[woosh] [ding] [bunyi permulaan] [muzik] Apa itu internet? Internet adalah seperti perkara yang popular. Beberapa satelit di luar angkasa. Saya bayangkan dalam kepala saya seperti gelombang internet menuju ke telefon. Seseorang memberitahu saya ia awan. Internet banyak seperti paip air sentiasa mengalir. Kebanyakan orang tidak mempunyai idea asal internet dan ia tidak mengapa, mereka tidak perlu tahu. Ia seperti bertanya, siapakah yang mencipta pen mata bola atau pam tandas atau zip. Ini semua perkara yang kita gunakan setiap hari tanpa berfikir tentang fakta bahawa suatu hari seseorang menciptanya. Internet adalah seperti itu. Bertahun-tahun yang lalu pada awal tahun 1970-an Saya dan rakan kerja saya Bob Kahn mula mereka apa yang kita sekarang memanggil internet. Ia adalah hasil dari satu lagi eksperimen yang dipanggil ARPANET yang bermaksud Rangkaian Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan. Itu adalah projek penyelidikan jabatan pertahanan. Paul Baran cuba untuk memikirkan bagaimana untuk membina sistem komunikasi yang boleh bertahan serangan nuklear. Jadi dia mempunyai idea ini untuk membahagikan mesej ke blok dan menghantarnya secepat mungkin dalam setiap arah yang mungkin melalui rangkaian jaringan. [whoosh] Jadi kami membina apa yang akhirnya menjadi rangkaian paket eksperimen di seluruh negara, dan ia berfungsi. [muzik elektronik dengan rentak berat] Siapakah yang mengendalikan internet? Kerajaan mengawalnya. Bunian, pastinya orang bunian! Masyarakat yang mengawal Wi-Fi kerana kalau tiada Wi-Fi, tiada internet. T-mobile, um, Xfinity, Bill Gates [jeda] kan?! Jawapan yang jujur adalah tiada sesiapa dan mungkin jawapan lain adalah semua orang. Jawapan sebenar adalah internet terdiri daripada sebilangan besar rangkaian yang dikendalikan secara bebas. Apa yang menarik tentang sistem ini ialah ia diedarkan sepenuhnya. Tiada kawalan pusat yang menentukan bagaimana paket diarahkan atau di mana bahagian rangkaian dibina atau siapakah yang saling berhubungan. Semua ini ialah keputusan perniagaan yang dibuat secara bebas oleh pengendali. Mereka semua terdorong untuk memastikan bahawa terdapat sambungan hujung ke hujung pada setiap bahagian rangkaian kerana utiliti internet adalah mana-mana peranti boleh berkomunikasi dengan mana-mana peranti lain; sama seperti anda mahu dapat membuat panggilan telefon ke mana-mana telefon lain di dunia. Tiada perkara seperti ini yang pernah dibina sebelum ini. Ideanya adalah pengetahuan anda mungkin berguna kepada orang lain atau sebaliknya adalah motivator yang sangat kuat untuk berkongsi maklumat. Itulah cara sains dapat bermaju, orang berkongsi maklumat. Jadi ini adalah peluang untuk orang ramai menghasilkan aplikasi baru, mungkin programnya sebagai aplikasi untuk telefon bimbit, mungkin menjadi sebahagian daripada pertumbuhan infrastruktur rangkaian untuk menyediakan internet kepada orang yang masih tidak mempunyai akses; atau memanfaatkannya dalam kehidupan harian anda. Anda tidak boleh berlari dari internet jadi mengapa tidak mengetahuinya dan menggunakannya. [kesan bunyi berpusing] [ding]