Dalam satu ucapan saya kepada 300 kanak-kanak,
yang berusia enam hingga lapan tahun di satu muzium,
saya membawa satu beg yang dipenuhi kaki-kaki,
sama seperti yang anda lihat di sini,
Saya meletakkannya di atas meja, untuk kanak-kanak ini.
Dari pengalaman saya, kanak-kanak ini biasanya ingin tahu
mengenai apa yang mereka tidak tahu, dan tidak faham,
atau yang janggal kepada mereka.
Mereka hanya berasa takut kepada kelainan
apabila orang dewasa mempengaruhi mereka supaya mereka berasa takut,
dan mungkin menyekat rasa ingin tahu itu,
ataupun, mengawal temubual
supaya mereka menjadi kanak-kanak yang bersopan.
Jadi, saya membayangkan seorang cikgu sekolah rendah tahun satu di lobi,
dengan kanak-kanak yang nakal, berkata, " Sekarang, walau apa pun yang kamu lakukan,
jangan merenung kaki-kakinya."
Tetapi, itulah pokoknya.
Itulah sebab saya berada di sana, saya mahu mereka lihat and berfikir.
Jadi, saya dapat persetujuan dengan orang dewasa (cikgu)
bahawa kanak-kanak dibenarkan masuk ke dewan ini, tanpa orang dewasa, selama dua minit,
bersendirian.
Apabila pintu-pintu dibuka, mereka medekati meja di mana kaki-kaki ini diletakkan,
kemudian mereka tekan-tekan, dan mereka goyang-goyang jari-jari kaki,
dan mereka juga meletakkan segala keberatan mereka ke atas 'kaki lari pecut'.
kerana mereka ingin tahu akibatnya.
Kemudian, saya berkata, " Adik-adik, --
pagi ini, selepas saya bangun dari tidur, saya memutuskan bahawa saya hendak melompat dari atas rumah --
bukan rumah yang terlalu besar, dua atau tiga tingkat --
tetapi, jika anda boleh memikirkan sesuatu binatang atau watak superhero atau watak kartun,
apa-apa saja yang kamu boleh bayangkan sekarang,
apakah jenis kaki anda akan bina dan berikan kepada saya?
Dengan cepat, suatu jeritan "Kanggaru !"
"Bukan, bukan ! Sepatutnya seekor katak!"
"Bukan, bukan ! Sepatutnya Go Go Gadget!"
"Bukan, bukan ! Sepatutnya The Incredibles!"
Dan macam-macam yang saya tidak mengerti.
Lepas itu, seorang budak berusia lapan tahun berkata,
"Hey, mengapa kamu tak mahu terbang?"
Seluruh dewan, termasuk saya bercakap, "Ya"
(Gelak ketawa)
Dengan begitu saja, saya bertukar dari seorang wanita
yang kanak-kanak ini diberitahu sebagai seorang 'cacat'
ke seorang yang berpotensi hebat.
Seorang yang mungkin mempunyai kebolehan luar biasa.
Menarik.
Anda mungkin sudah lihat saya di TED, 11 tahun yang lalu,
dan ada banyak topik tentang bertapa mengubah-hidupnya persidangan TED ini
untuk penceramah dan perserta yang hadir, saya tidak terkecuali.
TED sesungguhnya adalah titik perlancaran ke dekad selanjutnya dalam perjalanan hidup saya.
Sewaktu itu, kaki-kaki yang saya perlihatkan adalah sangat terkini.
Saya mempunyai kaki-kaki gentian karbon untuk lari pecut,
yang diilhamkan dari kaki belakang harimau bintang,
yang mungkin anda lihat di pentas ini semalam.
Kaki-kaki palsu ini juga kelihatan seperti asli, yang dicatkan dengan silika.
Waktu itu merupakan peluang saya untuk mencabar
pencipta-pencipta diluar komuniti perubatan kaki tangan palsu
untuk datang dan membawa bakat mereka ke dunia sains dan seni
binaan kaki-kaki palsu.
Supaya kita boleh berhenti mengasingkan rupa, fungsi dan estetika,
dan memberikan mereka nilai-nilai yang berlainan.
Saya bernasib baik, ramai orang menyahut cabaran saya itu.
Dan lucunya perjalanan saya bermula dengan seorang perserta persidangan TED --
Chee Pearlman, yang saya harap ada di sini.
Beliau adalah editor majalah ID pada masa itu,
dan beliau menulis mengenai saya di muka hadapan.
Ia adalah permulaan kepada suatu perjalanan yang luar biasa.
Saya bertemu dengan mereka-mereka yang ingin tahu pada masa itu;
Saya pernah terima pelbagai jemputan untuk berucap
mengenai rekabentuk kaki harimau bintang di seluruh dunia.
Selepas berucap, ramai orang datang bercakap dengan saya,
lelaki dan wanita
Perbualan tersebut biasanya macam ini,
"Aimee, anda amat cantik.
.Anda tidak kelihatan cacat."
(Gelak ketawa)
Saya fikir, " Baguslah,
sebab saya tidak rasa cacat."
Dan ini telah membuka mata saya kepada perbualan ini
yang boleh dikaji, tentang kecantikan.
Bagaimana seorang wanita cantik perlu kelihatan?
Apakah badan yang seksi?
Yang menariknya, dari sudut identiti,
apakah makna kecacatan?
Maksud saya -- Pamela Anderson ada lebih banyak bahagian badan palsu di dalam badannya.
Tetapi tak ada orang panggil dia cacat.
(Gelak ketawa)
Jadi majalah ini, melalui tangan pereka grafik Peter Saville,
menemui pereka fesyen Alexander McQueen, and jurugambar Nick Knight,
yang juga ingin mengkaji perbualan tersebut.
