Selamat datang ke persamaan linear level 4. Mari kita mula selesaikan masalah. Saya akan buat beberapa contoh. Katakan saya ada 3 per x sama dengan 5. Masalah ini agak berbeza dengan apa yang kita pernah lihat. x selalu berada sebagai pengangka, tapi kita ada x sebagai penyebut. Saya tak suka x sebagai penyebut, jadi kita akan tukarkannya kepada pengangka. Satu cara untuk membuang nombor dari penyebut adalah mendarabkan kedua-dua belah dengan x, persamaan di sebelah kiri akan membuang x. Dan di sebelah kanan kita ada 5 darab x. Ini sama dengan-- buang kedua-dua x ini. Dan anda dapat 3 = 5x. Kita juga boleh tulis 5x = 3. Ada 2 cara untuk selesaikan ini. Kita boleh darabkan mereka dengan 1/5, atau bahagi dengan 5. Kalau anda darabkan dengan 1/5, sebelah kiri menjadi x. Dan sebelah kanan 3 darab 1/5 iaitu 3/5. Kita hanya mendarab kedua bahagian dengan x. Dan kita buang x dari penyebut. Mari buat seterusnya. Katakan kita ada x tambah 2 per x tambah 1 sama dengan 7. Kita bukan sahaja ada x sebagai penyebut, tapi kita ada x + 1 sebagai penyebut. Tapi kita akan selesaikan dengan cara yang sama. Kita perlu darabkan kedua-dua bahagian dengan x + 1 per 1. Lakukan di kedua-dua bahagian. Sebelah kiri kita potong x + 1. Kita tinggal x + 2. Dan ini 7 darab x + 1. Ini x + 2. Ingat, ini 7 darab x + 1. Sama dengan 7x + 7. Sekarang pindahkan x ke satu bahagian. Kita pindahkan x kesebelah kiri. Kita alihkan 7x ke kiri. Lakukan dengan menolak 7x di kedua-dua bahagian. Disebelah kanan kita potong 7x ini. Dan kiri kita ada -7x + x, iaitu -6x + 2, dan disebalah kanan kita ada 7. Kita buang 2 ini dengan menolak 2 di kedua-dua belah. Kita tinggal -6x = 5. Kita perlu mendarab kedua-dua belah dengan pekali di sebelah kiri. Sekarang kita darabkan mereka dengan -1/6. Di sebelah kiri -1/6 darab -6 sama dengan 1. Kita dapat x sama dengan 5 darab -1/6 iaitu -5/6. Kita sudah selesai. Mari buat yang lain. 3 per x tambah 5 sama dengan 8 per x tambah 2. Kita selesaikan dengan cara yang sama. Kita nak buang x + 5 dan x + 2. Kita mulakan dengan x + 5 dulu. Darabkan kedua-dua belah dengan x + 5. Anda boleh kata x + 5 per 1. Darab x + 5 per 1. Di sebelah kiri, kita potong mereka. Kita tinggal 3 sama dengan 8 darab x + 5 per dengan x + 2. Kita permudahkan yang diatas. Jadi 8x tambah 40 per x + 2. Sekarang kita buang x + 2. Kita darabkan kedua-dua belah dengan x + 2 per 1. Sebelah kiri menjadi 3x + 6. x + 2. Dan sebelah kanan. x + 2 ini kita potong. Kita tinggal 8x + 40. Jika kita tolak 8x dari kedua-dua belah, Disebelah kanan kita potong 8x. Disebelah kiri kita ada -5x + 6 sama dengan disebelah kanan kita tinggal 40. Sekarang kita boleh tolak 6 dikedua-dua belah. tolak 6 tambah tolak 6. Sebelah kiri tinggal -5x dan sebelah kanan 34. Sekarang kita darabkan dengan -1/5 Sebelah kiri kita ada x. Sebelah kanan kita ada -34/5. Saya rasa ini betul jika saya tak cuai. Jika anda faham dengan apa yang kita dah buat, anda dah sedia untuk selesaikan persamaan linear level 4.