Helo! Tepat pada waktunya. Selamat datang ke Pelayaran Akuatik. Saya akan mengembara untuk mencari harta bawah air tersorok dan syukurlah anda membantu. Siapa tahu apa yang kami jumpa dalam perairan bermisteri ini? Kami akan jumpa pemandu pertama kami di sekitar dok ini. Salam, pengembara! Untuk melengkapkan Pelayaran Akuatik teka-teka perlu diselesaikan dengan kod. Inilah caranya. Skrin terbahagi kepada 3 bahagian utama. Di kiri, adalah dunia Minecraft. Di tengah, kotak alatan di mana terdapat arahan kod. Ruang besar di kanan adalah ruang bekerja. Anda boleh susun arahan untuk bina program anda dan kawal pergerakan anda di sini. Arahan untuk setiap peringkat terletak di atas halaman. Klik pada tanda tambah untuk bertukar antara arahan panjang dan pendek. Cuba menarik blok dari kotak alatan ke ruang bekerja, menyusunnya, kemudian klik butang Run untuk melaksanakan arahan anda. Anda mungkin perlu cuba beberapa kali, dan sesetengah teka-tekai mempunyai lebih dari satu penyelesaian, jadi cuba eksperimen. Jika ingin mencuba semula, klik butang reset untuk kembali. Jika ingin memadamkan arahan, leret blok dari ruang bekerja ke kotak alatan. Ingat klik Run untuk melihat tindakan kod anda. Okey, sudahlah, pengembara. Mari mula mengekod untuk mencari harta bawah air. Sarikata oleh komuniti Amara.org