Bayangkan biskut yang hangat dan melekit, gula-gula yang rangup, kek yang lembut, kon wafel yang berisi aiskrim. Air liur anda sedang meleleh? Anda mahu makan desert? Mengapa? Apa yang berlaku di dalam otak kita dan membuat kita sukar menolak makanan bergula? Gula ialah sekumpulan molekul Gula ialah sekumpulan molekul yang dipanggil karbohidrat, Ia terkandung dalam pelbagai jenis makanan dan minuman. Semaklah label produk yang dibeli. Glukosa, fruktosa, Glukosa, fruktosa, sukrosa, maltosa, sukrosa, maltosa, laktosa, dekstrosa, laktosa, dekstrosa, dan kanji ialah gula. dan kanji ialah gula. Begitu juga dengan sirap jagung, jus buah-buahan, gula mentah, dan madu. gula mentah, dan madu. Gula bukan saja terkandung dalam gula-gula dan desert, ia juga terkandung dalam sos tomato, yogurt, buah-buahan kering, minuman berperisa, atau bar bijirin. Gula ada di mana-mana saja. Adalah penting untuk memahami bagaimana ia mempengaruhi otak kita. Apa yang berlaku ketika lidah kita merasa gula? Setelah makan sedikit gula, anda mahu lebih banyak lagi? Anda makan bijirin sarapan. Kandungan gulanya mengaktifkan reseptor rasa manis, sebahagian daripada tunas rasa lidah. Reseptor ini menghantar signal kepada batang otak. Dari situ, ia bergerak ke kawasan-kawasan lain di otak depan, salah satu daripadanya ialah korteks serebrum. Bahagian korteks serebrum yang berbeza memproses rasa yang berbeza: pahit, masin, umami, dan manis. Dari sini, signal itu akan mengaktifkan sistem ganjaran otak. Sistem ganjaran ini ialah laluan elektrik dan kimia di beberapa bahagian otak yang berbeza. Ia sebuah jaringan yang rumit, tapi ia membantu menjawab soalan ini: "Patutkah saya makan lagi?" Anda berasa mesra dan keliru semasa makan kek coklat nenek anda. Itulah tindak balas sistem ganjaran, "Ya!" Ia bukan saja diaktifkan oleh makanan. Bersosial, aktiviti seks, dan dadah ialah beberapa contoh kegiatan dan pengalaman yang juga akan mengaktifkan sistem ganjaran. Tapi pengaktifan yang terlampau akan akibatkan keadaan yang tidak diingini: hilang kawalan, kemahuan, dan toleransi yang tinggi ke atas gula. Mari kita balik kepada bijirin sarapan tadi. Ia menuju ke perut anda dan akhirnya ke dalam usus. Adakah anda tahu? Di situ juga ada reseptor gula. Ia bukan tunas rasa, tapi ia akan beritahu otak anda anda telah kenyang atau suruh badan anda hasilkan lebih banyak insulin untuk uruskan lebihan gula yang diambil. Reseptor dopamina adalah penting dalam sistem ganjaran kita. Ia merupakan pengutus saraf. Terdapat banyak reseptor dopamina di otak depan, tapi taburannya tidak seimbang. Bahagian tertentu ada lebih banyak reseptor. Bahagian ini ialah sebahagian daripada sistem ganjaran kita. Dadah seperti alkohol, nikotin, atau heroin akan merangsang dopamina, dan membuat orang mengejar rasa seronok, iaitu ketagihan. Gula juga akan merangsang dopamina, tapi ia tidak sehebat dadah. Gula jarang ditemui dalam makanan yang merangsang dopamina. Contohnya, brokoli, ia tidak mendatangkan kesan, mungkin sebab itu budak-budak kecil tidak suka makan sayur. Bercakap tentang makanan yang sihat, andaikan anda lapar dan makan makanan yang seimbang. Selepas itu, paras dopamina dalam sistem ganjaran anda meningkat. Tapi jika anda makan makanan yang sama selama beberapa hari, paras dopamina akan menurun, dan akhirnya menjadi seimbang. Ini kerana otak kita memberikan perhatian khas Ini kerana otak kita memberikan perhatian khas pada rasa yang baru atau berbeza. Mengapa? 2 sebab: Pertama, mengenal pasti makanan basi. Kedua, jika kita makan pelbagai jenis makanan, kita akan dapat pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan. Demi kepelbagaian makanan, kita perlu mengenal pasti makanan baru, dan kita mesti ada keinginan untuk makan makanan baru. dan kita mesti ada keinginan untuk makan makanan baru. Paras dopamina menjadi seimbang kerana kita jemu dengan makanan. Mari kita balik kepada makanan. Bagaimana jika anda tidak ambil makanan yang sihat dan seimbang, tapi anda makan makanan yang bergula tinggi? Jika anda jarang makan gula atau makan sedikit gula saja, kesannya sama dengan makanan seimbang. Tapi jika anda makan terlalu banyak gula, kadar dopamina adalah tidak seimbang. Semakin banyak gula yang diambil, semakin rasa teruja. Jadi, gula adalah serupa dengan dadah. Ia salah satu sebab orang ketagihan makanan bergula. Ia salah salah sebab orang ketagihan makanan bergula. Fikirkan tentang gula-gula yang berbeza tadi. Setiap satunya adalah unik, tapi setiap kali bila gula diambil, ia akan mencetuskan kesan domino di dalam otak yang mengaktifkan sistem ganjaran. Terlalu kerap dan terlalu banyak gula, maka ia menjadi terlampau aktif. Jadi, pengambilan gula yang terlampau tinggi akibatkan otak kita ketagihan, tapi sepotong kek sekali-sekali tidak memudaratkan.