada kecemasan!
Ini pesakitnya.
Simpan ini.
Raju datang.
Tak guna! Awak bawa
ayah dengan skuter?
Nak guna pos laju?
-Jangan mempersendakan...
...kerjaya ayah.
Mana ayah?
Pergi tanya doktor.
Dia nyaris mati kalau terlambat
dua tiga minit lagi, Pia.
Bagus awak tak tunggu
ambulans. Saya pergi dulu.
Terima kasih, Rancho.
Terima kasih kepada kawan?
Silencer ajar awak adab sopan?
Dia tak beritahukah
persahabatan adalah...
..."buah dada" manusia
yang paling hebat.
Pergi sekarang. Esok
kamu ada peperiksaan, kan?
Kami ada banyak peperiksaan.
Bapa hanya ada seorang.
Sekarang kami akan bawa
Ketua Pos bersama kami.
Jangan bimbang.
Rancho, maafkan saya.
Saya dah takut.
Tak apa.
Bertenanglah.
Tolong maafkan saya.
Dah.
Pergi jumpa ayah awak.
Jangan pergi dengan
muka menangis ini.
Terima kasih.
-Pergi.
Skuter awak menyelamatkan nyawa.
Ia bagus. Apa harganya?
Tuang cutni.
Mungkin ia akan beritahu.
Selamat Hari Merdeka.
-Tapi hari ini bukan 15 Ogos.
Untuk awak. Awak boleh pakai jam
tangan emak awak bila awak suka.
Tiada siapa akan katakan mengapa
pakai jam tangan abad ke-18.
Bagaimana awak tahu
itu jam tangan emak saya?
Apabila seorang gadis bergaya
betul dari atas ke bawah dalam...
...perkahwinan kakaknya dan
hanya memakai jam tangan lama,...
...apa maknanya?
Pada hari itu, awak sangat
merindui emak awak, kan?
Ya.
-Emak awak pasti cantik.
Ya. Bagaimana awak tahu?
-Nampak bapa awak tak?
Hidup satu perlumbaan. Kalau tak
berlari pantas, awak akan jadi...
...seperti telur yang pecah.
Burung tekukur.
Angin membisikkan melodi.
Angin bersenandung bersama.
Seluruh dunia menyanyi.
Zoobi do param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Daun menyanyi atas pokok.
Rama-rama menyanyi atas bunga.
Sinaran asmara menyanyi.
Burung-burung mencicip.
Dua kuntum bunga
berpelukan dalam kebun.
Seperti di layar perak,
ia juga berlaku kepada kita.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Hari ini, saya akan mengajar
cara membuat cutni pudina.
Cutni ini sangat unik.
Ia bukan untuk dimakan saja.
Ia sangat berguna untuk
memahami sifat seseorang.
Rumah ke-7 awak selamat.
Sekarang awak akan lupakan...
...keldai dan mencintai manusia.
Masanya sesuai untuk bercinta.
Suhu di Delhi stabil.
Cuacanya cerah. Tapi kalau anda
jatuh cinta, hujan pasti akan turun.
Hujan renyai-renyai,
angin membisik.
Titik hujan menitis,
petir pula gemuruh.
Memakai sari basah,
kau goyang pinggulmu.
Seperti di layar perak,
ia juga berlaku kepada kita.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Bulan dari langit turun
ke bumi dan bersenandung.
Tahi bintang
menyanyi melodi cinta.
Malam ini kesunyian.
Marilah sentuh saya.
Seperti di layar perak,
ia juga berlaku kepada kita.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
Zoobi doobi zoobi doobi
hatiku menari bagai nak gila.
mor@subscene.com
Bangun.
-Apa?
Pak cik meninggal duniakah?
-Apa?!
Tak, bodoh. Sekarang pukul 8.30.
Peperiksaan pada pukul 9.
Tak nak pergikah?
-Bagaimana kami boleh...
...tinggalkannya keseorangan
di sini dan pergi?
Saya ada di sini. Doktor ada
di sini. Hanya selama 3 jam.
Bawa skuter saya dan pergi.
Dah lambatlah.
Awak pakai
jam tangan yang lama.
Pergi.
Maaf, kami terlambat.
-Berlaku kecemasan.
Cepat mulakan.
Tuan, mereka masih menulis.
Masa dah berakhir.
-5 minit lagi.
Kami datang lewat setengah jam.
Berlaku kecemasan. Tolonglah.
Pemeriksa memandang kami
seolah-olah kami meminta...
...kedua-dua buah pinggangnya.
Kami terus menulis dan dia...
...sibuk menyusun kertas
jawapan mengikut angka giliran.
Dah siap, tuan.
-Awak lambat.
Saya tak boleh terima.
-Tolonglah, tuan.
Tuan kenal siapa kami?
-Kalau awak anak...
...Perdana Menteri pun, saya tak
akan terima kertas jawapan awak.
Adakah tuan tahu nama
dan angka giliran kami?
Tidak.
Kamu siapa?
Dia tak tahu. Lari!
Apa angka giliran awak?
Mana kertas jawapan mereka?
Hari ini,
keputusan akan diumumkan.
Semua orang cuba buat
perjanjian dengan Tuhan.
Tuhan, selamatkan Elektronik.
Saya akan pecahkan kelapa.
Selamatkan fizik. Saya akan
beli seliter susu setiap hari.
Ibu, biarlah saya lulus.
Dewaku, saya akan anggap Malti
dan Sanggeta seperti adik saya.
Beri saya keputusan yang baik.
Dewaku, saya akan derma
Rs100 setiap bulan. Saya janji.
Polis lalu lintas pun takkan
setuju dengan Rs100 pada masa...
...sekarang ini.
Apatah lagi Tuhan.
Periksa dari bawah.
Awak, terakhir.
-Awak?
Kedua akhir.
Rancho?
Tiada.
Hati kami menjadi lemah. Bukan
kerana kami akhir tapi kerana...
...kawan kami gagal.
Berlaku kesilapan. Ini
tak mungkin. Tidak adil.
Kenapa Silencer berteriak?
-Dia dapat nombor kedua.
Siapa dapat nombor pertama?
Rancho.
-Rancho?
Ke tepi.
Kami mengetahui sesuatu tentang
kelakuan manusia pada hari itu.
Kalau kawan gagal, kita akan
sedih tapi kalau kawan dapat...
...nombor pertama.
Ia lebih menyedihkan.
Kami sedih tapi dua orang
lain lebih sedih daripada kami.
Ranchhoddas Chanchad.
Baris depan. Kanan pengarah.
Uday Sinha, baris kedua,
tempat duduk ketiga.
Alok Mittal, baris kedua,
tempat duduk kelima.
Tuan, adakah perlu duduk
mengikut tempat kedudukan?
Awak ada masalah?
-Saya menghadapi masalah dengan...
...seluruh sistem gred.
Seperti sistem kasta.
Pelajar gred A, raja.
Pelajar gred C, hamba.
Ia tak baik, tuan.
-Awak ada idea lebih baik?
Ya. Keputusan tak patut
ditampal di papan kenyataan.
Mengapa nak menonjolkan kelemahan
dan kecacatan kepada semua orang?
Kalau dalam ujian darah,
hemoglobinnya kurang,...
...adakah doktor akan beri tonik
atau tunjukkan laporan di TV?
Apa awak katakan adalah saya
pergi satu persatu ke bilik...
...semua dan bisik keputusan
dalam telinga mereka?
Awak pertama.
Kamu dapat nombor kedua.
Saya bersimpati, awak gagal.
Tak, itu bukan maksud saya tapi
gred mewujudkan perpecahan.
Saya dapat nombor pertama
dan duduk bersama awak.
