Bayangkan biskut yang
hangat dan melekit,
gula-gula yang rangup,
kek yang lembut,
kon wafel yang berisi aiskrim.
Air liur anda sedang meleleh?
Anda mahu makan desert?
Mengapa?
Apa yang berlaku
di dalam otak kita
dan membuat kita sukar
menolak makanan bergula?
Gula ialah sekumpulan molekul
Gula ialah sekumpulan molekul
yang dipanggil karbohidrat,
Ia terkandung dalam
pelbagai jenis makanan dan minuman.
Semaklah label
produk yang dibeli.
Glukosa, fruktosa,
Glukosa, fruktosa,
sukrosa, maltosa,
sukrosa, maltosa,
laktosa, dekstrosa,
laktosa, dekstrosa,
dan kanji ialah gula.
dan kanji ialah gula.
Begitu juga dengan sirap jagung,
jus buah-buahan,
gula mentah, dan madu.
gula mentah, dan madu.
Gula bukan saja terkandung dalam
gula-gula dan desert,
ia juga terkandung dalam sos tomato,
yogurt,
buah-buahan kering,
minuman berperisa,
atau bar bijirin.
Gula ada di mana-mana saja.
Adalah penting untuk memahami
bagaimana ia mempengaruhi otak kita.
Apa yang berlaku ketika
lidah kita merasa gula?
Setelah makan sedikit gula,
anda mahu lebih banyak lagi?
Anda makan bijirin sarapan.
Kandungan gulanya
mengaktifkan reseptor rasa manis,
sebahagian daripada
tunas rasa lidah.
Reseptor ini menghantar signal
kepada batang otak.
Dari situ,
ia bergerak ke
kawasan-kawasan lain
di otak depan,
salah satu daripadanya ialah
korteks serebrum.
Bahagian korteks serebrum
yang berbeza
memproses rasa yang berbeza:
pahit,
masin,
umami,
dan manis.
Dari sini,
signal itu akan mengaktifkan
sistem ganjaran otak.
Sistem ganjaran ini ialah
laluan elektrik dan kimia
di beberapa bahagian otak
yang berbeza.
Ia sebuah jaringan
yang rumit,
tapi ia membantu
menjawab soalan ini:
"Patutkah saya makan lagi?"
Anda berasa mesra dan keliru
semasa makan
kek coklat nenek anda.
Itulah tindak balas
sistem ganjaran,
"Ya!"
Ia bukan saja diaktifkan
oleh makanan.
Bersosial,
aktiviti seks,
dan dadah
ialah beberapa contoh
kegiatan dan pengalaman
yang juga akan
mengaktifkan sistem ganjaran.
Tapi pengaktifan
yang terlampau
akan akibatkan keadaan
yang tidak diingini:
hilang kawalan,
kemahuan,
dan toleransi yang tinggi
ke atas gula.
Mari kita balik kepada
bijirin sarapan tadi.
Ia menuju ke perut anda
dan akhirnya ke dalam usus.
Adakah anda tahu?
Di situ juga ada reseptor gula.
Ia bukan tunas rasa,
tapi ia akan beritahu
otak anda
anda telah kenyang
atau suruh badan anda hasilkan
lebih banyak insulin
untuk uruskan
lebihan gula yang diambil.
Reseptor dopamina
adalah penting dalam
sistem ganjaran kita.
Ia merupakan pengutus saraf.
Terdapat banyak
reseptor dopamina di otak depan,
tapi taburannya tidak seimbang.
Bahagian tertentu ada
lebih banyak reseptor.
Bahagian ini
ialah sebahagian daripada
sistem ganjaran kita.
Dadah seperti alkohol,
nikotin,
atau heroin
akan merangsang dopamina,
dan membuat orang
mengejar rasa seronok,
iaitu ketagihan.
Gula juga akan
merangsang dopamina,
tapi ia tidak sehebat dadah.
Gula jarang ditemui dalam
makanan yang merangsang dopamina.
Contohnya, brokoli,
ia tidak mendatangkan kesan,
mungkin sebab itu
budak-budak kecil
tidak suka makan sayur.
Bercakap tentang
makanan yang sihat,
andaikan anda lapar
dan makan
makanan yang seimbang.
Selepas itu,
paras dopamina dalam
sistem ganjaran anda meningkat.
Tapi jika anda makan makanan
yang sama selama beberapa hari,
paras dopamina akan menurun,
dan akhirnya menjadi seimbang.
Ini kerana otak kita
memberikan perhatian khas
Ini kerana otak kita
memberikan perhatian khas
pada rasa yang baru
atau berbeza.
Mengapa?
2 sebab:
Pertama,
mengenal pasti makanan basi.
Kedua, jika kita makan
pelbagai jenis makanan,
kita akan dapat
pelbagai jenis nutrisi
yang diperlukan.
Demi kepelbagaian makanan,
kita perlu mengenal pasti
makanan baru,
dan kita mesti ada keinginan
untuk makan makanan baru.
dan kita mesti ada keinginan
untuk makan makanan baru.
Paras dopamina
menjadi seimbang
kerana kita jemu
dengan makanan.
Mari kita balik kepada makanan.
Bagaimana jika anda
tidak ambil makanan
yang sihat dan seimbang,
tapi anda makan makanan
yang bergula tinggi?
Jika anda
jarang makan gula
atau makan
sedikit gula saja,
kesannya sama dengan
makanan seimbang.
Tapi jika anda makan
terlalu banyak gula,
kadar dopamina
adalah tidak seimbang.
Semakin banyak
gula yang diambil,
semakin rasa teruja.
Jadi, gula adalah
serupa dengan dadah.
Ia salah satu sebab
orang ketagihan makanan bergula.
Ia salah salah sebab
orang ketagihan makanan bergula.
Fikirkan tentang gula-gula
yang berbeza tadi.
Setiap satunya adalah unik,
tapi setiap kali
bila gula diambil,
ia akan mencetuskan
kesan domino di dalam otak
yang mengaktifkan
sistem ganjaran.
Terlalu kerap
dan terlalu banyak gula,
maka ia menjadi
terlampau aktif.
Jadi, pengambilan gula
yang terlampau tinggi
akibatkan otak kita ketagihan,
tapi sepotong kek sekali-sekali
tidak memudaratkan.