Helo!
Tepat pada waktunya.
Selamat datang ke Pelayaran Akuatik.
Saya akan mengembara untuk
mencari harta bawah air tersorok
dan syukurlah anda membantu.
Siapa tahu apa yang kami jumpa
dalam perairan bermisteri ini?
Kami akan jumpa pemandu pertama kami
di sekitar dok ini.
Salam, pengembara!
Untuk melengkapkan Pelayaran Akuatik
teka-teka perlu diselesaikan dengan kod.
Inilah caranya.
Skrin terbahagi kepada 3 bahagian utama.
Di kiri, adalah dunia Minecraft.
Di tengah, kotak alatan
di mana terdapat arahan kod.
Ruang besar di kanan adalah
ruang bekerja. Anda boleh susun arahan
untuk bina program anda dan
kawal pergerakan anda di sini.
Arahan untuk setiap peringkat
terletak di atas halaman.
Klik pada tanda tambah untuk bertukar
antara arahan panjang dan pendek.
Cuba menarik blok dari kotak alatan
ke ruang bekerja, menyusunnya,
kemudian klik butang Run
untuk melaksanakan arahan anda.
Anda mungkin perlu cuba beberapa kali,
dan sesetengah teka-tekai mempunyai
lebih dari satu penyelesaian,
jadi cuba eksperimen.
Jika ingin mencuba semula,
klik butang reset untuk kembali.
Jika ingin memadamkan arahan,
leret blok
dari ruang bekerja ke kotak alatan.
Ingat klik Run untuk melihat
tindakan kod anda.
Okey, sudahlah, pengembara.
Mari mula mengekod untuk mencari
harta bawah air.
Sarikata oleh komuniti Amara.org