Kawan-kawan saya dapat
nombor akhir dan mereka berdiri...
...di belakang, di sudut itu.
-Sekurang-kurangnya mereka...
...berdiri di sudut. Kalau bersama
awak, mereka takkan berada...
...dalam foto ini kali berikutnya.
Mereka takkan lulus dan tiada...
...syarikat yang akan
beri mereka pekerjaan.
Mereka akan dapat pekerjaan.
Pasti ada syarikat yang...
...tak memberi pekerjaan
kepada mesin tapi manusia.
Saya jamin mereka
akan mendapat pekerjaan.
Awak jamin?!
-Nak bertaruh, tuan?
Govind
-Ya, tuan?
Antara dua pelajar itu, kalau
seorang pun ditemu ramah dan...
...mendapat
pekerjaan di kampus,...
...cukur misai saya.
Gembira?
-Sedia. Senyum.
Saya gembira, tuan.
Mengapa bunyi hon kereta untuk
sembunyikan bau kentut awak?
Tangki septik.
Awak makan pil itu lagi?
Saya tak buatnya. Raju?
Kami kenal bau busuk ini.
-Dia bertanggungjawab ke atas...
...pemanasan global.
Saya tak tahan lagi.
Beri dompet awak.
Saya nak pergi beli seluar.
Tak payah. Pakailah seluar Chatur.
-Jangan sentuh sut saya.
Tak apalah. Rancho akan
kenal awak tanpa seluar.
Alamat ini di mana?
-Kalau saya boleh baca,...
...takkan saya nak jual kacang.
-Dia tak tahu baca.
Tapi dia tahu cakap, kan?
Kenal Ranchhoddas Chanchad
yang tinggal di Simla?
Ya, dia tinggal di situ.
Dia seperti angin yang meniup.
Dia seperti
layang-layang yang melayang.
Ke mana dia pergi?
Mari kita mencarinya.
Chatur, kotak pil awak.
-Terima kasih. Jumpa di mana?
Dalam poket.
-Berani awak. Itu seluar saya.
Tertulis dalam Gita,
kita mesti kongsi semua.
Diam. Tanggalkan seluar saya.
-Apa awak buat?
Orang akan salah faham.
Orang gila. Lepaskan saya.
Saya nak seluar itu sekarang.
Apa berlaku?
-Bapa Rancho.
Mana Ranchhoddas?
-Dia duduk di situ.
Terima kasih.
Rancho?
-Ya?
Maaf, kami nak
jumpa Ranchhoddas.
Saya Ranchhoddas.
Ada apa?
Tak, Ranchhoddas
Shamaldas Chanchad.
Sayalah Ranchhoddas
Shamaldas Chanchad. Apa hal?
Jaga diri awak, Rancho.
Ranchhoddas Chanchad.
Raju.
Saya orang pertama dalam
sejarah yang datang dari Delhi...
...ke Simla memakai seluar dalam
dan itupun untuk jumpa orang...
...yang salah.
-Nama sama, ijazah sama...
...dan foto sama tapi orang
berbeza. Saya tak faham langsung.
Tapi Silencer dapat
alamat Rancho dari mana?
Chatur, mari sini.
Berani awak buka ini. Saya
dapat ini dari San Francisco.
Biskut buatan tangan.
Khas untuk
En. Phunsukh Wangdu.
Phunsukh Bangdu? Siapa dia?
-Bukan Bangdu, Wangdu.
Phunsukh Wangdu. Awak tahu
siapa dia? Dia ahli sains hebat.
400 paten. Seluruh
dunia nak jumpanya.
Saya mengejarnya selama setahun.
Baru saya dapat aturkan...
...perjumpaan dengannya.
Selepas dia tandatangan urus janji
dengan syarikat saya, saya akan...
...menjadi hebat.
Hebat!
Berhenti memuji Wangdu dan
beritahu kami mana awak dapat...
...alamat Rancho?
-Awak patut berterima kasih pada...
...Phunsukh Wangdu. Saya dapat
petunjuk tentang Rancho...
...melaluinya. Lihat ini.
Bulan lepas, setiausaha saya,
Tracy datang ke sini untuk...
...berjumpa dengan En. Wangdu.
Tracy tak dapat jumpa Phunsukh...
...tapi saya jumpa Rancho. Saya
periksa buku panduan telefon...
...Simla dan jumpa nama
Chanchad Ranchhoddass.
Bagaimana wajahnya berubah?
Adakah dia menjalani pembedahan...
...plastik selepas
dengar awak nak datang?
Hanya seorang
boleh beri jawapannya.
Maafkan saya, ayah. Saya tak dapat
menunaikan hajat terakhir ayah.
Ayah minta saya
bawa ayah ke Haridwar...
...dan saya menunggu
tender lebuh raya.
Tender itu terbuka di sana dan
ayah pula meninggal dunia di sini.
Saya minta maaf, ayah.
Saya bukan anak yang baik.
Apa awak katakan?
Awak jadi jurutera yang hebat.
Ijazah awak tergantung di dinding.
Awak anak yang sangat baik.
Bagaimana kamu masuk rumah
saya tanpa kebenaran saya?
Saya akan buat kamu dipenjarakan.
-Awak yang akan dipenjarakan.
Kami buat pertanyaan. Awak
guna ijazah ICE untuk dapatkan...
...kontrak lebuh raya
dan projek hidro.
Ini ijazah kawan kami.
Bagaimana awak dapat?
Tanah ini seluas 150 ekar.
Kalau saya tembak dan kebumikan,
tiada sesiapa akan tahu.
Faham tak?
Pergi.
Saya nak bawa abu
mayat ayah ke Haridwar.
Nak saya bawa
tulang kamu bersama?
Ambil abu mayat ayahnya!
Di sini!
Lepaskan ayah saya!
Beritahu kami siapa awak. Kalau
tak, saya akan mengepam abu...
...mayat ayah awak ke sini.
-Serahkan ayah kepada saya.
Ayah awak takkan pergi
ke Sungai Ganga tapi longkang!
Keluarkan ayah
dari mangkuk tandas.
Awak memetik picu,
saya akan mengepam.
Saya akan kira sampai 3.
-Awak menakutkan siapa?
Tembaklah.
Raju, taburnya ke dalam.
Satu.
-Kami akan mati tapi kami...
...akan bawa ayah awak
bersama. Apa dia?
Dua.
-Lepas itu, cari-cari ayah awak.
Apa dia?
-Kita bawa bekas simpan...
...abu mayat salah.
Bekas ini kosong.
Kosong?
-Kosong?
Kami akan kosongkannya.
Tak.
-Kami akan kosongkannya.
Tak! Saya angkat tangan!
Beritahu kami, siapa awak?
-Saya adalah Ranchhoddas.
Demi ayah, saya bercakap benar.
Saya Ranchhoddas. Itu Chhote.
Chhote?
Dia anak tukang kebun kami.
Semua memanggilnya Chhote.
Selepas kematian ibu bapanya,...
...ayah izinkan dia
tinggal di rumah kami.
Dia buat pelbagai kerja. Tukar
mentol, beli telur dan roti,...
...menggosok.
Dia sangat gemar belajar.
Dia pakai pakaian seragam
lama saya dan datang ke sekolah.
Dia akan duduk dalam
kelas yang disukainya.
Saya mempergunakannya.
Saya suruhnya buat kerja rumah
dan buat peperiksaan saya.
Semua berjalan lancar. Pada suatu
hari cikgu nampak seorang budak...
...gred 6 membuat
matematik gred 10.
Awak dari kelas mana?
Apa nama awak?
Kami tertangkap.
Ayah saya orang terkenal.
