Ini imej kelompok galaksi. Memang seperti namanya, ia merupakan himpunan galaksi yang terbentuk kerana daya gravitinya. Kebanyakan bintik yang dilihat bukan bintang-bintang berasingan, tetapi himpunan bintang, atau galaksi. Setelah melihat imej ini, saya berharap anda sedar bahawa kelompok galaksi adalah indah. Tapi bukan itu saja, saya rasa kelompok galaksi bermisteri, mengejutkan, dan berguna. Berguna sebagai sebuah makmal alam semesta. Kita boleh menjelaskan kelompok galaksi mengikut cara kita menjelaskan eksperimen yang boleh dilakukan dengannya. Saya rasa terdapat empat aspek utama. Aspek pertama adalah tentang saiz yang besar. Aspek pertama ialah, saiz yang besar. Berapa besar? Ini imej bagi sebuah kelompok galaksi. Ia begitu besar sehingga cahaya yang menembusinya dibengkokkan dan terganggu oleh graviti melampau kelompok ini. Jika anda melihat dengan teliti, terdapat gelang di sekitar kelompok ini. Untuk memberikan sebuah anggaran, kelompok galaksi ini mempunyai jisim lebih daripada satu juta bilion matahari. Agak menakjubkan betapa besarnya sistem ini. Tetapi lebih daripada jisimnya, ia mempunyai sebuah ciri tambahan. Ia merupakan sistem-sistem yang terasing. Kita boleh membayangkannya sebagai sebuah alam semesta yang kecil. Soalan-soalan yang kita tertanya-tanya tentang alam semesta, seperti "Bagaimana graviti berfungsi?" mungkin dapat dijawab setelah mengkaji sistem-sistem ini. Jadi, ia sangat besar. Aspek kedua: sangat panas. Jika saya mengambil sebuah imej kelompok galaksi, dan keluarkan semua cahaya bintang, apa yang tinggal ialah sebuah tompok biru yang besar. Ini warna palsu. Apa yang kita lihat ialah cahaya X-ray. Jika ia bukan galaksi, apa yang memancarkan cahaya ini? Jawapannya, gas panas, Gas bersuhu sejuta darjah. Sebenarnya, ia plasma. "Mengapa ia begitu panas?" dapat dijawab oleh slaid yang sebelumnya. Graviti melampau sistem-sistem ini mempercepat kelajuan zarah gas, dan kelajuan yang tinggi bererti suhu yang tinggi Inilah idea utama. Tapi sains ialah sebuah draf kasar. Terdapat banyak ciri asas tentang plasma ini yang masih mengelirukan kita, membingungkan kita, dan mendorong pengetahuan ktia tentang soal kepanasan ini. Aspek ketiga: sangat kecil. Untuk menjelaskannya, saya perlu beritahu anda sebuah fakta yang membimbangkan. Kebanyakan bahan dalam alam semesta bukannya terdiri daripada atom. Anda telah ditipu. Kebanyakannya terdiri daripada sesuatu yang sangat bermisteri, iaitu jirim gelap. Jirim gelap tidak suka berinteraksi, kecuali melalui graviti. Kita ingin tahu lebih banyak tentangnya. Jika anda seorang ahli fizik zarah, anda ingin tahu apa yang berlaku apabila kita merempuh benda-benda. Jirim gelap tidak terkecuali. Bagaimanakah kita melakukannya? Untuk menjawab soalan ini, saya perlu menanya soalan yang lain: Apa yang berlaku apabila kelompok galaksi berlanggaran? Ini imejnya. Oleh sebab kelompok galaksi ialah kepingan-kepingan alam semesta, iaitu bentuk kecilnya, kebanyakannya terdiri daripada jirim gelap, iaitu yang berwarna ungu kebiruan. Warna merah ialah gas panas, dan anda dapat melihat banyak galaksi. Zarah memecut pada kadar yang pantas. Zarah memecut pada kadar yang pantas. Hal ini sangat penting sebab kesan-kesan yang sangat kecil yang mungkin sukar dikesan di makmal mungkin membentuk sesuatu yang boleh dilihat dalam alam semula jadi. Ia sangat lucu. Kelompok-kelompok galaksi boleh mengajar kita tentang jirim gelap, kelompok-kelompok galaksi boleh mengajar kita tentang aspek sangat kecil, semuanya kerana ia sangat besar. Aspek keempat: sangat pelik. Semestinya apa yang saya cakap tadi agak gila. Perkara yang lebih pelik ialah tenaga gelap. Jika saya membaling sebiji bola ke udara, saya menjangkakannya ke atas. Saya tidak menjangkakan ia ke atas pada kadar yang semakin pantas. Begitu juga, ahli-ahli kosmologi memahami sebab alam semesta sedang berkembang. Mereka tidak faham mengapa ia sedang berkembang pada kadar yang semakin pantas. Mereka telah menamakan pengembangan terpecut ini sebagai "tenaga gelap". Kita ingin belajar lebih lanjut tentangnya. Soalannya ialah: bagaimanakah tenaga gelap mempengaruhi alam semesta? bagaimanakah tenaga gelap mempengaruhi alam semesta? Bergantung pada kekuatan tenaga gelap, mungkin struktur terbentuk dengan lebih cepat atau lebih lambat. Masalah dengan struktur di alam semesta ialah, ia sangat rumit. Ini sebuah simulasi komputer. Kita perlukan cara untuk meringkaskannya. Saya suka menggunakan analogi ini: Jika saya mahu memahami peristiwa kekaraman Titanic, saya tidak perlu memodelkan setiap kepingan kecil daripada kapal itu. saya tidak perlu memodelkan setiap kepingan kecil daripada kapal itu. saya tidak perlu memodelkan setiap kepingan kecil daripada kapal itu. Saya hanya perlu mencari dua bahagian yang paling besar. Begitu juga, banyak yang boleh dipelajari tentang alam semesta dengan menjejaki kepingan terbesarnya, iaitu kelompok galaksi. Ketika ini, anda mungkin rasa tertipu. Maksud saya, saya telah katakan kelompok galaksi adalah berguna, dan saya telah memberikan beberapa sebab. Tapi, apakah kegunaannya? Untuk menjawab soalan ini, Saya ingin berikan petikan daripada Henry Ford apabila beliau ditanya tentang kereta. Beliau berkata: "Jika saya tanya orang ramai apa yang mereka mahu, mereka pasti mahukan kuda yang lebih pantas." Hari ini, masyarakat kita menghadapi banyak masalah yang rumit. Masih tiada penyelesaian yang muktamad. Bukan kuda yang lebih pantas. Ia memerlukan kepintaran saintifik. Ia memerlukan kepintaran saintifik. Jadi, kita perlu berfokus. Kita perlu menumpukan perhatian. Tapi kita juga perlu ingat, inovasi, kepintaran, inspirasi, semua ini akan wujud apabila kita meluaskan visi kita, berfikir, melihat ke luar. Cara yang baik untuk melakukannya ialah, mengkaji alam semesta kita. Terima kasih. (Tepukan)