Ini imej kelompok galaksi.
Memang seperti namanya,
ia merupakan himpunan galaksi
yang terbentuk kerana daya gravitinya.
Kebanyakan bintik yang dilihat
bukan bintang-bintang berasingan,
tetapi himpunan bintang, atau galaksi.
Setelah melihat imej ini,
saya berharap anda sedar bahawa
kelompok galaksi adalah indah.
Tapi bukan itu saja,
saya rasa kelompok galaksi bermisteri,
mengejutkan,
dan berguna.
Berguna sebagai sebuah
makmal alam semesta.
Kita boleh menjelaskan
kelompok galaksi
mengikut cara kita menjelaskan eksperimen
yang boleh dilakukan dengannya.
Saya rasa terdapat
empat aspek utama.
Aspek pertama adalah tentang saiz yang besar.
Aspek pertama ialah, saiz yang besar.
Berapa besar?
Ini imej bagi sebuah kelompok galaksi.
Ia begitu besar sehingga
cahaya yang menembusinya
dibengkokkan dan terganggu
oleh graviti melampau kelompok ini.
Jika anda melihat dengan teliti,
terdapat gelang di sekitar kelompok ini.
Untuk memberikan sebuah anggaran,
kelompok galaksi ini
mempunyai jisim lebih daripada
satu juta bilion matahari.
Agak menakjubkan
betapa besarnya sistem ini.
Tetapi lebih daripada jisimnya,
ia mempunyai sebuah ciri tambahan.
Ia merupakan
sistem-sistem yang terasing.
Kita boleh membayangkannya
sebagai sebuah alam semesta yang kecil.
Soalan-soalan yang kita tertanya-tanya
tentang alam semesta,
seperti "Bagaimana graviti berfungsi?"
mungkin dapat dijawab
setelah mengkaji sistem-sistem ini.
Jadi, ia sangat besar.
Aspek kedua: sangat panas.
Jika saya mengambil
sebuah imej kelompok galaksi,
dan keluarkan semua cahaya bintang,
apa yang tinggal ialah
sebuah tompok biru yang besar.
Ini warna palsu.
Apa yang kita lihat
ialah cahaya X-ray.
Jika ia bukan galaksi,
apa yang memancarkan cahaya ini?
Jawapannya, gas panas,
Gas bersuhu sejuta darjah.
Sebenarnya, ia plasma.
"Mengapa ia begitu panas?"
dapat dijawab oleh slaid yang sebelumnya.
Graviti melampau sistem-sistem ini
mempercepat kelajuan zarah gas,
dan kelajuan yang tinggi bererti
suhu yang tinggi
Inilah idea utama.
Tapi sains ialah sebuah draf kasar.
Terdapat banyak ciri asas
tentang plasma ini
yang masih mengelirukan kita,
membingungkan kita,
dan mendorong pengetahuan ktia
tentang soal kepanasan ini.
Aspek ketiga: sangat kecil.
Untuk menjelaskannya,
saya perlu beritahu anda
sebuah fakta yang membimbangkan.
Kebanyakan bahan dalam alam semesta
bukannya terdiri daripada atom.
Anda telah ditipu.
Kebanyakannya terdiri daripada
sesuatu yang sangat bermisteri,
iaitu jirim gelap.
Jirim gelap tidak suka berinteraksi,
kecuali melalui graviti.
Kita ingin tahu lebih banyak tentangnya.
Jika anda seorang ahli fizik zarah,
anda ingin tahu apa yang berlaku
apabila kita merempuh benda-benda.
Jirim gelap tidak terkecuali.
Bagaimanakah kita melakukannya?
Untuk menjawab soalan ini,
saya perlu menanya soalan yang lain:
Apa yang berlaku apabila
kelompok galaksi berlanggaran?
Ini imejnya.
Oleh sebab kelompok galaksi ialah
kepingan-kepingan alam semesta,
iaitu bentuk kecilnya,
kebanyakannya terdiri daripada jirim gelap,
iaitu yang berwarna ungu kebiruan.
Warna merah ialah gas panas,
dan anda dapat melihat banyak galaksi.
Zarah memecut pada kadar yang pantas.
Zarah memecut pada kadar yang pantas.
Hal ini sangat penting
sebab kesan-kesan yang sangat kecil
yang mungkin sukar dikesan di makmal
mungkin membentuk sesuatu
yang boleh dilihat
dalam alam semula jadi.
Ia sangat lucu.
Kelompok-kelompok galaksi
boleh mengajar kita tentang jirim gelap,
kelompok-kelompok galaksi
boleh mengajar kita tentang
aspek sangat kecil,
semuanya kerana ia sangat besar.
Aspek keempat: sangat pelik.
Semestinya apa yang
saya cakap tadi agak gila.
Perkara yang lebih pelik
ialah tenaga gelap.
Jika saya membaling sebiji bola ke udara,
saya menjangkakannya ke atas.
Saya tidak menjangkakan ia ke atas
pada kadar yang semakin pantas.
Begitu juga, ahli-ahli kosmologi memahami
sebab alam semesta sedang berkembang.
Mereka tidak faham
mengapa ia sedang berkembang
pada kadar yang semakin pantas.
Mereka telah menamakan
pengembangan terpecut ini
sebagai "tenaga gelap".
Kita ingin belajar
lebih lanjut tentangnya.
Soalannya ialah:
bagaimanakah tenaga gelap
mempengaruhi alam semesta?
bagaimanakah tenaga gelap
mempengaruhi alam semesta?
Bergantung pada kekuatan tenaga gelap,
mungkin struktur terbentuk
dengan lebih cepat atau lebih lambat.
Masalah dengan struktur
di alam semesta ialah, ia sangat rumit.
Ini sebuah simulasi komputer.
Kita perlukan cara
untuk meringkaskannya.
Saya suka menggunakan analogi ini:
Jika saya mahu memahami
peristiwa kekaraman Titanic,
saya tidak perlu memodelkan
setiap kepingan kecil daripada kapal itu.
saya tidak perlu memodelkan
setiap kepingan kecil daripada kapal itu.
saya tidak perlu memodelkan
setiap kepingan kecil daripada kapal itu.
Saya hanya perlu
mencari dua bahagian yang paling besar.
Begitu juga, banyak yang boleh
dipelajari tentang alam semesta
dengan menjejaki kepingan terbesarnya,
iaitu kelompok galaksi.
Ketika ini,
anda mungkin rasa tertipu.
Maksud saya, saya telah katakan
kelompok galaksi adalah berguna,
dan saya telah memberikan beberapa sebab.
Tapi, apakah kegunaannya?
Untuk menjawab soalan ini,
Saya ingin berikan petikan
daripada Henry Ford
apabila beliau ditanya tentang kereta.
Beliau berkata:
"Jika saya tanya orang ramai
apa yang mereka mahu,
mereka pasti mahukan
kuda yang lebih pantas."
Hari ini, masyarakat kita menghadapi
banyak masalah yang rumit.
Masih tiada penyelesaian yang muktamad.
Bukan kuda yang lebih pantas.
Ia memerlukan kepintaran saintifik.
Ia memerlukan kepintaran saintifik.
Jadi, kita perlu berfokus.
Kita perlu menumpukan perhatian.
Tapi kita juga perlu ingat,
inovasi, kepintaran, inspirasi,
semua ini akan wujud
apabila kita meluaskan visi kita,
berfikir,
melihat ke luar.
Cara yang baik untuk melakukannya ialah,
mengkaji alam semesta kita.
Terima kasih.
(Tepukan)