Sebelum beritahu pengetua,...
...cikgu beritahu ayah saya.
Awak memulakannya dan
awak akan menamatkannya.
Seluruh Himachal menyanjung saya
dan sebaik saja saya menoleh...
...mereka katakan saya buta huruf.
Perkara sama tak boleh berlaku...
...kepada anak saya. Dia nak
pendidikan dan saya hanya...
...nak ijazah. Biarkan
apa yang berlaku berterusan.
Jadikan dia seorang jurutera.
Saya nak ijazah dengan nama...
...Ranchhoddas Chanchad
atas dinding itu.
Saya pergi ke London selama
4 tahun dan dia belajar...
...menggunakan nama saya di ICE.
Dia buat persetujuan dengan...
...ayah bahawa selepas mendapat
ijazah, dia takkan jumpa...
...sesiapa dari
ICE seumur hidupnya.
Dia selalu katakan, "Saya takkan
jumpa mereka tapi pada satu...
...hari nanti, dua orang bodoh
akan datang mencari saya.
Pada masa itu,
apa akan kamu lakukan?"
Dia sangat merindui kamu.
Saya akan beri alamatnya.
Pergilah jumpa dia.
Tapi tolong jangan beritahu
rahsia saya kepada sesiapa.
Rahsia apa?
Tuan bawa bekas salah.
Abu mayat ayah tuan di sini.
Apa yang berlaku?
Siapa lelaki dengan pistol itu?
Itu cerita rumit dan tanpa
sari kata. Awak takkan faham.
Jangan pedulikan dia.
-Kita nak pergi ke mana?
Ladakh.
-Ladakh? Mengapa?
Untuk jumpa Rancho.
-Dia berada di Ladakh?
Apa dia buat di sana?
-Entahlah tapi kami ada...
...alamat sebuah sekolah.
-Guru sekolah.
Saya Naib Presiden
Rockledge Corporation dan dia...
A untuk apple, B untuk ball.
-D untuk donkey.
Minggu depan, saya akan
tandatangan urus janji bernilai...
...berjuta-juta dolar dengan
Phunsukh Wangdu dan dia...
...akan ajar
A untuk apple, B untuk ball.
Hari ini, saya menghormati
Rancho lebih banyak lagi.
Kami pergi ke kolej hanya
untuk mendapatkan ijazah.
Kalau tiada ijazah,
tiada pekerjaan.
Kalau tiada pekerjaan, tiada
ayah nak kahwinkan anaknya...
...dengan kami.
Bank takkan beri kad kredit,...
...dunia takkan menghormati kita.
Tapi dia tak datang untuk
ijazah kolej tapi hanya untuk...
...belajar. Dia tak takut jadi
akhir atau tamak nombor pertama.
Siapa lelaki
pertama pijak ke bulan?
Neil Armstrong.
-Jelas sekali Neil Armstrong.
Kita tahu.
Siapa orang kedua?
Jangan bazir masa.
Ia tak penting.
Tiada sesiapa ingat
lelaki yang kedua.
Dalam dua bulan, 26 syarikat
akan datang ke kampus untuk...
...menawarkan pekerjaan. Itu
bermakna sebelum peperiksaan...
...akhir, kamu akan
mendapat pekerjaan.
Ini pusingan terakhir kamu.
Tekan minyak.
Keluar ke sana
dan mencatat sejarah.
Ada apa-apa soalan?
Ya?
Katakan seorang pelajar
mendapat pekerjaan dan...
...dia gagal peperiksaan akhir
dengan satu dua markah,...
...pekerjaan itu masih
akan diberikan kepadanya atau....
Soalan yang sangat baik.
Adakah soalan ini timbul
dalam hati orang lain?
Seperti yang dijangka.
Tolong naik ke pentas.
Beri tepukan kepada mereka.
Mari cepat.
Jangan bazir masa.
Sejak 4 tahun lepas, mereka
pelajar ICE yang konsisten...
...kerana mereka dapat nombor
akhir untuk setiap peperiksaan...
...secara konsisten.
Mari sini, genius.
Kalau kita keluarkan otak
genius ini dan jual di pasar,...
...kita akan dapat harga yang baik
kerana otak ini tak digunakan.
Mereka tak pernah gunanya.
Untuk jawab soalan mereka,...
...sama ada mereka
lulus atau gagal...
...takkan menjejaskan pekerjaan
mereka kerana mereka takkan...
...dapat pekerjaan.
Saya menjaminnya.
Nama mereka akan
ditulis dalam emas.
Farhanitrate dan Prerajulization.
Beri mereka tepukan.
Dia memalukan
kita dengan teruk.
Depan semua orang.
Tuhan, saya takkan makan daging,
menyalakan 1,000 kemenyan.
Tolong saya.
Ambil Virus dari dunia ini.
Bakarnya di neraka!
Gunanya untuk buat
pakora dalam minyak panas.
Awak upah Tuhan untuk membunuh?
-Diam. Awak duduk di tengah...
...bersama Virus setiap
tahun dan mengambil gambar.
Kami pula duduk di suatu sudut.
Tahun ini, nampaknya kami
akan berada di luar gambar.
Tahu kenapa saya
dapat nombor pertama?
Kenapa?
-Sebab saya gemar mesin.
Kejuruteraan adalah
keghairahan saya.
Tahu apa keghairahan awak?
Itu beg saya.
-Diam.
Apa awak buat, Rancho?
Ini keghairahan awak.
Pergi pos surat ini.
-Itu surat apa?
Dia menulis surat ini 5 tahun
dulu kepada jurugambar hidupan...
...liar kegemarannya, Andre....
-Istvan.
Dia nak pergi ke Hungary
untuk belajar daripadanya.
Tapi disebabkan takut
pada bapanya, dia tak pos.
Lupakan kejuruteraan dan
jadi jurugambar hidupan liar.
Buat kerja mengikut bakat awak.
Kalau bapa Lata Mangeshkar
suruhnya jadi pemain boling...
...atau bapa Sachin Tandulkar
suruhnya menjadi penyanyi,...
...bayangkan di mana
mereka berada sekarang.
Faham apa saya cakap?
Dia suka binatang tapi
nak kahwin dengan mesin.
Guru Ranchhoddas,
teman wanita dan isteri saya...
...adalah kejuruteraan.
Mengapa saya dapat nombor akhir?
Jawab.
-Kerana awak pengecut.
Lihat ini. Cincin lebih
banyak daripada jari.
Satu untuk peperiksaan,
satu untuk perkahwinan adik,...
...satu untuk pekerjaan.
Kalau terlalu takut pada
masa depan, bagaimana nak hidup?
Bagaimana awak nak fokus?
Saya ada kawan pelik.
Seorang hidup dalam ketakutan.
Seorang dalam kesedihan.
Tapi awak kedua-duanya.
Awak takut dan juga sedih.
Saya tak takut.
-Dengar!
Dia tergila-gilakan Pia
tapi takut untuk beritahunya.
Merepek!
Senang beri nasihat percuma.
Susah nak lakukannya.
Kalau berani,
pergi beritahu Pia.
Itu tak berkaitan.
-Itu ada kaitan.
Kalau awak meluahkan
isi hati awak kepada Pia,...
...saya akan pergi beritahu
ayah saya nak jadi jurugambar...
...bukan jurutera.
Saya juga akan tanggalkan cincin
saya dan menghadiri temu duga.
Cakaplah. Berani tak?
-Dia tak terkata-kata.
Apa dia nak katakan.
Ayuh.
Marilah.
-Ke mana?
Jom.
Viru, saya dah datang.
-Awas kalau ada anjing.
Pengecut.
Saya tak takut. Mari.
Kamu masuk.
