Kita semua tahu tentang dinosaur
yang pernah berkeliaran di bumi,
tapi lama selepas dinosaur pupus,
haiwan besar yang dipanggil megafauna
tinggal di setiap benua.
Di Amerika, sloth yang sebesar gajah
memusnahkan pokok dengan kukunya.
Kucing bergigi pedang sebesar beruang
memburu secara berkelompok,
tapi bukan lawan bagi beruang
bermuncung pendek
yang tingginya empat meter bila berdiri,
dan membuat kucing-kucing ini lari
jauh daripada mangsa.
Terdapat armadilo
yang sebesar kereta kecil,
beaver yang lebih dua meter,
dan burung yang bersayap lapan meter.
Hampir di mana-mana, megafauna
menjadi pupus kerana pemburu.
Sesetengahnya masih hidup
di Afrika dan Asia.
Di tempat-tempat lain, masih ada
legasi haiwan-haiwan ini.
Kebanyakan pokok dapat tumbuh semula
walaupun batang rosak
untuk menebus kerosakan yang berlaku
dan masih hidup walaupun
dibelah, dipulas dan dipijak,
mungkin ia berevolusi untuk
menahan serangan gajah.
Antelop Amerika boleh
berlari dengan amat laju
kerana ia berevolusi untuk
mengelak ancaman cheetah Amerika.
Haiwan yang terselamat ini
hidup dalam ekosistem "hantu"
yang telah berubah disebabkan oleh
ancaman spesies yang tak wujud lagi.
Kini, mungkin haiwan yang telah pupus ini
boleh dihidupkan semula
dengan menggunakan bahan genetik.
Contohnya, terdapat kajian
pengklonan mamot daripada fosil beku.
Meskipun mustahil,
kita masih boleh pulihkan ekosistem
yang telah hilang.
Bagaimana? Dengan menggunakan
ladang terbiar.
Oleh sebab pasaran makanan adalah global,
tanah yang tak subur tak lagi berguna.
Petani di tanah tandus tak dapat bersaing
dengan mereka yang bertani
di tanah yang lebih baik.
Akibatnya, pertanian mula berkurangan
di banyak tempat,
dan pokok mula tumbuh kembali.
Dianggarkan bahawa dua pertiga
daripada tanah di AS
yang telah dibersihkan untuk pertanian
telah kembali menjadi hutan.
Selain itu, sehingga tahun 2030,
sebuah kawasan di Eropah
yang sebesar Poland
akan dikosongkan oleh petani.
Walaupun DNA tak dapat kembalikan
sloth dan armadilo,
kita boleh kembalikan
beruang, serigala, puma,
kucing liar, moose dan bison
ke tempat tinggal asal.
Haiwan boleh membentuk semula persekitaran
dan mewujudkan persekitaran
untuk spesis lain.
Setelah serigala dimasukkan semula
ke Taman Negara Yellowstone pada 1995,
ekosistem telah diubah dengan pantas.
Rusa mula berkurangan,
dan tumbuhan mula tumbuh semula.
Ketinggian pokok berganda dalam
tempoh enam tahun.
Hutan kembali, bulbul pun kembali.
Beaver yang makan pokok
berganda dalam sungai,
dan empangannya menjadi habitat
memerang, muskrat, itik, katak dan ikan.
Serigala bunuh koyot,
jadi arnab dan tikus bertambah,
dan dimakan oleh helang, wesel,
musang dan bejar.
Helang dan burung raven makan bangkai
yang serigala tinggalkan.
Beruang pula makan buah beri
di pokok renek yang tumbuh semula.
Bison bertambah dan meragut rumput
di hutan yang telah tumbuh semula.
Serigala membawa banyak perubahan.
Inilah contoh lata trofik, iaitu
perubahan di puncak rantaian makanan
mempengaruhi setiap aras
dalam rantaian makanan.
Penemuan lata trofik
ialah penemuan sains yang menguja
dalam separuh abad yang lalu.
Ekosistem yang telah hilang
satu atau dua haiwan besar sahaja,
keadaannya mungkin amat berbeza
berbanding yang mengandungi
haiwan tersebut.
Di seluruh dunia, wujudnya usaha untuk
memulihkan alam sekitar
yang dipanggil "meliarkan semula".
Ini bermakna membetulkan kerosakan,
mendapatkan semula spesis yang telah lari,
kemudian berundur.
Tiada cubaan untuk
mencipta ekosistem ideal,
kawasan rawa, hutan hujan
atau terumbu karang.
"Meliarkan semula"
bertujuan mengembalikan
spesies yang berinteraksi secara bebas
tanpa campur tangan manusia.
Tapi, amat penting bahawa
"meliarkan semula"
tak dijadikan alasan menghalau penduduk.
Ia perlu dilakukan dengan izin
dan keinginan penduduk.
Bayangkan anda berdiri
di tebing di England,
melihat paus menyerang ikan hering
seperti yang pernah berlaku
hingga abad ke-18.
Dengan mewujudkan laut simpan
di mana perikanan komersil dilarang,
ia boleh berlaku lagi.
Bayangkan Serengeti Eropah
penuh dengan haiwan yang pernah wujud:
badak air, badak, gajah, hiena dan singa.
"Meliarkan semula" memperkenalkan semula,
di samping haiwan dan tumbuhan,
spesis yang dipanggil harapan.
Perubahan ekologikal
tak semestinya bergerak sama arah.
Musim bunga yang sunyi boleh diikuti
musim panas yang liar.