Anda gred apa? 2. 10. 1. Saya berada dalam gred 8 apabila belajar mengatur cara. Saya memiliki komputer pertama pada gred 6. Saya teruja kerana dapat menyelesaikan masalah orang. Nyatakan diri, bina benda dari idea. Sains komputer adalah asas kepada kebanyakan benda yang mana pelajar kolej dan profesional lakukan untuk 20 atau 30 tahun. Saya suka atur cara kerana saya suka bantu orang. Saya ada peluang untuk bina sesuatu yang menyenangkan kehidupan orang. Ia paling mirip kuasa besar. Permulaan adalah paling penting. Saya baru bermula juga, jadi belajar bersama saya. Ada permainan video kegemaran yang anda ingin cipta? Kami akan mencipta permainan dengan Play Lab. Permainan bagus ada cerita, dengan pelakon. Pelakon bercakap, bergerak, berinteraksi, mungkin juga mendapat mata ikut peraturan permainan. Kami akan belajar cara untuk melakukan kesemuanya dengan ahli sihir, zombi, makhluk asing dan haiwan - kemudian bina permainan dari mula yang boleh dikongsi dan dimainkan pada telefon. Skrin terbahagi kepada 3 bahagian utama. Di kiri adalah ruang permainan di mana atur cara anda berjalan. Arahan setiap peringkat ditulis di bawah. Di tengah adalah kotak alatan, dan setiap blok adalah sekeping kod. Ruang putih di kanan adalah ruang bekerja dan inilah tempat di mana kami membina atur cara. Untuk bermula, sambungkan blok kepada blok jingga "when run". Sambungkan beberapa blok bersama dengan menariknya sehingga anda nampak garisan kuning, dan mereka akan tersusun bersama. Dalam teka-teki pertama, pelakon penguin akan ucap "Helo!" dengan menarik keluar blok "Say", sambungkannya ke blok "When Run", dan taip "Helo." Penguin boleh bergerak dengan blok "move right" dan "move left". Selepas blok anda ditempatkan, tekan butang "Run" untuk melihat atur cara anda. Bermulalah dan akhirnya, anda mencipta permainan dengan pelbagai pemain untuk berinteraksi, bergembira atau bersedih, dapatkan mata, baling bola api, atau menghilang. Ia terpulang kepada anda dan permainan yang anda ingin cipta.