Kalau ada bahaya di luar,...
...saya akan beri amaran Virus.
Nak muzik latar belakang?
-Pia.
Siapa itu?
-Jangan jerit.
Saya Ranchhoddas Chanchad.
Dengar cakap saya sekejap.
Lepas itu, saya akan pergi.
Jangan katakan apa-apa.
Pia, 22 minit yang saya
habiskan bersama awak...
...atas skuter merupakan 22 minit
paling indah dalam hidup saya.
Saya boleh menghabiskan seluruh
hidup saya dengan awak...
...atas skuter itu.
Setiap hari awak muncul dalam
mimpi saya memakai pakaian...
...pengantin dan menaiki skuter.
Awak tak buka selendang tapi
tanggalkan topi keledar awak...
...dan datang dekat
untuk mencium saya.
Tapi ciuman itu tak berlaku.
-Mengapa?
Kerana hidung akan terlanggar
dan saya pun terjaga.
Hidung takkan terlanggar, bodoh!
Maaf, saya fikir awak Pia.
-Kalaulah.
Kak, mengapa mencelah? Dia
ambil 4 tahun untuk katakannya.
Pia, cium dan beritahunya
hidung takkan terlanggar.
Saya beri awak kebenaran.
Ciumnya. Dia begitu comel.
Dia siapa?
-Kakak saya.
Awak siapa?
Semasa awak bercakap,
dia tendang. Kali pertama.
Lelaki? Bagaimana awak tahu
dia lelaki atau perempuan?
Ayah tanya ahli nujum. Dia nak
tahu kalau jurutera atau doktor...
...akan dilahirkan.
-Maksud awak?
Kalau lelaki, jurutera.
Kalau perempuan, doktor.
Sebaiknya tinggal di dalam.
Sarkas hebat di luar.
Datuk awak pengacara
gelanggang sarkas akan...
...tunjukkan cemeti
dan suruh awak lari.
Hidup satu perlumbaan.
Lari, jadi jurutera.
Tapi awak jadi apa yang
hati awak suruh awak jadi.
Kalau dia takutkan awak, letak
tangan atas hati dan katakan...
...semuanya baik.
-Dia tendang.
Cakap sekali lagi.
Semuanya baik.
Dia tendang.
Cakap.
-Semuanya baik.
Semuanya baik.
Siapa itu?
Pergi!
Awak hantar surat teguran pada
ayah, ambil surat kencing ini.
Siapa sana?
-Bakal menantu awak.
Juga rombongan pengantin.
-Rastogi?
Pengawal, ke sana!
Kamu dah belajar tentang bandul
mudah. Sekarang mari kita...
...belajar tentang
bandul campuran.
Ia adalah objek tak sama
yang berayun atas paksinya.
Saya akan tunjukkan kepada kamu.
Apa ini?
-Pensel.
Ada apa di dalam?
-Grafit.
Bagus. Grafit
adalah paksi pensel ini.
Awak juga boleh jadi bandul
campuran. Kalau awak berayun....
Mana Raju Rastogi?
-Hadir, tuan.
Hai, semua orang ada di sini.
Selamat pagi, tuan.
Awak berada di mana semalam?
-Dia belajar.
Dia belajar sepanjang malam.
-Yakah?
Dia tak tidur 2 malam.
Sebab itu dia kelihatan begini.
Apa awak belajar?
Motor aruhan.
Dia dah belajar semuanya.
Kalau begitu, En. Raju Rastogi,
boleh tak awak beritahu...
...bagaimana motor aruhan bermula?
Hentikannya!
Tuan, rum.
En. Rastogi, mari minum
secawan teh di pejabat saya.
Tutup pintu.
Awak tahu menaip?
-Ya.
Boleh taip sepucuk
surat untuk saya?
Sudah tentu, tuan.
Mari duduk.
-Maafkan saya, tuan.
Tolong taip.
Tuan, dengan dukacitanya
saya ingin memaklumkan tuan...
...bahawa anak awak digantung....
Maaf, padamnya.
Berundur.
Anak awak,
En. Raju Rastogi digantung dari...
...The Imperial
College of Engineering.
Teruskan menaip.
Ayah saya akan mati, tuan.
-Tolong taip.
Tolonglah, tuan.
Keputusan saya muktamad
dan tak boleh diubah.
Dia hanya hidup supaya boleh
melihat saya menjadi jurutera.
Awak perlu berfikir hal ini dulu
sebelum kencing di pintu saya.
Tolong beri saya
satu peluang lagi.
Satu peluang lagi.
Tolonglah, tuan.
Baiklah. Padamkan
nama awak dari surat itu...
...dan taipkan nama
Ranchhoddas Chanchad.
Saya tahu dia
bersama awak semalam.
Jadi saksi saya dan saya takkan
singkirkan awak dari kolej.
Awak ada tujuh
setengah minit untuk berfikir.
Kami takkan biarkanmu pergi.
Takkan biarkan dikau pergi.
Walaupun Tuhan memanggilmu...
...aku takkan takutkan Tuhan.
Aku akan menghalang jalan.
Dikau boleh
berpaling muka dari kawanmu.
Kau boleh cuba sekuat-kuatnya.
Aku takkan biar
dikau pergi begini.
Kami takkan
biarkan kau pergi.
Takkan biarkan kau pergi.
Rancho, perhatikan monitor itu.
-Raju!
Badannya lumpuh disebabkan
kejutan tapi mindanya cergas.
Dia boleh lihat dan dengar kita.
Tolong jangan menangis depannya.
Cakap dengannya seperti biasa.
Berinya motivasi, berjenaka,...
...buatnya gembira.
Raju, ada berita baik.
Bapa awak dah sembuh.
Ubat baru berkesan.
Adakah tradisi keluarga Rastogi,
seorang ahli keluarga...
...akan sembuh dan
seorang lagi jatuh sakit?
Bangunlah.
Bapa awak nak skuter Pia.
Boleh saya berikan?
Dia takkan musnahkannya?
Raju, Farhan nak beritahu awak
sesuatu melalui kamera webnya...
...secara langsung dari asrama.
Lihat, Virus dah batalkan
penggantungan awak.
Masalah selesai.
Bangun sekarang.
Semuanya diselesaikan.
Dengar tak?
Bangun, Rastogi.
Perjalanan ini singkat,...
...hidup jalan yang kecil.
Mengapa kau
putus asa begitu cepat?
Dengar nasihat kawanmu.
Semua malam
kesedihan akan berlalu.
Mengapa kau
merajuk denganku?
Kami takkan biarkan kau pergi.
Takkan biarkan kau pergi.
Kami takkan biarkan kau pergi.
Takkan biarkan kau pergi.
Lihat. Emak awak beli sari baru.
-Baru.
Rs2000.
Bangunlah sekarang.
Dia bukan
beli 1 tapi 10 sari.
Lihatlah.
Raju, mak kelihatan bagaimana?
Apa mak menulis dalam surat?
Dia berikan
restu hidup yang panjang.
Mengapa kau
tak nak hidup untuknya?
Lihat kawan-kawanmu.
Senyumlah sekali.
Bangunlah. Mengapa
kau menyusahkan kami?
Kau dah
dengar tentang Kammo?
Perkahwinan
Kammo dah ditetapkan.
Itupun tanpa
hantaran kahwin.
Pengantin lelaki
tak nak kereta Maruti.
Dia tak nak apa-apa.
Dia hanya nak Kammo. Ya!
Tahu tak siapa
pengantin lelaki?
Cuba teka.
-Awak begitu mengenalinya.
Ya.
-Dia sangat suka binatang.
Dia akan jadi
jurugambar hidupan liar.
Diam, apa awak buat?
