Anda gred apa? 2. 10. 1.
Saya berada dalam gred 8 apabila belajar
mengatur cara. Saya memiliki komputer
pertama pada gred 6. Saya teruja kerana
dapat menyelesaikan masalah orang.
Nyatakan diri, bina benda dari idea.
Sains komputer adalah asas kepada
kebanyakan benda yang mana pelajar kolej
dan profesional lakukan untuk 20 atau 30
tahun. Saya suka atur cara kerana
saya suka bantu orang. Saya ada peluang
untuk bina sesuatu yang menyenangkan
kehidupan orang. Ia paling mirip
kuasa besar. Permulaan
adalah paling penting. Saya baru
bermula juga, jadi belajar bersama saya.
Ada permainan video kegemaran yang
anda ingin cipta? Kami akan
mencipta permainan dengan Play Lab.
Permainan bagus ada cerita,
dengan pelakon. Pelakon bercakap,
bergerak, berinteraksi, mungkin juga
mendapat mata ikut peraturan permainan.
Kami akan belajar cara untuk melakukan
kesemuanya dengan ahli sihir, zombi,
makhluk asing dan haiwan - kemudian bina
permainan dari mula yang boleh
dikongsi dan dimainkan pada telefon.
Skrin terbahagi kepada 3 bahagian utama.
Di kiri adalah ruang permainan di mana
atur cara anda berjalan. Arahan setiap
peringkat ditulis di bawah. Di tengah
adalah kotak alatan, dan setiap blok
adalah sekeping kod. Ruang putih di kanan
adalah ruang bekerja dan inilah
tempat di mana kami membina atur cara.
Untuk bermula, sambungkan blok
kepada blok jingga "when run". Sambungkan
beberapa blok bersama dengan menariknya
sehingga anda nampak garisan kuning, dan
mereka akan tersusun bersama.
Dalam teka-teki pertama, pelakon
penguin akan ucap "Helo!" dengan menarik
keluar blok "Say", sambungkannya ke
blok "When Run", dan taip "Helo."
Penguin boleh bergerak dengan blok
"move right" dan "move left". Selepas
blok anda ditempatkan, tekan butang "Run"
untuk melihat atur cara anda. Bermulalah
dan akhirnya, anda mencipta permainan
dengan pelbagai pemain untuk berinteraksi,
bergembira atau bersedih, dapatkan mata,
baling bola api, atau menghilang.
Ia terpulang kepada anda dan
permainan yang anda ingin cipta.