Jadi, tiga bulan selepas TED, saya menaiki kapal terbang
ke London, untuk membuat penggambaran fesyen pertama saya,
yang anda boleh lihat di muka depan majalah ini --
"Fashion-able"?
Tiga bulan kemudian, saya memperaga untuk Alexander McQueen
dengan memakai sepasang kaki kayu ukiran tangan dibuat daripada padatan abu.
Tidak yang tahu - semua orang ingat kaki palsu ini adalah kasut kayu.
Sebenarnya, saya telah membawa kaki palsu tersebut di pentas ini:
Anggur-anggur, magnolia-magnolia -- memang menakjubkan.
Hal-hal puisi.
Puisi berpotensi mengangkat perkara-perkara yang membosankan dan diabaikan
ke dunia seni.
Ia boleh mengubah benda-benda yang menakutkan orang
kepada sesuatu yang menarik perhatian mereka,
untuk melihat dengan lebih lama,
dan mungkin memahami.
Saya mempelajari sendiri dari cabaran saya yang seterusnya.
Artis Matthew Barney, dalam filem beliau yang bernama "The Cremaster Cycle."
Waktu inilah timbulnya kesedaran
bahawa kaki-kaki palsu saya adalah ukiran yang boleh dipakai.
Dan pada saat ini, saya mula beralih dari keperluan untuk meniru kemanusian
sebagai satu-satunya estetika yang ideal.
Jadi, kami hasilkan apa yang orang panggil kaki kaca
walaupun ianya adalah polyurethane yang lutsinar,
juga dikenali sebagai bahan bola boling
Beratnya!
Kemudian, kami menghasilkan kaki-kaki yang dibentuk dibawah tanah
dengan tanaman ubi kayu yang tumbuh di dalam, and ubi bit diatas
dan jari kaki kekuningan yang cantik.
Itu adalah gambar lebih dekat tentangnya.
Kemudian, satu lagi watak adalah separuh-wanita, separuh harimau bintang --
sedikit penghormatan kepada kehidupan saya sebagai seorang atlit.
solekan prostetik selama 14 jam
untuk menyerupai mahluk yang mempunyai cakar,
kuku dan ekor yang bergerak-gerak,
semacam tokek.
(Gelak ketawa)
Dan kemudian sepasang kaki yang kami hasilkan adalah ...
kelihatan kaki-kaki ubur-ubur.
juga polyurethane.
Dan satu-satunya tujuan kaki-kaki ini,
diluar konteks filem ini,
adalah merangsang pancaindra dan menghidupkan imaginasi.
Jadi, keinginanan adalah sangat penting.
Hari ni, saya mempunyai duabelas pasang kaki-kaki palsu
yang dibuat oleh pelbagai orang untuk saya,
dan dengan kaki-kaki ini, saya mampu berjalan di atas pelbagai bentuk muka bumi.
dan, saya berupaya mengubah ketinggian saya --
Saya mempunyai lima ketinggian yang berlainan.
(Gelak ketawa)
Hari ni, ketinggian saya 6'1".
Saya mempunyai kaki-kaki ni sejak satu tahun dahulu
di Dorset Orthopaedic di England
dan semasa saya membawanya pulang ke kediaman saya di Manhattan,
pada malam pertama saya ke satu jamuan yang sangat ranggi.
Dan seorang gadis yang saya kenali selama berberapa tahun
dengan ketinggian biasa saya pada 5'8".
Beliau terkejut apabila nampak saya,
dan dia pun berkata, "Tingginya kamu!"
Dan saya berkata, " Saya tahu. Bagus kan?"
Maksud saya, ia seperti memakai jangkungan atas jangkungan,
tetapi saya ada pengalaman baru dengan ketinggian pintu-pintu
yang tidak pernah saya jangkakan.
Dan saya seronok dengan pengalaman baru ini.
Kemudian, beliau merenung saya
dan berkata, " Tapi Aimee, ini tidak adil."
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Yang menarik, beliau bukan sekadar berkata, beliau betul-betul maksudkannya.
Tidak adil kamu boleh mengubah ketinggian,
sesuka hati kamu.
Pada masa itu saya tahu --
bahawa perbualan saya dengan masyarakat
sudah berubah secara mendadak
di dekad akhir ini.
Ini sudah bukan satu perbualan tentang menhadapi kekurangan.
Ini adalah perbualan tentang kelebihan.
Ia satu perbualan tentang pontensi.
Kaki ataupun tangan protestik tidak lagi mewakili keperluan untuk menggantikan kehilangan ataupun kerugian.
Ia juga boleh mewakili satu simbol dimana pemakai itu
mempunyai keupayaan untuk membuat apa saja mereka ingini
di ruangan itu.
Jadi, orang-orang yang masyarakat lihat sebagai cacat
kini, mereka boleh menjadi arkitek identiti mereka sendiri
dan juga berterusan mengubah identiti-identiti tersebut
melalui rekabentuk badan-badan mereka
dari tempat pemberdayaan.
Apa yang begitu seronok untuk saya sekarang adalah
apabila kita menggabungkan teknologi terkini --
seperti robotiks, bioniks --
dengan puisi yang lama,
kita sedang mendekati pemahaman kemanusiaan kita.
Saya berasa bahawa, jika kita ingin menemui potensi sepenuhnya
di kalangan kemanusiaan kita,
kita harus meraikan kuasa yang begitu menakjubkan itu
dan kecacatan mulia yang kita punyai.
Saya teringat kepada Shylock yang ditulis oleh Shakespeare:
"Jika anda tikam kami, tidak berdarah ke?,
dan jika kamu menggeletek kami, tidak ketawa ke?"
Ia adalah sifat kemanusiaan kita,
dan semua pontensi di dalamnya,
yang membuat kita cantik.
Terima kasih.
(Tepukan)