Tak faham?
Dia adalah Farhan.
Farhan dah setuju.
Farhan akan
kahwin adik awak...
...dan itu pun percuma.
Kalau berinya percuma sekilo
bendi dan setengah kilo keju kotej,...
...dia pasti akan sedar.
Kenapa nak korbankan saya?
Bagus.
Semuanya dah ditetapkan.
Perkahwinan adik awak dah tetap.
Berapa banyak lagi
awak nak menipu?
Kau dah selamat.
Kami takkan biarkan kau pergi.
Takkan biarkan kau pergi.
Kami takkan biarkan kau pergi.
Takkan biarkan kau pergi.
Kami takkan biarkan kau pergi.
Takkan biarkan kau pergi.
Awak panggil teksi?
-Saya panggil.
Mengapa?
-Saya nak hadir temu duga kerja.
Awak akan ikut saya?
-Tak, saya akan hantar awak...
...ke rumah dan saya akan
pergi untuk temu duga kerja itu.
Mengapa saya nak pulang?
-Dah lupa?
Awak janjikan sesuatu kepadanya.
Berikan tali leher awak.
-Kenapa?
Beri kepadanya. Saya tak fikir
awak boleh pergi temu duga...
...selepas baca ini.
-Apa itu?
Surat.
-Untuk awak dari Hungary.
Seorang jurugambar,
Andre Istvan.
Awak pos surat saya?
-Dia sangat suka gambar awak.
Dia nak jadikan
awak pembantunya.
Dia nak awak bekerja
bersamanya selama setahun...
...di hutan hujan Brazil.
-Dia juga akan bayar gaji.
Ayah takkan setuju.
Pergi terangkan kepadanya.
Jangan takut hari ini, Farhan.
Kalau tak, 50 tahun kemudian,
semasa awak tua dan berada...
...dalam hospital begini
dan menunggu untuk mati,...
...pada masa itu, awak akan fikir,
"Surat berada di tangan,...
...teksi tunggu di pintu,
kalau saya berani sikit,...
...hidup saya akan berlainan."
Adakah awak fikir
dia akan sukakannya?
Mengapa beli hadiah
yang begitu mahal?
Hari ini, dia akan
mendapat pekerjaan.
Kita mesti berbangga sekarang
dan awak nak jadi kedekut?
Farhan, hari ini awak
ada temu duga, kan?
Saya tak pergi.
Saya tak nak
jadi jurutera, ayah.
Apa berlaku?
Awak ditimpa kemalangan?
Saya lompat dari
tingkat ketiga bangunan itu.
Kenapa?
-Kerana saya digantung.
Mengapa?
-Saya kencing depan pintu...
...pengarah semasa mabuk.
Adakah Rancho masih
main-main dengan fikiran awak?
Saya tak faham kejuruteraan.
Kalau saya jadi jurutera pun,...
...saya akan jadi
jurutera yang teruk.
Rancho percayakan sesuatu yang
mudah. Jadikan kegemaran kita...
...kerjaya kita. Lepas itu,
kerja akan menyeronokkan.
Awak akan memperolehi
pendapatan apa dalam hutan itu?
Gajinya tak banyak tapi
saya akan banyak belajar.
Selepas 5 tahun, apabila awak
lihat kawan-kawan awak beli...
...kereta, beli rumah, awak
akan menyumpah diri awak.
Saya akan kecewa kalau
saya menjadi jurutera.
Lepas itu, saya akan
menyumpah ayah seumur hidup saya.
Lebih baik saya
menyumpah diri saya sendiri.
Orang akan ketawa! Mereka
akan kata dia berhenti pada...
...tahun akhir. En. Kapoor kata
ayah bernasib baik kerana...
...anak ayah belajar di ICE.
Apa dia akan fikir?
Bukan En. Kapoor yang pasang
penyaman udara di bilik saya.
Bukan dia buat saya tidur
dengan tenang dan sendiri...
...tidur tak selesa.
Bukan dia yang bawa saya
bersiar-siar di zoo atas bahunya.
Ayah buat semua itu.
Apa ayah fikir
penting buat saya.
Saya tak peduli
apa En. Kapoor katakan.
Saya tak tahu
nama pertamanya pun.
Awak baru menonton filem?
Ini dramakah?
Cukuplah. Dia susah hati.
Jangan-jangan dia buat
sesuatu seperti Raju.
Kalau begitu, perbincangan
ini dah tamat. Jangan cakap...
...apa-apa padanya. Kalau tak,
dia akan lompat dari bumbung.
Tak, ayah. Saya takkan
membunuh diri. Saya janji.
Rancho yang ayah tak suka itu
memaksa saya letakkan foto...
...ayah dan mak
dalam dompet saya.
Dia suruh saya janji, bila saya
memikirkan hal-hal bodoh,...
...lihat foto ini dan fikirkan
apa akan jadi kepada senyuman...
...ini apabila mereka
melihat mayat saya.
Saya nak meyakinkan ayah tapi
bukan dengan ancaman bunuh diri.
Apa akan berlaku? Kalau saya
jadi jurugambar, saya akan...
...memperolehi duit kurang, kan?
Rumah dan kereta lebih kecil...
...tapi saya akan gembira.
Saya akan betul-betul gembira.
Apa saja untuk ayah, saya akan
buat dengan penuh kasih sayang.
Sampai sekarang, saya
dengar semua cakap ayah.
Hari ini, sekali saja,
biar saya dengar kata hati saya.
Tolong, ayah.
Ayah, jangan pergi.
Pulangkan ini.
Kamera profesional
awak berapa harganya?
Boleh ditukarkan dengan
komputer riba ini, kan?
Kalau perlukan lebih
banyak duit, minta sajalah.
Pergilah hidup
mengikut cara awak.
Markah awak lemah secara
konsisten. Ada sebab tertentu?
Takut. Saya pelajar
pandai sejak kecil.
Ibu bapa saya rasa ia akan
menamatkan kemiskinan kami.
Saya menjadi takut. Apabila saya
datang, saya lihat ada perlumbaan.
Kalau tak dapat pertama,
tiada sesiapa mengenal kita.
Saya semakin takut.
Ketakutan tak baik untuk gred.
Saya mula pakai lebih cincin.
Mula berdoa. Bukan berdoa
tapi merayu pada Tuhan.
Beri ini, beri itu.
Selepas 16 tulang pecah,
baru saya dapat peluang berfikir.
Baru saya faham.
Tuan, hari ini saya tak minta
Tuhan beri saya pekerjaan ini.
Saya hanya
bersyukur untuk hidup ini.
Kalau kamu menolak saya pun, saya
tak menyesal kerana saya pasti...
...akan lakukan sesuatu yang
berguna dengan hidup saya.
Sifat jujur awak tak baik
untuk syarikat kami.
Untuk menguruskan klien, kami
perlukan seorang yang diplomatik.
Awak suka berterus terang.
Tapi kalau awak meyakinkan
kami bahawa awak boleh kawal...
...sikap ini,
sesuatu boleh dilakukan.
Saya belajar berdikari selepas
memecahkan kedua-dua kaki.
Bukan mudah mendapat sikap ini.
Saya tak boleh mengubahnya.
Kamu simpan pekerjaan kamu dan
saya akan teruskan sikap saya.
Maafkan saya.
Tunggu.
Saya merekrut selama 25 tahun.
Saya menemu duga ramai pelajar.
Untuk mendapat pekerjaan,
orang akan setuju kepada semua.
Awak datang dari mana?
Ya?
-Nak gaji berapa banyak?
Boleh kita bincangkannya?
Terima kasih, tuan.
Tuanku, awak hebat.
Terima hadiah kami.
