. Tambah. Ringkaskan jawapan dalam nombor bercampur. Kita ada 3 nombor bercampur: 3 dan 1/12 tambah 11 dan 2/5 tambah 4 dan 3/15. Kita boleh katakan bahawa 3 + 1/12 + 11 + 2/5-- mari saya tuliskan. 3 + 1/12 + 11 + 2/5 + 4 + 3/15. Nombor bercampur 3 dan 1/12 adalah sama dengan 3 dan 1/12 atau 3 + 1/12. Memandangkan kita menambah nombor yang banyak, urutannya tidak penting, jadi kita boleh tambahkan semua nombor bulat sekali. Kita ada 3 + 11 + 4, dan kita tambahkan pecahan: 1/12 + 2/5 + 3/15. Bahagian berwarna biru agak mudah. Kita hanya tambahkan mereka. 3 + 11 = 14 + 4 = 18, bahagian itu sama dengan 18. Ini agak susah kerana kita tahu bila kita menambah pecahan, penyebutnya mesti sama. Sekarang kita perlu pastikan semua angka ini mempunyai penyebut yang sama dan ia mesti gandaan sepunya terkecil 12, 5 dan 15. Kita boleh lakukan pengiraan secara kasar. Kita lihat pada gandaan. Kita pilih satu daripada nombor ini dan cari gandaannya dan pastikan ia boleh dibahagi dengan 5 dan 15. Atau kita gunakan pemfaktoran nombor perdana untuk setiap nombor, dan gandaan sepunya terkecil mesti mempunyai pemfaktoran perdana setiap satu daripada nombor ini. Mari saya tunjukkan. Pemfaktoran perdana bagi 12 ialah, 12 sama dengan 2 x 6, 6 ialah 2 x 3, jadi 12 = 2 x 2 x 3. Itu ialah pemfaktoran perdana untuk 12. Pemfaktoran perdana bagi 5 ialah 1 dan 5, jadi 5 ialah nombor perdana. Ini ialah pemfaktoran perdana bagi 5. Hanya ada 5 disitu. 1 ini tidak berguna. Jadi 5 adalah 5. Seterusnya ialah 15. Sebenarnya, bila saya cari pemfaktoran perdana untuk 5, saya patut tahu 5 ialah perdana. Tiada nombor lebih besar daripada 1 yang boleh dibahagi. jadi agak mengarut untuk buat gambar rajah pokok itu. Mari teruskan dengan 15. 15 = 3 x 5, kedua mereka ialah perdana. Kita perlukan sesuatu yang ada dua nombor 2 dan 3. jadi lihat 12 disitu. Jadi penyebut kita perlu ada dua nombor 2 dan 3, mari tuliskan disini. Ini ialah 2 x 2 x 3. Ia perlu ada ini. Ia juga perlu ada 5 bukan? Ia perlu ada gandaan sepunya 5 juga. 5 ialah faktor perdana, ia perlu ada disana. Ia belum ada 5. Dan ia perlu ada 3 dan 5. Tapi kita sudah ada 3. Kita sudah ada 3 daripada 12, dan 5 daripada 5, jadi nombor ini boleh didarab oleh semua, kerana anda boleh lihat ia ada 12, ia ada 5 dan ia ada 15 didalamnya. Jadi, apakah nombor ini? 2 x 2 = 4. 4 x 3 = 12. 12 x 5 = 60. Jadi gandaan sepunya terkecil untuk 12, 5 dan 15 ialah 60. Jadi kita akan tambahkannya. Dan semua akan per dengan 60. Semua ini akan per dengan 60. Semua 3 pecahan akan per dengan 60. Untuk mendapatkan 60 daripada 12, kita perlu darab penyebut dengan 5, jadi kita perlu darab pangangkanya juga dengan 5, jadi 1 x 5 = 5. 5/60 adalah sama dengan 1/12. Untuk mendapatkan 60 daripada 5, kita perlu darabkan dengan 12, jadi lakukan kaedah yang sama dengan pengangkanya. 12 x 2 = 24. Dan yang terakhir, 15 kepada 60, anda perlu darab dengan 4, jadi anda perlu lakukan juga pada pengangkanya. 4 x 3 = 12. Sekarang kita ada penyebut yang sama. Kita boleh tambahkan mereka. Mari lakukannya. Ini ialah 18 tambah, dan per dengan 60 kita ada 5 + 24 = 29. 29 + 12, katakan, 29 + 10 = 39 tambah 2 sama dengan 41. Ia adalah 41. Setahu saya 41 dan 60 tiada faktor sepunya. Saya rasa 41 ialah perdana. Jadi jawapannya ialah 18 dan 41/60. ...