Govind!
Tuan yang katakan, kalau dia
dapat pekerjaan, cukur misai itu.
Apa ayah buat?
Saya rasa orang dah
tanggalkan pakaian saya.
Saya dirogol.
Saya takkan mengalah, Rastogi.
Awak hanya akan dapat pekerjaan
selepas lulus dalam peperiksaan...
...akhir dan kali ini, saya
akan sediakan peperiksaan itu.
Ayah, itu tak adil.
Semuanya adil
dalam cinta dan perang.
Ini adalah
Perang Dunia Ketiga.
Habislah Rastogi.
Apa awak buat di sini?
Jaga-jaga.
Awak mabuk.
-Ya, saya minum 2 hingga 4.
Dua hingga empat?
Dua atau empat?
Saya perlukan keberanian.
-Untuk apa?
Untuk mencuri ini.
-Apa ini?
Kunci pendua pejabat Virus.
Kertas soalan berada dalam
sampul surat dengan cap merah.
Ayah sendiri menyediakannya
supaya Raju gagal.
Pergi dapatkannya!
Awak gilakah? Itu menipu.
Semuanya adil
dalam cinta dan perang.
Beritahu saya sesuatu.
Adakah awak betul-betul rasa...
...semasa mencium,
hidung akan terlanggar?
Tunggu sekejap.
Makan Dhokla. Ambil ini.
Orang Gujrat memang comel tapi
kenapa makanan kamu berbunyi...
...begitu berbahaya?
Dhokla, Fafda,
Handwa, Thepla, Khakhra.
Macam misil.
-Mari.
Hari ini, Bush jatuhkan
dua Dhokla atas Iraq.
400 orang terbunuh.
200 orang cedera.
Mari.
Saya boleh tahan
nama makanan,...
...tapi nama awak,
Ranchhoddas Shamaldas Chanchad.
Selepas berkahwin, saya
takkan tukar nama keluarga saya.
Pia, kita tak boleh kahwin.
Mengapa?
Awak mencintai orang lain?
Tak.
-Awak homoseksual?
Mengapa awak
tak melamar saya?
Adakah awak mati pucuk?
Buktikannya.
-Tak, Pia.
Berhenti!
-Apa berlaku?
Kita tak beritahu Pia.
-Berhenti di sini.
Saya nak ke tandas.
-Diamlah!
Awak masih menghubunginya?
-Tak tapi saya ada nombor...
...telefon rumahnya.
-Telefonlah. Saya akan berhenti.
Tiada tempat untuk
kencing di negara ini.
Pia ada?
-Tiada.
Boleh saya menghubunginya
di mana? Di hospital?
Mengapa dia nak
pergi ke hospital?
Dia akan berkahwin hari ini.
Dia pergi ke Manali.
Pia dah berkahwin?
-Belum lagi. Perjalanan 6 jam.
Kalau memandu laju, kita akan
sampai sebelum upacara kahwinnya.
Macam mana?
Kalau dah memikirkan,
buat pusingan U.
Jangan buat pusingan U.
Terus ke Ladakh.
Kita akan jumpa Rancho
dan lepas itu pulang.
Saya ada perjumpaan pada hari
jumaat dengan Phunsukh Wangdu.
Mari duduk dalam kereta.
Kalau saya tak jumpanya,...
...orang Jepun akan mengupahnya.
Mereka tawarkan nama pertama...
...dalam syarikat. Phunsukh
dan Fujiyashi. Kongsi untung....
Pia kahwin Suhas.
-Terima kasih untuk sut ini.
Virus akan mendapat
serangan jantung.
Apabila anak perempuannya
kahwin, kita akan sampai untuk...
...menimbulkan masalah.
Saya akan beritahu Pia.
Awak uruskan "tanda harga".
Farhan.
-Kami dah jumpa Rancho, Pia.
Untuk bilik 107?
-Ya, tuan.
Bagi sini.
Kenapa awak lambat?
Maaf, tuan.
-Pergi dari sini.
Housekeeping, tuan.
-Masuk.
Cepat, gosok shervani saya.
Kami dah jumpa Rancho.
Awak masih nak
kahwin dengan keldai ini?
Awak gila, Farhan.
Jangan menipu diri awak, Pia.
Awak masih mencintai Rancho...
...dan masih makan dhokla.
Dia seperti ekor anjing.
Dia takkan berubah.
Diam, Farhan.
Suhas dah berubah.
Sekarang dia tak cakap
pasal jenama atau harga lagi.
Shervani saya yang
berharga Rs150,000!
Mengapa awak makan cutni?
-Saya akan buat sesuatu, tuan.
Apa awak akan buat?
Setiap hari kami terima shervani
dengan kesan. Saya akan...
...bersihkannya dengan cepat.
Bawanya balik cepat!
Tapi dah
terlalu lambat, Farhan.
Pia, kita dah lambat. Mari.
Pia, saya Raju. Jangan jerit.
Mereka akan bunuh saya.
Suhas di mana?
Dia datang dari Housekeeping
dan bawa shervani saya.
Masuk dan hantar Suhas.
-Upacara dah dimulakan.
Kalau saya bangun,
ia akan kelihatan biadab.
Ya, Farhan?
-Kereta sedia di pintu pagar.
Bawa Pia dan larikan diri.
Diamlah. Jangan bergerak.
Tuan?
-Shervani saya?
Awak di sini?
-Ya.
Siapa yang berkahwin di sana?
-Berkahwin?
Beberapa pusingan lagi
dan kita akan berkahwin.
Saya dah pun berkahwin.
Boleh kita pergi?
Ramai orang di sini.
Semua akan ketawakan kita.
Kalau orang ketawa,
awak akan membunuh dirikah?
Orang akan gosip selama
2 hari dan lepas itu lupakannya.
Tapi kalau awak kahwin hari ini,
awak takkan lupa dalam seumur...
...hidup bahawa kereta
ini tunggu di pintu pagar.
Kami datang membawa awak kepada
Rancho tapi disebabkan takut...
...kepada orang,
awak kahwin keldai ini.
Housekeeping?
Pia, ada masalah kecil.
-Apa?
Kami tak tahu kalau Rancho
dah berkahwin atau belum.
Apa?!
-Pasti belum kahwin.
Kalau dah berkahwin?
-Kami akan hantar awak balik.
Bertenang. Makan biskut ini.
Buatan tangan dari San Francisco.
Apa dia buat di sini?
Jangan pedulikannya.
-Makan biskut ini. Sedap.
Sehingga semalam, saya
seorang warganegara yang baik...
...tapi dalam 24 jam, saya
menyebabkan sebuah pesawat...
...membuat
pendaratan kecemasan.
Saya hampir mengepam abu mayat
Shamaldas ke dalam longkang...
...dan menculik pengantin
perempuan dari perkahwinannya.
Semuanya kerana Rancho.
Tapi dia juga sanggup buat
apa saja untuk kawan-kawannya.
Untuk mencuri kertas soalan untuk
Raju, dia membahayakan dirinya.
Cari sampul surat
dengan cap merah.
Dia takut kalau Raju gagal,
dia pasti akan melompat lagi...
...tapi kami pencuri berprinsip.
Kami sumpah hanya akan
mencuri kertas soalan untuk Raju.
Kami takkan lihatnya pun.
Mana ni?
Pagi akan menjelma.
Rancho, tanya Pia.
Pia, telefon kau.
Bila katakan "Semuanya baik,"
dia akan tendang.
Dia tendang.
-Dengar tak?
Pia, telefon kau.
Dah jumpa.
Cepat buat salinannya.
Awak dapatnya di mana?
Letakkannya balik.
Kita selamat.
-Mana kamu pergi?
Ambil ini.
-Apa ini?
Hadiah. Kertas soalan.
Virus sendiri
sediakannya supaya awak gagal.
Saya ada kawan yang ganjil.
Mula-mula ajar saya untuk...
...hidup dengan maruah. Lepas
itu suruh buat kerja memalukan.
Bukan hari ini. Saya nak
lulus dengan usaha saya sendiri.
Kalau tak, biarlah gagal.
Dia berjaya menawan hati kami.
Saya rasa nak jadikannya...
...adik ipar. Lepas itu,
saya mengawal emosi saya.
Pencuri!
-Tolong, tuan!
Maaf, tuan.
Nak tukar sistem?
Kencing depan pintu saya.
-Apa tuan buat?
Maaf, tuan.
Awak digantung!
Kalau kamu tak keluar sebelum
pagi, saya akan panggil polis.
Saya akan panggil polis!
Dari mana dia dapat
kunci pejabat ayah?
Saya berinya kunci, ayah.
Kalaulah saya beri
kunci ini kepada abang,...
...dia akan masih hidup hari ini.
-Hentikannya, Pia.
Ayah fikir abang mati
kerana terjatuh dari kereta api?
Diam, Pia!
-Ayah memutuskan dia akan...
...jadi jurutera. Pernah
tak tanya, apa dia nak jadi?
Ayah banyak menekan abang.
Dia rasa lebih baik mati...
...daripada mengambil
peperiksaan kemasukan.
Apa dia cakap?
-Ayah, masuk bilik ayah.
Masuk bilik ayah.
Pia, hentikannya.
Apa kau lakukan, Pia?
Abang nak belajar sastera.
Dia nak jadi penulis.
Dia tak dapat menulis apa-apa
selain nota bunuh diri ini.
Pia, letak balik surat itu.
-Nak sembunyikan sampai bila?
Kalau sekali pun ayah beritahunya,
berhenti belajar kejuruteraan...
...kalau dia tak sukakan.
Buat apa yang disukainya.
Pasti abang masih
hidup sekarang ini.
Dia tak boleh bunuh diri.
-Ayah betul.
Dia bukan bunuh diri...
...tapi dibunuh.
Banyak jalan banjir di bandar.
Lalu lintas terhenti.
Saya suruh awak balik.
Mengapa awak ikut kami?
Mengapa? Jalan ini
milik emak awakkah?
Tolonglah.
Hanya ada sebuah ambulans
saja di seluruh bandar ini?
Panggil ambulans
dari hospital lain.
Seluruh bandar banjir.
Kami tak boleh buat apa-apa.
Tak, Pia.....
-Mona, apa berlaku?
Rancho, Pia.
Rancho, mustahil untuk datang
ke sini. Buat apa yang saya suruh.
Awak tak faham? Air
tebunannya pecah. Awak tak....
Dia putuskan talian.
Berjaga-jaga.
Pasang lampu.
-Nak letaknya di mana?
Atas meja.
-Meja ping pong.
Raju, buka kamera web.
-Ya.
Kakak di mana?
Tunjukkan kepada saya.
Tunggu sekejap.
Pia di sini.
-Semuanya akan okey, kak.
Saya ada bersama kakak.
-Pia, saya akan mati.
Rancho, apabila tiada
doktor atau hospital di dunia...
...anak masih dilahirkan.
Kamu akan menyambut
kelahiran anak kakak.
Semuanya baik.
Berani betul!
Saya akan bunuh kamu!
Ayah, jangan masuk campur.
Farhan, bawa tuala dan gunting.
Millimeter, bawa klip
sidai pakaian dan air panas.
Rancho, tutup kakak.
-Ya.
Kakak, teran.
-Mona, teran.
Teran.
Hentikan!
Saya tak boleh lakukannya.
Rancho, lihat
kalau crowning berlaku.
Maksud awak?
-Bawa gambar rajah itu.
Lihat kalau kepalanya keluar.
Rancho, cepat.
Cepatlah!
-Pergilah, Rancho.
Tiada.
Kak, tolong teran.
Dia dah letih, Pia.
-Bangunkannya! Kalau dia...
...tak teran, masalah
besar akan timbul.
Kena guna cawan vakum, Pia.
-Mana ada cawan vakum di sana?
Apa itu cawan vakum?
Ia diguna untuk apa?
Saya akan tunjukkan.
Kalau emaknya letih dan tak boleh
tolak, cawan ini akan diletak...
...atas kepala bayi. Pam sedut
ini akan mewujudkan vakum dan...
...cawan ini akan
terlekat ke kepala bayi.
Lepas itu, bayi
itu ditarik keluar.
Saya boleh buatnya.
-Bagaimana?
Dengan pembersih vakum.
-Pembersih vakum?
Ya.
-Tapi tekanannya terlalu tinggi.
Saya akan mengawal tekanan.
-Ada pembersih vakum di sana?
Ada, di pejabat saya.
-Farhan, cepat bawa dari...
...pejabat tuan.
-Okey.
Ambil kunci ini.
Teran, Mona.
Apa berlaku?
-Apa berlaku?
Raju, apa berlaku?
-Bekalan elektrik putus.
Bagaimana nak guna
pembersih vakum sekarang?
Farhan, bawa pembersih vakum. Saya
akan dapatkan bekalan elektrik.
Bagaimana?
Millimeter, keluarkan Virus.
Cepat.
Keluar!
-Apa awak merepek?
Bukan Virus ini. Virus
yang saya buat itu, inverter.
Bawa dengan cepat.
-Baiklah, saya faham.
Raju, suruh semua bangun
di asrama dan beritahu mereka...
...kita perlukan bateri kereta,
wayar, kit peralatan dan...
...tolok vakum. Cepat.
Rancho di mana?
-Di sini.
Letak bateri di sini.
Cepat. Juga wayarnya.
Raju, tutup semua dan sambung
inverter ke kawat utama.
Rancho, pembersih vakum.
Farhan, apa yang awak guna
untuk bersihkan kamera awak?
Peniup?
-Bawa dengan cepat.
Rancho, ini peniup.
-Bagus. Sambung ke tolok...
...pembersih vakum.
-Okey.
Rancho, siap.
Semua suis ditutup?
-Ya.
Pasang lampu
meja ping pong dan komputer.
Raju, pasang komputer.
Farhan, tolong saya. Sambungnya.
Pia, datang cepat.
Saya cinta awak, Rancho.
Farhan, pasangnya.
-Baiklah.
Nak sedut berapa banyak?
-Tak lebih daripada 0.5.
Farhan, 0.5.
-Tutupnya.
0.5.
-Okey.
Menyambut kelahiran anak
dengan pembersih vakum.
Saya tak pernah melihatnya
dalam 20 tahun kerjaya saya.
Farhan, tutupnya.
-Ya.
Raju, pergi ke meja.
Pandang saya.
Tolak bayi ke bawah begini.
Farhan, pasangkannya.
Kak, teran.
Awak boleh lakukannya.
Teran.
Fikir tentang Champ.
Lakukannya untuk Champ.
Dia datang.
Kakak boleh lakukannya.
Teran, Mona.
Farhan, tutupkannya.
-Sudah tutup.
Letak dua klip
dan potong tali pusat.
Farhan, cepat bawa dua klip
dan letak di tali pusatnya.
Itu dia.
-Bawa gunting.
Berhati-hati.
Bawa tuala.
Pia, mengapa dia tak menangis?
Rancho, gosok belakangnya.
Tiada apa-apa berlaku.
Tiup udara dalam mulutnya.
Tiada reaksi.
Jangan menangis, Mona.
Cakap "Semuanya baik."
Dia tendang.
-Apa?
Dia tendang.
Cakap "Semuanya baik."
Semuanya baik.
Semuanya baik.
Kalau ketika itu, Virus katakan
dia nak jadikan cucunya...
...jurutera, saya
pasti belasahnya.
Tapi apabila dia
bercakap, kami terpegun.
Kau pandai tendang.
Nak jadi pemain bola sepak?
Jadilah apa yang kau suka.
Tunggu!
Awak nak pergi ke mana?
Saya belum selesai lagi.
Pada hari pertama di kolej,
awak tanya saya satu soalan,...
...ingat tak? Mengapa mereka
tak guna pensel di angkasa lepas?
Kalau hujung pensel
patah di angkasa lepas,...
...ia akan terapung...
...dalam graviti. Ia boleh masuk
ke dalam mata, hidung, atau...
...panel peralatan.
Awak salah.
Awak tak boleh
betul setiap masa.
Faham tak?
-Ya, tuan.
Ini penciptaan yang
sangat penting. Faham tak?
Ya, tuan.
Pengarah saya katakan,...
...apabila ada pelajar
yang luar biasa pandai,....
Pergi belajar! Lulus
peperiksaan dan pergi dari sini.
Pelajar cemerlang,
Ranchhoddas Shamaldas Chanchad.
Satu foto, tuan.
Saya nak ambil semua gambar
kenangan ini dan bawanya bersama.
Pada hari itu, kami hanya peluk
satu sama lain, buat janji...
...kepada satu sama lain untuk
menghubungi satu sama lain...
...dan berjumpa sekali setahun.
Siapa tahu kami akan melihat...
...Rancho buat kali terakhir.
Buka ikatannya.
Saya akan mendakwa kamu
dalam mahkamah Amerika.
Hanya Rancho saja
boleh buka sekolah begini.
Tapi dia berada di mana?
Jangan kencing di sini.
Pergi dari situ!
-Jangan kencing situ.
Nak saya pukul?
Dah jumpa. Dia mesti
berada di sini. Marilah.
Mana Ranchhoddas?
-Namanya bukan Ranchhoddas.
Chhote. Apa namanya?
Bertenang. Ikut saya.
Rancho di mana?
-Rancho!
Farhan, dia dah baca semua
buku yang awak tulis. Lihat.
Ini juga.
Raju, dia baca
blog awak setiap hari.
Dengan bangganya dia
beritahu budak-budak tentang...
...penyelidikan awak.
Ingat topi keledar awak?
Ia kena curi, kan?
Siapa awak dan bagaimana
awak boleh tahu nama kami?
Tak cam saya?
-Tak.
Bagaimana nak cam? Millimeter
dah jadi Sentimeter sekarang.
Bukan Sentimeter.
Awak dah jadi Kilometer.
Apa awak buat di sini?
-Buat kali pertama, saya dapat...
...sepucuk surat dan
terdapat tiket kereta api.
Tertulis di belakang. "Kalau
nak belajar, naik kereta api ini."
Saya pun menaikinya.
Mana si bodoh itu?
Awak terbangkannya.
Setiap hari, awak muncul dalam
mimpi saya memakai pakaian...
...pengantin dan menaiki skuter.
Awak tak buka selendang tapi
tanggalkan topi keledar awak...
...dan datang dekat
untuk mencium saya.
Sebelum pergi, tak
boleh beritahukah?
Tak. Maaf.
Dah kahwin?
-Apa? Belum.
Awak?
-Hampir kahwin, bodoh!
Jadi?
-Jadi apa?
Adakah awak mencintai sesiapa?
Ya.
Siapa?
-Awak.
Lihat, hidung
takkan langgar, bodoh!
Betul.
Saya nak belasah awak.
-Dengar cakap saya.
Dengar dulu cakap saya.
Saya akan
terangkan segala-galanya.
Hai, Raju.
-Bodoh!
Pukulnya dan pukulnya
bagi pihak saya juga.
Tahu apa kami kena lakukan?
-Saya pakai cermin mata.
Hentikan.
Bangun.
Berseronokkah?
-Hai, Chatur.
Ranchhoddas Chanchad.
Selamat sejahtera, cikgu.
Dah sampai ke mana?
Dah jadi guru di kampung?
A untuk apple, B untuk ball.
Kita berdua menaiki
kereta api bersama-sama...
...tapi kereta api awak berundur.
Daripada jurutera, awak
jadi guru sekolah rendah.
Apa gaji awak?
Cakaplah. Rs5000?
Bagi saya,
itu seperti 100 dolar.
Duit belanja anak lelaki
saya lebih daripada gaji awak.
Berhenti merepek.
-Dia yang selalu merepek.
Dia nak ubah sistem pendidikan.
Dia nak ubah dunia.
Tapi dia tukar
lampin di sini.
Awak nak pecah giginya
atau saya pecahkan?
Biarkanlah.
-Ingat tak?
Saya katakan, awak akan menangis
pada suatu hari kelak dan...
...saya akan ketawa.
Tandatangan di sini.
Akuilah awak kalah
dan saya menang.
Perisytiharan Kekalahan.
Tak boleh dipercayai!
Awak gilakah?
Itu pen Virus. Bagaimana
awak dapat? Awak curikah?
Nak katakan apa?
-Ini untuk pemenang,...
...bukan orang yang gagal.
Tak apa. Kalau ada masalah
di sekolah, nak derma...
...hubungi pembantu saya, okey?
Dia langsung tak berubah.
-Jangan pedulikannya.
Dia selalu merepek.
Lupakan. Berita baik adalah nama
awak bukan Ranchhoddas Chanchad.
Bayangkan selepas kahwin, saya
akan jadi Pia Chanchad. Teruknya.
Apa nama sebenar awak?
-Phunsukh Wangdu.
Wangdu?
-Pia Wangdu?
Ya.
-Awak ahli sains?
Ya.
-Awak ada 400 paten?
Saya takkan tukar nama
keluarga selepas berkahwin.
Awak ahli sains atau guru?
-Saya ahli sains tapi juga...
...mengajar budak-budak.
Maksudnya, awak
Phunsukh Wangdu yang hebat itu?
Ya.
Hei, Silencer.
-Chatur, balik sini.
Tunggu.
-Ambil itu.
Dia takkan berhenti begitu.
Tunggu, saya akan hentikannya.
En. Wangdu, saya
tak percaya awak telefon.
Maafkan saya tapi saya tak boleh
tandatangan perjanjian dengan...
...syarikat awak.
-Mengapa? Apa berlaku?
Nak tandatangan macam mana?
Awak bawa pen saya.
Pen apa? Saya tak faham.
-Pen di tangan awak.
Pen Virus.
-Pen Virus?
En. Wangdu?
-Ya, Chatur.
A untuk apple, B untuk
ball dan L untuk lucky.
Dia terpegun.
Awak kenakan saya, Rancho.
Maksud saya, En. Wangdu.
Betul-betul kenakan saya.
Saya harap masalah peribadi kita
tak menjejaskan perjanjian kita.
Chatur, di sini!
-Saya hanya bergurau.
Saya tahu dalam hati saya,
awak akan berjaya dalam hidup.
Awak menipu.
-Tak, saya sumpah.
Rancho 100, Chatur 0.
Awak menang, saya kalah.
Awak tak percaya saya?
Tuanku, hebat.
Terima hadiah ini.
Nak nasihat percuma, En. Wangdu?
Lari!
Rancho, saya akan
kehilangan pekerjaan saya.
Saya ada anak kecil.
Guru Ranchhoddas memang betul.
Jadilah cemerlang.
Kejayaan akan mengejar kita.
Sari Kata Oleh:
mor@subscene.com